Four measures to ease burden [theStar]
CAP finds boric acid in 18 samples of dumplings [theStar]
RM100mil in savings scheme gone as ‘banker’ disappears [theStar]
Police: Do not take part in candlelight vigil at Kamunting [suun2surf]
Shahrir: 'Help fight price increases' [sun2surf]
Tiket bas naik RM5 hingga RM10 [kosmo]
Terkejut belum restu tiket sudah naik [kosmo]
MT Umno mahu fitnah blog ditepis [bharian]
Kerajaan bukan dapat untung’ [Bharian]
Harga barang keperluan naik [bharian]
Tiada pihak desak Sanusi lepas jawatan [bharian]
'Malaysia Boleh' lorry driver charged with attempted murder [nst]
Peguam disyaki pecah amanah [bharian]
Khairy proposes extended price controls to temper fuel price hikes [nst]
Selangor free water starts this month [nst]
Demontrasi bantah [utusmeloya]
Turun atau mansuhkan tol [utusmeloya]
Pengusaha lori wilayah utara naik sewa 50 peratus [utusmeloya]
Peniaga jangka harga meningkat minggu depan [utusmeloya]
Jun 7, 2008
Berita pelik hari ini [7-June-2008/Sabtu]
Labels: Berita Semasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mat Ezam - Dari Mulut Lokman Nor Adam
"KISAH YANG SEBENARNYA BENAR.
tranungkite - Ana baru pulang menghadiri debat agong "Tak akan melayu hilang di dunia, realiti atau fantasi"
Panel pendebat terdiri dari Yaakob Sapari, EXCO Kerajaan Selangor, Razali Ibrahim MP Muar, dan Dr Agus Yusof. Ia dianjurkan oleh UMNO Shaha Alam - sa free.org. Nawawi Md Zin, Salamon Selamat punya geng anjurkan - geng kalah. Yang seorang kalah kat Yaakob, seorang lagi kat Rodziah Ismail.
Geng UMNO gunakan debat ini untuk hentam Yaakob Sapari. Ada yang memekik melolong menuduh Pakatan Rakyat Selangor boneka DAP. Ada yang hentam projek babi. Ada yang bercakap macam India dan Cina perlu dinyahkan dari Malaysia. Ada yang bercakap macam tak pakai akal fikir.
Anjang Aki - Baharudin Omar pun bercakap macam pelakon tambahan yang tak laku, dia kena boo. Ada seorang lawyer betina bercakap macam budak derjah 3. Bukan main hebat dia lolong lalak hentam babi. Nak kata tak baca atau tak reti baca, dia lawyer. Apa kelas punya lawyer dah.
Cuma mereka ni tak pakai tanjak dan keris. Kalau ada mahu mungkin ada cina dan hindu yang kena rodok. Adalah dua tiga cina dan hindu yang tebal telinga datang tengok.
Semua panel ana patut puji, beri jawapan yang baik. Cuma tak syok sikit pada bekas kawan lama ana, MP Razali Ibrahim. Dia gunakan isu 13 Mei semacam satu ugutan kepada bangsa cina.
Ringkasnya, UMNO masih tidur dari realitas politik semasa.
Yang ana nak kisahkan ni, ana terjumpa sahabat serumah sewaktu waktu dahulu, Lokman Nor Adam, bekas reformis yang dah masuk kekampus UMNO.
Lama tak jumpa, salam tangan, siap peluk lagi. Ex reformis Lokman, wuihhh, segak sungguh, layak seganding para elitas UMNO. Lupa nak tanya main golf handicap berapa.
Ana terus tanya pasal Mat Ezam. Ana jolok Lokman sikit.
Man, dulu Ezam buang kamu dari AMK kenapa?? Lokman terus jawab.
"SEBENARNYA EZAM KEPALA GENG 12. DIA DAH RANCANG NAK MASUK UMNO. BILA SAYA TAHU RAHSIA, DIA PUSING CERITA DAN TUDUH SAYA. DIA BUANG SAYA".
Oh, begitu rupanya. Jadi Ezam dah lama dah nak jual perjuangan dia. Bila dia tahu rahsianya dalam genggaman Lokman, maka jalan escapisma di cari. Dia cari sebab yang membolehkan dia keluar dari perjuangan reformasi.
Dia cipta GERAK untuk memberi gambaran baru bagi dirinya. Setelah beberapa tahun dia berlegar-legar di kaki lima arus politik sebenar, dia kini dah isi borang untuk masuk dalam kampus UMNO.
Ana membuat andaian, Ezam bukan membawa kotak rahsia Leader universal, tetapi kotak maklumat yang dia dapati hasil perjalanan dan rambu ramba nya dengan pemimpin-pemimpin PAS.
Ana dapat lihat di pertemuan singkat ini, lebih baik jadi Lokman Nor Adam dari jadi Mat Ezam.
Cuma yang masih bermain dalam benak ana, mengapa ex reformis Lokman memilih UMNO terlebih dahulu dari Ezam. Baru tadi ana dapat logiknya. Lokman memang berdarah politik seratus peratus darah melayu tulen, nasionalis. PAS bukan tempat dia, PKR dan tentu tidak. Maka jadilah dia seluang yang jauh melaut akhirnya ke pantai lama.
Di akhir pertemuan Lokman tanya ana. You macamana? Macam apa? Politik lah.
Ana jawab, "LAWAN TETAP LAWAN, KAWAN TETAP KAWAN", sambil minta diri dan berlalu kerana perut dah lapar dan ada appointment di kedai mamak dengan beberapa sahabat reformis.
Terlupa ana. Seorang lagi yang ana jumpa, sicantik lawa. Cun habis rupanya Tipah ni. Dia bagi ana kartu selfon @ callcard! Bila ana tengok wajah dia, ana rasa kecik sungguh sebab dia ni dah dapat degree dar Hardknock University - masuk jel acapkali.
Nora Reformis, sekuntum mawar merah untuk mu. Salam reformasi.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Isu minyak: PAS bersedia debat secara terbuka dengan menteri
harakahdaily - [...] Jelas Salahuddin, beliau akan menggunakan peluang dan ruang sebaik-baiknya serta akan mengemukakan hujah-hujah yang lebih 'emperical' bagaimana seharusnya kerajaan bertindak dalam menghadapi pengurangan subsidi dengan menteri berkenaan secara langsung melalui saluran RTM pada 9.30 malam, 10 Jun ini (Selasa).
Beliau berkata demikian dalam sidang media mesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Katanya, kesan kenaikan harga minyak yang tidak munasabah ini merupakan isyarat terakhir kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan.
Kerajaan katanya juga tidak mengambil pengajaran daripada tsunami politik yang berlaku selepas pilihan raya lalu.
"Hari ini rakyat mungkin kesal kerana tidak memberi pelapis kepada kami. Jika kami memerintah mungkin situasi ini tidak berlaku," katanya.
Jelasnya situasi yang berlaku hari ini, rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan seperti kenaikan harga beras dan minyak masak yang menjadi keperluan harian rakyat.
"Jika sebelum ini bagi rakyat yang berpendapatan rendah, mereka terpaksa membeli beras yang berharga RM18 untuk 10 kilogram, tetapi kini harga tersebut telah melambung.
"Jika semua menteri pada hari Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga minyak itu tersenyum, apa mesej sebenarnya yang ingin mereka sampaikan kepada rakyat?" soalnya.
Sementara itu katanya, pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya 10 Jun ini.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dah kantoi baru nak ukur
DUA kakitangan Jupem mengukur topografi kedudukan Batuan Tengah Timur atau Middle Rocks berhampiran Batu Putih, kelmarin .. selanjutnya
Labels: batu puteh, Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sumpah aku tak bakar bendera ......
[imej dari alalalan] Tak salah .... janji jangan bakar .
Labels: Malaysia parah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Potong Elaun Menteri !!! - PAS
bernama - [...] "Kerajaan tidak mengumumkan sebagai contoh nak kaji semula elaun semua menteri. Sepatutnya diumum pemotongan elaun, pemotongan pelbagai faedah yang mereka dapat, itu sepatutnya dipotong kalau sama-sama mahu melihat kita sama-sama berjimat.
"Jangan hanya meminta rakyat sahaja berjimat tetapi mereka (menteri) tidak mengamalkan kehidupan yang menunjukkan mereka berjimat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco Dewan Pemuda PAS di sini.
Salahuddin berkata pihaknya akan mencadangkan usul supaya kerajaan mendedahkan penyata kewangan Petronas pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
"Buat apa PM (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) terlalu nak berahsia sangat tentang akaun Petronas ini, dia (Abdullah) mesti reveal mesti beritahu rakyat subsidi yang seharusnya dia (Petronas) tanggung, keuntungan yang dia (Petronas) dapat dan ke mana keuntungan itu dibelanjakan," katanya.
Beliau berkata satu perhimpunan aman yang bakal dihadiri kira-kira 10,000 anggota PAS serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jumaat depan selain penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri Selasa depan, akan diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat.
Katanya perhimpunan secara aman akan dijalankan sehinggalah kerajaan berbuat sesuatu untuk meringankan beban pengguna berikutan kenaikan mendadak harga petrol dan diesel yang berkuatkuasa sejak Khamis lepas.... selanjutnya.
no2umnO - Setuju .... jika tidak asyik rakyat je yang kena. Tu pun bukan diorang belanja duit tu, banyak lagi sumber wang diorang. Seleweng setiap hari.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Menteri kata jangan .......
Mungkin maksud Noh Omar jangan duduk ditepi perigi dan tangguk air yang berkeladak. Ntah aku tak paham apa yang Noh Omar katakan, korang pikirkan sendiri .....
Bas, lori dilarang naik tambang, sewaMacamana tak tangguk air keruh, kalau air yang jernih dah tak der. Nak minum apa .... Ehhh betul ke aku cakap ni?
Malaysiakini - "Saya memberi amaran supaya jangan menangguk di air keruh. Kami boleh membatalkan permit mereka.
"Mereka masih mendapat subsidi petrol melalui 'fleet card' sebanyak 70 peratus dan membayar hanya RM1.45 untuk seliter," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan para pengusaha lori hari ini mula menaikkan kadar sewa sebanyak 35 peratus berikutan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel Rabu lalu.... selanjutnya.
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO perbodoh rakyat dengan istillah subsidi petrol
almuslimin2 - Harga minyak naik kerana kerajaan BN tak sanggup lagi membayar subsidi petrol untuk mengekalkan harga rendah petrol. Itulah yang kita baca dan dengar dari media pembohong sekarang.Ramai mengangap kerajaan BN keluar duit untuk bayar subsidi dan tanggung kos minyak mahal. Semua nya BOHONG BN kepada rakyat.
"". hendak lah diketahui bahawa 43 % dari harga yang kita bayar untuk selitre petrol yang kita curah dalam kereta kita adalah bayaran cukai kepada kerajaan Dollah Tak Cekap. Ianya sudah dikira dalam harga petrol itu tanpa disedari.. ""
"Oleh kerana malaysia mempunyai minyak dan minyak itu bukan milik Petronas dan kerajaan tetapi milik rakyat , maka minyak di perut bumi terengganu hanya perlu kos korek dan tapis untuk terus di gunakan oleh rakyat. Kalaulah kerajaan mahu memberi free minyak kepada rakya saperti Selangor beri air free pada rakyat maka harga minyak hanya 20 percent dari harga sekarang ia itu 54 sen se litre... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Blog UMNO yang tak cerdik
zaharin - UMNO sekarang bukan berperang dengan musuh-musuh politiknya tetapi dia berperang sama sendiri. Laman-laman yang pro UMNO melanyak bukan sahaja blog yang anti UMNO atau yang tidak sekutu dengannya tetapi kini terlibat dengan melanyak dengan teruknya bekas Presiden partinya sendiri termasuk anak beranaknya.
Nampaknya hati nurani rakyat Malaysia tidak macam orang Indonesia. Bagaimanapun sengsaranya rakyat Indonesia di zaman pemerintahan Soeharto tetapi bila sampai ke peringkat kesihatan Soeharto tidak sesuai ke mahkamah untuk menghadapi berbagai tuduhan KKN- Korupsi, Kroni dan Nepotisme, mereka dengan penuh keinsafan memperlahankan serangan kepada beliau dan sebaliknya ada setengah pihak yang menuntut dia di ampun berdasarkan sumbangan yang diberikan kepada Indonesia .
Rakyat Indonesia sedar, jika Indonesia tidak di perintah secara diktator, Indonesia tidak berada sebagai sebuah negara yang maju dengan penduduknya berjumlah 220 juta itu. Tetapi semuanya runtuh kerana permainan Amerika dalam gawat ekonomi.... selanjutnya.
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenapa minyak naik?
Gambar ini adalah kerja-kerja yang sedang giat dan pesat dijalankan untuk landasan berkembar yang menelan belanja RM 40 Billion.Gambar ini diambil dari keretapi di kawasan Bukit Merah Perak.
....imej dan cerita diatas dari wrlr blogsport.
Mungkin kenaikan harga minyak untuk tampung projek keretapi berkembar milik rakan dan taulan. Woiiiii ... duit aku tu.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
AMK Keadilan Selangor terus berkemelut
Radenjowo
Nampaknya AMK keadilan Selangor terus bergelut - pulut - cemolot dengan perlantikan Ketua AMK Keadilan Selangor yang yang lepas. Dendam masih membara mungkin. Satu pihak menyerang satu pihak lain.
Dulu wak pernah menyiarkan artikel ini, PENYOKONG HALIMEY BUAT KECOH? dan selepas memgooglekan diri pada hari ini, wak terbaca artikel dari blog yang turut sama menyerang. Mari kita lihat betapa kemelut-kedutnya AMK Keadilan Selangor ketika ini.
medaninfokita - [...] [sms ketiga]Pesanan wak ...... Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya. Rupa rupanya lebih besar buaya dari naga. Selangor yang aman damai, tiba tiba kemelut lumpur di dasarnya mengelodak mengkucar kacirkan ketenangan di permukaannya. Buaya tidak puas hati apabila kuasa muara di pegang oleh sesumpah yang saiznya hanya sejari kelingking.“setahu aku bro, mazli bukan ketua amk mana2 bhgn. aku pun x paham naper jonah amek dier nie, x penah aku nampak dier selama nie pun.. dia kata mazli nie penasihat amk sg besar. lawak siot! Amk pun ade penasihat….? mmg jonah nie dah x der calon dah”Demikianlah feedback daripada teman2 yg masih mahu memberikan info kpd blogmaster. Memang saya sependapat bahawa tak perlu dilayan sangat statement daripada seseorang yg tidak ada rekod dalam parti seperti Mazli, ibarat cicak mengkarung, tak mendatangkan apa apa mudarat pun…..
Kalau Mazli nak berbahas dan berhujah saya boleh rekomen seorang teman kami yg kerja sebagai agen perkapalan, dia memang petah berhujah politik. Rasanya itu sahajalah standard yg layak untuk Mazli….seterusnya.
Seronok rasanya membaca artikel dan tindak balas dan balasan yang mereka terima. Kalau boleh, di letakkan mereka ini di dalam kotak dan biarkan bergolek gelantang bersama sama. Mana tahu siapa yang menang nanti mungkin boleh jadi Menteri Besar Selangor, 20 tahun lagi. Itu pun kalau PKR dapat peluang untuk menang 'secara tidak sengaja' pada pilihanraya akan datang.
Alahai..... budak muda, darah panas. Sikit punya hal kecoh satu negeri.
Yang menarik nya, hanya sebelah pihak yang membelasah sementara yang sebelah pihak lagi tak jawab pun. Yang kalah tidak puas hati. Nasib baik tak guna senjata, kalau tidak, mungkin ada yang buta mata.
Andai ini bagai dikata, Amacam kalau kita undi parti lain pada PRU akan datang. Kita tengok sejauh mana rebutan kuasa ini akan berlaku. Bimbang kalau dah kalah, buaya hilang selera untuk melapah. Wallaualam .....
Labels: AMK Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 10 comments
MULUT MT Umno dijahit?
MStar - MULUT semua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah dijahit. Ini juga mungkin satu rekod.
Sebelum bermulanya retreat MT selama sehari setengah di Hotel Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam yang berakhir tengah hari semalam, arahan telah dikeluarkan agar ahli-ahli MT tidak membuat sebarang kenyataan kepada media.
Ramai anggota MT yang memang agak ramah dengan media sebelum ini pun seakan malu-malu kucing untuk menjawab sapaan wartawan yang mereka kenali sepanjang tempoh retreat itu.
Beberap anggota yang sebelum itu boleh dikategorikan berani membuat kenyataan yang tidak sehaluan dengan arus perdana Umno pun telah mengelak daripada dihampiri wartawan.
Hanya Ketua Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sahaja yang nampaknya tidak kekok berinteraksi dengan wartawan dan kelihatan selesa berjabat tangan dengan mereka tetapi tetap mematuhi "arahan" menutup mulut apabila topik perbincangan ditimbulkan.
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam akhirnya bercakap sedikit walaupun beliau juga mengatakan bahawa beliau "tidak berhak untuk bercakap apa-apa." Beliau menyifatkan pandangan yang diberikan positif untuk memperkukuh dan memulihkan parti.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PROTES KENAIKAN HARGA MINYAK DI KELANG
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN KLANG
HARI : AHAD
TARIKH : 8 JUN 2008
JAM : 11 PAGI
ANJURAN : DAPSY KLANG BERSAMA PAKATAN RAKYAT
Untuk maklumat lanjut layari shenyeeaun.disagrees.net
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Syed Anwar dilantik Pengerusi Mais
bernama - Tokoh Korporat terkenal, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dilantik Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkuat kuasa 1 Julai ini.
Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad dan Sime Darby Berhad, Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dilantik Ahli Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Isa dalam satu kenyataan akhbar semalam, berkata pelantikan itu diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Syed Anwar, adalah Pengerusi DRB-Hicom Berhad, Eon Capital Berhad dan Cahaya Mata Sarawak Berhad selain pernah dilantik Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).
Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS sedia ada, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datin Zauyah Be T Loth Khan.
Turut menganggotai lembaga itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hailani Muji Tahir; bekas Akauntan Negara dan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airport Holdings Berhad, Datuk Maslamah Osman dan Bendahari Universiti Industri Selangor (Unisel), Siti Fatimah Jalal.
Selain itu, Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Datuk Dr Abd Monir Yaacob dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Datin Paduka Badariah Hassan.
Labels: Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
SAM tak tarik 'hand break'...
agendodaily - Setelah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kini timbul cerita mengatakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah tarik ‘hand break’.
Ikut khabar yang berlegar beliau sudah mempertimbangkan semula keputusannya itu dan akan patah balik untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Malah cakap-cakap kemungkinan itu terjadi kini menjadi salah satu topik yang hangat diperkatakan menjelang mesyuarat UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian yang semakin hampir.
Bagi mendapatkan penjelasan sebenar, Agendadaily telah menghubungi Hishammuddin melalui pesanan ringkas (SMS) selepas beliau menghadiri program permukiman Majlis Tertinggi UMNO di Shah Alam tengahari Jumaat.
Selang beberapa minit kemudian beliau lantas menjawabnya juga menerusi SMS.Katanya beliau beliau tidak akan berpatah balik daripada keputusan yang telah dibuatnya itu.
“Tak bercadang untuk bertanding semula Ketua Pemuda. Saya dah maklum dulu tak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” demikian bunyi SMS yang dihantarnya itu. ... selanjutnya.
Labels: Belit Sam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar says fuel price hike ‘unconscionable’
malaysiainsider - [...] peaking at a forum in Manila yesterday, Anwar noted that Malaysia is a net exporter of petroleum, which annually generates "huge resources and profit."
"To decide summarily, without regard to the plight of the vast majority, particularly the poor and the marginalised, to me, is unconscionable," he said.
In Kuala Lumpur, Domestic Trade Minister Shahrir Samad said yesterday that the government will not revise the price increases despite opposition protests, but gave an assurance that there would not be further hikes anytime soon.
Like some other Asian countries, Malaysia had faced a spiralling fuel subsidy bill that could have been more than RM56 billion (US$17 billion) this year due to rising world oil prices.
Anwar, a former deputy prime minister and finance minister who now leads an opposition coalition, said: "We cannot opt for any other thing except for market economy ... but this cannot be done without regard to the issues of good governance and accountability."
Anwar was fired by then-Prime Minister Mahathir Mohamad in 1998 in a power struggle. He was expelled from the ruling party and convicted of sodomy and corruption, charges he says were politically motivated.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Let’s face challenge together?
malaysiainsider - [...] "Each and everyone of us has a role and responsibility in facing these trying times.
"As such, let's together face this challenge with resilience for the greater good of the nation and our future generations," he said.
The Prime Minister said this in his speech at an investiture held in conjunction with the Yang di-Pertuan Agong's birthday at Istana Negara.
"The government has held out for as long as possible to protect the people from fuel price hikes but the price of oil has risen steeply and rapidly in the world market," he said.
Abdullah said in January 2007, the price of crude oil in the world market was only around US$50 a barrel.... selanjutnya.
No2umnO - bersama .....? yang senang dia, yang susah rakyat. Poooodahhhh !!!
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenaikan harga minyak, lagi desakan supaya PM berundur
harakahdaily - [...] Dengan nada sinis beliau menyatakan contoh antaranya naik basikal, makan segenggam, makan ubi kayu dan seumpamanya.
Dalam himpunan kelmarin, lebih 1,000 orang menyertai protes tersebut sambil membawa sepanduk bantahan.
Peserta berarak dari Masjid Sultan Muzaffar Shah menuju ke tengah dataran di Menara Jam Besar Sungai Petani dengan dimulai pidato oleh ustaz Musoddak dan diakhiri dengan doa oleh Naib Ketua DPPNK, Ustaz Zainal Asri Romli.
Turut menyampaikan pidato ialah aktivis sosial yang juga bekas calon Dun Gurun, V. Kalai Vanar, Timbalan Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya, Ketua AMK Baling, Khidir dan lain-lain.
Sementara itu, lima peserta himpunan ditahan pihak polis setelah mengadakan himpunan kali kedua di tempat yang sama sekitar jam 4.00 petang.
Harakahdaily difahamkan, mereka adalah peserta yang lewat tiba dari Baling.
Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan pada jam 9.00 malam tadi selepas diambil keterangan masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Harga minyak naik akibat duit Petronas habis diboroskan kerajaan BN - PRM
harakahdaily - [...] "Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan inflasi di negara ini akan meningkat kepada 5 peratus pada bulan Jun ini.
"Ia adalah satu kenaikan kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Para penganalisis ekonomi pula ada yang menjangka inflasi akan naik sehingga 6 peratus," ujarnya.
Namun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican menyatakan sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga tahun 2007, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM335.7 bilion daripada keseluruhan keuntungan sebanyak RM570 bilion.
Dengan pengumuman CEO Petronas tersebut PRM ingin tahu bagaimana wang Petronas sebanyak RM335.7 bilion itu dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Hassan.
"Puratanya sebanyak RM10 bilion, Petronas telah membayar pada kerajaan setiap tahun sejak 1974. Ke mana duit itu pergi?" soalnya.
PRM percaya jawapannya ialah duit Petronas itu telah habis diboroskan Kerajaan BN bagi membina projek-projek mega sejak Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkayakan kroni-kroni mereka atas duit minyak negara.
"Jelaslah amalan rasuah, kronisme dan nepotisme sejak hampir 25 tahun terakhir ini telah menjahanamkan ekonomi negara dan yang sekarang sedang menanggung beban sengsara adalah rakyat jelata juga," katanya. _ ... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Minyak naik, rakyat bangkit
malaysiakini - [...] Anggaran ini masih lagi belum ditokok dengan perbelanjaan- perbelanjaan lain seperti memberi wang kepada orang tua, bil telefon, bil internet dan keperluan lain (lihat jadual anggaran).
Anda boleh membandingkan kos yang perlu ditanggung sebelum dan selepas harga minyak dinaikkan. Kos ini bagi mereka yang masih lagi bujang dan hidup berdikari.
Bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga? Mungkin kos yang perlu ditanggung lebih dua atau tiga kali ganda daripada jadual perbelanjaan di atas.
Di Kuala Lumpur, kereta masih lagi diperlukan kerana sistem pengangkutan awam belum mencapai tahap yang boleh memberikan keselesaan.
Semalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi-Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1.
Pengumuman tersebut menyebabkan stesen-stesen minyak sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu minyak pada kadar harga lama – buat kali terakhir.
... selanjutnya.
Labels: Artikel
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Syabas diarah potong RM11.40 dari bil
malaysiakini - [...] Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa bekalan 20 meter padu air percuma berjalan seperti dirancang.
Katanya, kerajaan Selangor telah mengarahkan Syabas berbuat demikian mulai bulan ini, demikian menurut laporan Bernama.
Khalid berkata, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) telah mengeluarkan surat kepada Syabas semalam, mengarahkan syarikat tersebut melaksanakan pemotongan harga air itu.
"Pengguna tidak perlu ragu atau bimbang tidak akan dapat air percuma kerana kerajaan jamin ia akan diberi," katanya.
Mulai 1 Jun,1.5 juta pengguna individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya umum lalu.... selanjutnya.
Labels: Belit Syabas, Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Yang Berasal Dari Seorang Dukun Rakus Kaki Tipu
matkomando - [... ] ahhh......sekali lagi ketua-korap nak tombang pitam.....menjelajah lah dia diseluruh daerah yg menyeru nama bang-perang-war. kali ni dengan mengumpul paksakan semua pembantu-pembantu seberang untuk di sedikit gula bagi menumpaskan power tuih ngan Qi-gong bang-perang-war...
tidak lama kemudian si tanggang betol-betol menanggangkan dirinya dengan memberi kejutan sambil pencak seruannya dipintalkan tangannya.... si tanggang keluar dari kelompok umum-no..!!! entah apa sebabnya tak tau... merajuk katanya....hehe....
langkah pencaknya diteruskan...semua cuba di rangkul dengan pencaknya.....namun takda yg dok mai datang.... mungkin lembut sangat gaya alunan tangan nya.... malah anak si tanggang ni juga menanggangkan dirinya......tak mau ikut..anak patttttuuuiihhhh..!!!!
berhijrahlah ke jepunnn......
tak sangka ketua-korap-lah yg ke jepun turut ada si tanggang yg tak tau malu...
uhhh.....siott betollll.....hehe...
dan tak der org yg tau apa berlaku disana....
silap2 si tanggang telah meluaskan pengaruhnya disana bersama rakan-rakan ilmu nya yg memburukkan ketua-korap-lah......
klo jd cm tuuu.....mesti lah siketua-korap-lah panas jantung kali nii........ selanjutnya.
Labels: matkomando
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Segerakan PROTES !!!
Radenjowo
Aku tak kerja semalam dan kelapangan itu digunakan utuk membawa isteri membeli barangan dapur bulanan yang aku selalu buat. Routine tu. Berkunjung ka Tasco terdekat untuk membeli barangan. Meninjau kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak baru baru ini.
Dikhabarkan barangan turut naik sehari selepas kenaikan harga minyak. Memang benar. Contohnya beras, dah ada dua kenaikan sehingga RM28 sekampit pada minggu lepas dan semalam naik lagi kepada RM30. Itu baru sehari dan masih ada barangan yang belum tetapi akan naik di dalam masa terdekat. Itu menurut kakitangan yang bertugas. Semua nya kerana peningkatan harga minyak membawa kepada peningkatan harga kos penghantaran dan sebagainya.
Menurut berita internet dan media, protes kenaikan harga minyak ala Bersih di Kuala Lumpur akan di adakan pada 12 Julai 2008 nanti. Kira kira 'sebulan 5 hari' dari tarikh hari ini. [rujuk SINI]
Memang aku antara yang bersemangat untuk turut serta. Dijangkakan sambutan nya lebih ramai dari perhimpunan Bersih pada tahun lepas. Tentu banyak peristiwa yang boleh dilapurkan dan gambar gambar menarik yang aku akan postkan di dalam blog. Tapi itu bukan perkara utama. Yang penting minyak turun harga seperti asal. Dan sekiranya kerajaan diambil alih seperti yang dikatakan oleh Saudara Anwar Ibrahim, lagi penurunan akan berlaku. Aku pegang pada janji dan jika tidak, blogger tidak akan ragu ragu untuk memberikan penekanan agar manifesto PKR menjadi realiti. Kalau dah jenuh sokong, sekarang untuk cari untung.
Fikir kan kembali ... tempoh perhimpunan lagi 1 bulan suku mungkin terlalu lama? Kita tidak sedar kerana kelewatan ini akan membawa banyak perubahan. Sebagai bukti implikasi kenaikan yang akan berlaku, rujuk sini dan sini. Sekiranya seluruh rantaian berlaku kenaikan, bagaimana cara nya untuk menurunkan semua secara serentak sebagaimana serentaknya kenaikan harga barangan?
Kemungkinan kemungkinan ini memang sudah difikirkan oleh Kerajaan sebelum menaikkan harga barangan. Antaranya, Peningkatan harga barangan lain, diikuti dengan peningkatan kos kos perkhidmatan. Mogok penguasa teksi dan protes orang ramai terhadap keputusan kerajaan itu. Lantas kalau desakan demi desakan dibuat, harga akan turun sedikit tapi sekadar untuk meredakan kemarahan.
Kalau minyak Petrol di naikkan secara mendadak kepada RM2.80/liter, kalau dikurang kan pun, mungkin sedikit sahaja sehingga ke RM2.50/liter. Hanya turun RM0.30. Namun yang menjadi masalahnya, barangan lain yang turut naik sebelum hari protes, tidak akan turun mengikut penurunan harga minyak pada ketika itu. Mampukah kerajaan menerusi kementerian yang bertanggung jawab memantau setiap harga barangan yang telah naik dan akan diturunkan?
INi tugas Shahrir Samad. ... Kalau kenyataan yang lepas pun tak boleh kita percaya, apa lagi usahanya yang boleh kita yakini? Kita tidak percaya, pengusaha tidak takut. Akhirnya barangan akan kekal tinggi harganya.
Lantas dengan jelas kelewatan untuk berhimpun, akan memberikan ruang kenaikan barangan lain. Mampukah kita menerima risiko ini? Sebulan bukan sekejap dan malahan semangat orang ramai pun akan menjadi pudar dan lemah berhadapan dengan bermacam macam kos yang bakal turut naik selepas ini. Tambang hendak berhimpun pun semakin tinggi.
Satu jam di Tasco semalam sudah cukup memberikan gambaran bahawa Kerajaan BN sekarang sudah menjadi kebencian bukan sahaja kepada penyokong pembangkang, malah kepada UMNO dan BN juga. Rujuk [SINI]Mungkin ramai yang sudah sedar bahawa mengundi BN adalah satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Kalau impak kenaikan harga yang mengenai parti pembangkang....mungkin mereka masih boleh mendabik dada, tapi kenaikan ini telah menyebabkan rata rata rakyat malaysia, benci kepada kerajaan.
Pokoknya rakyat tidak merelakan kenaikan yang berlaku ini. Kalau dana keuntungan itu kelak di gunakan kepada rakyat, maka mungkin kita boleh mempertimbangkan. Malangnya sejak dulu yang sakit adalah rakyat dan bersedap dengan pembaziran adalah pemimpin. Pembaziran yang tidak pernah reda reda dengan alasan mereka yang serupa dan diperbagaikan alasan yang direka reka.
Contohnya, PLKN [rujuk SINI] yang kononnya mahu diperbanyakkan lagi jumlah penyertaan. Disamping itu, mata pelajaran baru, seks yang bakal di adakan di dalam silibus latihan itu kelak. Kos kos membela pelatih, penyelenggaraan dan penambahan silibus menyebabkan kos bertambah. Hasilnya? Tak seperti yang dijangka. Semua nya hanya berkonon. Kononnya baik dan kononnya bagus untuk disiplin malah sebagainya, realitinya tidak mendatangkan faedah yang cukup untuk menolak pembaziran berlaku di dalam projek tersebut. Dan fokus sebenar adalah untuk penuhkan kocek mereka sahaja.
Ini adalah antara bukti bahawa Pemimpin Negera hanya membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri sendiri dari rakyat. Sungguh menyedihkan lagi, kerajaan seperti hanya mengambil kira pendapat orang asing dari warga tempatan. Banyak akhbar yang menyiarkan wawancara tentang kenaikan harga minyak ini bersama rakyat Singapura berbanding rakyat sendiri. Kononnya nak pesong kan perhatian bahawa tindakan pembatalan sekatan adalah tindakan yang bijak. [Rujuk SINI]
Keputusan larangan yang hanya bertahan selama 3 hari itu telah menyebabkan, pemimpin dan kerajaan Malaysia dilihat tidak tegas dan seperti kebudak budakan. Dengan erti kata lain , tindakan yang bangang. Sedangkan, minyak mereka masih mahal berbanding di Malaysia. Kenapa perlu di pertimbangkan harapan mereka sedangkan rakyat Malaysia sendiri teraniaya dengan keputusan yang kerajaan buat? Atau pun selama ini memang tindakan kerajaan lebih kepada warga Singapura seperti memajukan WPI juga?
Aku pun antara yang tidak sabar untuk berhimpun. Tapi ada lebih baik kalau diadakan dengan segera berbanding 12 Julai kerana mungkin pada ketika itu, ramai yang hanya bertawakkal dari keluar ke jalan. Semangat sedang membara dan jangan biarkan semangat terkubur kerana menanti terlalu lama. Kita bukan protes SPR kerana pilihanraya pada ketika Bersih dianjurkan, ianya masih lama lagi. Tapi soal kenaikan harga minyak ini bakal membawa implikasi yang lebih buruk. So ...... segerakan Protes sementara semangat masih membara.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Oil Price - Chedet
chedet
Harga Minyak
Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.
Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.
Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.
Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.
Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.
Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.
Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!
Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.
Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.
Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.
Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri
Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.
Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.
Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.
Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.
Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.
Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.
250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.
Kerajaan ini melimpah dengan wang.
Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.
Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.
Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.
Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.
Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.
Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.
Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.
Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.
Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.
Labels: Belit Dollah, Belit Mahathir, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Dadah: Adik Noh diperintah bela diri
buletinonline - Adik Noh Omar yang dituduh mengedar dan memiliki dadah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini ( 6 Jun)
(Foto : Jusnaidi berbaju putih)
Hakim Datuk Ian H. C. Chin memutuskan demikian terhadap Mohd Jusnaidi Omar, 36. Mahkamah menetapkan 16 Jun ini untuk mendengar keterangan bela diri tertuduh.
"Selepas meneliti penggulungan hujah kedua-dua pihak, mahkamah membuat keputusan supaya tertuduh dipanggil membela diri," kata Hakim Chin.
Tertuduh, Mohd Jusnaidi Omar, 36, diwakili dua peguam bela, Zahir Hussein Ahmad Shah dan Hamid Ismail, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim bersama Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.... selanjutnya.
no2umnO - nampak gaya macam abang nya .... cehhhhh adik menteri la katakan .....
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ekonomi Orang Kampung
matsamankati - [...] Zeti Akhtar Aziz kata, "there's no urgency to raise key interest rate yet." Aku pun setuju, aku bukan minat dengan kunci. Aku lebih minat, pasai apa gula naik dua kupang? Awat, dalam gula tu ada minyak ka?
"She expects inflation to average 4.2 percent this year..."
Dari RM1.92 sebotol, sekarang jadi RM2.74 seliter. Beras dari lima kupang secupak, sekarang jadi tiga ringgit sekilo. Gula dari enam kupang lima duit sekati, sekarang dah jadi seringgit lapan kupang sekilo. Depa kira macam mana?
Dalam ruangan lain, Pengarah Urusan Bernas kata, " wholesale price of fragrance rice will be 15 percent cheaper while glutinous rice will be cheaper by 12 percent."
Memang tak bernas langsung! hang ingat ni Siam ka Malaysia? Sapa nak makan beras wangi? Wangi ka, busuk ka, kalau sampai sepuluh ringgit segantang, nak makan apa? Sapa nak makan pulut? lemang kat pasar malam pun seringgit sepotong. Tu belum campur rendang.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Subsidy cut turns up Umno heat on Abdullah
malaysianinsider - [...] The battle lines for the top prize in Umno were drawn during the ruling party’s two-day retreat. Most supreme council members including Datuk Seri Najib Tun Razak supported Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s plan to contest the elections in December and hand over power not long after that. But Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Rais Yatim felt otherwise. They wanted Abdullah to step down before December, setting the stage for them to quit the Cabinet and emerge as challengers for the president’s and deputy president’s posts.
While Abdullah may take some comfort from the support he received from his deputy and the majority of supreme council members, this will not spell the end of moves to push him out early or set a succession timetable with a definite hand over date.
The Malaysian Insider has learnt that Najib pointed out that there should not be any pressure or time frame set on Abdullah. He added that party president should be given space to think matters through thoroughly before discussing the succession plan with him.
Still, the general view among council members was that the handover of power should take place not too long after the party elections. This scuttles Abdullah’s hopes of staying on until 2010. Besides the succession plan, a raft of other issues was discussed by supreme council members. This included the need for Umno politicians to win over Chinese and Indian voters and the recent 40 per cent hike in petrol prices.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Harga minyak kita sepatutnya .....
Jangan lah jadi bodoh ..... ini lah harga yang sepatutnya. Yang kita ikut orang lain yang tak keluar minyak apesal. Kerana diam ... mereka naikkan harga. Kerana diam diorang buat macam negara bapak diorang. Kerana diam, kita dah macam lembu cucuk hidung. Orang lain ketawa tengok rakyat Malaysia. Bodohnya rakyat Malaysia. Sanggup di bodohkan dek menteri dan pemimpin. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah.
Labels: Belit BN, Belit Dollah, Belit Shahrir, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kes edar Ganja, adik Noh Omar diminta bela diri
Alllaaaaahhhhaiiiii... geli geleman aku dengar tajuk berita ni .... Sebut aje Adik Noh Omar ape de hal? Aku ingat tak der layanan istimewa kalau menteri pun. Tapi sembunyi sembunyi konon. Apa yang ditakutkan dek wartawan dan editor media perdana ni. Macam bukan jantan je.
Diperintah bela diri - Kes adik menteri edar ganja
Utumeloya - Adik kepada seorang menteri yang dituduh mengedar dan memiliki dadah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Ian H. C. Chin memutuskan demikian terhadap Mohd. Jusnaidi Omar, 36. Mahkamah menetapkan 16 Jun ini untuk mendengar keterangan bela diri tertuduh.
"Selepas meneliti penggulungan hujah kedua-dua pihak, mahkamah membuat keputusan supaya tertuduh dipanggil membela diri," kata Hakim Chin.
Tertuduh, Mohd. Jusnaidi Omar, 36, diwakili dua peguam bela, Zahir Hussein Ahmad Shah dan Hamid Ismail, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim bersama Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.
Kes ini mula dibicarakan pada 26 Mei lalu dan pihak pendakwa telah memanggil 13 orang saksi.
Bagi tuduhan pertama, Mohd. Jusnaidi (gambar) yang beralamat di No 211, Blok 37, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor didakwa mengedar dadah ganja seberat 1,011.04 gram di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007.... selanjutnya.
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pegawai MB S'gor didakwa seleweng
malaysiakini - [,,,] Kerajaan negeri juga akan menjalankan siasatan dalamannya sendiri, menurut pejabat itu lagi, "kerana mengikut pengalaman lepas, pihak BPR lambat bertindak dan ini akan memberi kesan negatif kepada keberkesanan pentadbitan kerajaan negeri."
Sekumpulan ahli PKR dilaporkan telah membuat aduan polis berhubung perkara itu kelmarin dan membawa aduan yang sama kepada BPR semalam.
Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan itu dengan harapan "siasatan segera dilakukan kerana perbuatan tersebut menjejaskan integriti pentadbiran Pakatan Rakyat."
Selain mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli parti itu, menurut kenyataan pejabat itu, menteri besar juga berkata kerajaan negeri mempunyai prosedur sendiri untuk memanggil saksi-saksi untuk memberikan keterangan.
"Jika terdapat bukti-bukti kukuh, pihak kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya dalam kenyataan itu.
Akhbar itu menyebut, jurucakap kumpulan ahli PKR itu Remy Iskandar berkata mereka mempunyai "semua dokumen yang boleh menjadi bukti" aduan mereka.... selanjutnya.
Labels: PKR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments