KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Sebastianjoshua. Show all posts
Showing posts with label Sebastianjoshua. Show all posts

Jun 11, 2008

Life Must Go On - arghhhhh

Sebastianjoshua

After I read this story, I don’t think so… huh… so sad! But our life must go on right?

Let's do some simple calculations here.

In Malaysia, the average family income is RM 3,000 /month (where father works, mother doesn't). I understand there are many families whose monthly income does not reach RM 3,000 but, to make things simple, let's take RM 3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....

Calculation starts...

1. Electricity and water bill: RM 55.00
(No air-con, home theatre, water heater ... oks?)

2. Phone bill (Telekom): RM 60.00

3. Meals for a happy family: RM 750.00
(3 meals on RM 25/day, RM 25 for 4 persons...?)

4. Papa makan / teh-tarik (lunch / tea break) during working hours: RM 155.00
(RM 5.00/day, RM 5.00 ... can eat what?)

5. Car repayment: RM 400.00
(A proton saga aeroback, 7 years repayment)

6. Petrol (living in city, traffic-jam): RM 300.00
(go to work, bring son to school, only can afford one car running)

7. Insurance Coverage : RM 650.00
(kids, wife and myself)

8. House repayment: RM 450.00
(low cost housing repayment for 30 years, retired still have to work to pay!)

9. Tuition: RM 80.00
(got that cheap meh? i don't think so)

10. Older children pocket money @ school: RM 20.00
(RM 1.00/day, eat bread?)

11. Younger children milk powder: RM 80.00
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

12. Miscellaneous: RM 300.00
(shampoo, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so...
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),
no chit chat on phone with grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM 3,300.00 already...

EPF belum potong, inc ome tax lagi........already RM 3,300.00 ....

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle? How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM 3,000.00/month!!!

What is this? Inilah Malaysia Boleh... Sorry ... it should be Malaysians Boleh , because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

Dear Mr. PM,

Thank you Prime Minister for increasing the fuel price because I think tomorrow I have to sell off my car and buy a cheap bicycle. Lucky for those singles, they can still bring their girlfriend around on a motorbike. As for me I am married with wife & 3 little children, how can they fit on the bike? I can’t bring them jalan-jalan (joyride) anymore.

You and your government were also saying that you will subsidize RM625 per year for the poor but I can’t imagine how is that going to help.

Let me do my calculation:
RM625 / 12 month = RM52.0833 per month
RM53.0833 / 20 days (working days) = RM2.6542 per day

Dear Mr. PM,

My conclusion is with RM2.65 per day, I only can get to travel 3km per day, which my working place is about 10km away, one way. This excludes me from going to mamak stall (food stall) to buy food for my wife & children, which take another 5km to reach.

Thank you very much Mr. PM, I hope you & your government will last sampai anak, cucu & cicit (until son, grandson & great grandson) because I don’t think my children will last until their next generation. If my children are lucky, they will go back to the estate and become a rubber taper. I hope by that time the rubber trees are still around.

You have given me & the people of Malaysia a good reason of global fuel hike. And I on behalf of the people of Malaysia thank you for that. The beautiful 40% increased of fuel price will bring up the price to other stuff like food, vegetable, fish, chicken, etc.

This means my wife and I can start to go on diet now, we used to dream that we can become members of fitness second but now the dreams are getting further. I am a very positive thinker; I thank you for increasing the fuel price because my three little children will eat less and won’t grow up fat like their father.

Mr. PM, from the picture of the newspaper, I think you have put on weight. Please take care of your cholesterol level. I don’t want you to be like our previous PM, which has gone through three to four bypass. Lucky for him, he survived.

Dear Mr. PM,

I also would like to congratulate you for not winning 2/3 majority in the last election. Haven’t you and your government learned the lesson from the last election? Why did you lose? What happened to the post-mortem? Now I know what’s the reason that ex-PM wants you to step down. Now I know what’s the reason the people of Malaysia wants you to step down.

Increase of RM0.78 per liter is a shock to all of us Malaysian! Luckily tsunami did not hit us like other countries did; or else this will be the second tsunami for us!

Thank you & God bless you!


Yours truly,

Citizen of Malaysia

Aurat wanita : apa sudah jadi..?

Email oleh: Sebastianjoshua

syawqahwardah - [...] "Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.... selanjutnya.

Jun 9, 2008

Rakyat Dah Tak Heran

Sebastian Joshua

RM 800 juta lagi subsidi, aku pandang suratkhabar Berita Harian tu… tah tak terasa apa-apa pun. Tah aku terasa tak heran pun apa yang kerajaan umumkan untuk rakyat DAN aku rasa rakyat pun tak heran apa yang kerajaan cakap sekarang.

Bunyi juta-juta puluh juta ratus juta dan billion pun bagi aku tak terasa dan tak heran langsung. Tak tahu lah kot orang kampung terasa hebat dengan perkataan itu. Aku pun dah lali dengan perkataan subsidi ni. Apa benda subsidi ni sebenarnya. Benda yang aku tak nampak dan tak paham.

Yang aku tahu ialah,

  1. Puasa dah nak dekat, raya pun mesti hadir lepas puasa. Sekarang ni dah terasa sakit dengan harga barang naik, bulan puasa dan raya lagi orang meraung.
  2. Bukak sekolah tahun depan macam mana? Kos seorang budak dah berapa ratus, kena anak 4 macam aku ni terasa nak pitam kot. Sekarang ni pun menggaru kepala sebab tambang bas dah nak naik dalam RM 30 lagi Mana nak cekau duit.
  3. Anak aku darjah 3 pernah sound aku masa aku ulur duit RM 1.00 untuk sekolah kebangsaan. "Mana cukup ayah, sekarang ni pun beli makanan share ngan kawan kawan, nasi dan air share 3 orang." Nak tak nak aku terpaksa ulur RM 2.00 sebab kantin kat sekolah pun dah tak mampu tahan.
  4. Letrik nak naik lagi, satu aje aku heran dan bebenar heran. Kalau kau beli barang sebiji harga dia katakan RM 10.00. Kalau kau beli barang tu dah 100 biji, tak kang penjual tu nak jual dengan harga RM 10.00 sebiji jugak. Dah tentu dia kasi diskaun 10 % ke apa ke… kau beli banyak kang.
Habis letrik macam mana? Kau pakai banyak dah tentu dia kasi diskaun kat kau sikit kang. Lagi banyak pakai lagi banyak diskaun kau dapat. Ini terbalik, lagi banyak pakai lagi mahal kau bayar.

Koridor utara selatan timur dan barat termasuk sabah dan sarawak, belum kira rel keretapi lah tah apa lagi projek mega lah. Kerajaan tak boleh tangguh ke benda benda tu semua. Dah tahu dalam keadaan sekarang ni kita tengah hadapi masalah, ktia hold dulu apa yang patut, kita reverse dulu beberapa perkara (tengok dan kaji balik). Kasi rakyat bertenang dan happy sikit Nama pun kerajaan dari rakyat untuk rakyat. Bukan kerajaan dari undi hantu untuk kroni kroni.

Hari khamis lalu, selepas harga minyak naik lah, aku suruh bini aku kasi RM 10.00 kat stesen minyak tu nak isi motor aku. Bini aku terkejut, RM 5.00 dah lah melimpah kang tangki tu. Aku kata kasi aje mamat tu RM 10.00 minyak dah mahal. Bini aku tak percaya terus kasi RM 8.00 aje isi minyak… dah agak memang tak penuh pun motor aku.

Tah apa nak jadi kat Malaysia ni pun aku tak tahu. Kerajaan seolah olah tak boleh kawal langsung negara. Dah lah dari lepas PRU 12 sampai sekarang tak settle settle lagi pergolakan dalam umno. Macam mana nak jaga negara kalau sendiri pun bertelagah. Bukan hanya rakyat dok tengok, orang asing pun dok perati aje apa yang berlaku di Malaysia.

Cukup setakat ini, naik pening aku lihat gelagat manusia yang merasakan diri mereka hebat. Macam lah bila mati tu jasad diangkat ke langit.

May 21, 2008

Krisis oh Krisis

sebastianjoshua

Lama dulu kita sibuk pasal krisis kelapa, gula, tepung, minyak masak dan sekarang kita ada krisis beras. Belum kita cerita lagi yang bebarang naik harga mendadak seperti bawang, lada, sayuran, ikan udang sotong daging dan banyak lagi. Kelam kabut dengan barangan yang naik, dalam diam sebenarnya banyak lagi barang naik seperti barangan pembinaan, tol, pakaian sekolah dan bermacam macam. Batu ladung memancing pun naik harga.

Sapa salah ni? Rakyat salah kerana terlalu bermewah ke atau kerajaan yang tidak stabil?

Orang kata puncanya adalah dari minyak kerana minyak dunia sekarang ini dalam sekitar USD 129.50. Kalau harga minyak melambung tinggi maka SEPATUTNYA Petronas jadi makin kaya raya. Petronas tu kan hak kerajaan Malaysia maka SEPATUTNYA kerajaan Malaysia jadi kaya raya dan SEPATUTNYA kerajaan Malaysia ini asalnya dari rakyat maka SEPATUTNYA rakyat hidup senang dan kaya raya.

Sapa salah ni? Rakyat salah kerana terlalu bermewah ke atau kerajaan yang tidak stabil?

Lagi sedikit bab minyak. Rasanya dua tahun lepas Iran telah menyelar dunia kerana menggunakan matawang US Dollar untuk perdagangan. Hari ini terbukti bahawa matawang Amerika penyebab utama barangan dunia meningkat dengan mendadak. Minyak melambung bukan kerana permintaan mendadak tetapi kerana ekonomi Amerika telah runtuh.

Maka barangsiapa yang masih lagi taksub dengan US Dollar akan terperangkap satu hari nanti kerana matawang Amerika tidak akan bernilai lagi.

Itu krisis barangan, krisis moral dan kehidupan rakyat macam mana? Siapakah yang melambakkan pendatang haram di Malaysia? Kes jenayah yang melambung tinggi seolah olah tiada kesudahan. Rasuah seakan sarapan pagi yang wajib diambil untuk kesihatan poket. DAN siapa yang mencipta bohsia, borjan, mat rempit, mat pit, pelacuran dikalangan siswi serta lambakan bayi dalam tong sampah.

Adakah ibu bapa yang salah atau kerajaan yang tidak faham erti nilai modal insan?

Krisis terbaru, DRM keluar UMNO. Dikatakan bahawa salah Pak Lah yang menyebabkan ketidakstabilan UMNO dan salah Pak Lah menyebabkan PRU 12 hilang majoriti di Parlimen.

Siapakah geranan manusia yang memimpin UMNO selama 22 tahun sehingga menyebabkan rakyat jelata memandang UMNO sebagai anjing kurap yang tidak henti menyalak?

Siapakah manusia yang mencipta pemimpin-pemimpin UMNO yang merasakan diri mereka kebal dengan undang-undang?

Siapakah manusia yang menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO yang hidup mewah, boros dan laparkan duit?

Siapakah manusia yang mendidik pemimpin-pemimpin UMNO yang riak, takbur, sombong, bongkak, besar diri, bangga diri dan tidak boleh ditegur?

Siapakah manusia yang melahirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalahgunakan kuasa, kedudukan, pangkat untuk diri dan sanak saudara?

Dan akhir sekali, siapakah manusia yang meruntuhkan kehidupan masyarakat Malaysia dengan idea dan perancangan serta pembangunan pesat tanpa mengira kemampuan masyarakat untuk mengikutinya.

Oh sebelum itu, siapakah manusia yang mencipta pemimpin-pemimpin UMNO yang cukup berkuasa di dunia ini?

Krisis oh krisis, rakyat yang menjadi mangsa. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

Apr 3, 2008

Masih Tidak Mahu Mengaku Salah

Sebastianjoshua

Tadi den bersembang dengan bini den, syok sembang terkeluar dari mulut bini den, “perangai BN tak pernah mengaku salah”. Den terdiam, memang betul kata bini den. Sejak lepas PRU 12 sampai sekarang, tak pernah satu perkataan ‘mengaku salah’ pun terkeluar dari mulut Barisan Nasional.

Perangai manusia dan perangai BN. Orang UMNO salahkan KJ dan Pak Lah. Orang MIC salahkan Samy Velu. Orang MCA salahkan video clip di Batu Pahat. Orang Gerakan? Argh semua salahkan orang tu orang ni... tak pernah salahkan diri sendiri.

  • Mula-mula salahkan melayu kerana menolak UMNO, sanggup gadai maruah bangsa dan agama menyokong cina. Kononnya hanya UMNO yang dapat menjulang bangsa melayu menjadi bangsa yang hebat seantario dunia.
  • Masih salahkan orang melayu kerana DEB akan terhapus, tolak pembangunan, tolak kemajuan dan tolak ‘tuah’.
  • Rasa tak dapat nak telan maka salahkan Pak Lah dan KJ. Pak Lah lembik lah Pak Lah tak pandai tadbir negara lah, KJ kontrol Pak Lah... tak macam-macam lagi.
  • 50 tahun BN memerintah, dah habis dirogolnya Malaysia tetap tak mengaku salah.

Ada tak orang mengaku salah kat sini? Rasanya macam tak da kot. Tun Dr Mahathir berapi-api salahkan Pak Lah. Pirahhh.. dia yang memerintah selama 22 tahun tu tak bersalah? Sapa didik orang UMNO menjadi bangsat sekarang? Siapa kalau bukan Tun Dr Mahathir.

22 tahun memerintah malaysia sampai rakyat muntah dengan UMNO. Salah Pak Lah ke? Bukan nak membela Pak Lah tapi nak bagi tahu bahawa MEMANG ORANG UMNO NI TAK PERNAH MENGAKU SALAH.

Sapa yang didik kita jadi macam ni? Nak kata mak bapak kita, den rasa dari kecil orang tua den cukup marah kalau den berbohong. Kena sentiasa cakap benar walaupun pahit dan ‘boleh sakit’ (bahasa orang kelantan). Habis nak salah sapa kalau dah ada bukti pun masih tak mahu mengaku

V.K. Lingam boleh kata ‘mungkin’ itu saya. Gambar clear tapi dia kata mungkin dia. Dia tak kata dia tapi dia kata mungkin dia. Sampai tahap macam tu sekalipun masih tak mengaku.

Sapa ajar penjenayah tembak orang, rogol orang, bunuh orang cakap “SAYA MENGAKU TIDAK BERSALAH” dah terang-terang buat kerja tu pun masih kata tak bersalah.

Cuba kita kata “saya yang bersalah” nak mampus.

Inilah keadaan Barisan Nasional sekarang. Masih tidak dapat menerima hakikat yang mereka sebenarnya sudah kalah dan rakyat menolak mereka. Mereka tetap akan mencari salah orang lain bukan salah diri mereka sendiri. Samy Vellu sampai sekarang pun tetap tak mengaku yang dia adalah penyebab orang india marah kepada dia. Pak Lah pun sampai sekarang tak mengaku yang dia terlalu lemah untuk mentadbir negara. Tun Dr. Mahathir pun tak pernah mengaku yang dia aniaya Anwar.

Den raso kalau depa tu mengaku salah.... kiamat dunia ni

Mar 29, 2008

Abdullah bin Ahmad Badawi Telah Kecundang


sebastianjoshua.

Siapa sangka, suatu ketika dahulu, 300 berani mati Spartian bertempur dengan 100,000 Persian dalam suatu sejarah yang gemilang. Keberanian 300 mereka telah meniup semangat seluruh Spartian mempertahankan Greek dari di tawan oleh puak Persian.

Mungkin itu cerita orang kafir, mari kita lihat pentempuran bersejarah Badar yang menyaksikan orang Islam bangkit mempertahankan Agama Allah.

Itu kita tengok sejarah dulukala. Banyak sejarah bermula dari Nabi Allah Adam a.s lagi mencatatkan bahawa ‘Mereka Yang Berada Di Langit’ akhirnya akan runtuh bersama keegoan, kerakusan, ketamakkan diri mereka sendiri.

Siapa sangka rakyat boleh bangkit dan berjuang mempertahankan maruah Agama, Diri, Keluarga, Bangsa dan Negara. Siapa sangka Barisan Nasional yang dulunya di puja-puja telah menjadi racun merosakkan jiwa insan manusia di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Ketika PRU 10, aku merupakan peraih undi di International School kat Ampang (dekat Kelab Darul Ehsan). Setelah jam 5 maka kami bersalam dengan orang-orang BN. Seorang Datin datang kepada ku dan berkata “kamu tahu, kalau bukan kerana Mahadhir, kamu ni tak akan dapat pakai komputer pun.” Aku terdiam, bukan kerana tak terjawab TETAPI aku sedih melihat skop pemikiran mereka yang masih lagi terkunci didalam tempurung.

Singapura tak da Mahadhir, Amerika negara kafir, Eropah lagi jauh negara kafir dari kita. TETAPI mereka cukup maju dan makmur berbanding dengan kita yang kononnya Islam Hadhari.

Sudah 50 tahun merdeka dan sudah 50 tahun kita memberi peluang kepada Barisan Nasional memerintah. KITA MASIH KETINGGALAN dari serba serbi kecuali, Kita transit pelacuran, Kita pusat judi, Kita tempat berkumpulnya pelbagai dadah. Dan macam-macam lagi benda mengarut yang dihumbankan di negara kita.

Bangunan saja moden tetapi mentaliti terlalu kuno. Itu pun kalau bangunan itu tidak retak dan bocor sini sana.

Sudah 50 tahun kawan, sudah 50 tahun rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk memakmurkan negara. Apa yang kita lihat sekarang, jenayah berleuasa, golongan muda yang hilang arah, kemiskinan tegar yang bersepah, kehidupan yang bercelaru dan pelbagai lagi. Cakap apa lagi yang di dunia ini ada, semuanya ada di Malaysia.

Apa yang telah terjadi kepada cucu Syeikh Abdullah Fahim ini. Dari seorang yang kononya ‘Mujahid Islam masa kini’ (Dato’ Pirdaus Haji Ismail) menjadi seorang yang amat dibenci bukan sahaja oleh rakyat jelata malah para puak UMNO hampir seluruh Malaysia.

2004 merupakan tahun kebanggaan Abdullah dengan penampilan beliau sebagai seorang cucu ulama terkenal (mufti pertama Pulau Pinang) malah dilihat cukup baik berbanding era Tun Mahadhir. Kemenangan besar yang diperolehi menyebabkan Manusia Leka Dengan Kuasa Yang Ada.

Teringat kisah seorang kawan yang mengaku diri berasal dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Aku tanya dia, “kau ni dari susur galur sebelah mana? Sebelah Umar ke sebelah Abdullah? “ Dia terdiam. Aku sambung “Biasa yang terkenal datang dari susur galur Umar”. Dengan cepat dia menjawab “Memang, aku dari susur galur Umar”.

“Umar bin Abdul Mutalib tu kalau kau nak kenal ialah Abu Jahal yang terkenal dengan sifat jahatnya kepada anak buahnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w” tempelak aku kepada dia. Inilah akibatnya kalau kita percaya bahawa dari anak cucu orang baik-baik, maka DIA pun baik jugak.

Maka pada kali ini aku mengemukakan firasat aku berkenaan dengan Abdullah ini.

Mengikut pandangan ‘tanah’ melayu Malaysia yang kian lemah diperkosa oleh manusia bernama Ham’No yang rakus silih berganti –
Mengikut perasaan ‘air’ hujan dan banjir yang sentiasa melanda tanpa mengira musim -
Mengikut ‘api’ yang membakar hati menjadi panas membara kesan kenaikan barangan yang melampau –
Serta
Mengikut perubahan ‘angin’ lagu Wind of Change Scorpion yang meniup kencang panji panji kebenaran -

Aku berpendapat, setelah melihat satu bintang yang mulanya bersinar megah ketinggian 35 Darjah ufuk Barat Daya pada kira-kira 5 tahun dulu telah hilang secara tiba- tiba DAN satu susunan gugusan bintang dari timur timur (boleh dilihat selepas solat maghrib) mulai bersinar…

Boleh aku katakan…

Abdullah bin Ahmad Badawi akan diangkat turun dari kerusi Perdana Menteri SEBELUM datang 2009 OLEH orang beliau sendiri.

Abdullah sudah silap memilih tarikh 8 Mac 2008. Menurut ilmu metafizik http://www.askbatrisyia.com/s... nombor 8 itu bermakna Lawan dan orang yang hari lahir adalah 8 akan menjadi orang kuat melawan. Pada tarikh 8 itu aura orang-orang 8 ini begitu tinggi dan semangat melawan mereka amat hebat; Siapa antara orang yang lahir pada 8 ini;

1. Lim Guan Eng – 8 Dis 1960
2. Ir. Mohammad Nizar – 17 Mac 1957 (1+7 = 8)

Orang yang lahir pada tarikh 1 merupakan seorang pemimpin yang hebat, mari kita lihat siapa mereka

1. Anwar Ibrahim – 10 Ogos 1947
2. Mahathir Mohamad – 10 Julai 1925

Abdullah bin Ahmad Badawi? Bintangnya sudah hilang dilitupi permasalahan yang begitu besar yang di dokong oleh perasaan riak takbur sombong bongkak besar diri tak’bur pandang hina dan pandang rendah orang lain terasa diri hebat terasa megah dah ujud

Maka beliau akan tumbang bersama sebuah parti yang begitu megah, Barisan Nasional.

Aku ingin merapu panjang, berkenaan dengan ISA dan BTN tetapi masa tidak mengizinkan. Tunggu sehingga aku kembali.

Mar 25, 2008

Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebah

sebastianjoshua

Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.

Saya pernah menyebut dalam satu tulisan yang lepas tentang nasihat Syaiban al-Ra‘i kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”.

Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya.

Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Para penasihat yang jujur yang memberitahu hakikat yang sebenar, -sekalipun boleh menimbulkan keresahan- adalah lebih baik untuk seseorang pemimpin daripada pengampu yang membohonginya sehingga dia buta dengan keadaan negara dan rakyatnya. Penasihat yang jujur akan memberitahu hakikat yang sebenar tentang suasana negara, rakyat dan tanggungjawab itu semua di hadapan Allah sekalipun mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada seorang pemimpin.

Dengan ketakutan itu, pemimpin membaiki diri dan keadaan, maka ketakutan akan bertukar menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Adapun pengampu, demi kepentingan diri, kedudukan dan harta yang diharapkan dari pemimpin, maka mereka akan mendendang lagu-lagu asyik agar pemimpin nyenyak tidur dibuai mimpi indah sehingga akhirnya ketakutan pun menjelang tiba. Hanya cerita-cerita indah sahaja yang sampaikan ke telinga pemimpin, lalu pemimpin pun gembira dan buta hakikat sebenar rakyatnya.

Saya teringatkan kisah dongeng raja telanjang yang menjadi bahan bacaan kanak-kanak. Kononnya, ada seorang raja yang gilakan pakaian yang cantik-cantik. Lalu muncul beberapa orang penipu yang kononnya boleh menghasilkan pakaian yang paling cantik untuknya. Raja pun bersetuju. Mereka meminta beberapa hari untuk menenunnya di sebuah bilik di istana. Saban malam raja tersebut melawat hasil kerja yang sedang ditenun mereka.

Namun, beliau tidak melihat sebarang benang atau kain yang terhasil, sebaliknya hanya tenunan kosong semata. Apabila raja bertanya, mereka menjawap: “jika tuanku tidak nampak, menunjukkan tuanku mempunyai penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut”. Dalam ketakutan raja menjawap: “Ya, saya nampak, alangkah cantiknya”.

Demikianlah juga menteri-menteri dan para pengiring raja juga mengaku perkara yang sama, kerana ingin mengampu raja. Sehingga pada hari yang dijanjikan, raja pun memakai pakaian yang tidak wujud itu dan disarungkan secara tipu oleh penenun-penenun karut tersebut. Semua pengampu raja memuji keindahan pakaian yang tidak wujud itu, padahal raja sedang bertelanjang.

Apabila raja keluar menemui rakyat, maka semua mata terbeliak dan mulut ternganga. Raja menyangka mereka kagum dengan pakaiannya yang indah. Tiba-tiba beberapa budak kecil menjerit: “Hei! Lihat! Raja kita sedang bertelanjang”. Maka semua rakyat ketawa. Barulah raja tahu bahawa dia telah ditipu oleh ‘taukeh-taukeh&rsqu o; tenun dan para pengampu yang berada di kelilingnya. Namun masa telah terlambat, dia telah dimalukan di hadapan rakyat.

Walaupun cerita ini dongeng, namun janganlah ia menjadi realiti dalam dunia politik kita hari ini. Seorang pemimpin amatlah malang jika dia ditipu oleh para pengampu sehingga akhirnya dia ditertawakan oleh rakyatnya dek kesilapan yang dilakukannya. Atau dia dibenci oleh rakyatnya, kerana dia ditipu oleh para pengampu konon rakyat sentiasa puas hati dan sukakannya.

Sebab itulah, dosa para pengampu amatlah besar. Dengan nasihat yang buruk, jatuhnya kerajaan-kerajaan lampau dan akan datang. Tuan penasihat ‘dua puluh lima persen’ seperti dalam filem “Tiga Abdul” boleh menyebabkan orang yang dinasihati itu dijual secara lelong. Wahai pemimpin! Berhati-hati dengan para penasihat kalian!”.
Saya tertarik dengan perkataan Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi apabila Khalifah ‘Abd al-Malik bin Marwan meminta dia mensifatkan fitnah. Perkataan ‘fitnah’ seperti yang telah saya sebutkan bermaksud ketidak tenteraram, kekacauan atau hilang keamanan dan kedamaian. Kata al-Hajjaj: “Fitnah itu merebah dengan bisikan, ianya lahir dari aduan” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201).
Maka bisikan dan aduan rakyat bawahan janganlah dipandang ringan. Jangan pemimpin hanya akan mendengar aduan golongan koperat dan berpangkat semata. Tangisan rakyat dan tidak puas hati mereka selalu tidak sampai ke telinga seorang pemimpin jika dia hanya dikelilingi oleh manusia-manusia pengampu dan mencari kemewahan semata.

Jika seseorang ingin menjadikan jawatan kepimpinan sebagai tempat ‘makan angin’ dan santai maka dia seorang yang sangat fasik dan jahat. Pemecah amanah lagi khianat. Sabda Nabi s.a.w: “Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.

Media juga janganlah memperbodohkan rakyat dan menipu para pemimpin. Jangan hanya disiarkan berita mengampu semata, sebaliknya siarkan kisah duka dan derita rakyat. Kerana, jika tiada saluran untuk mereka meluahkan rasa, maka ianya akan menjelma dalam bisikan senyap dan aduan pada bukan tempatnya. Maka api fitnah akan merebah, lalu membakar keamanan masyarakat dan negara.

Jika sesuatu isu tidak adil untuk rakyat, janganlah media membuat pembohongan dengan menyiarkan temubual insan-insan yang terpinggir dari realiti sebenar. Lalu pemimpin atasan tertipu, rakyat rasa diperbodohkan. Lantas mereka menyimpan perasaan dendam. Lalu hilang kasih-sayang antara rakyat dan pemimpin akibat perbuatan para pengampu.

Wahai pemimpin, bukalah ruang seluas-luasnya untuk setiap orang mendapatkan haknya. Mudahkanlah jalan untuk sampai kepada kebenaran tanpa gangguan dan tekanan. Jangan pula hanya yang berharta boleh menuntut hak mereka, sementara yang miskin dan susah terpaksa merintih untuk mendapatkannya. Kata Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a.: “Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201)

Pemerintahan yang adil adalah pemerintahan yang kerahmatannya dirasai oleh setiap lapisan rakyat. Seperti kata Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta menyifatkan keadilan pemerintah, katanya: “Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).

Jangan pula pemimpin hanya jadi godfather kepada taukeh-taukeh besar yang menjadi pengampu dan tidak mengambil pusing tangisan insan-insan bawahan. Apabila anda memimpin sebuah negara, maka seluruh rakyatnya adalah di bawah tanggung jawab anda. Jika tidak jangan mengidam jawatan kepimpinan. Wujudkan saluran yang ikhlas agar suara orang bawahan sampai ke pendengaran anda. Hapuskan para pembodek yang membohongi anda sehingga garam dikatakan gula, pasir dikatakan beras, tangisan rakyat diberitakan sebagai senyuman.

Saya sentuh tajuk ini kerana saya melihat yang cuba mencari sebab kenapa rakyat menolak mereka. Sesungguhnya sebab itu tidak dapat diperolehi, jika pemberi maklumat atau penganalis itu masih lagi membodek dan pengampu. Carilah insan-insan jujur yang takutkan Allah dan selalu bercakap benar. Di situ akan terubatlah banyak luka dan cedera yang dialami.

Pemimpin apabila membiarkan rakyat yang baik dalam kesusahan, sementara golongan yang tamak lagi mengampu ‘penuh kantong’ dan kekenyangan lagi mewah, maka negara akan rosak. Penentangan terhadap pemimpin akan berlaku dari rakyat bawahan yang tertindas dan golongan tamak yang mula ‘besar kepala’.


Dengarlah apa nasihat Khalifah Mu’awiyah r.a. kepada ‘Amr bin al-As yang sedang berangkat menuju ke Mesir untuk menjadi pemimpin di sana. Kata Mu’awiyah: “Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yang kenyang. Sesungguh yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).

Lebih buruk lagi para pengampu ini apabila melihat seseorang pemimpin akan jatuh atau rebah, mereka akan lari mencari dahan baru untuk berpaut. Maka, pemimpin yang diampu akan menjadi raja telanjang berseorangan, sementara yang mengampu akan menyembunyikan diri di belakang atau melarikan diri dan meletak jawatan.

Maka berhati-hati wahai pemimpin dengan para pengampu anda. Seakan perangai syaitan seperti yang disebut dalam al-Quran: (maksudnya) (Sikap kaum munafik) itu samalah seperti syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “kufurlah kamu!” setelah orang itu kufur, berkatalah syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!“(Surah al-Hasyr: 16).

Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya” (Surah al-Anfal: 48).

Ya Allah! Daku telah menyampaikan!!.


SS Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mufti Perlis

Mar 24, 2008

Biadap dan Kurang Ajar

sebastianjoshua.tblog.
Itulah yang boleh diperkatakan tentang kemelut kera’jagaan Umno di Terengganu. Menderhaka kepada Istana merupakan PANTANG orang melayu.

Pada 12 Mac nan lalu kecoh satu Malaysia apabila ‘katanya’ DAP akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak. Selama 3-4 hari para politikus ‘membelasah’ Lim Kit Siang yang kononnya Biadap dan Kurang Ajar kepada Istana selepas ‘menang besar’ di Malaysia.

Apa yang terjadi sekarang, situasi tetap sama berlaku di Terengganu. Tetapi tiada pun perkataan Biadap dan Kurang Ajar dikeluarkan kepada Pak Lah mahupun Idris Jusoh. Bukan sekadar memulaukan majlis angkat sumpah malah secara terang-terang membantah keputusan Istana yang kononnya tidak mengikut Perlembagaan.

Situasi Perlis sebenarnya sama dengan situasi Terengganu. Istana membantah perlantikan Shahidan Kasim sebagai Menteri Besar WALAUPUN Shahidan mendapat watikah perlantikan dari Pak Lah. Namun disebabkan Perlis tidak mempunyai ‘hasil’ yang lumayan maka Mat Isa Sabu dilantik menjadi Menteri Besar.

Sedikit ulasan dari orang Umno

# Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.

‘‘Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.

‘‘Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
‘‘Kita marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik pula, UMNO Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka,’’ tegasnya. #

Kenapa Pak Lah dan sekutunya sanggup menghina Istana. Mengikut tafsiran, ada beberapa sebab mengapa Pak Lah tetap mahu Idris Jusoh

1. Wang Ehsan sebanyak 11 billion masih berada di Terengganu dan ianya akan digunakan untuk ‘pelaburan’ kroni Pak Lah iaitu Patrick Lim di Terengganu.
2. Sebelum pilihanraya, sekutu Idris Jusoh telah dijanjikan pelbagai ‘habuan’ yang amat lumayan. Maka apabila Umno telah menang maka mereka menagih janji-janji tersebut. Maka terpaksalah mereka menyokong Idris Jusoh bagi mendapat bahagian mereka. Kalau kena buang negeri pun jika ada duit maka mereka boleh hidup dimana sahaja mereka suka.
3. Segala dokumen mengenai penyelewengan Idris Jusoh dan sekutunya masih tersimpan elok di pejabat Menteri Besar. Jika orang lain menjadi MB maka kemungkinan besar kesemua pembelanjaan karut marut itu akan terbongkar.

Mengapa pula Istana memilih Dato’ Ahmad Said (DAS)

1. Berkemungkinan besar kerana DAS ‘lebih bersih’ dari ADUN lain di Terengganu walaupun ada pemimpin Umno cuba menjatuhkan beliau sebelum pilihanraya.
2. Sultan Terengganu sendiri suka bersolat jumaat di Masjid Kampung Meraga Beris di Kijal. Situ merupakan kawasan DAS, kemungkinan DAS sentiasa bersama Tuanku ketika Tuanku berada di Kijal.
3. Dalam ramai-ramai mereka yang gelojoh mendabik dada bangga dengan kejayaan di Terengganu, orang kampung DAS lepak aje kerana mereka tahu DAS tetap tak lupakan mereka.

Mana dia pemimpin yang mencium keris untuk membela?
Mana hilang hulubalang-hulubalang melayu yang amat PANTANG jika Istana dihina?
Mana pergi rakyat yang berlindung di bawah panji-panji Istana?
Mana ghaib guru silat guru silat melayu yang mengajar PANTANG MENGHINA SULTAN?

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

PATIK BERADA DIHADAPAN UNTUK MEMPERTAHANKAN KESUCIAN PANJI PANJI TUANKU

Posting terkini

Blog Archive