Sebastian Joshua
RM 800 juta lagi subsidi, aku pandang suratkhabar Berita Harian tu… tah tak terasa apa-apa pun. Tah aku terasa tak heran pun apa yang kerajaan umumkan untuk rakyat DAN aku rasa rakyat pun tak heran apa yang kerajaan cakap sekarang.
Bunyi juta-juta puluh juta ratus juta dan billion pun bagi aku tak terasa dan tak heran langsung. Tak tahu lah kot orang kampung terasa hebat dengan perkataan itu. Aku pun dah lali dengan perkataan subsidi ni. Apa benda subsidi ni sebenarnya. Benda yang aku tak nampak dan tak paham.
Yang aku tahu ialah,
- Puasa dah nak dekat, raya pun mesti hadir lepas puasa. Sekarang ni dah terasa sakit dengan harga barang naik, bulan puasa dan raya lagi orang meraung.
- Bukak sekolah tahun depan macam mana? Kos seorang budak dah berapa ratus, kena anak 4 macam aku ni terasa nak pitam kot. Sekarang ni pun menggaru kepala sebab tambang bas dah nak naik dalam RM 30 lagi Mana nak cekau duit.
- Anak aku darjah 3 pernah sound aku masa aku ulur duit RM 1.00 untuk sekolah kebangsaan. "Mana cukup ayah, sekarang ni pun beli makanan share ngan kawan kawan, nasi dan air share 3 orang." Nak tak nak aku terpaksa ulur RM 2.00 sebab kantin kat sekolah pun dah tak mampu tahan.
- Letrik nak naik lagi, satu aje aku heran dan bebenar heran. Kalau kau beli barang sebiji harga dia katakan RM 10.00. Kalau kau beli barang tu dah 100 biji, tak kang penjual tu nak jual dengan harga RM 10.00 sebiji jugak. Dah tentu dia kasi diskaun 10 % ke apa ke… kau beli banyak kang.
Koridor utara selatan timur dan barat termasuk sabah dan sarawak, belum kira rel keretapi lah tah apa lagi projek mega lah. Kerajaan tak boleh tangguh ke benda benda tu semua. Dah tahu dalam keadaan sekarang ni kita tengah hadapi masalah, ktia hold dulu apa yang patut, kita reverse dulu beberapa perkara (tengok dan kaji balik). Kasi rakyat bertenang dan happy sikit Nama pun kerajaan dari rakyat untuk rakyat. Bukan kerajaan dari undi hantu untuk kroni kroni.
Hari khamis lalu, selepas harga minyak naik lah, aku suruh bini aku kasi RM 10.00 kat stesen minyak tu nak isi motor aku. Bini aku terkejut, RM 5.00 dah lah melimpah kang tangki tu. Aku kata kasi aje mamat tu RM 10.00 minyak dah mahal. Bini aku tak percaya terus kasi RM 8.00 aje isi minyak… dah agak memang tak penuh pun motor aku.
Tah apa nak jadi kat Malaysia ni pun aku tak tahu. Kerajaan seolah olah tak boleh kawal langsung negara. Dah lah dari lepas PRU 12 sampai sekarang tak settle settle lagi pergolakan dalam umno. Macam mana nak jaga negara kalau sendiri pun bertelagah. Bukan hanya rakyat dok tengok, orang asing pun dok perati aje apa yang berlaku di Malaysia.
Cukup setakat ini, naik pening aku lihat gelagat manusia yang merasakan diri mereka hebat. Macam lah bila mati tu jasad diangkat ke langit.
1 comments:
ingat kot dapat bonus 3 bulan .. dah tak der masalah. Wakakakaka
Post a Comment