KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 24, 2007

SAMPAI KE TUA LAH LU MELAYU

http://www.westernresistance.com/images/HishKeris.jpg

UMNO bukan lagi kebanggaan, tetapi sudah menjadi bebanan bangsa Melayu. Sikap perkauman yang diterapkan kepada rakyat telah membawa kepada risiko permusuhan antara kaum di negara ini. Dengan kesilapan kata, percaturan politik dan bahasa Pemimpin UMNO yang celupar menyebabkan bangsa melayu menjadi musuh kepada bangsa lain. Kerana itu, apa yang kita alami, kaum Cina sukar untuk berkongsi peluang perniagaan dengan bangsa Melayu. Akibatnya, melayu ketinggalan jauh tercorot di dalam perniagaan disamping memberi kesan kepada keadaan ekonomi bangsa melayu sehingga kini. Jurang perbezaan semakin melebar.

Kalau pada 13 May menjadi titik tolak dendam bangsa Cina terhadap bangsa Melayu, kini, isu Hindraf 25/11 pula menjadi tarikh mula, kebencian bangsa India kepada Melayu. Rata rata bangsa India yang ditemui mencemuh kepimpinan MIC dan juga UMNO. Apabila ditanya, siapakah UMNO, mereka akan merujuk kepada bangsa melayu. Sesungguhnya tiada apa yang membezakan antara Melayu dan UMNO kecuali menyamakannya. Sedangkan tidak semua Melayu adalah UMNO.

Maka tidak hairanlah kalau satu ketika nanti, jurang perbezaan dapat dilihat dengan lebih jelas apabila Kaum India yang sekarang menduduki tangga kedua kemiskinan bakal meninggalkan terus kaum Melayu terkebelakang.

Beberapa hari ini, Kerajaan Barisan Nasional nampaknya lebih mencuba untuk memenangi hati kaum India lebih dari bangsa Melayu sendiri. Ini dinyatakan sendiri oleh media arus perdana. Banyak berita yang berkisar tentang Hindraf, MIC dan kaum India. Tidak langsung menyentuh atau tertulis 'Melayu' lagi. Ini menunjukkan BN begitu bimbang akan kehilangan undi dari bangsa India dari bangsa melayu. Kenapa ini berlaku? Mungkin kah kerana Melayu terlalu bodoh sehingga boleh diperlakukan apa sahaja? Adakah Melayu pengecut kerana tidak mahu berubah kepada kerajaan lain? Kalau benar Melayu pengecut maka UMNO telah berjaya menakut nakutkan bangsa melayu sehingga melayu tidak mampu lagi untuk menukar kerajaan selain menyerahkan diri dan nyawa kepada UMNO semata mata. Malangnya sikap begini telah menyebabkan kerajaan tidak bimbang walaupun Melayu tidak dibantu. Siapa sebenarnya yang perlu dibantu oleh kerajaan? Melayu atau India?

Sedangkan telah dinyatakan bahawa bangsa Melayu, purata pendapatannya cuma RM2,711 berbanding kaum India sebanyak RM3,456. Selepas kenyataan tersebut, baik dari BN atau pun UMNO masih terus berdiam diri tentang perkara ini kecuali mereka cuba memujuk rayu kaum India untuk pulang ke pangkuan Barisan Nasional.

Berikut adalah beberapa rujukan berita dari BERNAMA sepanjang beberapa hari yang lalu. (Berita dari 21/12 - 24/12)

MIC Kemuka Laporan Mengenai Kuil Hindu Kepada Kabinet
MIC Bantu Tukar Wajah Kaum India Negeri Sembilan
Seorang Lagi Tahanan ISA Mohon Dibebaskan
Dakwaan Pembangkang Terhadap MIC Hanya Untuk Pancing Undi
MIC Pertaruh Muka Baru Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12
Pengundi Tegar BN Daripada Kaum India Tidak Akan Beralih Kepada Pembangkang
Pemuda MIC Perlu Bertindak Lebih Proaktif - Vigneswaran

Tidak satu pun yang mencerita tentang bantuan kepada melayu.

Jika ini lah kaedah Barisan Nasional dan pemimpin UMNO untuk memenangi pilihanraya, maka Melayu tidak lah boleh berubah dari kemiskinan tegar. Malah indeks kemiskinan bangsa Melayu akan terus nazak di bawah kepimpinan Barisan Nasional. Setiap kali rungutan dari bangsa lain, akan mendapat layanan, maka bila kah masanya untuk bangsa melayu menuntutnya haknya?

Kalau UMNO berbelah bagi antara perjuangan bangsa dan cita cita politik BNnya maka UMNO bukan berjuang untuk KETUANAN melayu tetapi sampai KETUA LAH LU melayu.

MANGSA BANJIR, JADI MANGSA UMNO

http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_a03bcb64-c0a85062-13e6f830-dbf38bb3/1/johor-bah2012d.jpg

BANTUAN BANJIR DI PAHANG KECOH


Menurut berita yang disiarkan di dalam Malaysia Today., terdapat 600 mangsa banjir terperangkap di dalam estate, Sukarelawan UMNO dikatakan hanya menghantar sekampit beras untuk dikongsi bersama 600 mangsa tersebut. Mangsa mangsa tersebut dikatakan menjerit bagaikan terkena Histeria apabila mengetahui ianya untuk dikongsi bersama.

Menurut kenyataan itu lagi, Media arus perdana telah memutarbelitkan berita dengan mengatakan bahawa kesemua operasi bantuan banjir berjalan lancar. Sebaliknya kejadian mencuri dan menjual barangan bantuan hebat berlaku disana.

Di Temerloh pula, 2 lori trailer yang dipenuhi dengan beras telah dilapurkan hilang 3 hari sebelum itu. Kedua dua lori tersebut dikatakan bertolak dari Bilik Gerakan Banjir yang dikendalikan oleh sukarelawan UMNO bahagian Temerloh. Manakala peniaga di Temerloh menyatakan bahawa terdapatnya beberapa orang yang menemui mereka dengan tujuan untuk menjual selori beras dengan separuh harga.

Selanjut nya, rujuk: Malaysia Today.

No2umno - Dari atas sampai ke bawah, semuanya Perompak. Bukan Alibaba dengan 40 penyamun, tapi cerita UMNO dengan penyamun penyamunnya.

100 HARI PEMERGIAN NURIN

PUSARA NURIN JAZLIN

Esok genaplah 100 hari Nurin Jazlin Jazimin, 8, ditemui mati selepas diculik selama 27 hari.


Namun ibu bapa Nurin diibaratkan menunggu buah yang tidak jatuh kerana sehingga sekarang tiada sebarang perkembangan yang mereka peroleh berhubung pembunuhannya.

"Jika di awal-awal dahulu, pihak polis sering datang atau menghubungi kami bagi memaklumkan tentang perkembangan kes itu, namun sekarang mereka langsung tidak menghubungi kami, malah kami pula yang terpaksa menghubungi polis untuk mendapatkan maklumat terkini," kata Norazian kepada Bernama hari ini.
Rujuk: BILA KES NURIN AKAN SELESAI? (Bernama)
No2umnO - Wak tak nak salahkan POLIS kerana lambat dan lembab menjalankan tugas. Yang wak marah adalah ibu bapa NURIN sendiri. Kenapa mereka tidak jadi Dato, Dato Seri, Menteri, Timbalan Menteri atau Perdana menteri? Kalau mereka ada jawatan di dalam kerajaan dan UMNO, sudah pasti POLIS berhempas pulas, berpatah riuk, terlanggar dinding buat kerja. Pantang celik mata, terus kerja. Tak makan pun tak per asalkan dapat puaskan hati pemimpin.

NURIN JAZLIN JAZIMIN - THE MURDERED CHILD

Kuil runtuh, India kecoh. Surau roboh, Melayu buat buat bodoh

suaru.jpg

Baru baru ini wak bertemu dengan saudara rapat, yang rumah nya berada di sekitar seksyen 8, Shah Alam. Bertanya akan wak tentang Surau Ar Rahmah, Seksyen 8/A Shah Alam, surau yang telah ditutup oleh JAIS dan kerajaan Negeri Selangor, angkara sembahyang dua imam. Adakah kemungkinan surau itu akan dibuka? Jawapannya mengecewakan kerana menurut beliau, ianya sudah menjadi kes mahkamah dan setelah dirujuk, sememangnya ianya benar. Ia bakal ditutup terus sehingga kes itu selesai. Melayu bisu, melayu lesu.

Menurut berita yang disebar dan tersebar, surau itu ditutup kerana kebimbingan tentang suasana politik di sana. Menurut saudara wak lagi, surau itu memang di antara surau yang aktif di dalam mengadakan ceramah. Tidak tahu sejauh mana ia menyentuh tentang keburukan sikap pemimpin tetapi apa pun perbicaraan tentang pemimpin dan rasuah, kerajaan mudah terasa.

Campurtangan pihak kerajaan telah menyebabkan penduduk di situ tidak berpuas hati dan terjadilah sembahyang 2 imam. Maksud sembahyang dua imam bukanlah sembahyang yang dilakukan oleh 2 kumpulan di dalam satu masa yang sama tetapi, 2 kumpulan, 2 imam, berlainan masa. Tidak tahu sejauh mana dakwaan ini benar.

Antara kisah yang menarik diberitahu bahawa ada berlaku kematian dan memaksa penduduk di sana mencabut dan mengangkat pagar surau tersebut untuk tujuan memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat. Apabila diketahui oleh pihak kerajaan, mereka telah memaksa mayat dibawa keluar dan pintu pagar ditutup kembali, menyedihkan pagar tersebut telah di 'welding' untuk mengelak dari ianya diangkat lagi.

Kisah surau dan tempat Ibadat Islam ditutup dan roboh, sudah menjadi perkara biasa. Namun, di dalam semua tindakan ini, ternyata umat Islam tidak bersatu untuk mempertahankan kedaulatan tempat ibadat. Umat Islam berpecah, ragu ragu dan tidak kurang juga yang tidak perihatin. Kalau hendak dibandingkan dengan penganut agama Hindu, ianya jauh berbeza. Mereka sanggup mati dan bermandi darah kerana mempertahankan rumah ibadat mereka, kenapa tidak umat Islam?

Diantara cerita awal perobohan Masjid adalah di Kampung Bujal, Terengganu, banyak masjid lain turut menerima nasib yang sama. Alasan kerajaan, masjid dibina tanpa kebenaran. Tetapi hakikatnya, kerajaan bimbang masjid dibina atas kewangan rakyat dan ia tidak boleh dikawal sepenuhnya oleh mereka. Kini penyakit roboh tempat ibadat sudah menular ke Selangor dengan alasan, Setinggan Sifar.

Biar apa pun alasan kerajaan, mereka tetap merobohkan rumah ibadat. Namun yang mempertahankan kebanyakan surau dan masjid ini adalah dikalangan penduduk setempat dan beberapa orang kepimpinan parti pembangkang. Kurang iman atau Melayu tidak berminat mempertahankan masjid dan surau? Apa sebenarnya yang telah merasuk bangsa Melayu beragama Islam sehingga kelihatan begitu lesu untuk mempertahankan tempat ibadat mereka?

Usaha merobohkan kuil di Rimba Jaya telah mengundang penganut Hindu datang dari pelbagai arah. Kalau bukan kerana sekatan jalanraya di beberapa jalan menuju ke kuil tersebut, mungkin lebih ramai yang hadir. Kemarahan kaum India tidak boleh dibendung lagi. Sebagai bukti, Samy Vellu yang cuba hadir pada waktu itu telah di herdik dengan perkataan kasar dan lucah sehingga menyebabkan Samy sendiri terpaksa berlalu pergi. Ianya berlaku ketika saat menanti perayaan Deepavali. Sehingga kini kaum Hindu masih berdendam dengan Samy Vellu. Begitulah semangat keagamaan Kaum Hindu di Malaysia. Panas masih membara dan kalau diberikan kesempatan, mungkin Samy Vellu akan diterajang. Keadan yang sama tidak berlaku kepada umat Islam. Kenapa?

Jawapannya cukup mudah. Kaum India berang kerana kuil mereka dirobohkan atas arahan Pemimpin Islam Barisan Nasional. Bila tempat ibadat mereka dirobohkan oleh penganut agama lain, suasana nya sama seperti yang dirasai oleh penganut Hindu dan Islam di negara India. Manakala Melayu lesu mempertahankan tindakan meroboh surau kerana yang merobohkannya adalah pemimpin Islam sendiri. Maka disitulah timbulnya perpecahan pendapat diantara umat Islam di Malaysia.

Peristiwa roboh surau dan masjid tidak berlaku di negara lain. Tiada lapuran tentang perobohan surau dan masjid di Selatan Thailand, Tidak berlaku di Palestine dan dimana mana.Yang paling buruk berlaku di Iraq hanya lah ke tahap memasuki masjid dengan 'boot' tentera. Tiada perobohan berlaku secara jelas melainkan pengeboman yang dilakukan di atas alasan memburu pengganas. Amerika tidak datang membawa jentolak dan peralatan semata mata untuk merobohkan masjid. Di Israel pula, tentera Israel tidak merobohkan masjid Al Aqsa melainkan menawannya sahaja.

Dengan ini, Malaysia telah mencipta rekodnya sendiri. Merobohkan masjid dan surau dengan niat. Ia telah lama berlaku sejak pemerintahan Mahathir sehingga sekarang. Kalau tidak dirobohkan, ianya akan ditutup. Ini semua berlaku kerana Melayu tidak kesah apa bakal berlaku, asalkan pemimpinnya Islam dan Melayu. Kalau melayu roboh masjid, Islam tidak kisah dan Kalau Islam robohkan surau, Melayu pun tidak kisah. Buat jahat macamana pun boleh diampun, asalkan pemimpin itu Melayu. Dengan fahaman begini, maka Melayu akan terus jadi lesu. Maka tidak hairanlah kalau kuil runtuh, India kecoh. Surau roboh, Melayu buat buat bodoh.

BARISAN NASIONAL MEMANG LUCU

Kita mungkin akan menjadikan pemimpin kita bahan gelak ketawa selepas mereka tiada. Pak Lah dengan tidurnya, Khairy dengan beruknya, Nazri dengan gedoholnya, Najib dengan bomnya. Tapi semua ini akan berlaku kalau mereka sudah tiada.

Jadikan kejatuhan mereka nanti satu hiburan kepada rakyat. Bayangkan kalau Samy pun sudah tiada, tentu negara bertambah ceria.....

RAMAINYE !!!

BN KEDAH KECUT PERUT
dipetik: pemudabukitkatil

Melihat kepada jumlah kehadiran dalam ceramah perdana Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kompleks PAS Kedah malam tadi sudah tentu BN Kedah kecut perut. Manakan tidak kira-kira 100,000 ahli dan penyokong BA berhimpun tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Insya Allah, BN Kedah akan kecundang kali ini, demikian kata-kata ahli PAS Melaka bila membaca laporan Harakahdaily pagi ini.

"Kalau macam ni Mahdzir Khalid pasti tak senang duduk" tambahnya.

RIBUAN MANUSIA HADIR CERAMAH PERDANA DIKOMPLEKS PAS KEDAH
Helmi Khalid
Mon | Dec 24, 07 | 6:11:18 am MYT

ALOR STAR, 24 Dis (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mencabar Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadi pihak yang pengecut sekiranya mengadakan Pilihan raya Umum ke-12 sebelum tarikh mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim layak dicalonkan semula sebagai calon.

Katanya, BN jadi pengecut, biar Anwar boleh bertanding, kita lawan sama-sama, (BN) jangan jadi pengecut.

"Dulu saya lawan, tapi Dato' Seri Anwar tak lawan, dia kena rehat (PRU-11, akibat dipenjara), sekarang Anwar dah bebas, dia dah mula turun padang, biar dia boleh lawan, kita lawan sama-sama," tegas Ustaz Hadi. |more...|

PERLIS TERMISKIN? Hello UMNO ......


Analisis: Perlis negeri termiskin, rakyat derita
klpos
Oleh Asrul Nizam Abd Jalil

PEJAM celik, pejam celik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 30 Julai yang lalu sudahpun berlalu selama lima bulan. Namun demikian, ianya belum menampakkan sebarang petanda bahawa ekonomi rakyat negeri Perlis khususnya akan berubah ke suatu tahap yang lebih baik.

Rakyat derita dengan kenaikan harga barang

Apa yang rakyat Perlis tempohi sekarang hanyalah perih derita menanggung kenaikan harga barang keperluan harian bermula dari kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen seliter.

Kos yang semakin meningkat akibat kenaikan harga bahan bakar menyebabkan rakyat menanggung beban kenaikan harga bawang, tepung gandum, susu, milo, lampin bayi, minyak masak, ayam dan sebagainya.

Adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan bagaimana rakyat mampu meneruskan kehidupan mereka sekiranya harga petrol dinaikkan sehingga 70 sen lagi selepas pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Perlis antara negeri miskin

Statistik menunjukkan kadar kemiskinan di Perlis lebih tinggi berbanding kadar purata kemiskinan bagi seluruh negara. Apakah perancangan molok pihak pemerintah hanya sekadar untuk mengelabui mata rakyat bahawa kewujudan NCER bakal mengeluarkan rakyat Perlis daripada paras kemiskinan?

Sedangkan rekod sebelum ini menunjukkan bahawa wang Baitul Mal negeri Perlis yang salah satu tujuannya untuk membantu rakyat Perlis yang miskin tegar pun sanggup digunakan oleh pihak pemerintah untuk membawa rombongan penyokong mereka melancong ke Medan.

Perkara ini bukan satu fitnah, sebaliknya telah dijawab oleh Menteri Besar Perlis sendiri untuk mempertahankan tindakan melancong menggunakan wang Baitul Mal itu sendiri.

Pemberian RM100 kepada rakyat terpilih oleh Menteri Besar ketika perayaan utama khususnya hari raya Idul Fitri tidak mampu mengeluarkan penerimanya (sekiranya dari kalangan miskin tegar) dari kategori miskin.

Terdapat pengadu yang telah mendakwa kepada Parti KeADILan Rakyat Perlis bahawa skim pinjaman perniagaan di bawah Tekun telah disalahgunakan untuk kepentingan politik sempit apabila pemohon skim ini disyaratkan secara tidak rasmi mestilah terdiri daripada ahli parti pemerintah sekiranya berhajat untuk mendapatkannya.

Tiada program pembangunan bersepadu

Menteri Besar yang ada sekarang memegang teraju kepimpinan Perlis sejak tahun 1995 didapati gagal mengemukakan perancangan ekonomi bersepadu untuk rakyat Perlis.

Beliau hanya memfokuskan kepada apa yang dinamakan sebagai program memperkukuhkan kedudukannya daripada merancang untuk membangunkan Perlis yang mempunyai potensi kerana terletak di sempadan negara. Program-program untuk menunjukkan kehebatan beliau digerakkan seperti program pengagihan wang tunai dan barangan elektrik.

Ketika beliau menjadi MB juga, banyak anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Ekonomi Perlis (PKENPs) yang gulung tikar. Contoh ketara ialah terdapat sebuah syarikat bas yang maju di Perlis iaitu PPMP pun boleh ditutup.

Sebuah anak syarikat PKENPs iaitu Perlis Essential Oils Sdn Bhd telah ditubuhkan lebih daripada sepuluh tahun yang lalu bertujuan untuk terlibat dalam pengeluaran dan pemprosesan minyak kelapa dara sampai sekarang masih tidak beroperasi.

MB pernah popular sebagai MB yang banyak menghasilkan majlis perjanjian persefahaman (MoU) dan majlis pecah tanah projek, namun demikian, hampir tiada projek yang berjaya direalisasikan kewujudannya untuk faedah rakyat Perlis.

BN gagal menyediakan peluang pekerjaan

MB pernah berkata bahawa Perlis merupakan negeri yang paling strategik untuk pembangunan serantau. Dengan demikian, beliau mengalu-alukan kemasukan pelabur luar untuk melabur di negeri ini.

Tetapi sebaliknya, terdapat pelabur yang ingin melabur di sini tetapi mengubah haluan pelaburan mereka ke tempat lain setelah tidak berpuas hati dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh MB.

Sebagai contoh, dalam beberapa tahun yang lepas, Perlis pernah didatangi oleh seorang pelabur yang ingin membuka kilang memasang motosikal di negeri ini. Jika pelaburan ini berjaya, ianya dijangka akan memberikan lebih seribu peluang pekerjaan kepada anak-anak Perlis.

Tetapi sebaliknya, pihak pelabur kecewa dengan syarat untuk diberikan 'bayaran tol' kepada pemimpin tertentu sehinggakan pelabur mengubah lokasinya ke selatan Thailand.

Sekiranya kita melalui jalan utama ke Hatyai, kita akan melihat kilang besar pemasangan motosikal tersergam megah di tepi jalan yang sedang memberi manfaat pekerjaan kepada lebih seribu anak-anak Thailand.

Pengerusi MABEM, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik boleh mengesahkan perkara ini kerana beliaulah yang mengangkat cadangan pelaburan tersebut ke Perlis!

Terdapat berita di Perlis yang mendakwa bahawa sebuah kilang utama di negeri ini iaitu Shorubber di Jejawi Perlis yang menyediakan pekerjaan kepada beribu-ribu orang anak Perlis juga akan ditutup tidak lama lagi untuk berpindah pelaburan mereka ke Vietnam yang lebih kompetitif.

Persediaan ke arah itu telahpun dibuat oleh Shorubber dengan membawa masuk buruh asing dari Vietnam untuk menimba pengalaman.

Telah terbukti bahawa pihak pemerintah gagal menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya kepada anak-anak Perlis sehingga mereka terpaksa merantau ke pelusuk negara untuk mencari peluang pekerjaan.

BA sebagai penyelesai masalah rakyat

Sekiranya rakyat memberi peluang kepada BA untuk memerintah Perlis, antara langkah pertama yang akan diambil oleh BA ialah membuka seluas-luasnya peluang pelaburan ke negeri ini dengan mengenakan insentif cukai yang paling minima kepada pelabur.

Tiada lagi sebarang 'bayaran tol' yang akan dikenakan kepada mana-mana pelabur yang berminat untuk melabur di Perlis.
Pelaburan luar merupakan paksi utama dalam menjana ekonomi Perlis yang bermatlamat murni untuk menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada anak-anak Perlis.

Justeru, anak-anak Perlis di perantauan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang boleh kembali ke Perlis untuk memenuhi pasaran kerja yang seterusnya dapat sama-sama menyumbangkan tenaga dan kepakaran bagi membangunkan negeri ini.

Rakyat Perlis yang mengusahakan tanah-tanah kerajaan lebih daripada sepuluh tahun contohnya seperti tanah dusun di Sungai Batu Pahat akan dianugerahkan geran kekal kepada mereka sebagai satu penghargaan di atas daya usaha mereka untuk menyuburkan tanah.

Dasar perumahan Perlis akan dimantapkan lagi dengan membuka peluang kepada anak-anak Perlis yang sudah berkahwin untuk memiliki tanah bagi didirikan rumah kediaman.

Penduduk Perlis yang terdiri daripada keturunan Burma yang ramai menetap di Kuala Perlis juga akan menikmati faedah yang sama kerana mereka juga adalah rakyat Perlis.

Bekalan air yang menjadi nadi untuk rakyat Perlis tidak akan diswastakan sama sekali kerana ia merupakan tanggungjawab sosial kerajaan.

Ini adalah merupakan sebahagian daripada janji kami untuk kesejahteraan rakyat Perlis sekiranya kami diberi mandat untuk rakyat. Kerajaan adalah dari rakyat untuk rakyat!

Anak Halal: ‘Godless & Hopeless’

peluk2.jpg

dipetik: hafissaidenbasri.wordpress.com

Sewaktu mengajar di Sekolah filem UiTM dulu, sewaktu mengajar Farid Kamil dulu saya pernah mencadangkan supaya sekolah filem mengajar subjek agama dan subjek sastera tradisional. Tujuannya supaya tak ada karyawan filem buat drama sia-sia dan penuh dengan sundal macam Spa-Q, atau supaya tak buat cerita hantu dan mengagungkan khayal serta khurafat, atau tak buat skrip macam Jelatang yang di akhir setiap episod penulis skrip berpesan supaya kita bertaubat (dia yang buat cerita tak senonoh kita pula disuruh bertaubat!). Dan supaya mereka kenal jati diri bangsa menerusi hikayat lama seperti Sulalatus Salatin. Tetapi cadangan itu dipandang sepi. Malah diremehkan dengan kata-kata ‘nak jadi tukang filem buat apa belajar agama’. Begitulah kalau sudah tak kenal hukum. Disiplin apa pun kembali kepada Tuhan. Kaji alam macam bidang geografi pun akhirnya dapat jumpa Tuhan, patutnya begitulah juga dengan dunia filem.

Ini satu hal yang menyesakkan, sekolah filem di UiTM, sekolah filem di Aswara, sekolah filem di USM dan UM mesti menyediakan asas pemikiran bangsa dari awal lagi. Sila jemput Mufti Perlis yang banyak kepandaiannya itu untuk mengajar karyawan filem yang tak ada arah ini, ajarkan mereka doktrin Inna lillah wa Inna ilaihi Rajiun. Ajarkan juga konsep min aina, fi aina dan ila aina. Sebab pengarah filem dan pelakon filem pun ada Tuhan dan akan mati satu hari nanti. Sekolah filem kita mesti mengajarkan rukun iman. Ini tidak, karyawan filem kita buat filem macam tak kenal adanya hari kiamat! Astaghfirullah, karyawan seni kita makin tak ada Tuhan ke? |more...|

UMNO MAHU HALALKAN 800,000 PENDATANG HARAM?

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/2/21/Logo_GOLKAR.jpg

Golkar Minta UMBO Bantu "Putihkan" 800.000 TKI Ilegal

Kuala Lumpur (ANTARA News) - Partai Golongan Karya (Golkar) dalam pertemuan dengan UMNO, Sabtu, di rumah dinas wakil Perdana Menteri (PM) Malaysia, Najib Tun Razak, meminta UMNO "memutihkan" atau melegalisasi sekitar 800.000 TKI ilegal di Malaysia.

"Pemutihan atau legalisasi itu merupakan upaya simultan atas penutupan seluruh pintu masuk TKI ilegal yang ada di kedua negara secara tegas, sehingga di masa mendatang semua TKI adalah legal," kata Kabid Tenaga Kerja & Transmigrasi DPP Golkar, Ali Wongso Sinaga, dalam percakapan per telepon, di Kuala Lumpur, Minggu, menjelaskan hasil pertemuan Golkar-UMNO.

Partai Golkar berkeinginan ke masa depan tidak ada lagi TKI yang menjadi budak dan dibayar murah, bahkan tidak dibayar oleh majikannya, serta diuber-uber Rela Malaysia, kata Ali Wongso. |more...|

No2umnO - Apa pula urusaniaga GOLKAR dan UMNO? BENTUK GADAIAN MACAM MANA PULAK NI?

The Kerisman Warning - Round 2

via melvin-mah.blogspot.com

If you remember back in July, Kerisman (UMNO Youth Head Hisham Hussein) issued a warning at the MCA to stop saying things that Malaysia is a secular state (a true fact) and fighting to get it right, whereas UMNO wanted to say that Malaysia is an Islamic State.

And now....Kerisman's Warning Round 2: We Will Break Ties With You (Gerakan) if Explanation is Unsatisfactory

So then, silently, Gerakan decides to act against the macha who broke the ranks but then as Malaysiakini said, they are shocked to hear that thing coming out from one of their own.

Give me a break!

I feel that there is something wrong here. If there is a guy who breaks ranks with the pack because he thinks that he knows the facts correctly and speaks out, do you reprimand him for that kind of action? Our friend in scrutiny is doing the right thing for a better good. Instead, UMNO starts making noises over the thing that they are actually in the wrong and point fingers at others. True, there are some things that deliberately started by UMNO themselves as dirty tactics to gain all Malay support.

Are they trying to say that nobody in the coalition should rock the boat, even though one of them knows the facts and truth that there is something wrong with the boat? Is that what is implied in Kerisman's statement? Shut up this, shut up that? Is that the only thing Kerisman is saying in his role as UMNO Youth figurehead? Sounds unfair right, if you can wave the dagger in the assembly whereas Gerakan cannot do that thing again using a kungfu sword and say "Hidup Gerakan"?

I am not sure of what is Gerakan's next move. Is it keeping their head down for now? Or accept the points of our friend is posing and tell the rest? I would prefer the latter, for there should be some fixing to do here. In fact, this would not happen if MIC does things earlier rather than the desperation shown by Samy Vellu now. If they just keep silent, then the rot goes on and on and on...

Let's recall the shape of a Malay dagger. Is it straight?

He just can't think straight ahead!

MAMPUKAH PARANJOTHY BERLAKUN?

Selepas Peristiwa Samy no-Value di Boo ketika pembukaan ucara '100 jenis tarian' di PISA, Pulau Pinang, nampaknya ada parti komponen Barisan Nasional yang lainnya cuba menjadi penyelamat undian kaum India dari jatuh ke tangan DAP atau KEADILAN. Antaranya adalah Gerakan. Maklumlah masa depan MIC bergantung pada Samy Vellu yang makin dipinggirkan oleh kaum India. Kalau MIC masih terus cuba untuk meletakkan calunnya, kemungkinan KALAH itu adalah BUSSSaaarrrr!!!

Baru-baru ini, Paranjothy yang mengeluarkan kenyataan, telah jugau disiarkan dalam Internet mendakwa UMNO merupakan salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini. Lalu, sekarang beliau dikenakan tindakan oleh kepimpinan Gerakan sendiri. Dan penggantungan ini diharap dapat lebih menonjolkan 'keperwiraannya' sebagai penyelamat Kaum India. Harap ada pihak yang kata "Kesian Paranjothy, mahu tolkong .... sudah kena"

Disamping itu, menurut sumber yang boleh dipercayai bahawa PPP juga turut mengatur strategi, bergiat untuk melihat lihat kawasan MIC yang mahu diambil alih. Pesta cari kawasan agaknya.

Dalam tempoh sebelum pilihanraya ke 12 ini, nampaknya dijangkakan banyak kawasan MIC bakal di lelong kepada teman dan rakan-rakan.

Hah.....adakah kaum India akan termasuk ke dalam perangkap Barisan Nasional kali ini? Let's watch this movie clearly.... Kenapa semuanya sekarang? Kenapa baru sekarang?

Rujuk: Paranjothy akan dihukum -- Keanggotaan Naib Ketua Pemuda Gerakan boleh digantung – Tsu Koon

Turut rujuk blog rakan rakan,
Paranjothy menjadi wira angkara kedangkalan Pemuda Umno Pemangku ...
Inwardly Ecstatic Gerakan To 'Act' Against Paranjothy Over ...

Berikut adalah kawasan yang bakal dilelong oleh MIC kepada parti lain'

(blog.limkitsiang) The 50 Parliamentary constituencies where Indian voters comprise more than 10% of the electorate are as follows:

Kedah (4)
Padang Serai - 21.78
Merbok - 17.16
Kulim Bandar Baru 11.04
Sungai Petani - 10.40

Penang (3)
Batu Kawan - 22.35
Nibong Tebal - 14.43
Bagan - 13.27

Perak (13)
Sungai Siput 22.45
Bagan Datok 22.36
Ipoh Barat 21.24
Tapah 19.67
Telok Intan 19.02
Tanjong Malim 17.29
Beruas 13.75
Taiping 13.15
Tambun 11.53
Lumut 11.04
Batu Gajah 10.74
Bagan Serai 10.45
Kampar 10.04

Pahang (1)
Cameron Highlands 22.72

Selangor (14)
Kota Raja 25.91
Kuala Selangor 21.32
Hulu Selangor 19.01
Kuala Langat 17.99
Sepang 17.73
Kelana Jaya 17.59
Klang 17.43
Selayang 15.23
Shah Alam 14.71
Puchong 14.20
Subang 13.85
Petaling Jaya Selatan 13.38
Tanjong Karang 11.89
Kapar 11.77

Federal Territory Kuala Lumpur (3)
Lembah Pantai 17.94
Batu 14.31
Segambut 12.09

Negri Sembilan (6)
Telok Kemang 22.64
Rasah 19.15
Rembau 14.94
Jempol 13.35
Seremban 11.16

Malacca (1)
Alor Gajah 11.64

Johore (5)
Labis 14.63
Tebrau 12.70
Pasir Gudang 11.13
Segamat 11.08
Gelang Patah 10.87

Posting terkini

Blog Archive