KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 7, 2008

MULUT MT Umno dijahit?

MStar - MULUT semua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah dijahit. Ini juga mungkin satu rekod.

Sebelum bermulanya retreat MT selama sehari setengah di Hotel Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam yang berakhir tengah hari semalam, arahan telah dikeluarkan agar ahli-ahli MT tidak membuat sebarang kenyataan kepada media.

Ramai anggota MT yang memang agak ramah dengan media sebelum ini pun seakan malu-malu kucing untuk menjawab sapaan wartawan yang mereka kenali sepanjang tempoh retreat itu.

Beberap anggota yang sebelum itu boleh dikategorikan berani membuat kenyataan yang tidak sehaluan dengan arus perdana Umno pun telah mengelak daripada dihampiri wartawan.

Hanya Ketua Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sahaja yang nampaknya tidak kekok berinteraksi dengan wartawan dan kelihatan selesa berjabat tangan dengan mereka tetapi tetap mematuhi "arahan" menutup mulut apabila topik perbincangan ditimbulkan.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam akhirnya bercakap sedikit walaupun beliau juga mengatakan bahawa beliau "tidak berhak untuk bercakap apa-apa." Beliau menyifatkan pandangan yang diberikan positif untuk memperkukuh dan memulihkan parti.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive