KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 9, 2008

Kalau lah DULU BPR bertindak sepantas ini ...

Tak sampai seminggu, BPR bergegas ke Pejabat Menteri Besar Selangor, gara gara lapuran yang dibuat oleh ahli PKR terhadapa salahguna dan penyelewengan pemberian kontrak . Butirannya adalah berikut

Malaysiakini - [...] Badan Pencegah Rasuah (BPR) merampas beberapa dokumen dan menyiasat seorang pegawai kanan di pejabat menteri besar Selangor yang didakwa menyalahgunakan kuasa.

Siasatan tersebut selepas satu laporan dibuat oleh empat wakil PKR minggu lepas kepada badan itu dan polis.

Pegawai kanan itu didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya.

Malaysiakini difahamkan, BPR mula menyiasat kakitangan menteri besar jam 4 petang tadi.

Bagaimanapun hingga kini belum jelas di mana beliau disoal siasat oleh badan tersebut.

Difahamkan, BPR mengambil dokumen-dokumen tersebut daripada pejabat Majlis Bandaraya Petaling (MBPJ).

Wakil-wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam dilaporkan membuat aduan itu dengan harapan "siasatan segera dilakukan kerana perbuatan tersebut menjejaskan integriti pentadbiran Pakatan Rakyat." ... selanjutnya.
Kalau lah mereka bertindak seperti ini ketika zaman pemerintahan Khir Toyo dulu ..... Selangor tidak lah kerugian seperti sekarang. Malah lapuran yang dibuat dulu pun masih ada yang tidak bersentuh. memang BPR bacul dengan UMNO rupanya .... Nak tunjuk hebat, tak kesah. Tapi biar lah sama rata. Baru orang percaya.

Apa apa pun, tahniah kepada BPR kerana tindakan pantas. Tapi, jangan nanti ada lapuran pada pemimpin UMNO, buat kerja terhegeh hegeh pula.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive