Bermula kelmarin lagi, beberapa buah kereta dari Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam telah berlepas dari kampung mereka menuju ke Permatang Pauh.
Mereka itu semua adalah Ahli Pas yang telah bertekad untuk membantu kempen pilihanraya dan calun mereka adalah DS Anwar Ibrahim. Melalui jalan dalam menembusiTeluk Intan dan menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan untuk menuju ke lokasi Pilihanraya.
Mereka berada di sana selama 2 hari dan mengeluarkan belanja sendiri untuk membantu perjuangan tanpa mengenal penat lelah. Pertembungan DS Anwar dan Arif Shah di lihat sebagai medan yang sama untuk bertempur. Panggilan TG NIk Aziz untuk mereka datang membantu di sahut dengan penuh rela hati.
Wak di hubungi beberapa kali oleh mereka sejak mula kenderaan mereka bergerak meninggalkan kampung halaman untuk memberitahu perkembangan terkini.
Di sana mereka berada di merata rata tempat. Wakil mereka mengawal di semua kawasan dan saling berbalas. SMS setiap 5 minit sekali untuk memberitahu perkembangan.
Tak menang tangan juga melayan dan membalas SMS dari penyokong PKR dan PAS di dalam masa yang sama.
Ahli ahli PAS ini adalah Ahli PAS hardcore yang telah berjuang berpuluh tahun.
Ketika di Ijok dulu, mereka hadir bersama Keadilan mempertahankan pencalunan TS Khalid menentang calun BN, Parthiban.
Di Ijok tak macam Permatang PAuh. Di Ijok, BN lebih samseng dari Permatang Pauh. Masih ingat lagi geng 'kalajengking' memakai baju hitam yang mundar mandir mengawal penyokong BN?
Hampir hampir Tan Sri Khalid tidak dapat memasuki dewan pencalunan kerana di halang oleh mereka. Rujuk SINI. Dan Dr Hatta di belasah oleh samseng BN dan memasuki kampung di sekitar IJOK bukan lah perkara mudah. Ugut tu memang lazim.
Mereka dah masak dengan karenah samseng UMNO di merata lokasi pilihanraya tetapi keadaan di Permatang Pauh semalam jauh berbeza. Tiada kala jengking dan kurang samseng. Yang ada hanya pihak polis yang cuba menghalang mereka di beberapa tempat. Itu pun mereka dah biasa ....
Apa apa pun ... terima kaseh kepada mereka kerana bersama Pakatan Rakyat dan semangat mereka harus di puji dan hormati kerana berjuang tanpa kenal penat lelah dengan calun yang bukan dari parti mereka.
Kemenangan di Permatang Pauh adalah kenangan manis buat mereka dan sebelum pulang ... mereka menghubungi wak dan saling mengucapkan tahniah dan disudahi panggilan mereka dengan laungan TAKBIR...Allahuakbar !!!
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment