KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 3, 2008

Tak sabar nak beraya

Hari Raya Aidil Fitri tahun ini akan menjadi lebih bermakna dengan hijrahnya lebih 40 orang MP Sarawak ke dalam Pakatan rakyat.

Tentu banyak cerita menarik yang akan di bualkan ketika bertemu rakan dan taulan ketika hari raya. Tapi jangan terkejut kalau kalau kurangnya rumah terbuka di kampung kampung nanti.

Sama sama kita nantikan 16hb September untuk mencari tajuk cerita menarik pada Hari Raya aidil FItri nanti.

Baca berita INI

Kemana hala tuju pejuang reformasi?

Reformasi !!! .. Kah kah kah 10 tahun perjuangan reformasi berakhir pada tahun ini, reformist cuba untuk menjadi ahli perniagaan. Cewaahhh ... nak berniaga konon.

Secara logiknya, sesiapa yang tak punya syarikat, mula mendaftar. Yang tak punya baju kemeja, sekarang kena beli tali leher. Terkais kais kerana sebelum ini hidup mereka di tengah jalan. Bila DS Anwar di serang, mereka duduk di depan. Di belasah cota, di pancut air kuning dan ada yang di penjara. Ramai juga yang putus semangat kerana masalah keluarga. perjuangan tak ada matlamat. Kononya nak ubah kerajaan, tapi reformis membabi buta tak der haluan dan tujuan.

Kini kerajaan dah bertukar. UMNO di beberapa negeri berjaya di gulingkan. Style kena berbeza. Reformis berjinak jinak dengan kontrak dan cuba mendapat peluang dari kerajaan baru. Kerajaan yang kononnya berkebajikan dan mengekonomikan rakyat.

Tapi .... Nak masuk kontrak kena ada Syarikat yang siap mempunyai Kementerian Kewangan, Lesen kontrak dan sebagainya. Reformist geleng kepala. Semuanya baru pada mereka. Maklumlah, ini lah masa untuk untuk dapat sedikit peluang untuk membayar hutang yang sudah bertompok tompok sejak dulu.

Mac 2008, Kerajaan pakatan rakyat dah menang. Menteri Besarnya terdiri dari pemimpin Pakatan Rakyat. Reformis beranggapan, tika susah sama susah dan tika senang sama senang. Kalau ada syarikat mesti kerajaan boleh bantu. Takkan diorang tak kenal muka. Masuk paper, kena gari ... muka dah cukup famous.

Pendaftaran syarikat memakan masa 2 minggu. Lepas tu memohon Kementerian kewangan terlalu banyak karenahnya. Syarat syarat nya mesti cukup. Kakitangan mesti ada EPF dan SOCSO, akaun bank dan wang perlu ada.

Alamat pejabat, No tel, No fax dan email mesti ditulis dalam borang. EPF, SOCSO dan penyatan akauan bank syarikat mesti cukup 3 bulan. Kurang dari tu .... kementerian tolak permohonan.

Syarikat yang cukup dengan prasyarat sebagai kontraktor perlu di daftarkan ke PBT PBT untuk berpeluang membeli borang borang tender.

Semua tu perlu tempoh dan kita anggarkan tempoh yang perlu untuk menyiapkan semua syarat tersebut, adalah seperti berikut,

  1. Tubuh Syarikat - 2 minggu
  2. Kakitangan [EPF dan Socso] - 3 bulan
  3. Buka akaun bank - 2 minggu
  4. Penyatan akaun - 3 bulan
  5. Permohonan Kementerian Kewangan - 1 bulan
  6. Pendaftaran ke PBT - Seminggu
Tempoh yang di perlukan untuk menyiapkan semua prasyarat dan keperluan adalah sekitar 6 bulan. Maknanya selepas kemenangan Pakatan Rakyat pada Mac, hanya pada bulan September baru semua sudah siap. Itu pun kalau cukup modal? Sedangkan semua modal dah selesai ketika berkempen membantu Pakatan Rakyat untuk menang tempoh hari ...

Di dalam tempoh 5 bulan pertama pemerintahan Pakatan Rakyat, banyak tender dah keluar. Kontrak bertempoh seperti mencuci kawasan dan pembersihan dan keluar sejak selesai di agih agihkan sejak bulan April lagi.

Kontrak bertempoh untuk 2 tahun dan 3 tahun mereka dah terlepas. Semuanya di belasah oleh kontraktor kontraktor lama. Yang baru dan terkial kial ni kena tunggu lagi 3 tahun untuk kontrak itu di buka semula. Reformist tongkat dagu pening kepala. Walau semangat juang mereka tinggi, cuma peluang tak der. Sekarang ni waktu tengok orang lain mengorek peluang yang ada, menjejeh air liur sambil tongkat kepala.

Siapa yang dapat ... tentu UMNO lagi. Pokoknya, kemenangan Pakatan Rakyat tidak menjanjikan kebahagiaan kepada pejuang reformasi. Baik korang duduk kat rumah, buat ketupat untuk jual bila nak dekat raya. Itu antara perniagaan yang tak perlu ada kementerian kewangan dan lesen kontrak.

Reformis perlu kekal sebagai reformis. Modal tak der, syarikat pun tak punya. Bila Pakatan Rakyat perlukan korang ... korang datang. Bila tak perlu ... korang duduk jauh jauh. Tiada siapa perjuangkan hak kalian selain diri sendiri. Jawatan tinggi di dalam kerajaan negeri pun korang tak boleh dapat kerana kelulusan tak der, otak pun tak berkualiti. Korang cukup dengan duduk di tepi jalan, kena simbah dan kena belantan pihak FRU. Bercerai berai, pokai dan papa kedana memang label yang korang kena guna. Itu lah nasib reformis.

Ini lagi cerita menarik tentang rakyat dan kerajaan baru KLIK SINI.

UMNO minta maaf lagi

Pada bulan April 2008, BN kecoh dengan isu angkat keris oleh UMNO. Gerakan dan MCA marah dan Ketua UMNO Malaysia, Hisammudin kemudiannya meminta maaf di atas keterlanjurannya. KLIK SINI

Ingat UMNO dah berubah ... tiba tiba jadi lagi ...di SINI

Dan hari ini, Najib

“Kami minta maaf, UMNO meminta maaf walaupun ia bukan kenyataan kami tetapi kenyataan itu telah dibuat oleh seorang daripada ketua bahagian kami. Ianya tidak wajar dan tidak mencerminkan pendirian dan sikap UMNO atau kepimpinan UMNO. Kami benar-benar kesal dengan perkara itu,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Timbalan Presiden UMNO di sini hari ini. - UM
Ish Ish Ish ...... cuba ubah perangai sikit. Tak perlu minta maaf, kalau tak buat salah. Kalau dah selalu sangat buat salah, selalu pulak minta maaf ... orang akan kata, UMNO tak berubah ubah.

Pencuri di Parlimen

Ini lagi satu berita menarik. Parlimen Malaysia ada perompak?

Baca SINI

Dah masuk 3 kes kehilangan berlaku di Parlimen. Baru baru ini kehilangan komputer riba oleh wartawan BERNAMA. Riba dan desktop ...?

Camane pencuri boleh curi barang di Parlimen. Atau mungkin ada orang dalam yang bekerja tapi mencuri?

Sharlinie's family seeks peace in Dungun

NST | Bernama’s visit today to the home of the five-year-old girl, who has been missing since January, to find out how the family was coping proved to be futile as their neighbours in Taman Medan, Petaling Jaya, said the family had moved to Terengganu on Sunday.

Contacted later by telephone, Sharlini’s father, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, said the decision to move was not to forget the incident, but instead for the family to seek peace and start a new life.

“Ramadan this year will be quiet without Sharlinie. That’s why we decided to move and celebrate Ramadan in a village atmosphere that is peaceful and calm,” he said.... selanjutnya.

Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini

Harakah | Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.

"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam. ... selanjutnya.

Pengerusi JKKP Bukit Merah mati ditembak

UMeloya | Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Bukit Merah, Talib Ali, 61, mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah dekat di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) cawangan Ranting serta Timbalan Ketua UMNO Cawangan Bukit Merah dan pernah menjadi Ketua Kampung Bukit Merah selama 30 tahun, mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditembak pada telinga kanannya.

Kejadian berlaku ketika mangsa menghantar dua anak perempuannya dan seorang anak jiran ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Semanggol yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya pada pukul 7.20 pagi.

Mangsa, yang bekerja sebagai sub-kontraktor ditembak sebaik sahaja anak- anaknya keluar dari kereta.
... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive