KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 12, 2008

Pengetua asyik berpolitik, pelajar perempuan bertumbuk

buletinonline

Dungun, 11 Feb - Usaha untuk memartabatkan pendidikan dan sahsiah pelajar tidak akan tercapai sekiranya pihak sekolah khususnya pengetua atau guru besar mementingkan kedudukan dalam politik.

Akibat terlalu asyik berpolitik dan mencari tempat untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 nanti, seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini tidak mengambil berat disiplin pelajar.

Pengetua yang dikatakan melobi untuk menjadi calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura itu telah mengabaikan tanggungjawab sejak dahulu lagi.

Buletin Online dimaklumkan, banyak masa yang digunakan oleh pengetua berkenaan menghadiri perjumpaan atau program Umno yang tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran sekolah.

Sekolah tersebut yang sebelum ini dilihat banyak mencetuskan suasana tidak sejahtera kepada para pelajar, sejak kebelakangan ini pula wujud gangsterisme di kalangan pelajar perempuan.

Dengan berlatar belakangkan pengetua yang mengutamakan politik daripada karier, masalah tersebut semakin membarah apabila ada di kalangan pelajar berkenaan bertumbuk sesama sendiri di kawasan sekolah.

Buletin Online difahamkan, walaupun kes itu tidak dilaporkan kepada polis, namun ianya bukan perkara pelik yang melibatkan pelajar sekolah menengah berkenaan.

Walaupun kes yang membabitkan pelajar di beberapa buah sekolah menengah di bandar ini sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan, namun insiden pelajar wanita bertumbuk di kawasan sekolah adalah sesuatu yang baru berlaku.

Apapun, masyarakat melihat itulah hasil daripada sistem pendidikan yang ada sekarang yang gagal membentuk peribadi pelajar, tambahan pula dengan sikap pengetua yang bermain politik untuk mencari tempat dalam Umno.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive