KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 25, 2008

BURUKNYA REKOD ADNAN

atranungkite.
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Memeranjatkan. Tetapi itulah orang yang dipilih oleh Presiden Umno untuk dilantik sebagai Setiausaha Agung partinya dan juga Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Umno yang baru, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mempunyai kepentingan dalam sekurang-kurangnya 59 buah syarikat sendirian berhad dan juga berhad.

Di samping itu, beliau menghadapi sekurang-kurangnya empat tindakan bankrap dan hanya satu sahaja dari tindakan itu yang telah selesai.

Beliau juga menghadapi sekurang-kurangnya 11 petition mahkamah menuntut penggulungan syarikatnya oleh pelbagai pihak, dua darinya dari kerajaan Malaysia sendiri, apabila syarikat-syarikatnya gagal menjelaskan hutang mereka.

Tengku Adnan juga menghadapi sekurang-kurangnya 15 kes saman kerana kegagalan syarikat yang beliau ada kepentingan dalamnya membayar hutang mereka yang jumlah keseluruhannya hampir RM50 juta.

MUST READ: Understanding the Terengganu MB issue

Let us look at what the mainstream media has erroneously dubbed a 'Constitutional Crisis' in Terengganu. It may certainly be a Crisis of sorts but far from a Constitutional Crisis. It is merely the Ruler rejecting the Prime Minister's choice of Menteri Besar on grounds that the candidate is tainted and therefore not suitable to head the state government.

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin



Click for further info: Understanding the Terengganu MB issue

UTUSAN CUBA SEMBUNYI KHAIRY

Khairy bersembunyi atau disembunyikan

Tiket percuma tapi bayar levi kepada FAM
Utusan Merapu
KUALA LUMPUR - Persatuan bola sepak negeri yang memberikan tiket percuma bagi perlawanan bola sepak dalam liga tempatan perlu membayar levi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM berkata, tindakan persatuan bola sepak negeri yang menawarkan tiket percuma kepada peminat bola sepak khususnya di Kedah dikhuatiri mengundang masalah.

‘‘Inilah masalahnya bila pembangkang mengambil alih persatuan bola sepak negeri, semua mereka hendak berikan secara percuma tetapi perkara ini perlu mengikut perjanjian yang ditetapkan,’’ katanya kepada media dalam sidang media klinik penyerang Ian Rush di sini, semalam.

Jelasnya, persatuan bola sepak negeri perlu membayar levi kepada FAM jika mereka memberikan tiket percuma kepada penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak liga tempatan.

‘‘Mengikut perjanjian yang telah ditetapkan setiap persatuan bola sepak negeri perlu menjelaskan bayaran levi sebanyak 10 peratus kepada FAM mengikut komisen penjualan tiket yang ditetapkan.

Siapakah Timbalan Presiden FAM kalau bukan Khairy Jamaluddin, menantu ABdullah Badawi yang menang di Rembau dengan kaedah samseng dan menipu. Tetapi tidak disebut namanya di dalam berita diatas, kecuali jawatannya sahaja. Rupa rupanya di dalam senyap senyap, mulut cabulnya cuba mencelah untuk mengkritik kerajaan baru negeri kedah di dalam tindakan mereka memberikan tiket percuma. Kalau mahu tunggu PM dan menantunya memberikan tiket percuma .... jangan harap kerana selama 4 tahun, apa yang kita dapat?

Dalam pada itu PADAH yang dimaksudkan adalah kesesakan dan kekecohan yang berlaku pada malam tersebut dan untuk pengetahuan menantu Dollah, masalah ini berlaku dimana mana sahaja termasuk dalam dan luar negeri. Maka jangan jadikan isu tiket percuma sebagai punca kemalangan itu kerana apa pun yang KHAIRY katakan sekarang ..... bakal dibuang ke tong sampah oleh rakyat Malaysia.

PERHIMPUNAN UMNO TANGGUH KE TAHUN DEPAN?

Menurut akhbar Utusan (jangan yakin sanagt), Kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Menurut berita RTM tadi, Muhammad Mohd Taib menyatakan kemungkinan ianya ditangguh sehingga ke tahun depan.

Menurut Mat Tyson, ``Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya di sini hari ini.

Kenapa sebenarnya ia ditangguhkan? Alasan alasan bangang yang diboleh difikirkan sekarang adalah,

  1. Duit UMNO langsai akibat berbelanja sakan ketika pilihanraya?
  2. Tiada lobang dan peluang untuk menjana pendapatan lagi kerana ramai pembangkang di dalam dewan parlimen?
  3. Pelabur kurang berminat untuk melabur untuk perhimpunan tersebut kerana masa depan UMNO yang semakin samar samar mata ayam?
  4. UMNO sedang menghadapi monopouse dan berpecah belah akibat isu isu pencalunan PRU12 dan konflik melantik MB?
  5. Sedang memilih untuk mencari dewan yang lebih ekonomi berbanding tahun tahun lepas?
  6. Ekonomi negara sememang nya tidak sehebat seperti yang diwartakan?
  7. Bimbang dengan hasrat KuLi untuk mencabar Dollah Badawi?
  8. Unsur unsur desakan letak jawatan dari Mukhriz dan perwakilan UMNO?
  9. Bimbang cacat cela UMNO di dalam PRU 12 akan di bangkit kan ketika perhimpunan itu?
  10. Atau memang UMNO sudah ramai yang tidak waras?
Apa apa pun, segala tindakan UMNO, sedang diperhatikan oleh rakyat Malaysia. Akhirnya simpulan bahasa "Berani kerana Benar, Takut kerana salah" Kembali ke maksud asal ...... Bye bye UMNO.

HUKUMAN MENDERHAKA KEPADA RAJA

http://www.jphpk.gov.my/Malay/IDRIS%20JUSOH3.jpg

Apakah hukuman yang setimpal pada orang yang DERHAKA kepada Raja?

Mungkin kita sekarang sudah sedikit waras di dalam menjatuhkan hukuman. Ini semua kerana kita sudah lebih bertamaddun dan lebih moden disamping ada nya undang undang hak asasi manusia. Tetapi orang dulu dulu kata, biar mati anak, jangan mati adat.

So.....kalau diberi pilihan hukuman ke atas mereka yang menderhaka kepada Raja maka, wak ingin berikan idea kaedah hukuman yang sewajarnya dijatuhkan kepada Idris Jusoh, Pak Lah, Wahid Rasol dan beberapa kepimpinan kerajaan BN yang turut bersekongkol dalam membantah perlantikan MB oleh Sultan Terengganu, yakni .....

"REJAM SAMPAI GILA"

Didalam cubaan untuk memohon maaf, Idris masih terus berdegil mempertikaikan keputusan Baginda Sultan Terengganu. Wajarkah beliau ini diberikan keampunan atau jatuhkan sahaja hukuman bagi pengajaran kepada UMNO dan rakyat jelata? Adakah kita ada mendengar sebarang penyesalan dari pihak pihak lain yang bersama berkumpul pada hari perbincangan bersama 23 orang ADUN di Putrajaya, yakni .... Tengku Adnan, Ghani Patail, Ali Rustam, Najib Tun Razak dan beberapa pak lawak dan jalut jalut UMNO yang cakap besar, menyokong penuh kenyataan dan keputusan Dollah Badawi?

sultan mizan and idris juoh and terengganuMalaysiakini
(...) Pada masa yang sama, beliau juga mempertikaikan pelantikan Datuk Ahmad Said, dengan sokongan istana, sebagai menteri besar yang baru.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, memulakan tugasnya sebagai menteri besar mulai hari ini.

Menurut kertas 'Kronologi Pelantikan Menteri Besar Terengganu' yang diedarkan kepada media tadi, pelantikan Ahmad "tidak menurut undang-undang dan bercanggah" dengan undang-undang tubuh negeri dan "tidak menurut menurut perlembagaan", "tidak sah" dan "terbatal sama sekali."

Oleh itu Datuk Ahmad Said "dengan sendirinya terhalang menurut peruntukan perlembagaan daripada menjalankan fungsi dan tugas-tugas sebagai menteri besar," kertas itu dipetik. - Malaysiakini

SULTAN UMNO BARU | Y.A.M. SULTAN PATRICK


Laporan Polis dalam Sejarah Negara

fuzail
Menurut berita, PARTI Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Umno dan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang mereka sifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Istana Terengganu berhubung isu pelantikan Menteri Besar.

Faris kemudian memberitahu pemberita, laporan itu dibuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, dan 23 ADUN yang telah membantah keputusan pelantikan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said oleh Sultan Terengganu, sebagai Menteri Besar negeri itu.

Sehingga hari ini, sudah berbilion dan mungkin trilion (macam nilai projek-projek koridor kerajaan Imam Hadhari) agaknya jumlah laporan polis sejak lebih 50 tahun lalu. Tiada siapa yang mahu ambil tahu jumlah laporan polis yang pernah dibuat disamping membuat statistik mengenai susulan dari laporan polis.

Selalunya, seperti yang dipaparkan media, laporan polis yang dibuat oleh UMNO/BN dan polis sendiri terhadap pembangkang atau yang dianggap pembangkang begitu cepat diambil tindakan.

Adakalanya, kalau tiada sesiapa membuat laporan, pihak polis sendiri membuat laporan polis bagi menghalalkan tindakan.

Manakala, laporan polis yang dibuat oleh pihak pembangkang atau yang dianggap kaki pembangkang selalunya tiada susulan apa-apa, melainkan menjadi arkib untuk bahan sejarah. Lebih dari itu, pihak polis kadang-kadang dikatakan enggan mengambil laporan polis sekiranya dianggap sensitif untuk UMNO/BN.

Malah seperti yang diketahu umum, telah begitu banyak laporan polis mengenai rasuah, penyelewengan, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan khianat di pihak kerajaan dan parti UMNO/BN yang telah dibuat.

Walhasilnya, sekadar catatan laporan polis semata-mata.



Membuat laporan polis adalah sebahagian dari undang-undang yang melitupi pelbagai urusan. Termasuk untuk urusan bisnes, insuran kalau ada kemalangan/kecurian sehingga isu-isu politik.

Ada juga yang menjadi glamour apabila membuat laporan polis. Pihak media mengambil gambar dan menjadi berita besar, terutama bila ada kumpulan NGO atau individu Melayu yang membuat laporan polis mengenai ketuanan Melayu, DEB dan menghina PM yang banyak gambarnya mengantuk dan tidur semasa majlis rasmi.

Tiba-tiba banyak pula NGO Melayu yang ada di Malaysia dan hanya aktif untuk membuat laporan polis!



Ada baiknya sesiapa yang berminat untuk mendapat PhD, boleh mengkaji keberkesanan laporan polis terhadap kerajaan dan parti UMNO/BN. Seperti mana seorang menteri baru yang bernama 'Dr'. Zahid Hamidi membuat kajian dan tesis "Barisan Nasional Manifesto As Agenda for Malay Language Newspaper During the General Election Campaign”.

Tidak perlu bersusah payah dengan laporan polis sejak 50 tahun lalu, cukup sebaik Pak Lah menjadi PM sehingga Pak Lah menjadi ketua pembangkang tidak lama lagi, kalau begitu ditakdirkan Allah!

"Kami ingat ia tidak penting" - Dollah

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa mengakui Barisan Nasional tidak pedulikan impak internet dan SMS menjelang pilihanraya umum 8 Mac lalu.” Kami ingat ia tidak penting...ianya satu kesilapan amat besar...kami fikir suratkhabar sudah cukup.” katanya dalam ucapan di Persidangan Invest Malaysia 2008 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Menurutnya kelemahan BN dalam perang siber telah menjejaskan prestasinya.Beliau berkata para pengundi khususnya genersi muda yang internet savvy sudah bagi peringatan jelas mengenai hal itu dan kerajaan akan respond mengikut keadaan semasa itu.- Agendadaily 25/3/2008

Idris willing to forego MB's post, prepared to seek Sultan's forgiveness



GIVING IT ALL UP: Datuk Seri Idris Jusoh faces the media horde in explaining why he is willing to forego the Mentri Besar’s post and also apologise to the Sultan of Terengganu if he had done anything wrong. The Press conference, lasting only 20 minutes, was spiced up by heckling on reporters by Idris' supporters. - NST

WE ARE A GANGSTER MY FRIEND

23 Ahli UMNO Terengganu Nak Letak Jawatan

Malaysia PM says 'big mistake' to ignore cyber-campaign


Malaysia's premier Abdullah Ahmad Badawi said Tuesday his "biggest mistake" in disastrous elections was to ignore cyber-campaigning on the Internet which was seized by the opposition.
The powerful Barisan Nasional coalition suffered its worst-ever results in March 8 polls that left five states and a third of parliamentary seats in opposition hands.

The opposition, which was largely ignored by government-linked mainstream media, instead waged an enormously successful online campaign using blogs, news websites and SMS text messages.

"We certainly lost the Internet war, the cyber-war," Abdullah said in a speech to an investment conference.

"It was a serious misjudgement. We made the biggest mistake in thinking that it was not important," he said.

"We thought that the newspapers, the print media, the television was supposed to be important, but the young people were looking at SMS and blogs."


The comments are a major about-face for the government, which had vilified bloggers, calling them liars and threatening them with detention without trial under internal security laws.

In line with promises to reform after the humiliating election results, Abdullah said the government would "respond effectively" and move to empower young Malaysians.

"It was painful ... but it came at the right time, not too late," he said. - MSN

Perkataan 'binatang' penyokong Idris ditujukan kepada Sultan - Salahuddin

Kata Salahuddin beliau sangat yakin istilah itu merujuk kepada Sultan kerana slogan yang berbunyi 'Kami nak Idris, natang! (kami mahukan Idris, binatang) itu bertujuan membantah perlantikan membantah keputusan pelantikan Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Sultan yang mahukan Ahmad Said menjadi Menteri Besar," kata ketua Pemuda PAS itu dalam sidang akhbar di Pejabat PAS jalan Raja Laut hari ini.

Ditanya kemungkinan istilah binatang itu dituju kepada orang lain, Salahuddin berkata ia tetap akan ditafsirkan oleh orang ramai sebagai dituju kepada Sultan kerana pemilihan Ahmad Said dan penolakan Idris sebagai Menteri Besar merupakan keputusan (perkenan) Sultan.
(Gambar:Salahuddin menunjukkan gambar kain rentang yang tertera slogan 'Kami nok Deris, natang')

Sehubungan itu kata beliau, Pemuda PAS telah mengarahkan pihaknya di Terengganu membuat laporan Polis diseluruh negeri kerana beranggapan isu tersebut sebagai bahaya dan menghasut. - Siasahdaily

MB Pahang Bakal Jatuh 3 Bulan Lagi !!

 Seandainya maklumat ini benar, mungkin ia juga ada kaitan dengan tindakan MB Pahang itu yang menggugurkan beberapa orang exco kerajaan negeri Pahang iaitu Dato' Shukri (ADUN Pulau Tawar) dan Dato' Shahiruddin (ADUN Dong) dari senarai terbarunya untuk penggal ini. Alasan yang diberikan ialah untuk memilih hanya mereka yang bersih sahaja menjadi exco pada kali ini.

Dato' Shukri yang merupakan bekas exco kesihatan, belia dan sukan negeri sebelum ini dipercayai banyak terlibat dengan penyalahan guna kuasa. Beliau banyak terbabit dengan isu rompakan balak terutamanya di daerah Jerantut Pahang. Cucu mendapat maklumat, beliau menggunakan kuota JKKK untuk memohon kawasan balak yang kesemuanya dikatakan seluar lebih dari 100 ekar. Kabarnya lebih 30 buah JKKK telah mendapat habuan balak bahkan ada JKKK yang mendapat tiga kali pusingan. Namun rahsia terbongkar bila seorang JKKK di sebuah kampung mendedahkan penipuan Dato' Shukri. Bayaran yang diterima oleh JKKK sepatutnya mencecah ratusan ribu ringgit. Namun oleh kerana kebijaksanaan beliau untuk menipu orang-orang kampung, setiap kelulusan kawasan balak beliau hanya memberi tidak kurang dari RM50,000 sahaja kepada JKKK, selebihnya habuan beliau. Bayangkan kalau satu kawasan mendapat keuntungan bayaran mencecah RM300,000 ! Bayangkan juga beliau mengambil keuntungan daripada lebih 30 JKKK. Berapa banyak wang yang disapu oleh bekas exco ini?. Itu belum termasuk penipuan rumah PPRT di Kg. Pulau Tawar sendiri yang pernah cucu dedahkan dalam akhbar Berita harian satu ketika dulu. Projek yang hanya menelan belanja sekitar RM1.2 Juta, tetapi Dato' Shukri memohon peruntukkan sehingga RM1.8 Juta, ini bermakna beliau mengaut lagi keuntungan atas angin sebanyak RM600,000 disitu. Inilah sikap sebenar Dato' Shukri, exco yang digugurkan MB Pahang itu. - tranungkite

Idris patut mohon ampun, kosongkan kerusi Jerteh



Oleh Mohd Sayuti Omar

kelantankini.com
MELIHAT dan memerhati apa yang berlaku di Terengganu – kemelut dan perebutan jawatan Menteri Besar Terengganu ia semuanya berpunca daripada sikap keras kepala dan degil Idris Jusoh. Kalau Idris Jusoh tidak keras kepala dan degil, pasti kemelut itu tidak akan terheret begitu jauh sehingga menimbulkan ketegangan antara Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dan Umno.

Tetapi gara-gara Idris keras kepala menyebabkan hubungan istana dengan sebilangan Umno di Terengganu begitu meruncing dan tegang. Jika tidak dibendung masa depan Umno dengan istana juga akan menjadi tidak ‘lendik’.

Dari segi demokrasi memanglah parti Idris Jusoh (Umno) berhak untuk menerajui kerajaan Terengganu. Salah seorang daripada 24 Adun itu boleh dilantik menjadi Menteri Besar. MB bukan seharusnya Idris Jusoh walaupun sebelum ini beliau menjadi MB. Hakikat ini seakan cuba dinafikan Idris dan merasakan dirinya saja yang layak menjadi MB.

Kuasa demokrasi dan istana dalam konteks amalan dan tradisi orang Melayu memerintah negeri adalah sama berkuasa. Rakyat dengan istana saling bergantungan dan kukuh mengukuh antara satu sama lain.

Dalam satu-satu hal, demokrasi kena akur kepada kemuliaan raja, dan dalam hal-hal tertentu dan keadaan tertentu pula raja atau istana perlu menghormati kuasa dan aspirasi rakyat.

Apabila Sultan Terengganu tidak mahu menerirma Idris Jusoh menjadi MB maka adalah sebab musababnya. Sultan tidak akan bertindak sewenang-wenangnya kalau tidak ada sebab musabab. Tentulah pula tindakan itu lebih menjaga kepentingan rakyat dan negeri daripada menjaga dan mahu mengambil hati segelintir manusia lain.

Istana atau sultan sangat arif mengenai itu. Apa lagi Sultan Terengganu adalah antara sultan yang berhemah, berbudi tinggi dan pengamal syariat (Islam) yang membanggakan umum. Baginda tidak ada kepentingan peribadi dalam kemelut di Terengganu itu. Apa yang dilakukan ialah demi rakyat dan negeri.

Apakah rahsia maka Idris berkeras tetap mahukan jawatan MB itu tidak pula diketahui. Cuma jika dilihat kepada sikap keras kepala Idris itu ia memberi gambaran ada sesuatu perkara besar yang cuba dipertahankan dan sedang diselindungi oleh Idris. Apakah beliau bimbang jika beliau tidak menjadi MB beliau akan berhadapan dengan masalah.

Atau pun beliau sebenarnya sedang cuba berusaha melindungi rahsia orang lain. Kedudukannya sebagai MB selama empat tahun lalu (2004 – 2008) beliau telah melakukan sesutu yang jelek di mana kalau ia terbongkar boleh menjejaskan kehormatan dan kredibiliti orang lain. Begitukah?
Maksudnya Idris hari ini sedang berjuang kerana ingin menyelamatkan orang lain walaupun beliau terpaksa membakar diri sendiri!

Dari segi zahiriah dan moralnya, Idris sudah tidak layak menjadi MB. Beliau cakap tidak serupa bikin, dan bikin tidak serupa cakap. Mulanya beliau menyerahkan dirinya kepada qada’ dan qadar. Beliau juga memperakui akan menyerahkan segala-galanya kepada istana.

“Apa saja yang diputuskan oleh istana, saya akan ikut,” begitulah tutur Idris Jusoh. Beliau ternyata tidak berpegang kepada kata-katanya sendiri. Beliau seakan mahu melawan qada’ dan qadar dan cuba menjadi raja. Beliau seakan yakin bahawa kedudukannya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu serta watikah yang diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi itu mengatasi ketentuan Allah dan juga mengatasi kuasa raja.

Inilah silap dan puncanya mengapa kemelut dan perebutan itu berpanjangan. Sekiranya beliau akur dan sedia menerima ketentuan Allah swt sudah tentu gelora dan kemelut itu tidak akan berpanjangan. Hari ini negeri Terenggau sudah pun mempunyai Kerajaan baru seperti mana negeri-negeri lain.

Pun begitu masa masih belum terlambat untuk Idris mahasabah diri. Kemelut di Terengganu boleh dilangsaikan. Apa yang Idris perlu fikirkan bukan soal air mukanya tetapi kedudukan rakyat Terengganu.

Sebaiknya Idris memohon ampun kepada Sultan Terengganu, dan ‘perkenankan’ Ahmad Said menjadi Menteri Besar. Selepas itu sebagai tangungjawab ke atas apa yang berlaku Idris hendaklah dengan terhormatnya melepaskan kerusi DUN Jerteh. Afdal juga Rosol Wahid perlu melepaskan kerusi DUN Ajil kerana beliau adalah hulubalang Idris dalam mengeruhkan keadaan politik di Terengganu hari ini.

Idris terus pertikai Sultan

Sambil menyatakan beliau sekali lagi memohon keampunan daripada Sultan Terengganu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh terus mempertikaikan pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru dengan sokongan istana.

Ketika ditanya dalam sidang akhbarnya di sebuah hotel di Subang petang ini mengenai laporan bahawa 13 daripada 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang sebelum ini menyokongnya telah beralih menyokong Ahmad, Malaysiakini melaporkan Idris berkata setahunya, kesemua 22 Adun itu ada bersamanya semalam.

Ditanya berapa orang Adun yang hadir bersamanya dalam sidang akhbar tadi, Idris berkata:

"Sebahagian besar ada bersama saya dalam sidang media ini, kecuali seorang dua yang kembali ke Terengganu atas urusan keluarga."

Sebelum sidang akhbar itu diadakan, Malaysiakini difahamkan mereka menghadiri majlis menyambut hari jadi Adun Besut di sebuah kelab di Subang.

Mengenai permohonan ampunnya itu, Idris tidak menerangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. - Harakahdaily

'Saya anti Rasuah' gagal diganti dengan 'Integriti amalan kita.'


“Menjadi harapan kita agar tema ini akan mengubah pemikiran anggota supaya lebih bertanggungjawab dan beramanah dalam menjalankan tugas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan sempena Peringa tan Hari Polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini.

Slogan baru itu ditampilkan bagi menggantikan `Mesra, Cepat dan Betul’ yang diperkenalkan pada 1999, manakala lencana `Integriti Amalan Kita’ akan menggantikan pema kaian lencana `Saya Anti Rasuah’.

Pelancaran slogan dan lencana itu disempurnakan di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang hadir pada perhimpunan tersebut. - Utusan Meloya Mual.

IBLIS JUSOH TAK TAU DOSANYA PADA SULTAN?

The image “http://www.terengganu.gov.my/admin/images/exco_mb.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

KUALA LUMPUR 25 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hubungan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah baik dan tidak tahu apa kesalahannya terhadap Sultan Terengganu itu.

Menurutnya, beliau sedia menghadap Seri Paduka jika diberi peluang untuk memohon maaf terhadap sebarang kesalahan yang telah dilakukannya kepada pihak istana.

``Sebagai hamba Allah, saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan,'' katanya. – Utusan.

Tangguh Pemilihan UMNO Sebab Semua Orang Tidak Berfikiran Waras?

Tangguh pemilihan UMNO
UtusanOnline
25/03/2008 2:23pm

PUTRAJAYA 25 Mac – Kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tarikh berkenaan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti Khamis ini.

``Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya di sini hari ini.

Rujuk: minda kembara

Pecat PM, 22 Adun kerana menderhaka kepada Istana

Pada 23 Mac, majlis angkat sumpah yang dijadualkan berlangsung terpaksa ditangguhkan dan Ahmad Said hanya menerima watikah pelantikan daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR).

Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad sebagai reaksi balas tindakan beliau yang menerima watikah pelantikan tersebut.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya dua hari lalu menyifatkan pelantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu sebagai tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.

Pada masa yang sama kesemua 23 wakil rakyat BN Terengganu (termasuk Idris) terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik sebagai MB.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fariz Musa dalam satu kenyataannya hari ini memandang serius perkara ini.

Beliau berkata tindakan tersebut sebagai suatu bentuk penderhakaan terhadap bidang kuasa serta kedaulatan Institusi Kesultanan Terengganu, termasuk Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Ketua Negara Malaysia.

AMK mencadangkan Tuanku Mizan agar memecat Abdullah Ahmad Badawi dari jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. - Harakahdaily

Bangkitlah Rakyat Terengganu!!

azzlie.blogspot.com

Tak tertahan rasanya hati ini. Apa sudah jadi kepada warga Terengganu. Di mana pimpinan PAS, NGO dan orang-orang Terengganu yang prihatin. Sultan kita sudah jelas diperkotak-katikkan oleh Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya. Jelas mereka menderhakai Sultan kita. Ingatkah lagi semasa Lim Kit Siang menyatakan untuk memboikot majlis angkat sumpah MB Perak ?? Berkokok lah puak-puak mereka siang dan malam menyuarakan bantahan samada disemua media massa... radio... dan segala saluran yang ada...

Dan kini!! Mereka kembali mengulanginya... Tetapi berlainan peranan. Mereka pula mengambil alih peranan untuk memboikot majlis yang direstui oleh Sultan.. Nah, kepada semua barisan rakyat. Tidak kira anda BN, UMNO, PAS atau tidak berparti.. Nyatakan sokongan kepada Sultan Terengganu kita yang disayangi dan dihormati. Dan pastikan penderhaka-penderhaka ini akan menerima balasan yang setimpal... Bangkitlah !!!

PENIAGA-PENIAGA DI LANGKAWI TIDAK PUAS HATI TERHAD MPL


pkrlangkawi.blogspot.com
Kuah, Langkawi
24hb.Mac 08

Dalam keadaan dimana peniaga-peniaga di Langkawi dalam hidup segan mati tidak mahu kerana bahana kelembapan ekonomi. Tambahan pula dengan kekurangan pelancung tempatan yang datang ke Langkawi pada masa ini yang menjana kegiatan perniagaan-perniagaan setempat. Kebelakangan ini telah bayak primes perniagaan yang telah ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian berterusan.

Pada hari semalam banyak opretor kereta sewa yang merungut kerana operasi JPJ yang terlalu kerap dan menyusahkan mereka mencari makan. Mereka menyarankan agar permudahkan pemberian permit kereta sewa pandu sendiri bagi mereka meneruskan perniagaan secara sah.

Dalam kejadian pagi tadi, berapa orang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kerajaan Tempatan (Bandaraya Pelancungan) telah menjalankan operasi di premis pernigaan Kelibang. Mereka telah mengambil dan mengangkut wakaf-wakaf buluh yang terletak di depan restoran tersebut. Mengikut pengadu dan tuan punya restoran tersebut mereka tiada sebarang notis dikeluarkan dan paling mengecewakan kerana wakaf tersebut telah di musnahkan dan sepatutnya ianya disimpan dengan baik dan ianya boleh dituntut kembali oleh pemiliknya.

Pengadu tersebut telah bertanya dari arahan siapa operasi tersebut , pegawai tersebut menyatakan dari arahan Ketua Polis Daerah langkawi. Juga kononya arahan dari kerajaan baru yang memerintah kerajaan negeri kedah. Ini satu kemuskilan dan provakasi kerana operasi tersebut tiada seorang pun pegawai polis yang hadir semasa kejadian itu. Selepas itu pengadu telah membuat satu lapuran polis yang langsung tidak berpuas hati dengan tindakan melulu Jabatan tersebut. Dan Beliau akan menyaman jabatan tersebut kerana berasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut kerana menganggu operasi perniagaannya.

Lapuran dari: ybmat.

JANGAN KELUAR MULUT BUAYA MASUK KE MULUT NAGA



Difahamkan ada kemungkinan Ahmad Said akan ke Kuala Lumpur petang ini untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada itu kalangan rakan politik yang sempat melawat Ahmad Said semalam memberitahu memang betul Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin tidak berganjak dari pendirian baginda berhubung lantikan Menteri Besar Terengganu. Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri memberitahu para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pagi ini beliau akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mencari penyelesaian keatas krisis itu. - Agendadaily
Selain dari itu, Mohd Said menyatakan kenyataan berikut di dalam wawancaranya pada media beberapa hari yang lepas.
"Saya tidak pernah menderhaka terhadap Umno...saya telah berjuang dan bekerja dengan parti ini sejak bapa saya masih hidup lagi."
Persoalannya di sini adakah Mohd Said sanggup korbankan kepercayaan Sultan kepada beliau demi menjadi BARUA pengganti untuk meneruskan kesinambungan pengkhianatan Abdullah Badawi ke atas rakyat Terengganu?

Apa pilihan yang Abdullah ada kecuali memanafaatkan Mohd Said memandangkan penolakan Sultan dan Rakyat Terengganu kepada pencalunan Idris Jusoh. Dollah tidak mempunyai pilihan kecuali menerima. Manakala kesetiaan Mohd Said kepada UMNO masih utuh seperti Idris Jusoh juga, dan Abdullah masih Presiden UMNO yang perlu mereka ditaati.

Rakyat dan Sultan Terengganu pun tiada pilihan. UMNO memegang majoriti 24 dari 32 kerusi Adun di Terengganu. Jawatan MB dari kalangan Adun UMNO adalah satu kemestian. Kemenangan UMNO adalah 2/3 dan ini membolehkan UMNO terus memonopoli sebarang keputusan kerajaan kelak. Kemungkinan Ulang tayang sejarah penyelewengan UMNO di dalam pemberian projek di Terengganu bakal berlaku. UMNO kekal UMNO, satu parti yang dihuni oleh mereka yang sama kaedah dan etika pemerintahannya.

Siapa kah yang bakal Mohd Said ketemui di Putra Jaya nanti selain dari Abdullah Badawi? Adakah Patrick Lim atau Vincent Tan? Adakah tawar menawar berlaku? Apa apa pun yang pasti rakyat Terengganu jangan terlalu gembira diatas kejatuhan Idris Jusoh sebagai MB, patah tumbuh, hilang berganti. Yang patah dan yang tumbuh adalah dari pokok yang sama, sama daun dan sama buahnya. Jangan sampai keluar mulut buaya, masuk pula mulut naga.

Isu Rasuah di KPM: Sifu Jawab Kritikan Pembaca


universitipts

Dalam chatbox UNIKA ini, terdapat kritikan yang tidak bersetuju apabila Sifu menulis tentang pelbagai perkara yang tidak betul yang dikaitkan dengan campur tangan menteri pelajaran dalam urusan pembelian alat-alat bantuan mengajar. Menurut mereka yang mengkritik itu, UNIKA ini sepatutnya menulis tentang buku sahaja, kerana itulah matlamat asal blog ini dibuka.

Tuan-tuan dan puan-puan, para pembaca setia blog UNIKA,

Isu projek F1, LEGO dan DEPCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan buku. Apabila kementerian menggunakan produk-produk dari luar negara untuk mengajarkan mata pelajaran rekacipta, apakah lagi peranan penulis buku-buku di negara kita? Ilek!

Bandingkan jika kementerian pelajaran kita ikut model kementerian pendidikan Jepun. Di negara itu, salah satu pelajaran wajib dalam kelas reka cipta adalah belajar seni origami. Justeru, banyaklah buku-buku panduan teknik rekacipta origami ditulis oleh pengarang-pengarang Jepun bagi membantu guru-guru dan para pelajar.

Apabila menteri membeli gajet-gajet F1 dan LEGO, akan turut dibeli dan dibekalkan ke sekolah-sekolah adalah buku-buku user-manual produk-produk itu. Pengarang dan penerbit tempatan terkulat-kulat sahaja... macam cicak tergigit kapur, dibuat oleh menteri.

GEMPAR !!! IDRIS MEMANG KETURUNAN SAMSENG

aIDRIS SAMSENG: Ayahnya JUSOH, bekas Orang Kena Buang Daerah!
tranungkite

Dan memang Idris ini adalah darpada keturunan samseng yang tidak sedar diri (lihat saja air mukanya), sebiji macam ketua Kongsi Gelap (macamana boleh jadi MB?). Apa yang paling mengemparkan adalah AYAHnya JUSOH itu sendiri merupakan salah seorang PESALAH (PCO), iaitu Orang yang dikenakan tahanan Buang Daerah oleh pihak polis.

Melayu Derhaka?

marhaendaily
oleh: jingoza

Assalamualaikum wbr Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !

Rujukan (Kenapa Kita Biarkan Sultan Bersendiri?)

Saya mohon juga pohon sangat-sangat kepada pendokong-pendokong 'Bersih' seperti DSAI, YM Raja Petra, Tok Guru Haji Hadi, Tn Hj Mat Sabu serta semua yang terlibat juga semua NGO-NGO, GERAK, rakyat marhaen Cina, India & lain-lain, yang cintakan keadilan, ABIM, semua Persatuan Mahasiswa-Mahasiswa (bukan setakat pandai berhujah & retorik sahaja) semua ketua kaum serta persatuan apa saja yang halal untuk gerakkan sokongan seperti yang disebut Tuan Raden Jowo, gerakkan sokongan biar berganda daripada perhimpunan BERSIH yang mana jika pengkhianat-pengkhianat di Terengganu sebanyak 23 orang Umno Deris Lusuh maka gandakan menjadi 230 ribu ! more ...

Anwar Diekori?


KeADILan

Kuala Lumpur, 25 Mac - Beberapa kendaraan dengan nombor plat di bawah disyaki mengikut konvoi Anwar Ibrahim ke merata tempat. Kepastian kini dicari sama ada kenderaan tersebut digunakan oleh anggota polis cawangan khas, penjahat ataupun pasukan pengintip. Semua pemimpin KeADILan yang juga diekori di minta ambil nombor kenderaan dan juga gambar.

BJL 8425
WMP 8162

Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebah

sebastianjoshua

Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.

Saya pernah menyebut dalam satu tulisan yang lepas tentang nasihat Syaiban al-Ra‘i kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”.

Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya.

Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Para penasihat yang jujur yang memberitahu hakikat yang sebenar, -sekalipun boleh menimbulkan keresahan- adalah lebih baik untuk seseorang pemimpin daripada pengampu yang membohonginya sehingga dia buta dengan keadaan negara dan rakyatnya. Penasihat yang jujur akan memberitahu hakikat yang sebenar tentang suasana negara, rakyat dan tanggungjawab itu semua di hadapan Allah sekalipun mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada seorang pemimpin.

Dengan ketakutan itu, pemimpin membaiki diri dan keadaan, maka ketakutan akan bertukar menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Adapun pengampu, demi kepentingan diri, kedudukan dan harta yang diharapkan dari pemimpin, maka mereka akan mendendang lagu-lagu asyik agar pemimpin nyenyak tidur dibuai mimpi indah sehingga akhirnya ketakutan pun menjelang tiba. Hanya cerita-cerita indah sahaja yang sampaikan ke telinga pemimpin, lalu pemimpin pun gembira dan buta hakikat sebenar rakyatnya.

Saya teringatkan kisah dongeng raja telanjang yang menjadi bahan bacaan kanak-kanak. Kononnya, ada seorang raja yang gilakan pakaian yang cantik-cantik. Lalu muncul beberapa orang penipu yang kononnya boleh menghasilkan pakaian yang paling cantik untuknya. Raja pun bersetuju. Mereka meminta beberapa hari untuk menenunnya di sebuah bilik di istana. Saban malam raja tersebut melawat hasil kerja yang sedang ditenun mereka.

Namun, beliau tidak melihat sebarang benang atau kain yang terhasil, sebaliknya hanya tenunan kosong semata. Apabila raja bertanya, mereka menjawap: “jika tuanku tidak nampak, menunjukkan tuanku mempunyai penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut”. Dalam ketakutan raja menjawap: “Ya, saya nampak, alangkah cantiknya”.

Demikianlah juga menteri-menteri dan para pengiring raja juga mengaku perkara yang sama, kerana ingin mengampu raja. Sehingga pada hari yang dijanjikan, raja pun memakai pakaian yang tidak wujud itu dan disarungkan secara tipu oleh penenun-penenun karut tersebut. Semua pengampu raja memuji keindahan pakaian yang tidak wujud itu, padahal raja sedang bertelanjang.

Apabila raja keluar menemui rakyat, maka semua mata terbeliak dan mulut ternganga. Raja menyangka mereka kagum dengan pakaiannya yang indah. Tiba-tiba beberapa budak kecil menjerit: “Hei! Lihat! Raja kita sedang bertelanjang”. Maka semua rakyat ketawa. Barulah raja tahu bahawa dia telah ditipu oleh ‘taukeh-taukeh&rsqu o; tenun dan para pengampu yang berada di kelilingnya. Namun masa telah terlambat, dia telah dimalukan di hadapan rakyat.

Walaupun cerita ini dongeng, namun janganlah ia menjadi realiti dalam dunia politik kita hari ini. Seorang pemimpin amatlah malang jika dia ditipu oleh para pengampu sehingga akhirnya dia ditertawakan oleh rakyatnya dek kesilapan yang dilakukannya. Atau dia dibenci oleh rakyatnya, kerana dia ditipu oleh para pengampu konon rakyat sentiasa puas hati dan sukakannya.

Sebab itulah, dosa para pengampu amatlah besar. Dengan nasihat yang buruk, jatuhnya kerajaan-kerajaan lampau dan akan datang. Tuan penasihat ‘dua puluh lima persen’ seperti dalam filem “Tiga Abdul” boleh menyebabkan orang yang dinasihati itu dijual secara lelong. Wahai pemimpin! Berhati-hati dengan para penasihat kalian!”.
Saya tertarik dengan perkataan Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi apabila Khalifah ‘Abd al-Malik bin Marwan meminta dia mensifatkan fitnah. Perkataan ‘fitnah’ seperti yang telah saya sebutkan bermaksud ketidak tenteraram, kekacauan atau hilang keamanan dan kedamaian. Kata al-Hajjaj: “Fitnah itu merebah dengan bisikan, ianya lahir dari aduan” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201).
Maka bisikan dan aduan rakyat bawahan janganlah dipandang ringan. Jangan pemimpin hanya akan mendengar aduan golongan koperat dan berpangkat semata. Tangisan rakyat dan tidak puas hati mereka selalu tidak sampai ke telinga seorang pemimpin jika dia hanya dikelilingi oleh manusia-manusia pengampu dan mencari kemewahan semata.

Jika seseorang ingin menjadikan jawatan kepimpinan sebagai tempat ‘makan angin’ dan santai maka dia seorang yang sangat fasik dan jahat. Pemecah amanah lagi khianat. Sabda Nabi s.a.w: “Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.

Media juga janganlah memperbodohkan rakyat dan menipu para pemimpin. Jangan hanya disiarkan berita mengampu semata, sebaliknya siarkan kisah duka dan derita rakyat. Kerana, jika tiada saluran untuk mereka meluahkan rasa, maka ianya akan menjelma dalam bisikan senyap dan aduan pada bukan tempatnya. Maka api fitnah akan merebah, lalu membakar keamanan masyarakat dan negara.

Jika sesuatu isu tidak adil untuk rakyat, janganlah media membuat pembohongan dengan menyiarkan temubual insan-insan yang terpinggir dari realiti sebenar. Lalu pemimpin atasan tertipu, rakyat rasa diperbodohkan. Lantas mereka menyimpan perasaan dendam. Lalu hilang kasih-sayang antara rakyat dan pemimpin akibat perbuatan para pengampu.

Wahai pemimpin, bukalah ruang seluas-luasnya untuk setiap orang mendapatkan haknya. Mudahkanlah jalan untuk sampai kepada kebenaran tanpa gangguan dan tekanan. Jangan pula hanya yang berharta boleh menuntut hak mereka, sementara yang miskin dan susah terpaksa merintih untuk mendapatkannya. Kata Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a.: “Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201)

Pemerintahan yang adil adalah pemerintahan yang kerahmatannya dirasai oleh setiap lapisan rakyat. Seperti kata Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta menyifatkan keadilan pemerintah, katanya: “Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).

Jangan pula pemimpin hanya jadi godfather kepada taukeh-taukeh besar yang menjadi pengampu dan tidak mengambil pusing tangisan insan-insan bawahan. Apabila anda memimpin sebuah negara, maka seluruh rakyatnya adalah di bawah tanggung jawab anda. Jika tidak jangan mengidam jawatan kepimpinan. Wujudkan saluran yang ikhlas agar suara orang bawahan sampai ke pendengaran anda. Hapuskan para pembodek yang membohongi anda sehingga garam dikatakan gula, pasir dikatakan beras, tangisan rakyat diberitakan sebagai senyuman.

Saya sentuh tajuk ini kerana saya melihat yang cuba mencari sebab kenapa rakyat menolak mereka. Sesungguhnya sebab itu tidak dapat diperolehi, jika pemberi maklumat atau penganalis itu masih lagi membodek dan pengampu. Carilah insan-insan jujur yang takutkan Allah dan selalu bercakap benar. Di situ akan terubatlah banyak luka dan cedera yang dialami.

Pemimpin apabila membiarkan rakyat yang baik dalam kesusahan, sementara golongan yang tamak lagi mengampu ‘penuh kantong’ dan kekenyangan lagi mewah, maka negara akan rosak. Penentangan terhadap pemimpin akan berlaku dari rakyat bawahan yang tertindas dan golongan tamak yang mula ‘besar kepala’.


Dengarlah apa nasihat Khalifah Mu’awiyah r.a. kepada ‘Amr bin al-As yang sedang berangkat menuju ke Mesir untuk menjadi pemimpin di sana. Kata Mu’awiyah: “Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yang kenyang. Sesungguh yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).

Lebih buruk lagi para pengampu ini apabila melihat seseorang pemimpin akan jatuh atau rebah, mereka akan lari mencari dahan baru untuk berpaut. Maka, pemimpin yang diampu akan menjadi raja telanjang berseorangan, sementara yang mengampu akan menyembunyikan diri di belakang atau melarikan diri dan meletak jawatan.

Maka berhati-hati wahai pemimpin dengan para pengampu anda. Seakan perangai syaitan seperti yang disebut dalam al-Quran: (maksudnya) (Sikap kaum munafik) itu samalah seperti syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “kufurlah kamu!” setelah orang itu kufur, berkatalah syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!“(Surah al-Hasyr: 16).

Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya” (Surah al-Anfal: 48).

Ya Allah! Daku telah menyampaikan!!.


SS Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mufti Perlis

Siapa lagi rasuah, Idris?

Mungkin laporan BPR dibuat ke atas Mat Said (Adun Kijal, Datuk Ahmad Said) yang dilantik oleh istana sebagai MB.

"Kalau benar, kes-kes salah laku nampaknya dijadikan senjata untuk menambat kesetiaan wakil-wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada (Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) dan suruhan-suruhannya seperti Idris.

"Kalau tak dengar kata, akan dilapor salah laku mereka kepada BPR," katanya.

Persoalannya, kata beliau, adakah semua wakil rakyat yang dicalonkan oleh Idris dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu mempunyai kes-kes salah laku supaya "boleh diugut akan dilapor kepada BPR jika tak dengar kata".

"Persoalan yang lebih penting kepada rakyat sekarang bukan siapa Menteri Besar. Itu kita serah kepada Sultan.

"Tetapi, seluruh rakyat Terengganu mesti memaksa Idris membuktikan bahawa semua calon yang beliau kemukakan dalam pilihan raya umum baru-baru ini bersih dari sebarang salah laku.

"Suruh dia buktikan sebagai orang Islam, bukan sebagai orang Umno," katanya.

Kalau benar Idris menyenaraikan orang-orang yang mempunyai salah laku dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Mohamad Sabu lagi, beliau telah melakukan pengkhianatan yang besar kepada rakyat Terengganu.

"Kalau benar Idris senaraikan tukang-tukang buat salah yang pada bila-bila masa beliau boleh lapor kepada BPR kalau mereka melawan, bukan sahaja beliau dan semua yang beliau senaraikan tak layak jadi MB malah Abdullah yang luluskan senarai Idris itu juga mesti letak jawatan," tegas beliau. - Harakahdaily

UTUSAN MALAYSIA TERUS JADI AKHBAR BARUA DOLLAH

Utusan Malaysia memang sudah diistihar sebagai AKHBAR BARUA KERAJAAN UMNO, sejak dulu, kini dan selamanya. Selain menabur cerita perkauman, akhbar ini terbabit di dalam menyiarkan cerita cerita buruk Parti Barisan Rakyat.

Hari ini 25/3/2008, selepas 3 hari Perlantikan Menteri Besar Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu, yakni YD Pertuan Agong, akhbar Utusan Malaysia masih terus gagal menyiarkan wajah Menteri besar, Mohd Said yang sepatutnya di letakkan sebaris dengan Barisan 12 Menteri Besar Baru. Ini juga bermakna, Utusan tidak mengiktiraf perlantikan tersebut, selain menanti lampu hijau dari Tuhan UMNO, ABdullah Badawi. Sila rujuk : Senarai Menteri Besar. (dibahagian bawah laman web berkenaan).

TERUS BOIKOT UTUSAN MALAYSIA yang menjadi salah satu punca berlahan kaum dan menebar hasutan kepada rakyat Malaysia.

Sepanduk biadap: PAS mahu Abdullah jawab

"PM, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Idris dan 23 Adun yang dilaporkan dikurung oleh Idris untuk memastikan mereka menyokong cita-citanya menjadi Menteri Besar (MB) kini dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab merestui sepanduk di dalam demonstrasi penyokong-penyokong Idris Jusoh itu.

"Siapa dituduh binatang? Sultan (Terengganu)?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Sambil menyifatkan perbuatan itu lebih buruk dari kebiadaban dan sifat kurang ajar, Mahfuz mengingatkan Perdana Menteri dan penyokong-penyokongnya bahawa merekalah yang dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan sepanduk itu.

"Tunjuk perasaan itu menyokong Idris. Idris adalah kehendak PM (untuk menjadi MB). TPM pula hanya ikut sahaja kehendak PM sebab beliau kini didakwa terlalu takut kepada PM.

"Sebab itulah saya diberitahu sudah bertebaran SMS di sana sini yang menuduh PM, TPM, Idris serta 23 Adun tersebut yang 'buat' sepanduk itu," kata beliau. - klpos

Wanita, Pemuda Kemaman sokong MB


Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Kemaman semalam menyatakan sokongan padu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, kelmarin.

Ketua Pemudanya, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata semua pihak harus menerima dan menghormati setiap keputusan yang diputuskan Istana Terengganu sebagai tanda taat setia kepada institusi raja berperlembagaan.

Katanya, tindakan memboikot dan mengadakan demonstrasi secara aman adalah jelas bertentangan dengan amalan mentaati perintah Sultan yang diamalkan selama ini. - Burita Hairan

No2umnO - "22 ADUN menyokong saya dan saya tahu rakyat Terengganu sokong saya ", kata Deris Badawi

Bongkar: Kerajaan 3 Beranak Campur 1

greenboc

Mengapakah Abdullah Ahmad Badawi benar-benar mahu Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu sehingga "memaksa" kesemua 22 ADUN UMNO untuk menanda tangani satu perjanjian berkanun untuk terus berdiri memberikan sokongan kepada Idris Jusoh?

Kerajaan 3 Beranak Pak Lah - Kamaluddin - Khairy dan jangan dilupakan Patrick Lim atau dikalangan ahli keluarga, dia dikenali sebagai Patrick Badawi. Patrick inilah yang menjadi Menteri Kewangan yang memikul tanggungjawab tugas-tugas khas.

Tugas-tugas khas ialah untuk mengurus tadbir duit ikhsan minyak yang dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Terengganu yang berjumlah Rm1.2 billion setahun (RM1,200,00,00.00).

Patrick Badawi adalah Ketua Jurutera F1 bagi Ferrari dan dimasa lapangnya dia gemar ke Seri Perdana untuk berpelisiran dengan PM dan juga gemar pergi bercuti sambil belajar menangkap ikan dengan PM di Australia

Jadi siapakah Patrick Lim ini? Patrick Lim adalah bapa saudara kepada Azrene Abdullah, isteri kepada Kamaluddin, anak PM Malaysia. Jadi Patrick Lim adalah bapa saudara kepada menantu Pak Lah yang bernama Azrene.

Patrick Lim juga mempunyai hubungan erat dengan seorang lagi menantu Pak Lah iaitu Khairi Jamaluddin.

Tugas utama Patrick Lim adalah sebagai Menteri Kewangan ke 3 yang mengendali hal ehwal wang ehsan untuk rakyat Terengganu yang berjumlah Rm1.2 billion setahun.

Patrick Lim lah orang yang bertanggungjawab membawa Monsoon Cup dan Taman Islam Hadhari di Terengganu atas alasan membangunkan Terengganu walau pada halnya, untuk mengaut keuntungan kepada Kerajaan Tiga Beranak. Patrick Lim juga bertanggungjwb membawa segala bentuk keraian,hiburan dan maksiat ke Seri Perdana supaya Kerajaan tiga Beranak sentiasa gembira.

Maka itu sebabnya mengapa Pak Lah berhempas pulas inginkan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu, dan masih memegang jawatan Perdana Menteri disamping mengekalkan Menteri Kewangan di tangannya - untuk Patrick Badawi.

Hanya satu yang mampu mengubah, Ahli Parlimen perlu "menurunkan" beliau dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri itu di persidangan parlimen yang akan datang. Kerana beliau yang mengajarkan begitu kepada 22 orang ADUN jika Datuk Ahmad Said menjadi menteri Besar Terengganu.

Jika tidak saksikanlah lebih banyak harta negara di punggah oleh Patrick Badawi ini dengan dibantu oleh petualang negara dari sebuah keluarga Ahmad Badawi serta mereka yang seramai 23 orang ADUN di Terengganu tersebut.

Baca juga: Misteri Vincent Tan membeli tanah di pantai Terengganu



DARI JAWATAN GURU, KE ADUN, TALAM DAN SESUMPAH

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/rosoltoye.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Rosol berubah watak

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Rosol Wahid, berubah watak, menjadi kendur dan menerima cadangan supaya kepimpinan tinggi kerajaan mengadakan pertemuan dengan pihak istana bagi menyelesaikan segera kemelut pemilihan Menteri Besar Terengganu.

Walhal semalam Rosol sungguh-sungguh berkata kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang Idris Jusoh dan tidak menerima sebarang pelantikan selain dari Idris.
Rosol juga berkata, kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Ahmad tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri ini.

Rosol juga kelmarin bersusah payah berdiri didepan pagar istana menyerahkan memorandum kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu kepada MPPR setelah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan istana. - buletinonline

ANDA MAHU JADI RAKYAT MALAYSIA?

629s1186.jpg

RUKUN NEGARA dulu ...zaman kuno
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
RUKUN NEGARA BARU untuk menjadi rakyat
  • KEPERCAYAAN KEPADA PERDANA MENTERI
  • KESETIAAN KEPADA PATRIK LIM
  • KELUHURAN PUTRA JAYA
  • KEDAULATAN BARISAN NASIONAL
  • KESOPANAN DAN WAJIB KURANG AJAR
RUKUN NEGARA bagi ADUN dan MENTERI BESAR
  • KEPERCAYAAN KEPADA PERDANA MENTERI
  • KESETIAAN KEPADA PERDANA MENTERI
  • KELUHURAN PERDANA MENTERI
  • KEDAULATAN PERDANA MENTERI
  • KESOPANAN KEPADA PERDANA MENTERI
  • KETAATAN KEPADA PERDANA MENTERI SAMPAI MATI
629s1197.jpg

Tahniah kepada Kickdefella diatas pendedahan ini. Agar rakyat buka Mata dan jangan dibodohkan oleh UMNO

KETUHANAN UMNO PERLU DIHENTIKAN

http://www.jeffooi.com/Ijok_Nat-Umno-water.jpg
Penyokong yang terdiri dari wanita umno yang seperti hilang akal

Ketegasan Sultan Terengganu satu Tamparan Hebat
Radenjowo

Sudah selesai? Ia berpandu kepada tindak balas UMNO dan Pemimpinnya. Dikatakan Ghani Patail yang cuba membawa mesej undang undang UMNOnya gagal untuk bertemu dengan Baginda Sultan Terengganu.

Kegagalan ini merupakan satu isyarat bahawa muslihat UMNO serta Kuncu kuncunya tidak diterima pakai di dalam melantik MB baru negeri tersebut. Rakyat bersama Sultan dan semalam, pemimpin tertinggi UMNO termasuk, Tengku Adanan, Najib Razak, Gani Patail, Ali Rustam dan beberapa orang lagi berkumpul di rumah Dollah Badawi bersama kumpulan 23 Adun Terengganu cuba merancang dan berbincang bagaimana untuk terus menolak kemahuan Sultan dan rakyat.

Perubahan yang kita nampak ini adalah bermulanya satu era baru. Raja Raja Melayu TERPAKSA membantu rakyat dari terus dibodohkan serta dihancurkan negerinya oleh Pengkhianat UMNO. Raja Perlis sudah tolak keputusan UMNO dan disusuli negeri Sultan Terengganu. Ini memberikan isyarat bahawa Kesultanan Melayu bukan berdiam diri, malah memantau tindak tanduk sumbang kepimpinan UMNO. Mungkin sudah sampai ketikanya untuk Pihak Sultan dan Raja campur tangan dan menghentikan kerja karut mereka sebelum Kaduk naik ke Junjung.


Salah satu kerosakan akhlak yang menimpa penyokong UMNO

Tindakan ini memberi tamparan hebat kepada kepimpinan BONGKAK umno selama kini, Abdullah Badawi, Tuhan Hadhari. Kononnya mereka hebat sangat sehingga boleh melacurkankan undang undang dan pihak berkuasa untuk kepentingan mereka semata mata.


Kehadiran anggota polis dilihat seperti TUNGGUL yang makan gaji buta

Melihatkan cara Wahid Rasol di kelilingi polis ketika berada di hadapan Istana Maziah tanpa sebarang sekatan, turut memberikan gambaran bahawa bongkak nya mereka selama ini. Mungkin ia nya tidak ramai sedari tetapi perkara ini menjelaskan kepada kita bahawa UMNO telah berjaya menundukkan para ketua dan anggota POLIS untuk kepentingan politik mereka. Tidak sedikit perasaan bimbang dan hormat UMNO kepada kuasa yang ada pada polis dan keadaan ini sungguh memalukan. Tidak hairan kalau perhimpunan BERSIH di BAtu Burok dikucar kacirkan oleh pihak berkuasa sementara Perhimpunan UMNO yang sehingga mencemar nama Sultan, masih dibiarkan. Polis terus menjadi bacul menerima wang upah dari rakyat tetapi bertindak seolah olah apa yang mereka perolehi selama ini adalah dari UMNO semata mata.

Kini Dollah pening kepala. Sultan sudah mula tunjuk kuasa. Dollah masih ingat dia disokong tetapi Sultan buktikan yang bodoh tetap bodoh dan pemimpin lemah, korup dan gila kuasa, tidak perlu di beri tempat memerintah negara ini. Malaysia bukan negara UMNO, polis bukan hak UMNO dan rakyat tidak mesti bersetuju dengan apa yang UMNO lakukan. Melayu wajib sedar. Sultan bersama kita dan kita seharusnya mendokong cita cita untuk kembali kepada sistem beraja yang telah dirosakkan oleh UMNO sejak sekian lama. Kalau kita masih mendewa dewakan UMNO, maka bawa sahaja setanggi dan sejadah, sujud di kaki Pak Lah dan tukar kan dirinya menjadi Tuhan. Lebih afdal kalau dijiruskan kakinya dengan susu lembu, ditadah dan diminum beramai ramai air susu lelehan kaki beliau itu.

Setelah Ahmad Said dilantik menjadi MB baru sudah ada ura ura 23 orang ADun BN mahu meletakkan jawatan. Kita tunggu apa tindakan mereka. Kita Sudah biasa dengan tradisi lompat lompat dan bermuka muka di dalam UMNO. Kita tidak perlu terkejut kalau mereka kembali mengangkat sumpah menjadi EXCO semula. Yang menjadi pengajaran kepada kita, ini lah bentuk kepimpinan yang kalian ada. UMNO dan pemimpinnya adalah makhluk talam dua muka yang merosakkan Melayu sejak 50 tahun dulu. Ingat semua yang mereka lakukan dan tinggal tanggung jawab untuk NYAH kan mereka dri Malaysia pada PRU 13 akan datang.

KETUHANAN UMNO PERLU DIHENTIKAN

KOMIDI Politik

themalaysianinsider


CANTIK JADI HODOH


"Semasa berunding dengan pakar kecantikan di situ, pakar kecantikannya menyarankan supaya saya menjalani rawatan sebanyak lapan kali dengan pakej bernilai RM1,499.

"Kerana mahu cantik dengan muka pulih seperti biasa saya terus bersetuju dan mula menerima rawatan pada 23 November," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, Jalan Ampang semalam. - Kosmo

MENGAKU Projek Perumahan Rakyat dijual kepada warga asing


KLANG - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor yang baru, Iskandar Abdul Samad mengakui banyak rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijual kepada warga asing.

Menurut Iskandar, situasi tersebut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana tidak dapat membeli rumah yang sepatutnya dijual kepada mereka, bukannya warga asing.

"Contohnya di Pandan, Ampang yang mana ada PPR yang kebanya- kan didapati didiami oleh warga asing iaitu lebih 50 peratus," kata- nya kepada Kosmo! di sini semalam. - Kosmo

2 - 3 HARI TAK KELUAR RUMAH


“Mula-mula saya fikir dan cakap kepada isteri, kalau ini keputusan rakyat Kedah nak buat, eloklah saya tinggalkan politik.”

Demikian luahan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam yang secara terbuka mengakui terfikir untuk meninggalkan arena politik selepas BN negeri tewas kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Namun saya berfikir lagi, kali ini nampak orang yang sayang saya iaitu mereka yang bagi kemenangan kepada saya pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 di Pedu.

“Saya bersemangat kembali dan umpama kata pepatah, ‘membujur lalu, melintang patah’, saya bertekad tidak akan pergi ke mana (tinggalkan politik),” katanya di sini semalam. Kosmo

DEWAN ORANG RAMAI DICEROBOH LAGI

dun-lembah-jaya

24 Mac 2008, Ampang. Kalau sebelum ini Dewan Orang Ramai di Taman Dagang Jaya telah diceroboh dan banyak barang-barang telah dicuri, kini ianya terjadi lagi kepada Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Campuran. Perlatan seperti meja, kerusi, PA System dan lain-lain telah dicuri pada minggu lepas. Satu laporan Polis telah dibuat oleh Ketua Cawangan PAS Kg Ampang Campuran, Hajjah Rohainah Hassan di Balai Polis Ampang Jaya. Atas kebijaksanaan Hajjah Rohainah juga, barang -barang yang hilang telah dijumpai semula dan ianya didapati telah diletakkan dirumah orang kuat UMNO Cawangan Kg Ampang Campuran. Hajjah Rohainah lantas memaklumkan sekali lagi kepada pihak Polis. Akhirnya mereka yang mengambil barang-barang tersebut telah memulangkan kembali barang-barang tersebut ke Dewan dan meminta maaf dari Hajjah Rohainah.

Kini Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Campuran menjadi milik Orang Ramai dan tidak kepada sesetengah pihak sebelum daripada ini. Kepada sesiapa yang berhasrat ingin menggunakan Dewan tersebut bolehlah menghubungi Hajjah Rohainah Hassan di Kampung Ampang Campuran.../mjd

UMNO PARTI DERHAKA

ANGKAT SUMPAH BERSAMA EXCO?

MB Terengganu akan angkat sumpah bersama Exco
Utusan Meloya

KUALA TERENGGANU 24 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru semalam, akan mengangkat sumpah jawatan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dipilihnya dalam upacara yang akan ditentukan kelak.

Pengelola Istana Terengganu, Mohd. Yasim Awang ketika dihubungi berkata, setakat ini tarikh majlis angkat sumpah berkenaan belum diketahui.

``Angkat sumpah Menteri Besar Terengganu akan dilakukan bersama-sama dengan pelantikan ahli Exco kerajaan negeri.

``Setakat ini tarikh (angkat sumpah) tidak tahu lagi bila tetapi seperti tarikh pelantikan (semalam), akan dimaklumkan sehari sebelum itu,'' ujarnya. – Utusan.

No2umnO - Kita tengok kan samaada PAK LAWAK 23 ORANG ITU AKAN ANGKAT SUMPAH BERSAMA SAMA ....... Kalau ada memang lah lawak.

Posting terkini

Blog Archive