malaysiakini | ...Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka membuat keputusan penting hari ini - sama ada melepaskan jawatan nombor satu Umno atau terus bertarung menongkah arus popular yang mahukan beliau segera meninggalkannya.
Ketika spekulasi popular menjangkakan perdana menteri tidak akan mempertahankan jawatan presiden Umno, tiba-tiba muncul andaian sebaliknya apabila satu perjumpaan tergempar selama tiga jam diadakan sehingga 2 pagi tadi.
Perjumpaan melibatkan 200 orang itu diadakan di kediaman rasmi Abdullah di Putrajaya "untuk memuktamadkan keputusan sama ada beliau akan bersara atau terus mempertahankan jawatannya," kata seorang bekas ahli parlimen Umno, Datuk Ruhanie Ahmad.
Keputusan pertemuan itu, menurut mantan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) itu, "Abdullah akan terus mempertahankan jawatan presiden Umno."... selanjutnya.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment