KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 8, 2008

Teori Rahman vs Teori aku

Tunku Abdul Rahman, 1st PM of Malaysia
Abdul Razak Hussein, 2nd PM of Malaysia
Hussein Onn, 3rd PM of Malaysia
Mahathir Mohamad, 4th PM of Malaysia
Abdullah Ahmad Badawi, 5th PM of Malaysia
Najib Razak

atau
aNwar Ibrahim ????

Reaksi Najib esok, hari ni nak ketawa puas puas

Berikut adalah lapuran dari Utusan ....

Najib beri reaksi esok
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan memberi reaksi berhubung pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatannya di Terengganu esok.

``Esok...esok,’’ katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Terengganu pagi esok.

Pak Lah tidak pertahan jawatan

malaysiakini | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan penting yang ditunggu-tunggu - melepaskan jawatan nombor satu Umno enam bulan lagi apabila tidak bersedia bertanding dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dijangka dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Keputusan perdana menteri itu yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.... selanjutnya.

Anwar hadir perbicaraan Raja Petra

Anilnetto melapurkan, DS Anwar Ibrahim telah hadir pada hari ke 3 perbicaraan Raja Petra. Menurut lapuran, beliau sampai pada jam 10.30 pagi dan kehadiran itu di sambut hangat oleh para penyokong Raja petra yang ada di sana ketika itu. Dengan kehadiran DS Anwar juga dapat menjelaskan tentang sokongan beliau kepada Raja petra.

Dalam pada itu, DS Anwar juga sepatutnya mempunyai jadual perbicaraannya sendiri di Jalan Duta.

Berikut adalah sedikit lapuran dari Anilnetto ....

“POWER! People’s Power!” said Marina, as she emerged from the court house at about 12.15pm today. She spoke with conviction and no doubt, she meant it. She is more determined than ever to secure not only the freedom of RPK but she knows in her heart, it also means freedom for the rakyat (that’s my own personal impression).

Sinar Harian putar belit berita

Sinar Harian telah berubah dari menjadi lidah resmi semua pihak kepada saluran media UMNO. Hari ini, DS Anwar telah membuat kenyataan seperti berikut,

Sinar Harian telah secara salah melaporkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Laporan Sinar Harian tersebut menyatakan bahawa saya percaya Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.

Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam Umno.

Sebaliknya saya yakin sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, negara ini akan terjerumus ke dalam bencana yang besar.

Datuk Seri Najib Tun Razak secara jelas menyatakan beliau sebagai Menteri Kewangan akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan. ... selanjutnya.

Penyokong Pak Lah berhimpun tanpa permit di PWTC



Korang baca laporan ni .... KLIK
Sedikit petikannya ....

Sekumpulan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) edang berlangsung di situ sejak jam 3.40 petang tadi.

Mereka turut membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan sehingga 2010 - di tengah-tengah spekulasi yang beliau mungkin dipaksa meletakkan jawatan lebih awal.

Kain rentang tersebut berbunyi: 'Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi', dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'.
Cuma nak bagi tau sikit kat polis polis yang ada kat luar sana .... diorang ni berhimpun ada permit atau tak? Kalau tak der, sila buat langkah langkah keselamatan. Kalau tak. susah nanti ... dah la mengganggu lalulintas, malah menghalang orang ramai untuk berniaga. Pokoknya mengganggu ketenteraman awam.

Imej di atas adalah dari Berita Harian. Perhimpunan Pagi tadi di adakan di Wisma Perdana. Juga tiada permit. Hishhh .... UMNO ni tak der mental undang undang ke? Main belasah je.

Cyberjaya ... Projek FAIL !!!



Mstar | ...The original vision of a unique and sophisticated modern township is fast becoming faintly gloomy, with the haphazard parking and poor enforcement.

While the infrastructure, cyber laws, policies and practices tailored for the Cyberjaya population are in place, the large working community in the township has nothing but disdain for the Sepang Municipal Council’s (MPSp) town planning and maintenance efforts.

Even a foreign national has commented that Cyberjaya is no longer the city he knew when he first arrived there a few years ago.

“The city has turned out to be not so intelligent after all. There is no proper planning and it has become like any other city or town here. It has lost its uniqueness,’’ he said.


The foreign national is obviously referring to the long line of cars parked along the roads, with double-parking in some instances, cars parked along yellow-lines and lack of directional signboards.... selanjutnya.

Abdullah mahu kekal presiden Umno?

malaysiakini | ...Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka membuat keputusan penting hari ini - sama ada melepaskan jawatan nombor satu Umno atau terus bertarung menongkah arus popular yang mahukan beliau segera meninggalkannya.

Ketika spekulasi popular menjangkakan perdana menteri tidak akan mempertahankan jawatan presiden Umno, tiba-tiba muncul andaian sebaliknya apabila satu perjumpaan tergempar selama tiga jam diadakan sehingga 2 pagi tadi.

Perjumpaan melibatkan 200 orang itu diadakan di kediaman rasmi Abdullah di Putrajaya "untuk memuktamadkan keputusan sama ada beliau akan bersara atau terus mempertahankan jawatannya," kata seorang bekas ahli parlimen Umno, Datuk Ruhanie Ahmad.

Keputusan pertemuan itu, menurut mantan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) itu, "Abdullah akan terus mempertahankan jawatan presiden Umno."... selanjutnya.

Surat Bapak's Altantuya



- Who did arrange visa issue for my daughter while she visited in French?
- Who was attending in the trip to French and what did they do?

... rujuk SLOONE

Argued against the involvement of AG



Sun2surf | .... Lawyer Sulaiman Abdullah told Sessions judge S.M.Komathy Suppiah: "Based on past records and events, it is abundantly clear that DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) and the AG have a bad relationship and unresolved matter, which require further investigations.

"There exists a reasoned perception that the AG has an "axe to grind" against DSAI."

Sulaiman said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had publicly stated that the AG Tan Sri Abdul Gani Patail would not be involved in respect of this case against Anwar.

"At the last mention on Sept 10, it was conceeded by the prosecution that this was their position as well. Given this, it has given rise to a legitimate expectation (in favour of DSAI and the member of the public) that the AG indeed would have no role to play in the conduct of the prosecution against Anwar."

He said on Aug 7, when Anwar was first charged in court, Solicitor-General Datuk Idrus Harun led the prosecution team. "This was consistent with the position that the AG had been disqualified from handling the case."... selanjutnya.

Pak Lah bakal bertanding

Kepada yang suka sangat berangan untuk tidak membenarkan Pak Lah bertanding pada pemilihan akan datang, sila lupakan angan angan tersebut. Pak Lah dan orang orang nya dah rancangkan sesuatu ....

Lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di depan pekarangan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, di sini, sejak awal pagi ini bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka yang berkumpul sejak jam 7.15 pagi adalah terdiri daripada Alumni Kelan Umno Luar Negara, Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIP) dan Pekida. - Bharian
Wakakakakakk ..... Kita tunggu pengumumannya hari ini. Betul kata Mahathir, Pak Lah takkan berundur ... dan hari ini ... "Atas sokongan akar UMNO saya akan mempertahankan kerusi Presiden UMNO" .... Kah Kah kah .... bakal ada yang hantuk kepala kat dinding la ....

Pak Lah dan minyak takkan turun !!!

Rasuah atau upah?


utusan |Wartawan Utusan Malaysia, Khairuddin Mohd. Amin hari ini menerima kejutan apabila anugerah tiket penerbangan percuma seumur hidup oleh syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, pemilihan Khairuddin yang merupakan Penolong Pengarang Ekonomi Utusan Malaysia dibuat kerana liputan berita dan artikel beliau yang banyak membantu perkembangan syarikat berkenaan.

‘‘Dengan itu, beliau layak menggunakan penerbangan AirAsia pada bila-bila masa untuk semua destinasi sepanjang hayatnya,’’ katanya pada majlis penyampaian hadiah itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.... selanjutnya.

Anwar di bidas kerana pertahankan Hindraf

Utusan | Beberapa ahli Parlimen hari ini membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertahankan tindakan pertubuhan haram Hindraf pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Mereka dalam masa yang sama turut melihat bahawa kenyataan Anwar itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Hindraf diketahui umum sebagai penyokong kuat kepada Anwar.

Sehubungan itu, kata mereka, atas dasar tersebut, Anwar dilihat akan melakukan apa sahaja bagi membela penyokongnya kerana pemimpin pembangkang itu sememangnya seorang yang terdesak.... selanjutnya.

no2umno - Hindraf bukan rakyat?

Persetan dengan pemilihan UMNO

UMNo mahu kembali di pulihkan? Jauh panggang dari api.

Raya ni aku berkesempatan bertemu dengan beberapa orang lama UMNO. Diorang ni hardcore sampai sekarang. Kalau boleh mati nanti pun nisan nak letak logo UMNO. Gua tak lawan, gua layannnnn .. sebab nak tau apa masalah diorang.

Menurut kata diorang, Pemilihan UMNO ini adalah musim cari duit. Bagi orang bawah, musim pemilihan adalah musim menuai. Hasilnya boleh makan setahun beb.

Jadi peruntukan dan rasuah politik sekarang sedang rancak. Korang tau kenapa Mahathir kata Khairy boleh cantas Mukhriz? Kenyataan itu di buat sebab antara UMNO kesan adanya rasuah politik yang sedang berlaku. Kalau tak silap .... sekitara RM150 ribu peruntukan untuk setiap bahagian. Kalau UMNO kata tiada politik wang, aku berani potong jari. Bukan soal ada atau tidak, tapi soal mahu bertindak atau tidak.

Bukan senang nak cari bukti sebab, yang menerima dan memberi rasuah takkan mahu pecah lobang.

Pokoknya ... musim pemilihan uMNO adalah musim pelaburan. Jumlah pencalunan tak menentukan kejayaan. Yang penting fulus. Ada fulus, lulus.

Apa yang orang tua UMNO ni kata .... walaupun pencalunan lebih dari 70%, keputusan nanti akan berubah mengikut jumlah pelaburan yang dibuat. Kalau banyak boleh menang, lagi banyak .... gerenti menang. Bijak tak bijak, tunggul tak tunggul pemimpin itu bergantung kepada jumlah pelaburan. Tunggul pun boleh jadi pemimpin, kalau fulus ada.

Zaman kejatuhan UMNO berlaku di waktu Mahathir memerintah dulu. AKu tak nak nafikan, Mahathir memang bijak. Tapi bijaknya membawa kepada kehancuran. Dia bijak gelembong, berlakun, sandiwara, sinetron, percaturan, ekonomi, berucap, perkauman dan macam macam lagi. Tapi kebijaksanaannya memakan diri. Tu sebab, Mahathir tidak di jatuhkan, tetapi jatuh kerana ucapannya sendiri. "Dah lam dah !!!" huhuhuhu.... itu lah ucapan yang membawa kepada kejatuhannya. Dia tak perlu orang singkirkan, dia tersingkir gara gara egonya sendiri.

Bila dia berundur ... dia pilih Pak Lah ... yang kononnya dulu ikut apa kata Mahathir. Bila Pak Lah memerintah, dia berubah. Sekarang Mahathir tepuk dahi. Tak semua orang yang dibayar nya dulu, tunduk pada nya. Baru dia tahu, duit bukan lah segala gala. Duit tidak boleh beli jiwa dan raga. Duit tak boleh beli cinta.

Orang yang di naikkan ketika pemerintahan nya dulu adalah orang yang suka ikut cakap. Diorang cukup bijak berpolitik. Berpaut pada dahan yang rendang. Kalau tak der kuasa ... Mahathir pun diorang tendang.

Sokongan guna akal, dapat habuan, bekas pemimpin jadi kain lampin. Dah pakai buang. Kalau pakai lama lama, bontot bayi timbul kurap. Dah berkurap, susah nak baik. Bayi yang kurap orang tak panggil comel. Bayi yang comel kalau bayi tak der kurap. Muahahahaha.

Sekarang UMNO nak naikkan Najib. Kalau Najib yang begitu pun diorang nak naikkan ... aku rasa dunia dah sampai penghujungnya. Kita tak pilih tukang kebun jadi angkasawan. Kita tak lantik professor jadi tukang kebun. Kredibiliti masing masing perlu di utamakan. Tapi masalahnya Najib tidak layak jadi Perdana Menteri kerana dia tidak sebijak yang kita harapkan. Najib tak kreatif, dia ikut cakap orang lain. Sikap angguknya telah membawa kepada statusnya sekarang. Kalau mental Pemimpin serupa dengan mental kita, apa guna nya jawatan Perdana menteri. Baik tak payah ...

UMNO pilih Najib kerana dua sebab. Najib ada penyokong dan Najib ada peluang. Tunggul pun boleh guna asalkan beri manafaat. Boleh buat kayu api atau perhiasan. Yang kreatif adalah orang orang di belakangnya. Itu sebab PM perlukan tingkat 4 untuk terus hidup. Kalau tak der tingkat 4, PM dah lama kecundang.

Sekarang puak puak Najib sedang usaha lobi untuk jadikan tunggul ni jadi PM. Selepas jadi PM, mereka mereka ni lah yang senang. Korang ... masih cam biasa. Kais pagi makan pagi, kais petang, makan pagi esok.

Baik Najib atau pak Lah, baik Khairy atau Mukhriz ... semuanya sama jer. Yang penting mereka ini naik kerana sokongan orang bawah yang mahu rebut peluang. Bila mereka yang di calunkan itu menang, orang bawah akan terima habuan. Itu janji sebuah perjuangan. Semuanya kerana wang. So .... siapa pun yang ada di dalam UMNO Sekarang bukan lah kerana bijaksana, tapi kerana wang dan kuasa. Tak der wang ... abang terbang. Pandai atau tidak, bijak atau bodoh .... tak penting, kerana manusia dah tak tahu nak bezakan antara baik dan buruk.

Aku ? Tak peduli ..... UMNO tetap musuh. Siapa pun menang, pasti menyusahkan.

Ali Rustam lebih Dewa dari Anwar

Pernah anda berkunjung ke Melaka? Jika jawapannya ya, soalan berikutnya adalah: Apa yang membezakan Melaka dengan negeri-negeri lain?

Tentunya pelbagai jawapan dapat diberi. Bergantung kepada persepsi masing-masing. Mungkin ramai yang meletakkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai jawapan. Memang benar kerana Melaka adalah negeri bersejarah.

Ada yang pasti memilih keunikan masjidnya. Benar, kebanyakan masjid lama di Melaka mempunyai pengaruh seni bina Cina. Tidak ketinggalan Masjid Negeri Al-Azim yang terletak di pinggir bandar berhampiran Hospital Melaka.

Apa lagi ya? Tentunya gerai asam pedas dan ikan bakar yang menjadi kegilaan pelancong khususnya dari negara jiran Singapura.

Kubu Umno? Betul juga kerana hingga saat ini belum ada satu kawasan Dun dan Parlimen yang ditandingi Umno berjaya dirampas parti-parti lawan BN khususnya PAS.

Tapi kalau ditanya kepada saya, jawapannya pasti mengejutkan. Melaka berlainan dari negeri-negeri lain kerana ia lebih mendewa-dewakan pemimpin khususnya Ketua Menterinya!

Lihat sajalah di segenap simpang jalan utama di negeri bersejarah itu, terutama ketika menjelangnya Aidilfitri. Sepanduk (banner) yang memuatkan gambar Ketua Menteri Melaka digantung semahu-mahunya. Imej Dato' Seri Mohd Ali Rustam dengan 'misai tebal ular sawanya' dapat dilihat di mana-mana sahaja. - Harakah
Hah ... apa lagi, sekarang kita cabut semua gambar untuk tidak menjadi dewa dewa dewa kan diorang ... Tu la gua cakap. Tindakan tu jangan sebelah pihak je. Kalau serious nak benteras, semua sekali. Kalau UMNO berani ... kita cabut gambar gergasi Anwar, diorang pun kena cabut gambar dewa dewa diorang.

Aku tak mendewakan diorang, tapi aku suka dengar lagu DEWA ..... Phuhhhhh !!!

Korang jangan melatah dengan mainan politik Ali Rustam ... sebelum ni orang tak bising, kenapa sekarang? Nak tunggu UMNO komplen baru korang melalut sama? Beb ... kita jangan ikut cara UMNO, tapi kita juga tak perlu tunggu UMNO melatah, baru kita melalut?

Injek guna air paip ....

drazwan | ....Di suatu pagi di sebuah hospital kerajaan, suatu majlis Taklimat cum Taklipat:

Ketua Jururawat: Ada lagi jururawat baru dari bukan UMNO..? Siapa yang ahli parti dalam Pakatan Rakyat, ada?

Semua senyap!

Ketua Jururawat: Angkat tangan jururawat baru yang ahli atau penyokong UMNO..!

Semua jururawat baru, perlahan-lahan, mengangkat tangan.

Ketua Jururawat: Bagus! Saya tidak mahu tengok, ada lagi jururawat yang makan gaji dengan kerajaan, lepas itu PRU pangkah parti pembangkang. Faham semua?

Semua mengangguk.

Ketua Jururawat: Baik Lah, kita hanya boleh control staf kita. Tapi kita tidak boleh control pesakit.

Sebahagian pesakit bagus. Sebahagian lagi menyampah saya tengok mereka. Tapi penyokong parti Pembangkang, muka tak malu, bila sakit dapat rawatan hospital kerajaan.

Semua saling berpandangan di antara satu sama lain.

Ketua Jururawat: Ambil kertas ini seorang sehelai. Dalamnya ada 10 soalan macam mana kita nak tanya dan kita boleh tahu seseorang pesakit itu, orang UMNO atau penyokong Pembangkang.... selanjutnya.

Polis pun tukar potfolio

Bukan sorang tapi berkumpulan.

4 polis samun kontraktor

Bharian | Empat anggota polis berpangkat rendah dari Balai Polis Presint 11, di sini ditahan selepas dipercayai menyamun seorang kontraktor pada petang 28 September lalu.

Mereka yang berusia lingkungan 20-an dipercayai menyamun sebuah telefon bimbit serta wang tunai RM2,000 milik mangsa di sebuah tapak pembinaan di Presint 11, di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayub mengesahkan penahanan empat anggota polis yang disiasat kerana menyamun tetapi enggan mengulas lanjut.... selanjutnya.
no2umno - Kalau polis dah mula menyamun, penyamun nak samun sapa dan siapa nak jadi polis? Kah kah kah .... makmurnya Malaysia. Semua dengan perubahan potfolio ini, maka Malaysia bertambah aman. Kah kah kah ...

Boleh ke aku percaya pada polis lagi? Muahahahahah .....Kalau dah polis pun jadi perompak, Tak hairan kalau menteri pun jadi penyamun.

Raja Petra akui tulis mengenai Altantuya sebelum program Blog

Bharian | ...Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, semalam, pengendali dan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Raja Kamarudin mengaku menulis dalam blognya mengenai wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dua hari sebelum rancangan Blog disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), 27 April lalu. Penerbit Rancangan RTM, Hasshim Abu Hanifah, 49, berkata program Blog yang diperkenalkan RTM mengandungi tiga segmen iaitu Pengenalan, Keterbukaan, Sumbangan dan Raja Petra membuat pengakuan itu dalam segmen ‘Keterbukaan’.

“Tidak silap saya, Raja Petra ada menyebut yang dua hari lalu (sebelum siaran), dia ada menulis mengenai wanita Mongolia itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof.

Beliau berkata rancangan itu disiarkan secara langsung dari jam 8.40 hingga 9 malam mulai 20 April lalu dengan menjemput pengendali dan penulis blog sebagai tetamu jemputan.... selanjutnya.

PENGAKUAN: Maza jadi mainan politik kerajaan

malaysiakini | Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:

"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”


Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".... selanjutnya.

no2umno - Kenyataan ini dibuat selepas beliau mengkritik tentang imej gergasi Anwar Ibrahim. Mungkin ada kaitannya ... siapa yang desak dia komen? Mungkin sepatutnya komen tentang imej gergasi sepatutnya di buat menyeluruh dan bukan imej Anwar Sahaja.

Kepada yang memberikan komen terhadap artikel yang lepas ... bukan aku setuju dengan imej gergasi itu, tapi biar semua di kenakan tindakan. Tidak hanya PKR. Dan kalau perlu ikut hukum ... kita mulakan sekarang dan tiada lagi imej gergasi dan bukan gergasi juga. Asalkan imej pemimpin atau raja raja, kita akan haramkan ... siapa bersungguh mahu perjuangkan? Sila angkat tangan .... wakakakakak !!!

Posting terkini

Blog Archive