UMNO bukan lagi kebanggaan, tetapi sudah menjadi bebanan bangsa Melayu. Sikap perkauman yang diterapkan kepada rakyat telah membawa kepada risiko permusuhan antara kaum di negara ini. Dengan kesilapan kata, percaturan politik dan bahasa Pemimpin UMNO yang celupar menyebabkan bangsa melayu menjadi musuh kepada bangsa lain. Kerana itu, apa yang kita alami, kaum Cina sukar untuk berkongsi peluang perniagaan dengan bangsa Melayu. Akibatnya, melayu ketinggalan jauh tercorot di dalam perniagaan disamping memberi kesan kepada keadaan ekonomi bangsa melayu sehingga kini. Jurang perbezaan semakin melebar.
Kalau pada 13 May menjadi titik tolak dendam bangsa Cina terhadap bangsa Melayu, kini, isu Hindraf 25/11 pula menjadi tarikh mula, kebencian bangsa India kepada Melayu. Rata rata bangsa India yang ditemui mencemuh kepimpinan MIC dan juga UMNO. Apabila ditanya, siapakah UMNO, mereka akan merujuk kepada bangsa melayu. Sesungguhnya tiada apa yang membezakan antara Melayu dan UMNO kecuali menyamakannya. Sedangkan tidak semua Melayu adalah UMNO.
Maka tidak hairanlah kalau satu ketika nanti, jurang perbezaan dapat dilihat dengan lebih jelas apabila Kaum India yang sekarang menduduki tangga kedua kemiskinan bakal meninggalkan terus kaum Melayu terkebelakang.
Beberapa hari ini, Kerajaan Barisan Nasional nampaknya lebih mencuba untuk memenangi hati kaum India lebih dari bangsa Melayu sendiri. Ini dinyatakan sendiri oleh media arus perdana. Banyak berita yang berkisar tentang Hindraf, MIC dan kaum India. Tidak langsung menyentuh atau tertulis 'Melayu' lagi. Ini menunjukkan BN begitu bimbang akan kehilangan undi dari bangsa India dari bangsa melayu. Kenapa ini berlaku? Mungkin kah kerana Melayu terlalu bodoh sehingga boleh diperlakukan apa sahaja? Adakah Melayu pengecut kerana tidak mahu berubah kepada kerajaan lain? Kalau benar Melayu pengecut maka UMNO telah berjaya menakut nakutkan bangsa melayu sehingga melayu tidak mampu lagi untuk menukar kerajaan selain menyerahkan diri dan nyawa kepada UMNO semata mata. Malangnya sikap begini telah menyebabkan kerajaan tidak bimbang walaupun Melayu tidak dibantu. Siapa sebenarnya yang perlu dibantu oleh kerajaan? Melayu atau India?
Sedangkan telah dinyatakan bahawa bangsa Melayu, purata pendapatannya cuma RM2,711 berbanding kaum India sebanyak RM3,456. Selepas kenyataan tersebut, baik dari BN atau pun UMNO masih terus berdiam diri tentang perkara ini kecuali mereka cuba memujuk rayu kaum India untuk pulang ke pangkuan Barisan Nasional.
Berikut adalah beberapa rujukan berita dari BERNAMA sepanjang beberapa hari yang lalu. (Berita dari 21/12 - 24/12)
MIC Kemuka Laporan Mengenai Kuil Hindu Kepada Kabinet
MIC Bantu Tukar Wajah Kaum India Negeri Sembilan
Seorang Lagi Tahanan ISA Mohon Dibebaskan
Dakwaan Pembangkang Terhadap MIC Hanya Untuk Pancing Undi
MIC Pertaruh Muka Baru Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12
Pengundi Tegar BN Daripada Kaum India Tidak Akan Beralih Kepada Pembangkang
Pemuda MIC Perlu Bertindak Lebih Proaktif - Vigneswaran
Tidak satu pun yang mencerita tentang bantuan kepada melayu.
Jika ini lah kaedah Barisan Nasional dan pemimpin UMNO untuk memenangi pilihanraya, maka Melayu tidak lah boleh berubah dari kemiskinan tegar. Malah indeks kemiskinan bangsa Melayu akan terus nazak di bawah kepimpinan Barisan Nasional. Setiap kali rungutan dari bangsa lain, akan mendapat layanan, maka bila kah masanya untuk bangsa melayu menuntutnya haknya?
Kalau UMNO berbelah bagi antara perjuangan bangsa dan cita cita politik BNnya maka UMNO bukan berjuang untuk KETUANAN melayu tetapi sampai KETUA LAH LU melayu.
Dec 24, 2007
SAMPAI KE TUA LAH LU MELAYU
Labels: SAMPAI KE TUA LAH LU MELAYU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment