KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 12, 2008

Corporate giant defeated in 12-year struggle with Brooklands estate workers

Banting, 10 February 2008
parti-sosialis.org

It was a victory long over-due. The Corporate Giant - Lion Group could have sealed and resolved the issue a decade ago, but they choose the part of arrogance and sheer disregard to their toiling workers. The workers then took them to a protracted war which took 12 years to complete with the workers emerging victorious.

The victory parade started at a critical junction of this plantation. With drums and banners, they marched to the estate field, where a decorated stage was awaiting for the victory celebration to role on.

One of the most important speeches of the day was delivered by Comrade A.Sivarajan, who tirelessly struggled in the thick and thin with these workers. He laid down the various layers of victory accomplished over the years. It was an astonishing achievement if one looks at the picture in total.

The problem arised when Akurjaya Plantations (a subsidiary of Lion Group) bought the estate from Dunlop Estates to develop it into a township of luxury houses, shop-lots and bungalow lots.

This was the start of this long-drawn war, where the battles ere fought on many fronts. At each juncture of the struggle, the workers managed to counter the corporate giant. It took 12 years for the workers to finally get a permanent roof over their heads.

clip_image0025.jpg

The first battle was between the Mill Workers and the Company. In August 1995, they were given notices, the mill was to be shut-down and the workers gave them till December 31st. 1995 to vacate their houses. They were only offered compensation of RM 100 per year of service. NUPW - the Plantation Union accepted the offer. But a number of workers led by Ramayah refused to accept the offer. They called in CDC activist and then, the real battle with the Lion Group started. The company disconnected the water and electricity supply, closed the road leading to their homes. A few more workers left but four workers - Ramaiah , Gunasakar, Manogaran and Muniandy did not budge. They stayed on for three years with severe hardship.

clip_image0045.jpg

This prompted a fightback - with demonstration at the Lion headquarters, a court battle and various police reports. The State Government was dragged into the conflict to expose the inhumane attitude of the Company. Finally after three years, the company was defeated, when they withdrew the court case and relocated the four workers into the main division and restored water and electricity for them.

The second victory was when the Plantation Giant used the police to suppress the social activist from engaging with the people. The Company used guards to prevent the activist from entering the estate. The climax was when 3 activist - Sivarajan, Ganesan and myself were arrested which holding a meeting in the estate temple. We were put in the lock-up and later charged. Our arrest which was intended to create fear, back-fired when the entire work force went on a strike. Even the migrant workers joined the strike. It was a blow. In the court, the police charged the activist for criminal trespass. The case went on and we were found guilty and fined in the Magistrate court but later the High Court over-turned this judgment. The attempt to stop the activist from engaging was the second victory.

The third victory was when the Company build pigeon box flat houses for the workers which the workers refused to move in. Here we come to a stage where the main division workers were now given eviction notices as well. They used various tactics to pressure and persuade the workers to move. The Union was adamant - one of their leaders even said that he will cut his ears if the Company was willing to built terrace houses. Then the biggest victory came. Against the odds, the flats house built by the Company was left abandoned. They workers refused to move in and the Company was shocked. It tried individually dividing the workers but did not succeed. Finally with no choice, finally the company agreed to build low cost terrace houses near their plantation. It was a massive victory as it was an era when the only low cost homes officered are flats.

This low cost terrace houses offer did not fall from the sky. There were many more demonstration at the Company’s headquarters in Jalan Ampang, site office. Workers also prevented certain roads to be used and stopped development projects. They continued to raise issues on the bad condition of their homes.

Towards the end of the struggle, The Lion Group was brought to their knees. The owner Tan Sri William Cheng was given the award of ‘PROPERTY MAN OF THE YEAR’ but he failed to build houses for his workers. This campaign worked and finally the Plantation giant had to give in on this.

And the fourth victory was when the workers managed to get compensation from the company.
The last 6 months has been peace times when both parties decided to resolve the problem. Small outstanding issues were resolved and the Sales and purchase agreement was signed.

Today at the victory celebration, these stories were related in the form of sketches, songs, speeces and poem reading. Workers from other estates came to give solidarity with these workers and speeches were delivered among others by Comrade Nasir- PSM Chairperson and myself. PSM flag was everywhere along the road and at the stage. It has become the symbol of the peoples struggle in the last few years.

The 54 families who stood the test of time - received a souvenir of achievement. Many of them old and tears accopanied them as they received these souvenirs at the victory stage. The first to receive was Letchumy - the wife of Ramayah. Ramayah who died last month was missed by everyone and his name was mentioned many times. As Siva said, when we struggle, the price of the struggle cannot be counted, it is what we leave behind for the future generation. In the case of Ramayah, he has left behind a story and a history.

A story of how a small group of plantation workers can defeat a Giant.

S.Arutchelvan
10-2-2008

KENAPA RAMAI SANGAT?

BN pasti bingung. Tak perlu bayar tambang bas, tidak perlu sediakan nasik bungkus dan tidak perlu beri duit poket. Rakyat sudah datang tanpa disuruh. Ada jugak yang disuruh pulang oleh SB, tapi semangat rakyat tidak lagi boleh digugat. Rakyat mahukan perubahan !!!

Imej dari: anwaribrahimblog

null

null

null

null

null

null

null

Gambar-gambar oleh Md. Salman,

SEMUA DAH TAK BOLEH DIHARAP.

Saya Diberikan RM3,000 Oleh BPR, Kata Bekas Setiausaha Lingam

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bekas setiausaha Datuk V. K. Lingam diberikan RM3,000 oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR)selepas diberitahu bahawa penyiasatan terhadap percutian ke New Zealand membabitkan peguam itu dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin ditutup, Inkuiri Suruhanjaya Diraja diberitahu hari ini.

L. G. Jayanthi, 45, berkata seorang pegawai BPR menelefon beliau menyatakan penyiasatan itu ditutup kerana ia melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Kepada soalan pengerusi suruhanjaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor kenapa wang itu diberikan kepadanya, saksi ke-19 inkuiri itu tidak menjawab.

Kepada soalan lain Haidar mengenai sama ada beliau mengambil wang itu, Jayanthi berkata: "Ya".

Semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya R.S.N. Rayer sama ada RM3,000 itu sebagai ganjaran atau untuk menutup mulutnya, beliau berkata ia hanya diberikan kepadanya tanpa sebarang syarat.

Jayanthi berkata pada 1998, BPR merekodkan kenyataan beliau sebanyak tiga kali dan menurutnya tiga bulan kemudian, seorang pegawai BPR, Wong Chee Kong menelefon beliau untuk menyatakan kes itu ditutup.

Kepada soalan lain Rayer sama ada sepanjang beliau berkerja dengan Lingam, adakah beliau mengaturkan untuk penghantaran kek dan bunga ke rumah bekas ketua hakim itu, beliau bersetuju.

Selain daripada penghantaran itu, Jayanthi berkata beliau juga mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dari bank tetapi tidak tahu wang itu diberikan kepada siapa.

Kepada soalan seorang lagi peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, yang cuba mengaitkan hubungan rapat antara Lingam dan tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, Jayanthi berkata tiada komunikasi langsung antara kedua-duanya.

Katanya tiada alat interkom dalam bilik Lingam di pejabat peguam itu yang dihubungkan secara langsung dengan pejabat Tan.

Pada ketika itu, peguam yang mewakili Tan, Pradeep Kumar, membantah soalan itu.

Haidar mencelah: "Ini untuk menunjukkan hubungan rapat yang ingin ditunjukkan oleh Shafee," yang disambut gelak ketawa orang ramai dalam galeri.

No2umnO - Ramainya yang terbabit dengan isu VK LIngam. Hampir kesemuanya adalah pengamal rasuah. Kalau dah BPR pun merasuah ..... agak agak siapa yang tidak? Rosak .... semua sudah rosak. Kerajaan pun tidak cuba untuk membongkar semua kes ini sejak dulu. Wey ..... kalau lah kerajaan benar benar mahu cegah rasuah, isu sebegini tidak berlaku. Tapi kalau kepimpinan pun haprak dan kaki rasuah .... maka semua agensi pun tidak mustahil terbabit sekali. Siapa agaknya yang tidak pernah melakukan rasuah?

BILA TABUNG HAJI DAH PANDAI MEMBELIT


Pendeposit Tabung Haji dapat dividen tertinggi dalam sejarah?
mstar

Saya paparkan beberapa keratan berita mengenai maklumat yang berbeza-beza dari media-media sama ada media cetak atau eletronik (tv dan akhbar):

Tabung Haji umum dividen 7 peratus
PUTRAJAYA 5 Feb. – Tabung Haji hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak tujuh peratus kepada kira-kira 4.2 juta pendeposit aktifnya bagi tahun 2007, yang tertinggi sejak tujuh tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md. Zin berkata, kadar dividen itu meliputi lima peratus bagi dividen tahunan dan dua peratus lagi dividen khas yang diumumkan buat pertama kali.
Dividen tujuh peratus -- * Tertinggi sejak 2001 * Bayaran terbesar Tabung Haji
Oleh HAMDEN RAMLI dan HELMI MOHD. FOAD
PUTRAJAYA 5 Feb. – Tabung Haji hari ini mengumumkan pemberian dividen sebanyak tujuh peratus kepada kira-kira 4.2 juta pendeposit aktifnya bagi tahun 2007, iaitu dividen yang tertinggi sejak tujuh tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, kadar dividen itu meliputi lima peratus dividen tahunan dan dua peratus lagi dividen khas yang pertama kali diberikan kepada pendeposit Tabung Haji.
Pendeposit Tabung Haji dapat dividen
Wednesday, 06 February 2008

PUTRAJAYA: Seramai 4.2 juta pendeposit Tabung Haji akan mendapat durian runtuh minggu depan.

Mereka bakal menikmati bukan sahaja dividen lima peratus bagi 2007, kadar dividen tertinggi sejak badan itu ditubuhkan 44 tahun lalu, tetapi juga dua peratus tambahan sebagai dividen khas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Md Zin ketika mengumumkan perkara itu Selasa berkata, dividen itu akan dimasukkan ke dalam akaun pendeposit pada 10 Feb.
mSTAR

Begitu juga berita tergempar ini di canangkan menerusi berita-berita tv.

Saya terasa pelik juga bila mendengar laungan dari penyampai berita tv (di segenap media-media tv) pada mulanya dihebahkan akan 'declaration of dividend for Tabung Haji'. Berita berbunyi Tabung Haji umumkan kadar dividen tertinggi dalam sejarah sejak penubuhannya.

Ini dihebahkan berbunyi 'kadar dividen tertinggi dalam sejarah'. Betul ke? Atau memang sudah menjadi lumrah media-media tv kita di Malaysia gemar dgn menggembar-gemborkan perkara-perkara yg berlebih-lebihan tanpa membuat kajian (usul periksa terlebih dulu)?

Gimik - seperti 'record high', 'the highest in history', 'nombor satu di mata dunia' dan sebagainya - nampak sangat cuba hendak berbangga-diri ataupun temberang (auta). Padahal semuanya adalah 'gembar-gembur' yang tidak tepat samasekali - kira sama dengan membohong.

Lihat sajalah pada hebahan tentang 'dividen Tabung Haji' untuk tahun 2007. Mula-mula 'tertinggi dalam sejarah' .... kemudian 'tertinggi sejak tahun 2001'.

Jadi siapa atau pihak mana yang memberi maklumat yang tidak tepat? nampak begitu ghairah sekali semasa mengumumkannya di kaca tv (semasa penyampaian berita). Adakah pihak Tabung Haji sendiri atau pihak media-media tv ?

Saya dan ramai lagi yang tentu ingat dan mempunyai 'common sense' atau daya pemikiran yg 'tidak mudah lupa' akan dividen atau faedah (peratusan) yg kita pernah kecapi dari penyimpanan deposit dalam akaun Tabung Haji sejak dulu lagi.

Ada disatu tahun lingkungan pertengahan 90-an, saya pernah mengecapi dividen hingga 9.5 peratus hampir sama dengan dividen yang kita dapat melalui Amanah Saham Bumiputra dimasa yang sama (iaitu disekitar pertengahan tahun 90an - sebelum ada banyak berlakunya penyelewengan wang dalam sektor korporat disana sini ketika itu).

Mungkin juga pernah mencecah hingga 9.85 peratus (bagi penyimpan akaun di Tabung Haji ketika pada tahun-tahun berikutnya.

Jadi, sekarang dengan dividen (5.0 peratus) campur dividen tambahan (2.0 peratus) berjumlah 7.0 peratus kesemuanya masih tidak dapat menandingi 9.5 peratus atau 9.85 peratus pada zaman kegemilangannya dulu.

Apa yang hendak di heboh-hebohkan? Apa yang hendak di bangga-banggakan? dengan begitu "excited" lagi pada mulanya mengatakan yang ianya 'tertinggi dalam sejarah'?

"Mereka bakal menikmati bukan sahaja dividen lima peratus bagi 2007, kadar dividen tertinggi sejak badan itu ditubuhkan 44 tahun lalu, tetapi juga dua peratus tambahan sebagai dividen khas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Md Zin ketika mengumumkan perkara itu" - yakni paling tinggi sekali? Nampak sangat betapa 'karut-marut' maklumat berita seperti itu oleh mereka yang sepatutnya tidak harus melakukan perkara-perkara bodoh seperti ini. Ia dengan sendirinya menjejas dan mencemarkan imej mereka sendiri.

Sila teliti dengan komen para pendeposit (penyimpan akaun) Tabung Haji melalui laporan berita seperti dibawah. Apakah mereka ini tidak prihatin langsung akan 'performance' Tabung Haji dimasa-masa lalu - seperti disekitar tahun-tahun 90an?

Atau mereka semua hanya sekadar baru mula menyimpan dengan Tabung Haji hanya baru 7 atau 8 tahun kebelakangan ini? Ataupun mereka memberi komen atas sikap untuk mengambil hati Tabung Haji sahaja? Sebagai tanda 'terima kasih'.

Tabung Haji setanding institusi kewangan lain
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
KUANTAN 5 Feb. – Kemampuan Lembaga Tabung Haji memberi dividen sebanyak tujuh peratus berbanding 4.7 peratus tahun sebelumnya, membuktikan badan pengendali haji itu mempunyai daya saing, setanding institusi-institusi kewangan lain.

Rata-rata penyimpan Tabung Haji yang ditemui, gembira dengan berita tersebut dan berharap kadar dividen yang bakal diperoleh pada tahun-tahun mendatang akan lebih baik lagi.

Salah seorang pendeposit yang telah menyimpan lebih 10 tahun di institusi itu, Suhaimi Malik, 54, berkata, dia bersyukur dengan kadar dividen yang dianggap terbaik pernah diterima setakat ini.

“Ini mungkin disebabkan ekonomi kita yang stabil dan pengurusan cekap pihak Tabung Haji sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Peniaga dan ayah kepada enam anak, berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memberitahu, dia akan terus menaruh keyakinan pada keupayaan pihak Tabung Haji pada masa akan datang.

Sementara itu, Norrisah Adam, 35, pula mengakui, dia agak terperanjat dengan pengumuman kadar dividen tinggi yang dibuat oleh pihak pengurusan Tabung Haji tersebut.

“Sebelum ini biasanya Tabung Haji hanya memberi empat hingga lima peratus. Tetapi kali ini sehingga tujuh peratus. Harapan saya supaya kenaikan kadar ini akan terus berkekalan,” kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pelabuhan ini.

Norrisah yakin, kemampuan pihak pengurusan Tabung Haji menguruskan kewangan seperti yang dibuktikan itu, akan menggalakkan lebih ramai pendeposit di institusi itu.

Kakitangan di Jabatan Perdana Menteri, Wan Ramli Wan Abdullah, 45, berkata, kejayaan dicapai itu adalah hasil kecekapan Tabung Haji melabur di dalam bidang yang mendatangkan keuntungan.

“Ia mungkin dikaitkan dengan kenaikan harga kelapa sawit di pasaran dunia dan kita tahu Tabung Haji memang banyak melabur dalam komoditi ini termasuk di luar negara,” katanya.

Seorang warga emas, Osman Sulaiman, 62, turut gembira dengan pengumuman kenaikan dividen itu.

“Dengan adanya wang yang lebih, saya mungkin dapat menunaikan haji sekali lagi,” katanya yang kali pertama menunaikan haji kira-kira lima tahun lalu.

Sementara itu, Norasmahani Yaacob, 31, berkata, walaupun bersyukur diberikan dividen yang tinggi, dia tidak kisah sangat soal itu kerana yang penting baginya adalah mahu menunaikan ibadah haji.

Untuk pengetahuan semua, saya pernah mengecapi dividen dari awal Tabung Haji melebihi 8.5 peratus ke atas (hingga 9.85 peratus) sejak awal tahun 90-an lagi.

Pada masa dan ketika itu Tabung Haji adalah badan pelaburan kedua terbaik selepas Amanah Saham Bumiputra (ASB).

Sila buat semakan kalau hendakkan kepastian.

Kita cakap berdasarkan pada fakta sebenar, bukan direka-reka untuk membuat gimik semata.

PROSENCONS PROCON

Itu sajakah yang haram? Bagaimana pula dengan yang lain?


mstar.

Ini adalah maklumbalas untuk Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz mengenai 'inai dijari' ala tattoo:

Itu sajakah yang Datuk nampak?
Apa yang lain Datuk tak nampak ke?
Atau buat-buat tak nampak?
Atau saja tak mahu tegur atau 'sound' sama mereka?
Atau takut atau cuak pada puak-puak atasan (boss/bosses)?
Apakah Datuk tak takut pada Yang Lebih Atas lagi (Allah - God the Almighty)?

Yang banyak perkara-perkara pelik lagi janggal bertambah haru-biru sedang berlaku Datuk? atau buat tak tahu saja Datuk?

Contoh-contoh seperti:

Busana muslimah yang berfesyen tutup aurat wanita (tapi tidak dengan sepenuhnya), dengan lagak gaya begitu ranggi untuk dipertontonkan di khalayak umum menggambarkan unsur 'riak' iaitu menunjuk-nunjuk dalam masyarakat Islam kita.

Tambah pula ada seorang bergelar Datuk juga bergiat sakan dalam lapangan busana muslimah ni.Almaklumlah boleh berdampingan dan berapat-rapatan, bersendai-sendai, bersondoi-sondoi, bertembab-tembab, bersenggol-senggolan dengan puak-puak model-model yang 'ummph-ummph' lagi mengiurkan.

Kalau tidak ada halangan kemungkinan besar puak-puak ustazah yang gila glamer pun diharungnya sekali untuk memperagakan fesyen busana muslimah berjalan dengan rangginya diatas pentas 'catwalk'.

Boleh tayang muka dan badan dengan berpakaian serba canggih kat orang ramai.

Hebatlah nanti kata orang! Boleh tonjol muka melalui tv lagi. Sikit punya glamer ke?

'Hayati Islam dalam Pub' pun kira okey juga ke?

Tiada sesiapa berani buat teguran tentang perkara itu? Satu pelepasan atau passport atau lesen bagi golongan remaja dan belia muslim/muslimah mengunjungi pub, bar, disko, nite-club, atau dimana saja minuman arak (alkohol) didapati berserta dengan hiburan muzik rock dengan tari-menari bercampur jantan-betina muslim dan yang tak muslim, semua kira okey lah?

Lama-kelamaan kira bolehlah menggalakkan golongan muslim/muslimah di segenap peringkat umur boleh dengan bebas mengunjungi pub dan sebagainya tanpa sekatan lagi untuk meningkatkan ekonomi negara.

Kalau begitu Datuk dan lain-lain ulama, imam, bilal, ustaz, ustazah tentu teringin juga kut nak terikut sama nak cuba try 'experience' betapa punya 'happening' dalam menikmati hiburan berupa 'menghayati Islam dalam pub' dan sebagainya nanti.

Sabit masing-masing buat tak kisah sahaja. Kalau tidak, tentu puak-puak yang tak setuju tentu naik melenting sakan punya.

Kerjaya sebagai pelacur (wanita muslim yg cari makan/rezeki), yang si pendakwah dari Jabatan Perdana Menteri sudah buat fatwa konon-kononnya perkara seperti itu adalah dikira dalam keadaan darurat konon - maka ianya dibolehkan samalah seperti dihalalkan, Datuk?

Tiada sesiapa berani pertikaikan perkara tu? Maknanya okey juga lah tu? Semakin bertambahlah jumlah pelacur dalam negara Islam Hadhari kita ni ? Maka bertamadun betul masyarakat budaya kita terkini ? Sakan punya hebat nampaknya budaya ketamadunan kita - tak gitu Datuk?

Selain dari budaya songsang yang diuar-uarkan dikaca tv dan dimedia-media cetak seperti memperagakan fesyen pakaian wanita yang terdedah aurat - terdedah disana-sini - atas - bawah - dicelah - ditengah - di celah kangkang - dibahagian belakang dan dengan gaya yang nak menunjuk-nunjuk (riak) pun tidak sapa berani buat teguran atau mempertikaikannya?

Cukup banyak dapat kita lihat dan tontoni di bermacam-macam program di tv. (Secara sengaja ataupun tidak - itu bukan persoalan - akan tetapi ianya dihidangkan untuk semua - tak kira peringkat umur kalau nak tonton dan lihat - sesiapa pun boleh lihat boleh tonton - malah tok imam-tok imam sama ada hadhari ke tak hadhari pun boleh tonton - apa lagi budak-budak yang masih mentah dan masih berhingus).

Itu secara tak langsung memberi galakan dan perangsang untuk semua pihak - sama ada pihak yang menganjur, pihak pengeluar dan pereka fesyen (fashion-designer), baik pihak penyiaran (stesen tv), media-media cetak (akhbar & majalah), baik pihak model-model yg beraksi diatas pentas 'catwalk', dan juga bagi pihak yang baru nak cuba dengan gaya hidup berfesyen serta berpakaian ala model-model yang mendedahkan dan memperagakan fesyen pakaian yang dikira fesyen ikut trend terkini.

Itu sebab pak-pak turut (maaf mak-mak turut) macam puak-puak artis perempuan begitu ghairah sangat untuk mengambil contoh-contoh fesyen pakaian yang kononnya mengikut trend terkini hinggakan menjadi kontroversi dan membawa kepada gejala negatif akan kesan sampingannya.

Begitu juga bagi kalangan ustazah-ustazah yang terikut sama ghairah nak menonjolkan imej mereka supaya nampak moden bertamadun tinggi konon dan berglamor macam penampilan artis pula jadinya.

Pun tiada sesiapa berani buat teguran ke atas mereka tu Datuk? Makin lama semakin menjadi-jadi kita boleh tengok dan lihat dikaca tv akan lagak gaya ustazah-ustazah yang gila glamor nak terikut-ikut macam gaya artis Melayu kita.

Semuanyaberlumba-lumba mengejar glamor Datuk. Macam tu ke yang kita mahukan? Macam tu ke contoh dan ajaran yang mereka cuba tunjuk dengan cara menonjol imej mereka yang begitu melampau dan keterlaluan?

Orang tengok perawakan seorang ustazah bukan macam tu punya ghairah dan glamer macam artis ... bila dah terlalu melampau dan keterlaluan ... orang naik menyampah ...

Konsert rock baik di tv atau dipentas-pentas terbuka dengan gaya liar dan lucah pun tidak dapat perhatian pihak yang sepatutnya mengekangkannya.

Macam mana ni Datuk?

Budaya liar budaya rock dan rap dari barat yang songsang dibiarkan berkembang biak dan menular dimerata pelusuk negara - tambah-tambah lagi di KL dan di sekitar Lembah Kelang.

Di media-media tv sudah cukup membuktikan yang pihak penyiaran kita sentiasa 'favour' akan hiburan-hiburan irama rock & rap - baik di tv mahupun di radio.

Artis-artis rock & rap sering mendapat tempat dalam slot-slot hiburan dalam pelbagai jenis program hiburan di tv.

Dengan galakan berkembangnya bentuk hiburan budaya rock dan rap ini secara seiring akan juga menggalakkan perkembangan dan pembiakan penggunaan najis dadah dikalangan anak muda kita.

Lihat sajalah berapa punya banyak contoh yang dapat kita lihat disekeliling kita. Adakah ini dapat kita persetujui dgn membenarkan dan membiarkan gejala unsur songsang menular menerap masuk mempengaruhi minda anak muda generasi baru yang juga anak cucu kita?

Ada banyak lagi Datuk yang harus di beri perhatian seserius-seriusnya dan diambil tindakan sewajarnya seperti:

Budaya berlumba-lumba dalam masyarakat Melayu kita dalam meletakkan 'belanja' hantaran anak dara mereka dalam urusan nikah kahwin.

Hinggakan mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit ... nanti akan meningkat kepada ratusan ribuan ringgit.

Tidak mustahil jika ianya berlaku pada masyarakat Melayu kita yang jenis suka bermegah-megah dan berbangga-bangga diri.

Ini kerapkali digembar-gemburkan dikalangan artis-artis yang sentiasa hendak berada dipuncak glamer yang mereka kejar.

Akibat 'harga belanja' untuk anak dara (seolah-olah bagaikan 'price-tag' barangan jual-beli di pasaraya pula) begitu mendadak meningkat tinggi, maka bertambah ramailah mereka yang bertindak kahwin 'Fa Raw Ya' atau 'kahwin free'. Ada juga orang kata 'kahwin lari'.

Kalau tidak secara 'kahwin lari' - pasangan juga banyak terjebak dengan gejala hubungan diluar nikah.

Berzinalah yang kerapkali berlaku. Maka itu pun 'kahwin fa raw ya' juga. Tapi kahwin tak sah. Kalau dah terpaksa kahwin secara sah pun, nak berbelanja (wang ringgit) pun taklah banyak - tak lah sampai memakan sampai ribuan, apalagi puluhan, jauh sekali ratusan ribuan ringgit.

Juga gejala 'kahwin di sempadan Thai' pun tidak kurang hebatnya - mudah dan murah belanja.

Tapi biasanya sering berlaku pada golongan suami yang nak menambah bilangan isteri secara sulit dan 'biarlah rahsia' untuk kalangan tertentu.

Kalau tak mampu nak berkahwin pun - maka banyaklah budaya tinggal serumah maupun sebilik beramai-ramai lelaki perempuan tanpa berkahwin.

Kalau tak percaya cuba buat 'survey' di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Berlambak-lambak kelompok kelompok yang tinggal beramai-ramai serumah jantan-betina tak kira agama (Muslim ke bukan-Muslim ke semua nya ada). Kan kita sudah mengecapi kehidupan yang bebas.

Jika tak mampu untuk berkahwin secara sah, dan jika terlanjur akan perbuatan mereka hingga menyebabkan 'termengandung' pasangan wanita, maka berkembang biak lah budaya pengguguran.

Jika termengandung sampai kesudah, akan tercetus pula budaya 'buang bayi' - yang kerap berlaku dan kian menjadi-jadi .... yang hairan tu ianya terjadi dikalangan masyarakat Melayu kita yang beragama Islam pula tu.

Masyarakat dari kaum lain (Cina, India, Iban Bidayuh, Kadazan, Murut atau lain-lainnya) tidak pula kita mendengar atau menerima laporan dalam berita-berita (sama ada tv ataupun media cetak).

Ini kerana suku kaum mereka tidak ghairah mengamalkan budaya 'menjual anak' atau 'memperdagangkan anak' dalam urusan nikah kahwin dikalangan mereka.

Satu lagi kejanggalan berlaku pada satu negeri yang pada awalnya (sekarang mungkin sudah ditarik balik akan enakmennya) mengenakan undang-undang bagi mereka dikenakan denda dan dipenjara jika didapati melakukan urusan nikah kahwin diluar pada negeri itu tanpa mendapat kelulusan terlebih dulu.

Bayangkan berkahwin secara sah disisi agama pun akan didenda dan dipenjara? Ini boleh menyebabkan malu dan mencemarkan agama Islam juga [sekiranya undang-undang 'kenegerian' itu tidak ditarik balik].

Apa punya undang-undang (kenegerian) bersabit dengan urusan nikah-kahwin yang ada hubungkait dengan ibadah 'mendirikan masjid' iaitu 'nikah' sebagai yg dituntut oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Bagi mereka yang tidak mahu berkahwin (sampai lanjut usia), maka nabi tidak mengaku umat. Itu juga suatu yang harus di fikir-fikirkan dan bagaimana boleh dihalang atau ditegah atau menyusahkan pasangan untuk menunaikan hasrat dan hajat mereka untuk berkahwin dengan sah tanpa menyusah (bebanan dengan longgokan wang ringgit).

Maka kerana dan akibat masyarakat Melayu kita sendiri sebagai punca berlakunya segala gejala songsang, cacat dan pincang [yang tidak terjadi (kalau ada pun boleh dibilang dgn jari saja) pada suku-kaum bangsa yang lain (yang bukan Islam pula tu)].

Juga peranan Majlis Agama Islam atau Badan-Badan atau Jabatan Agama Islam seperti JAKIM yang memberi pendapat kononnya 'berbuka puasa di hotel' tidak ada halangan disisi agama jika berkemampuan dan bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Tapi Datuk, peranan Majlis Agama Islam dan sebagainya seperti JAKIM seharusnya tidak memberi galakan melakukan ibadat seperti 'berbuka puasa' iaitu suatu amalan agama yang diamalkan di hotel yang aktiviti perniagaannya meliputi segenap halal dan haram.

Haram seperti penjualan minuman arak (alkohol) dan pelbagai jenis makanan yang haram disisi Islam, dengan aktiviti maksiat (sering hotel menjadi tempat tumpuan).

Maka pihak Jabatan atau Majlis Agama Islam atau JAKIM tidak harus memberi galakan bagi umat Islam berbuka puasa ditempat yg mencurigakan seperti hotel atau sebagainya.

Sedih sekali bila mendapat nasihat yang begitu bercanggah dengan tuntutan Islam. Apa pendapat Datuk?

Juga ada ketikanya, pihak JAKIM atau JAWI atau JAIS melakukan serbuan keatas mereka-mereka yg terlibat dengan hiburan di kelab-kelab malam atau disko, kemudian melepas bebaskan mereka begitu saja sebab yg terbabit ada hubungkait dengan pihak atasan atau VVIP.

Ini menunjukkan tidak-tanduk yang 'double standard' oleh pihak Jabatan Agama Islam tersebut.

Ada juga berita yang mencabul kehormatan si mangsa yang diberkas semasa dalam perjalanan dan juga semasa dalam tahanan oleh pehak Jabatan Agama Islam sendiri - seperti sengaja mengambil gambar dalam keadaan lucah (separuh bogel atau terdedah dibahagian sulit dan sebagainya secara paksaan) dan bermacam-macam ugutan yg tak sepatutnya berlaku.

Contohnya ada berlaku satu kes seperti dibawah:

"On 17th and 18th January 2008, a case is going to be heard in the Kuala Lumpur High Court. I was told this is the new courthouse near the Wilayah Persekutuan Mosque along Jalan Duta in Kuala Lumpur. A woman is suing the Malaysian government, the Federal Territory Religious Department (JAWI) and RELA (a volunteer paramilitary force that is infamous for extorting immigrant workers of their hard-earned money), plus one or two other Malaysian government agencies. Karpal Singh is the solicitor for the plaintiff."

"It seems this woman, a Muslim, was arrested during a 'vice raid' on a certain disco in Kuala Lumpur. She was an employee of that disco and, according to the 'rules', Muslims are not supposed to work in any establishment that sells liquor. So, for that 'crime', she was arrested together with about 16 or so other Muslim men and women.

Now, when the authorities issued the disco its licence, it was not stipulated anywhere in that licence that any establishment selling liquor is prohibited from employing Muslim staff. If this is the law then certainly our national airline, MAS, would have to retrench all the Malay staff and employ only non-Muslim Chinese, Indians, Portuguese, Dayaks, Kadazans, etc., because MAS serves liquor. Not only the cabin crew would have to be sacked but the entire staff including the ticketing staff, administration staff, accountants, managers, board of directors, and so on, would have to go.

The 'haram' ruling would not only affect those directly involved in serving the liquor on-board the flights but anyone whomsoever even remotely linked to the organisation. I mean, the 'criminal' is not only the stewards and stewardesses who serve the liquor but anyone who may be 'collaborating' with the stewards and stewardesses to make it possible for the stewards and stewardesses to serve liquor on-board the flights. So, those who sell the tickets and those who check you in and those who handle your baggage and those who usher you to the plane and those who sit in the office to count the money and those who sit in the boardroom to conduct meetings, and many more, are 'partners-in-crime' and would also have to leave the organisation."

Untuk sementara waktu, sekian buat maklumbalas terhadap keprihatinan Datuk mengenai pemakaian 'inai dijari' dalam bentuk tattoo, yang sememangnya bercanggah dengan kehendak agama kita.

Pendapat-pendapat di atas yang lebih umum lagi membimbangkan ummah.

CONTRAVISI

DIA SUDAH GABRA ..... !!!

Taklimat kenaikan harga barang untuk elak isu itu dimanipulasi
mstar

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menafikan bahawa situasi kenaikan harga barang kesan daripada pasaran dunia yang tidak menentu, telah mendesak kementerian itu mengadakan taklimat di seluruh negara berhubung kenaikan harga barang.

Menteri berkenaan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata taklimat itu adalah satu usaha kerajaan supaya masyarakat tiidak dimanipulasikan dengan tuduhan dan pembohongan pihak tidak bertanggungjawab mengenai kenaikan harga barang.

"Tidak ada sebarang desakan seumpama itu tetapi kita perlu jelaskan kepada rakyat secara besarbesaran kerana masih ramai yang tidak tahu apa yang telah kerajaan lakukan termasuk pelbagai bantuan subsidi. Kita dapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan isu seumpama ini terutama dalam keadaan sekarang (ketika bersedia untuk musim pilihan raya)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas memberikan taklimat isu kenaikan harga barang yang dihadiri kira-kira 1,000 orang terdiri daripada persatuan pengguna, badan bukan kerajaan dan wakil rakyat parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk membantu mereka membuat penjelasan kepada penduduk setempat.

Katanya kementerian juga menjelaskan memang terdapat kenaikan harga pada barang tertentu akibat faktorfaktor yang tidak dapat dikawal seperti kenaikan harga minyak serta barangan lain kesan daripada pasaran dunia yang tidak menentu.

Melalui jelajah itu taklimat berhubung isu kenaikan harga barang dapat diberikan kepada rakyat sekaligus mendapat maklum balas dalam bentuk cadangan, pandangan dan usaha lain daripada masyarakat supaya dapat mengurangkan beban mereka dan membantu masyarakat peniaga kecil, katanya.

Mohd Shafie berkata semua pandangan dan cadangan yang diutarakan sepanjang taklimat di seluruh negara itu akan diambil perhatian supaya dapat membantu kerajaan berusaha menstabilkan harga dan memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi.

Taklimat yang bermula awal bulan lepas itu akan berakhir di Sarawak hujung minggu ini.

Terdahulu ketika sesi soal jawab, beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan simpanan bekalan untuk barangan keperluan bagi tempoh yang lebih lama berbanding sekarang.

"Perkara itu telah kita bincang di peringkat tertinggi. Buat masa ini seperti beras kita hanya ada simpanan bekalan untuk enam bulan. Kita juga akan luaskan untuk barangan lain, selain itu teknologi yang digunakan juga perlu ditingkatkan supaya bekalan dapat disimpan bagi tempoh yang lama," katanya.

Bread and butter matters

PETALING JAYA: The cost of living, social issues, the crime rate and illegal immigrants - these are the issues that matter most to Malaysian voters, according to a survey conducted ahead of the general election.

These bread and butter issues are the prime concern of voters now.

Even hot issues like politics ranked lower than economic factors and crime.

The survey revealed that 96% of respondents were concerned with the current economic situation such as the rising cost of consumer goods, while 88% said they were worried about the incidents of crime in the country.

Dr Syed Arabi: 'Certainly the Government is not passive about these issues'
The opinion poll was commissioned by The Star and carried out by the International Islamic University Malaysia (IIUM). It involved 2,930 respondents and was conducted in 58 clusters in 12 states in the peninsula from Dec 8 to Dec 29 last year. The survey has a margin of error of less than 4%.

“Economic issues were considered important to Malaysians,” said the IIUM Dean of the Communications Department Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid, who headed the survey.

“People are concerned over the rising prices of basic necessities and the high cost of living, especially with the looming global oil prices.

“Crime is also a worry to them,” he said yesterday.

However, Dr Syed Arabi said the Government did respond to these concerns.

He cited the National Price Council as one of the measures taken to tackle the rising prices of consumer items and cost of living. Under the price council, the Government announced recently that a national stockpile of essential goods like rice and cooking oil would be created to ensure that prices and supply remained stable at all times.

The price council, headed by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, will monitor, advise and oversee the government's price policy, competitive market structures and the efficiency of subsidy schemes.

The price council is also aimed at preventing unfair and collusive trade practices affecting supply and prices of essential goods and services, and eventually softening the impact of rising prices on the cost of living.

“The prime minister himself has gone to the ground to initiate measures to beef up security, such as rehiring capable retired police officers,” said Dr Syed Arabi.

Abdullah, who is also the Internal Security Minister, announced recently that there would be a police station at every corner, and more than 3,000 more patrol cars and 4,000 motorcycles would be deployed to combat crime.

He also said that 60,000 police personnel would be recruited, while the police department would rent shoplots to set up the police stations.

A total of 1,756 respondents were aged between 21 and 35, 1,181 respondents polled were in the 36-50 age group, and 719 respondents were those above 51 years old.

The third main concern of the respondents was the influx of foreigners into the country, with 40% regarding it as a problem.

This was followed by other concerns on politics, unity, the environment, internal and external threats, road traffic problems and leadership.

Prof Dr Syed Arabi said 2% of respondents expressed concern over internal and external threats and considered the rising number of vehicles as a bane, while only 1% said leaders must be proven to be capable.

Peneroka FELDA ditipu BN

Hak Orang Asli perlu dibela bersama, Peneroka FELDA ditipu BN


KeADILan

Kuala Krau, 10 Feb - Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim telah melawat Kuala Krau hari ini untuk memberi ucapan dan menjumpa rakyat. Anwar diiringi oleh Zakarian Hamid, Ketua Perhubungan PKR Negeri Pahang.

Anwar tiba di Kg. Pasu, sebuah perkampungan Orang Asli pada lewat petang dan disambut oleh penduduk kampung tersebut dan juga penduduk-penduduk dari kampung-kampung berdekatan.

Anwar telah disambut oleh ketua-ketua JDM (Cawangan) Kg Pasu, Kg Penderas, Kg. Pian, Kg Lubok Wong, Kg Terboi/Galung, Kg Mendoi dan Kg Seboi bersama-sama ahli-ahli KeADILan dari kampung masing-masing.

Turut hadir didalam Majlis itu adalah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Didalam ucapannya Anwar menyatakan bahawa Orang Asli terpinggir dibawah pemerintahan UMNO/BN, setelah 50 tahun Negara Merdeka, tak seorang pun Orang Asli di Pahang memiliki geran untuk tanah-tanah mereka.

Anwar mengajak Orang Asli berjuang bersama-sama KeADILan di dalam keluarga besar dan bersama-sama berjuang membela nasib Orang Asli dan menuntut hak milik tanah secara individu dan bergeran.

“Kita akan berjuang sehingga berjaya!” tegas Anwar.

Disebelah malamnya pula, Anwar berkunjung ke Felda Jenderak Utara dengan disambut oleh ribuan peneroka-peneroka Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.

Anwar bertanya, “Kenapa peneroka-peneroka yang menyerahkan tanah mereka kepada Felda untuk tanaman semula hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan, manakala peneroka-peneroka yang membuat tanaman sendiri memperolehi antara RM5,000.00 hingga RM7,000.00 sebulan?”

“Apabila Barisan Alternatif memenangi Pilihanraya Umum ke-12 nanti, kami akan memperbetulkan keadaan ini, agar tidak ada mana-mana pihak memanipulasikan pendapatan peneroka Felda untuk kepentingan orang lain selain daripada peneroka-peneroka.”

Anwar mengakhiri lawatannya ke Pahang di DUN Benta, Kuala Lipis.

Apa tugas "Peg. Warga BAru" di bilik gerakan UMNO???

anakperelihblog

Sebelum ini saya ada menulis tentang pengundi Burma di Langkawi dan Perlis. Ini pula adalah senarai charta organanisasi bilik gerakan sebuah cawangan UMNO di Perlis. Nama nama pada carta ini telah dipadamkan atas faktor privasi. Pada jawatan nombor 13, terdapat satu jawatan iaitu "Peg. Warga Baru". Istilah "warga Baru" bila diselidiki, adalah merujuk kepada warga Burma yang mendapat IC dan kerayataan Malaysia (boleh mengundi). Nama "Peg. Warga Baru" didalam senarai ini adalah seorang neyban atau ketua orang Burma di Kuala Perlis. jadi... persoalan, kenapa ujud satu jawatan khas hal ehwal pengundi warga Burma disini dan kenapa tidak ada jawatan pegawai pengundi muda atau lain lain kumpulan pengundi? Atau adakah kerana undi orang Burma sangat bernilai sekali. Ini adalah sebagai bukti orang orang Burma yang diberi kerakyatan Malaysia mengundi dan terdapat hubungan antara mereka dengan UMNO - iaitu untuk memenangkan UMNO sehingga diujudkan satu jawatan khas di bilik gerakan UMNO... Di Langkawi, IC mereka ini dikatakannya beralamat di Kelantan dan Terengganu yang disifatkan sebagai kawasan panas... jadi fikirkan sendiri...

Isu pengundi Burma ini adalah seperti isu pengundi warga Filipina di Sabah seperti dedahkan oleh Malaysiakini.com dimana terdapat salahguna kuasa semasa pemberian kerakyatan kepada mereka ini semata mata untuk kepentingan memberi kemenangan BN/UMNO didalam pilihanraya.

Sila klick pada gambar dibawah untuk melihat dengan lebih jelas lagi.

Bendahari Umno, betui ka hang tipu RM1,318,000?

Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendedahkan, pada 31 November 2007, seorang ahli perniagaan, Lu Leong Seng membuat laporan polis ke atas Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Mohamed Zabidi di Balai Polis Kajang.

"(Sehingga) hari ini, sudah tentu dan seperti yang dijangkakan, tidak ada tindakan diambil oleh pihak polis," dakwa beliau.Laporan itu dibuat, katanya, kerana Abdul Azim, yang juga Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN), didakwa enggan mengembalikan saham berjumlah RM1,318,000.

Menurut Raja Petra, perkara itu bermula apabila Transquay Ventures Sdn Bhd hendak disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.Bagi membolehkan penyenaraian , katanya lagi, Abdul Azim dilantik sebagai pengarah syarikat itu pada 20 Oktober 2003.Perlantikan itu, menurut Raja Petra, dibuat berikutan dakwaan Abdul Azim bahawa syarikat itu mestilah menjadi syarikat Bumiputera untuk layak di senaraikan.Berikutan itu, kata Editor Malaysia Today itu lagi, separuh dari saham syarikat itu dipindahmilik kepada Abdul Azim manakala separuh lagi dipindahmilik kepada seorang lagi Bumiputera.

Setelah saham itu berada di tangan Bumiputera sepenuhnya, menurut pendedahan itu, barulah ia layak disenaraikan."Azim 'membayar' kepada Lu Leong Seng untuk saham-saham tersebut pada 5 April 2004 melaui tiga cek RHB Bank. Penjualan itu bukanlah penjualan sebenarnya tetapi hanya transaksi kertas untuk menunjukkan Azim benar-benar memiliki saham tersebut dan telah membelinya," kata Raja Petra.Lu pula, katanya lagi, hendaklah membayar sejumlah wang, tetapi bukan kepada Abdul Azim kerana Bendahari Umno itu tidak mahu dikesan menerima wang tersebut."Sebaliknya, Lu dikehendaki membayar kepada Tan Boon Keong, atau BK Tan yang terkenal keji itu. Pembayaran tersebut dibuat melalui empat cek Public Bank Berhad pada 8 April 2004," dakwa beliau.

Bagaimanapun, katanya lagi, penyenaraian itu tidak berlaku dan Lu membatalkan persetujuan yang dibuat dengan Abdul Azim dan meminta Bendahari Umno itu mengembalikan saham serta bayaran yang telah dikemukakan oleh Lu."Tetapi Azim enggan mengembalikan saham atau bayaran berjumlah berjumlah RM1,318,000 yang dikemukakan kepada Tan yang bertindak sebagai penamanya. Pada masa yang sama, Azim dan rakannya BK Tan memiliki syarikat tersebut dan wang tunai berjumlah RM1,318,000," dakwa beliau.Sebelum ini, Raja Petra pernah mendakwa bahawa Tan ialah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia.

Beliau didakwa juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.Dalam akuan berkanun ASP Mior Fahim Ahmad, Tan disebutkan oleh beliau sebagai "mempunyai perhubungan yang amat baik dengan Tan Sri KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK Tan". (Sambil itu, harap baca pesanan penting dalam blog kawan kita, Dr Tokasid - MYDIN..........how insensitive. Boikot!!)

Laporan Ringkas.. Puluhan Ribu Sambut Anwar di Ipoh!!

 tranungkite.net

Dalam kunjungan Anwar sehari ke Negeri Perak, bermula dari Kuala Kurau sehinggalah ke Ipoh, Anwar menerima sambutan luar biasa dari rakyat
berbilang kaum. Di Ipoh sahaja Anwar memulakan jadualnya apabila berkesempatan singgah di Surau Nurul Islam Taman Meru 2c , disitu ia sempat berjemaah dan memberi sedikit Tazkirah. walaupun tiada Banner atau kain pemidang yang digantung dikawasan tersebut, orang ramai berasak asak memenuhi setiap ruang surau setelah mengetahui Dato' Seri Anwar bersembahyang di surau tersebut.malah saya sendiri menyedari kehadiran Anwar hanya dari Blog Anwar Ibrahim.

Sejurus Anwar memberikan sedikit Tazkirah kepada Jemaah disana, Anwar bergegas di Kawasan Buntong dimana kawasan ini majoritinya terdiri dari masyarakat India, sekali lagi ribuan rakyat berbangsa India memberi sambutan hangat keatas Anwar.pada jam 9.30malam sekali lagi Anwar terpaksa bergegas ke Dewan Cina Tow Bee Keong atas jemputan masyarakat Cina dan jamuan makan sempena tahun baru cina. disana Anwar disambut dengan persembahan tarian naga, dan dipersembahkan nyanyian sambutan keatas Anwar. disitu masyarakat cina memenuhi setiap ruang Dewan dengan setiap daripada hadirin begitu teruja bila melihat kelibat Anwar muncul di pentas.

Ketika Anwar berucap di Dewan Cina , jam ditangan saya sudah menunjukkan ia hampir jam 11malam, dari kawan kawan yang ada disana saya diberitahu uluhan ribu sudah menunggu Anwar di Desa Pengkalan, akhirnya sekali lagi kereta Anwar meluncur laju bergegas ke Desa Pengkalan dimana satu ceramah dibuat dari sebuah rumah dan berhadapan dengan padang. setibanya saya disitu, saya amat terkejut apabila melihat rakyat yang terdiri dari pelbagai masyarakat memenuhi setiap ruang padang sehinggakan melimpah kejalan jalan raya menunggu ketibaan Anwar Ibrahim.

Bukan saya sahaja terkejut dengan sambutan rakyat malah Anwar yang memulakan ucapan juga seakan teruja dengam sambutan hebat warga Ipoh. riuh sorak daripada penyokong Keadilan dengan laungan Reformasi , berselang seli dengan laungan takbir jelas memecah kesunyian malam tersebut.semangat penyokong seakan akan berada kembali diera gelombang reformasi. malah ada diantara mereka datang dari kawasan Batu Gajah dan Bota semata mata menyambut kedatangan Anwar.ketika itu Anwar yang kelihatan bersemangat dan kadang kadang terserlah keletihan Anwar ketika berucap, mana tidaknya malam itu sahaja Anwar berucap di empat tempat yang berlainan, dan setiap tempat yang dikunjung , Anwar disambut ribuan warga Ipoh.

Dan diharap ini bukanlah kunjungan terakhir Anwar ke Parlimen Tambun ataupun kawasan Ipoh sebelum pilihanraya, kerana ramai diantara masyarakat disini tidak sempat untuk pergi ke majlis Anwar kerana kurangnya promosi. ramai diantara mereka hanya tahu Anwar ke Ipoh hanya untuk sambutan Tahun baru bersama Masyarakat Cina.walaupun begitu puluhan ribu menyambut kedatangan Anwar. mungkin berita lanjutnya boleh dilihat didalam Blog Anwar .

Lawan tetap Lawan..

Reformis Muda

MEDIA BARU PENGARUHI UNDI PRU12?

duniatiger.blogspot

Ketika Khairy Jamaluddin (KJ) berpendapat bahawa internet hanya akan memainkan peranan penting dalam pilihanraya akan datang (bukan kali ini tetapi PRU 13) seperti yang dinyatakan di sini , pencabar beliau, jika KJ bertanding di Parlimen Rembau, sudah memulakan kempen sibernya untuk berhadapan dengan Naib Ketua Pemuda UMNO itu. Alamat blog calon Rembau daripada PKR itu disiarkan oleh blog persendirian tertentu.

Saya pernah menulis mengenai kepentingan media baru sebelum ini dan berpendapat bahawa ia akan menjadi antara perkara menarik yang akan berlaku pada PRU kali ini. Alasannya ialah: " Sejak kebelakangan ini, bilangan blog bertambah ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan". Pelbagai bentuk blog yang dihasilkan. Ada yang berbentuk online diary, news portal atau blog yang mengandungi album gambar. Masing-masing ada tujuan dan matlamatnya. Ada yang syok sendiri, mengeletek hati, merapu atau serius. Walaupun media baru ini sudah muncul sejak 1980an lagi, tetapi penggunaan secara meluas di Malaysia ini boleh dilihat sejak 2000 dengan kemunculan beberapa news portal seperti Agendadaily, MalaysiaToday, Malaysiakini dan blog-blog persendirian seperti ScreenShots yang dikendalikan oleh Jeff Ooi, bekas kolumnis NST dan kolumnis Malaysian Business, majalah keluaran Berita Publishing Sdn Bhd. Kewujudan media baru ini sudah pasti akan memberi keuntungan kepada pihak yang mahir menggunakannya."

Persoalannya, apakah media baru ini akan berjaya mempengaruhi undi dalam PRU 12?

Jika ditanya golongan yang suka membaca blog atau "blog hopper" (bukan grasshopper), terutama yang mengikuti komen diberikan pembaca blog, sudah pasti mereka merasakan bahawa rakyat negara ini akan "membuat sesuatu" pada pilihanraya kali ini. Apatah lagi dengan pelbagai isu yang diutarakan seperti kenaikan harga barang dan perkembangan politik semasa di negara ini.

Tetapi jika bertanya kepada golongan yang tidak membaca media baru termasuk news portal dan blog persendirian, mereka mungkin tidak menyedari "apa yang berlaku" dalam dunia siber dengan pelbagai kecaman, tohmahan, nama gelaran, caci mencaci, membuat tuduhan dan segala macam luahan hati rakyat negara ini. Ada pembaca blog yang marah serta geram dan ada juga yang terlalu taksub dengan idealogi mereka sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah terfikir oleh kita sebelum ini.

Bagi golongan yang hanya membaca media perdana atau mengikuti siaran televisyen Astro, TV3 atau RTM, mereka merasakan Malaysia berjalan lancar, semuanya ok serta berpuas hati dengan segala pembangunan yang dibawa oleh kerajaan sekarang. Dalam ertikata lain, fikiran mereka tidak akan berkecamuk dengan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak. Walaupun ada berita mengenai kesusahan atau kegusaran rakyat di televisyen, ia seperti laporan terdahulu yang semata-mata untuk mengingatkan kerajaan yang memerintah untuk terus membela "orang bawah". Mereka hanya menjalankan kehidupan seperti biasa dan menghadapi masalah seadanya.

Apapun, kita tunggu keputusan PRU12. Ramai yang yakin BN tiada masalah untuk mengekalkan dua pertiga kerana rakyat mahukan kesinambungan kehidupan sekarang. Selepas PRU12, bolehlah kita membuat telahan mengenai peranan yang dimainkan oleh media baru terutama blog persendirian terutama ahli politik pembangkang dan yang pro pembangkang.

Hopeful Hindraf knocks on PM's door once more

Malaysiakini - Yet another appeal has been sent to the premier to keep a Valentine’s date with children on Saturday....but will the response be yet more silence? Supporters of the Hindu Rights Action Force (Hindraf) hope not.

A 25-strong group was at the Prime Minister’s Department in Putrajaya today to submit a letter to remind Abdullah Ahmad Badawi about a planned gathering of 200 children and their parents on Saturday.

The movement has arranged for the group to meet at Parliament House - the idea is for the children to hand over red and yellow roses to Abdullah, if he shows up.

hindraf letter submission 110208 standThis morning, a five-member delegation handed over a letter to Special Officer Rovin Ponninaih and held a 20-minute discussion with him, to explain their intentions.

"We just want the prime minister to receive roses from the children. We want to have a dialogue with him to discuss issues affecting the Indian (Malaysian) community," Hindraf national co-ordinator RS Thanentiran (right, in photo) said after the meeting.

"He is our leader. He should meet us to listen to what we have to say, as he is serving us (citizens). The dialogue should be directly between us and him, (with) no middlemen (involved)."

Teacher K Krishnan, 58, said with a smile: "This is a peaceful gesture shown by courageous children and we do hope that (Abdullah) will attend.

"I am a strong supporter of the government. I still have hope that this government will help elevate the status of the Indian community."

wahthamoorthy daughter memo 220108 w vwaishhnnaviAbdullah has yet to reply to a handwritten invitation from five-year-old Vwaishhnnavi, the only daughter of Hindraf chairperson P Waythamoorthy, who had submitted it at the PM’s Department on Jan 22. He is in self-imposed exile in London to build support for Hindraf’s cause.

On Feb 6, Vwaishhnnavi submitted another letter at the Human Rights Commission of Malaysia, asking its chairperson Abu Talib Othman to attend the event as ‘insurance’ to protect the group from possible police action and to uphold their human rights.

Application submitted

Hindraf is also seeking the release of of its leaders and legal advisers who have been detained under the Internal Security Act since Dec 13 last year. Among them are Waythamoorthy’s brother, Uthayakumar.

In relation to this, the children will carry red roses as a symbol of the "love and peace with which Hindraf brings its message" and yellow roses to signify the movement’s demand for justice for those detained.

‘Rose campaign’ co-ordinator S Manickavasagam said an application for a permit was submitted to Sentul police on Jan 31, but that there has been no response as yet.

Hindraf had earlier said it will proceed with the event even if no permit is issued, as the gathering will be a peaceful one.

hindraf british petition rally 251107On Nov 25 last year, it had attempted to organise a mass gathering of supporters for a march to the British High Commission in Kuala Lumpur, to hand over a memorandum addressed to Queen Elizabeth.

However, police moved in and dispersed the crowd with tear gas and chemical-laced water. This was followed with the arrests of protesters, dozens of whom have been charged with illegal assembly.

Since the protest, the government has appeared more amenable to act on long-standing complaints about the socio-economic disparities, as well as complaints of discrimination and marginalisation of the community since colonial days.

In doing so, however, Abdullah has only met with political and civil society groups representing various segments of the community.

Hindraf itself has been ‘ignored’, according to its leaders, who want to submit an 18-point memorandum to him.

Dr Koh forced to move


DAP: Dr Koh forced to move
Tuesday, 12 February 2008

PENANG: Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon's hand was clearly forced when he announced his preference to move to a federal post and thus give up the Penang Chief Minister post, DAP secretary-general Lim Guan Eng claimed.

In a press statement, Lim said Dr Koh's announcement came only after Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said he would decide for him if Dr Koh was unable to make up his mind whether to contest a state or parliamentary seat.

Speaking to reporters in Johor Baru last night, Koh denied that he had been forced to make the decision to contest a parliamentary seat. (Star)

LUAHAN RASA DATUK AZIZ SATAR

Datuk Aziz Sattar - Wawancara Khas oleh Mahaguru58


Ikutilah wawancara khas Mahaguru58 dengan seniman legenda komedi filem Melayu tanahair, Datuk Abdul Aziz bin Sattar.

video (Klik)

Semoga dengan wawancara ini akan terhurailah segala persoalan yang mengaitkan nama Datuk Aziz Sattar dan perselisehan faham dengan pimpinan Karyawan.

Daun sireh dikunyah Mustapa,
Mari dikunyah bersama si-nyonya,
Jasa seorang seniman usah dilupa,
Kalau dilupa buruk padahnya!

Mari belayar ke Pulau Pinang,
Singgah berlabuh di Tanjong Sepat,
Adat dijunjung, pusaka dikenang,
Bangsa berbudi hidup berpakat.

UMNO TUTUP NAMA CALUN RASUAH

Beberapa calon di Selangor gagal lepasi semakan BPR

SHAH ALAM: Sebahagian daripada 200 bakal calon Barisan Nasional (BN) Selangor gagal melepasi proses semakan Badan Pencegah Rasuah, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini.

Beliau berkata BN negeri mengemukakan senarai calon kepada BPR terlebih dahulu untuk semakan sebelum menghantarnya kepada polis, Jabatan Insolvensi Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk tujuan serupa.

"Ada beberapa nama tetapi kami mencapai persetujuan dengan BPR untuk merahsiakannya.

"Kami tidak boleh (membiarkan sesiapa) membuat spekulasi... apabila anda menuding jari kepada seseorang, maka anda akan hadapi masalah. Namun jumlahnya tidaklah banyak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan dan agensi kerajaan di sini.

Ditanya sama ada itu bermakna terdapat kalangan mereka yang tidak "bersih", Dr Mohamad Khir berkata mereka yang tidak terpilih, mungkin menghadapi masalah terutamanya yang namanya disenaraipendek buat kali pertama sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

"Kita akan hantar semakan pada polis... mungkin ada yang tak bayar saman trafik dan sebagainya," katanya.

"Langkah ini diambil bagi memastikan calon BN bersih daripada rasuah, jenayah, muflis selain memastikan mereka menjelaskan cukai pendapatan," katanya.

Terdahulu semasa berucap, Dr Mohamad Khir berkata kerajaan negeri merancang dengan rapi strategi ekonominya agar rakyat tidak terjejas oleh inflasi atau kenaikan harga barang keperluan, dengan membenarkan lebih banyak pasar raya hiper beroperasi di negeri ini.

No2umnO - Di dalam keadaan dan undang undang yang tidak telus penguatkuasaannya, masih ada yang terpalit dengan kegiatan rasuah dan penyalagunaan kuasa. Kalau undang undang tidak memihak pada sesiapa, mungkin UMNO tiada langsung calun di Selangor. Termasuklah Khir Toyo sendiri. Sudah terbabit dari Rasuah pun masih di bantu oleh Pihak UMNO sendiri dari ketahuan umum. Gila UMNO nihhhh...

Nelayan cedera diserang pirana

JERANTUT 11 Feb. – Seorang nelayan cedera di kaki akibat diserang sejenis ikan yang didakwanya daripada spesies pirana di Sungai Tembeling dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku ketika Adanan Nipah, 54, hendak melepaskan ikan tersebut yang terperangkap dalam jaring yang dipasangnya di sungai itu di Kampung Tempan, Hulu Tembeling dekat Kuala Tahan kira-kira pukul 10 malam.

Dia mendakwa ikan sepanjang 25 sentimeter itu menggigit kaki kanannya sebanyak tujuh kali ketika dia mahu melepaskan ikan berkenaan daripada jaring.

‘‘Ikan pirana itu menggigit kaki kanan saya secara tiba-tiba ketika saya hendak melepaskannya daripada jaring menyebabkan kaki saya luka dan bengkak.

‘‘Saya bertindak pantas mengambil penyauk ikan untuk menangkapnya dan memasukkan ikan itu ke dalam bekas polistirena,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, HARIS FADILAH AHMAD.

Adanan juga terkejut kerana beberapa ekor ikan spesies yang sama di dalam sungai itu kemudian bertindak menerjah bahagian badan bot gentian kaca miliknya.

‘‘Saya sungguh hairan bagaimana pirana itu tiba-tiba bertindak ganas kerana sebelum ini belum pernah terdengar kejadian serangan ikan itu terhadap nelayan di Sungai Tembeling,” katanya.

Dia percaya pembenihan spesies pirana sejak dua tahun lalu di kawasan perlindungan Jabatan Perikanan di Jeram Panjang, Dedari, Lubuk Katak dan Kampung Pagi di sini telah menyebabkan spesies ikan itu membiak di Sungai Tembeling.

‘‘Ikan pirana itu mungkin terlepas dari kolam ternakan berdekatan Sungai Tembeling dan Sungai Pahang ketika banjir melanda kawasan ini Disember lalu,” katanya.

Adanan melahirkan kebimbangan spesies Pirana itu akan mengancam pembiakan ikan air tawar yang lain.

Dia yang menjadi nelayan sungai sejak 30 tahun lalu berkata, ikan Pirana boleh dimakan tetapi rasanya tidak sedap kerana ia bukan berasal dari sungai air tawar negara ini.

Katanya, ikan tersebut juga kurang mendapat permintaan di pusat pelancongan Taman Negara Kuala Tahan dan pasar bandar Jerantut apabila ia dijual dengan harga hanya RM2 hingga RM4 sekilogram.

BN GABRA ... ANCAM MAHASISWA

Amaran kepada mahasiswa

PUTRAJAYA 11 Feb. - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana mahasiswa yang terlibat dalam kempen pilihan raya umum ke-12 termasuk menarik balik biasiswa mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ketika ini pihaknya sedang menyiasat penglibatan segelintir mahasiswa dalam politik kepartian dan mereka bakal diambil tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

''Peraturan dalam AUKU jelas menegah pelajar universiti terlibat secara langsung dalam politik dan tindakan tegas berasaskan tahap kesalahan mereka boleh diambil termasuk digantung pengajian.

''Begitupun untuk membuang undi dalam pilihan raya umum itu adalah hak mereka, saya hanya minta mereka turun mengundi dan buat pilihan yang terbaik,'' katanya.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN BABI

Kes Penggadaian Tanah Premier UM:
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi?
puteramalaysia

Pada pertengahan Jun 2007, komuniti prihatin Malaysia digemparkan dengan kisah sebuah pemaju hartanah berura-ura membangunkan Kampus Induk Universiti Malaya(UM) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, menjadi kawasan kediaman mewah yang memakan kos RM10 billion. Sebagai gantinya, universiti itu akan dipindahkan ke Sepang.

Pada 16 Jun 2007, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dipetik oleh Bernama sebagai mengarahkan kampus Induk Universiti Malaya (UM) itu dikekalkan di lokasinya ketika ini.

Pada hari yang sama, Utusan Malaysia pula menyiarkan reaksi bekas Naib Canselor UM, Profesor Diraja Ungku Aziz, yang menyifatkan cadangan itu sebagai suatu yang “gila dan kurang ajar.”

Kini, hanya kira-kira tujuh bulan sesudah kegemparan di atas, timbul pula kisah laporan blog bigdogdotcom.wordpress.com pada 10 Februari 2008, dengan jodol Kroni PM “Flip-Flop” Gadai 27 Ekar Tanah UM.

Menurut blog tersebut, kroni Abdullah bernama Datuk Panglima Annuar Zaini “telah ‘mengadai’ sebidang 27 ekar tanah bernilai tinggi dalam kawasan kampus UM kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah. Sebagai timbal-balas (trade off), Alumni Universiti Malaya akan mendapat balik lima ekar dari tanah itu dan sebuah bangunan rumah kelab bernilai RM 3 juta.”

Blog itu melaporkan: “Annuar adalah Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya. Dia juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat universiti berkenaan. Malaya) membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah itu. Sumber maklumat ini datang dari kakitangan UM sendiri.

“Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM 100.00 satu kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM 200.00 satu kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM 95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM 3 juta sahaja. Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM 150.00 satu kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta.” bigdogdotcom.wordpress.

Oleh itu, apa kata komuniti prihatin Malaysia mengenai perkembangan terbaru membabitkan UM kali ini? Mungkinkah Profesor Diraja Ungku Aziz akan menyifatkan cadangan ini sebagai suatu yang “gila dan kurang ajar.” Mungkinkah Alumni UM akan membantah? Mungkinkah BPR akan segera menyiasat? Mungkinkah Kementerian Pendidikan Tinggi akan membuat siasatan terperinci? Mungkinkah Abdullah akan mengeluarkan arahan supaya penggadaian ini dibatalkan segera? Mungkinkah Abdullah akan membiarkan sahaja perkembangan ini berlaku kerana ia membabitkan kroninnya sendiri? Atau, mungkinkah Abdullah akan merestui kata-kata hikmat: harapkan pagar, pagar makan padi! – Ruhanie Ahmad

Pengetua asyik berpolitik, pelajar perempuan bertumbuk

buletinonline

Dungun, 11 Feb - Usaha untuk memartabatkan pendidikan dan sahsiah pelajar tidak akan tercapai sekiranya pihak sekolah khususnya pengetua atau guru besar mementingkan kedudukan dalam politik.

Akibat terlalu asyik berpolitik dan mencari tempat untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 nanti, seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini tidak mengambil berat disiplin pelajar.

Pengetua yang dikatakan melobi untuk menjadi calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura itu telah mengabaikan tanggungjawab sejak dahulu lagi.

Buletin Online dimaklumkan, banyak masa yang digunakan oleh pengetua berkenaan menghadiri perjumpaan atau program Umno yang tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran sekolah.

Sekolah tersebut yang sebelum ini dilihat banyak mencetuskan suasana tidak sejahtera kepada para pelajar, sejak kebelakangan ini pula wujud gangsterisme di kalangan pelajar perempuan.

Dengan berlatar belakangkan pengetua yang mengutamakan politik daripada karier, masalah tersebut semakin membarah apabila ada di kalangan pelajar berkenaan bertumbuk sesama sendiri di kawasan sekolah.

Buletin Online difahamkan, walaupun kes itu tidak dilaporkan kepada polis, namun ianya bukan perkara pelik yang melibatkan pelajar sekolah menengah berkenaan.

Walaupun kes yang membabitkan pelajar di beberapa buah sekolah menengah di bandar ini sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan, namun insiden pelajar wanita bertumbuk di kawasan sekolah adalah sesuatu yang baru berlaku.

Apapun, masyarakat melihat itulah hasil daripada sistem pendidikan yang ada sekarang yang gagal membentuk peribadi pelajar, tambahan pula dengan sikap pengetua yang bermain politik untuk mencari tempat dalam Umno.

INI MUNGKIN JADI PADA KITA

kosmo
Biskut lumpur

Meskipun mengetahui lumpur mengandungi toksin atau parasit yang boleh membawa maut, namun masyarakat miskin di Haiti terpaksa meneruskan kehidupan dengan tanah lembik yang dikeringkan itu.

Ya, biskut lumpur. Bukan kerana rasanya yang enak tetapi sebab terpaksa. Inilah yang dilalui oleh Charlene Dumas dan keluarganya yang merupakan sebahagian penduduk di Port-Au-Prince.

Dengan kenaikan harga makanan, masyarakat paling miskin di Haiti tidak mampu membeli sepinggan nasi apatah lagi mengisi perut yang lapar dengan makanan berkhasiat. Keadaan ini memaksa mereka mengambil langkah yang mungkin anda tidak dapat bayangkan semata-mata untuk mengalas perut.

Charlene, 16, bersama bayi lelakinya yang baru berusia sebulan, terpaksa bergantung kepada sejenis penawar kelaparan tradisional masyarakat Haiti iaitu biskut yang diperbuat daripada lumpur kuning yang dikeringkan.

SEORANG penduduk merasai biskut sebelum membelinya.

Sejak sekian lama, lumpur telah digunakan oleh wanita-wanita hamil dan kanak-kanak sebagai antasid dan sumber kalsium. Namun, di kawasan seperti Cite Soleil iaitu penempatan orang miskin di mana Charlene berkongsi rumah dua bilik dengan bayinya, lima orang adik-beradik dan kedua ibu bapanya yang menganggur, biskut-biskut yang diperbuat daripada kotoran atau lumpur, garam dan lemak sayuran itu sudah menjadi hidangan biasa.

“Apabila ibu saya tidak memasak, saya terpaksa makan biskut ini tiga kali sehari,” kata Charlene.

Anaknya, Woodson yang berbaring statik di atas pahanya kelihatan lebih kurus berbanding beratnya yang mencecah enam paun sewaktu lahir.

Meskipun dia menyukai rasa biskut lumpur yang masin dan sedikit berlemak, Charlene memberitahu, biskut-biskut tersebut menyebabkan perutnya berasa tidak selesa.

“Apabila saya menyusukan Woodson, bayi saya adakalanya kelihatan tidak selesa kerana perutnya memulas-mulas,” katanya.

HARGA lumpur untuk menghasilkan 100 keping biskut kini bernilai RM16.

Harga barangan di seluruh dunia telah meningkat ekoran kenaikan harga minyak di samping permintaan terhadap keperluan baja, pengangkutan dan perparitan.

Harga untuk bahan-bahan asas seperti jagung dan gandum juga meningkat secara mendadak dan permintaan global terhadap petrol bio yang lebih tinggi turut memberi kesan kepada pasaran makanan.

Masalah tersebut lebih dahsyat di Caribbean. Penduduk kepulauan itu bergantung hidup kepada barangan import dan harga barangan pula meningkat sebanyak 40 peratus.

Kenaikan harga barangan global ditambah pula dengan masalah banjir dan kemusnahan hasil tanaman ekoran musim ribut pada tahun lalu telah menggesa Agensi Pertanian dan Makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan darurat di Haiti dan beberapa negara di Caribbean.

Pemimpin-pemimpin Caribbean menganjurkan satu persidangan mengejut pada bulan Disember lalu untuk membincangkan isu pengurangan cukai makanan dan mewujudkan ladang-ladang serantau yang lebih besar bagi mengurangkan pergantungan terhadap hasil import.

Di pasar kawasan orang miskin La Saline, dua cawan nasi dijual pada harga 60 sen. Harga tersebut telah dinaikkan sebanyak 10 sen sejak bulan Disember lalu dan ini merupakan peningkatan mencecah 50 sen berbanding tahun sebelumnya.

Harga kekacang, susu sejat dan buah-buahan juga meningkat pada kadar yang sama. Malah, harga untuk tanah liat yang boleh dimakan turut mengalami peningkatan yang hampir mencecah RM4.85 dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut pembuat biskut, harga lumpur untuk menghasilkan 100 keping biskut kini bernilai sekitar RM16.

Itu pun pada harga sekitar lima sen sekeping, biskut lumpur masih menjadi rebutan berbanding makanan-makanan ruji. Kira-kira 80 peratus warga Haiti menjalani kehidupan kurang daripada RM6.40 sehari perolehan pendapatan.

Trak-trak pedagang akan membawa bertong-tong lumpur ke pasar La Saline dari pusat bandar Hinche dan akan kelihatan puluhan wanita berebut membeli bahan tersebut untuk diproses menjadi biskut.

Dengan mengangkat beberapa tong lumpur dan air sambil menaiki anak tangga menuju ke bahagian bumbung sebuah bekas penjara, batu-batuan dan ketulan-ketulan lumpur pada sehelai kertas diasingkan sebelum bahan-bahan tadi digaul bersama sedikit garam.

Adunan itu kemudiannya dibentuk menjadi biskut bulat dan dibiarkan kering di bawah sinaran matahari terik. Biskut-biskut yang telah siap dimasukkan ke dalam tong untuk dijual di pasar atau tepi-tepi jalanan.

Seorang wartawan yang mencuba sekeping biskut tersebut mendapati ia memiliki tahap ketebalan yang licin dan sebaik sahaja terkena lidah, ia mampu menyerap semua lembapan dalam mulut. Beberapa jam kemudian, rasa lumpur yang kurang enak terserlah.

Lumpur mengandungi toksin atau parasit yang boleh membawa maut. Namun, menurut seorang profesor imunologi dari Universiti State Colorado yang mengkaji pemakanan lumpur, Gerald N. Callahan menjelaskan, lumpur juga berpotensi memperkuatkan tahap imun janin dalam rahim terhadap sesetengah jenis penyakit.

BISKUT perlu dikeringkan di bawah sinaran matahari terik.

Para doktor di Haiti pula berkata, mereka yang bergantung kepada biskut-biskut tersebut untuk zat makanan sebenarnya terdedah kepada risiko malnutrisi.

“Percayalah, jika saya terlihat orang makan biskut-biskut itu saya akan melarangnya,” kata Dr. Gabriel Thimothee, seorang pengarah eksekutif di Kementerian Kesihatan Haiti.

Seorang ibu, Marie Noel, 40, yang menjual biskut-biskut tersebut di pasar menampung kehidupan tujuh orang anaknya berkata, seluruh keluarganya bergantung kepada biskut berkenaan sebagai sumber makanan.

“Saya harap suatu hari nanti, saya mempunyai makanan yang mencukupi dan tidak lagi perlu makan benda-benda ini. Saya tahu ini tidak menyihatkan,” katanya. – AP

BEST VIDEO TODAY

Battle colours!



Semua Penduduk Kedah Menjadi Jutawan Kerana UMNO



The battle has begun

Posting terkini

Blog Archive