KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 8, 2008

Pak Lah berjaya buat orang benci .....

Radenjowo
Kalau naik setakat RM0.20 atau RM0.30, rakyat tak heran. Bila pilihanraya, rakyat masih sokong BN. Kematu otak rakyat kat Malaysia, tak boleh nak bezakan antara UMNO dan pengkhianat. Nah....ambik kau RM0.78, dah rakyat semuanya menjerit. Kenapa Pak Lah naikkan tinggi sangat? Sengaja atau sebahagian dari perancangan? Pro kerajaan terdiam kaku, pembangkang bersedia untuk menjerit. UMNO dan BN sendiri termanggu manggu berhadapan dengan masalah kewangan dan dalam masa yang sama pening kenapa pemimpin mereka bertindak sebegitu rupa. Pak Lah sudah lupa?

Pak lah akhirnya temui jalan untuk membuat rakyat benci pada UMNO dan BN. Strategi akhir ini dilihat lebih berkesan untuk menjauhkan rakyat kepada pemerintah. Bukti yang akan anda lihat adalah beberapa siri protes minyak mahal akan berterusan sehingga lah ada HERO yang akan menjadi penyelamat kepada negara, rakyat dan bangsa.

Pilihanraya Mac lepas membuktikan masih ramai antara rakyat malaysia masih memuji parti perjuangan bangsa melayu olok olok, UMNO. Wah.....tak boleh nak ubah, pemikiran zaman tok kaduk membataskan otak untuk berfikir waras. Dan akhirnya Johor, Melaka, N. Sembilan dan Pahang terus kukuh bersama parti tersebut. Walau pun pada keseluruhannya, sokongan pada UMNO dilihat merudum, tapi masih ada saki baki karat yang masih melekat pada bendera merah putih, keris bersilang.

Kita tolak negeri Perlis kerana pengundi yang datang kebanyakannya adalah pengundi luar, yang dibawa dari Selatan Thailand. Mereka yang mempunyai dua IC memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana faktor upah. Mereka tidak ambil pedulik pun pada Malayisa. Asalkan pengundi di bawa percuma dan diberikan duit poket, mereka undi apa yang disuruh. Sabah? Bila bila akan berubah.

Berlainan dengan rakyat kepada 4 negeri lagi. Mereka yang terdiri dari pengundi yang tergolong dari Saluran 1 dan 2, akan terus mengundi BN kerana bimbang dengan kredibiliti parti lawan. Oleh itu, biar apa pun alasan yang cuba di bawa ketika pilihanraya lepas, mereka tidak berubah pendirian. Undi tetap kepada UMNO dan BN.

Minyak adalah faktor pemusnah UMNO. Ini pasti kerana pada golongan tua, peningkatan harga kali ini terlalu tinggi dan mampu mengancam masa depan ekonomi dan sistem kekeluargaan mereka. Anak anak akan sukar untuk pulang ke kampung dan anak anak juga tidak dapat memberikan belanja secukupnya untuk orang tua mereka. Disebabkan keraguan dan kebimbangan ini, hampir semua orang menyumpah seranah pada Pak Lah dan mahukan kerajaan sekarang berundur.

Adakah hanya Pak Lah dan UMNO tidak terbabit? UMNO akan turut terlibat di dalam agenda menaikkan harga ini. Buktinya adalah kekurangan penentangan dari UMNO sendiri akan keputusan yang dibuat oleh Pemimpin mereka. Di dalam beberapa hari ini, protes dari penyokong BN hanya lah datangnya dari Sabah. Selain dari itu yang berkokok kemarahan adalah bekas Pemimpin UMNO, Mahathir mohamad dan anak beliau, Mukhriz.

Najib mungkin melihat ini sebagai peluang. Tapi keputusan menaikkan harga melibatkan Najib kerana di dalam perbincangan isu tersebut, beliau juga di lihat sebahagian dari punca perubahan tersebut. Ketika pengumuman di buat, Najib dan beberapa pemimpin UMNO kelihatan berada bersama Perdana Menteri.

Apa yang kita nampak? UMNo bukan berjuang untuk rakyat. Kerana itu di dalam siri protes harga, UMNO tidak terbabit langsung. Mereka seolah olah turut bersetuju dengan perubahan yang maksima ini.

Buat pertama kalinya, rakyat Malaysia tidak kira bangsa apa, dari mana asal mereka dan parti apa mereka berpaut, semuanya kecewa dengan keputusan yang kerajaan buat. Kemana mana sahaja, ianya menjadi topik hangat. Kalau Anwar bercadang untuk merubah tampuk pemerintahan, ini lah ketika yang cukup mudah.

Kini kita menantikan protes besar besaran yang bakal berlaku. Di jangka jutaan manusia kan bersama di dalam perhimpunan itu. Bukan sahaja di ibukota, malah di mana sahaja. Kini .... Pak Lah pasti tersenyum kerana rancangan untuk menguburkan BN dan UMNO akhirnya berjaya. Soalnya sekarang, siapa kah perancang utama di belakang semua ini? Aduhai .... kawan kawan, jangan cuba menjadi Nujum kerana meramal masa hadapan di larang. Takut syirik.

Yang jelas .... Mahathir dan kuncu kuncunya adalah golongan yang kini bimbang dengan pengumuman peningkatan harga minyak itu. Terasa seolah olah beliau terhidu akan malapetaka yang akan datang ....

Anda, aku, mereka dan kamu sungguh beruntung kerana bakal mengalami pengalaman yang tidak pernah kita alami sebelum ini. Sejak 50 tahun lebih, UMNO kukuh bersama Perikatan dan kemudian Barisan Nasional, tanpa digugat. Dan kini, kalau anda mahu melihatkan UMNO dan BN, terkubur .... ini lah masanya.

Dalam kepala masih bertanya tanya apa akan jadi esok? Tapi hari ini ..... Pak Lah berjaya buat orang benci dan Anwar sedang siap kan diri.

Berita pelik hari ini [8-June-2008/Ahad]

MCA division traces 496 'phantoms' [sun2surf]
State govt wants detention centre moved out of Perak [sun2surf]
Anwar to contest in by-election soon [sun2surf]
Fuel price hike: State to revise rates [nst]
Fuel price hike: Demo at bus terminal [nst]
Fuel price hike: Now accountant wants to hike fees [nst]
Like a virgin... again [nst]
Gerakan man turns down Pakatan offer to join panel [nst]
Students lodge police reports over MCA phantom members [nst]
Forest Reserves: Gone in five years [nst] must read !!!
Gaji bukan punca rasuah [bharian]
Kes salah guna kuasa disiasat [bharian]
Kadar baru tol diumum selepas kajian terperinci [bharian]
Pengusaha bas mini tak dapat 'fleet card' [bharian]
'Kenaikan harga minyak rahmat bagi alam sekitar' [bharian]
Anwar pertikai minyak naik harga [bharian]
Rebat tunai tidak dikurangkan walaupun harga minyak meningkat [bharian]
Cops: Selangor crime rate to increase by 5% [theStar]
Khalid: Panel to get to the bottom of alleged misconduct [theStar]
Raise fares and risk losing licence, warns CVLB [theStar]
Abolish import tax on buses, urges group [thestar]
Lorrymen: Give us more diesel subsidy and we’ll lower fees [theStar]
Cuepacs: Cut down on functions [theStar]
Dumpling sellers cautious about raising prices [theStar]
Lorry, crane operators up rates by as much as 45% [theStar]
Tambang bas sehala JB-KL naik hingga RM60 [utusmeloya]
MTUC tuntut COLA RM300 sebulan [utumeloya]
LPKP tiada kuasa [utusmeloya]
Harapan Shahrir [utusmeloya]
Kenaikan harga minyak tidak jejas peneroka [utusmeloya]
Pengusaha lori Lembah Klang naik sewa 40% [utusmeloya]
Pas syor elaun menteri dipotong [utusmeloya]
Ayam dijual melebihi harga siling [kosmo]
Amaran LPKP diperlekeh [kosmo]
Tambang bulanan bas sekolah naik RM5 [kosmo].
Syarikat bas dakwa tiada 'fleet card' [kosmo]
Minyak naik, barang naik? [kosmo]

Shahrir against fuel price increase during rebate period

sun2surf - [...] Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad June 8 spoke against increasing fuel prices further during the period when the RM625 cash hand-out is in force.
Replying to a question during a press conference after the opening of the Malay Contractors Association of Penang annual general meeting here, Shahrir said it is more practical to stick to the current prices while the rebate scheme is running.

The cash hand-out is given to those whose road tax is valid from April 1 this year to March 31 next year. This means that those who renew their road tax at the post office in that time gets the money.
Shahrir's statement seems to run counter to the announcement last Wednesday by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi that a special committee will review fuel prices every month in line with with volatile world crude oil market prices.

Abdullah had said that despite the review, any price fixed will still contain a 30-sen discount element as subsidy.

However, Shahrir said the government is not an impractical one to resort to price reviews while still in the midst of the rebate scheme as it will mean that the people will have to pay more for petrol but still get the same amount in rebate.

He said this being the first year the government is implementing such a rebate scheme, there may be some weaknesses in implementation which will be improved in the second year.

Shahrir also said the government is looking at a quota system using the MyKad whereby the MyKad will be used like a fleet card where consumers can get their rebate when purchasing petrol.

On last week's move to up petrol price by 78 sen, Shahrir said it will bring about savings of around RM14 billion which can be channelled for other developments.

"Even if the international crude oil prices were to go up, we will still be able to manage it," he said confidently when asked if the government may be forced to review the price again if world prices touched US$200 (RM658) per barrel as predicted by analysts.... selanjutnya.

Abdullah dan Anwar nak umumkan apa esok?

klpos - [...] Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengemukakan syor-syor kepada pemimpin-pemimpin barisan pembangkang itu yang akan bersidang esok.

Sehubungan itu, kata beliau, tindakan bantahan tidak harus diambil secara bergopoh dan tidak wajar diputuskan oleh segelintir pihak sahaja, tetapi ia memerlukan keputusan muafakat.

"Saya prihatin dengan kegelisahan yang saudara saudari luahkan, namun tindakan harus berencana, tidak gopoh dan diputus oleh segelintir pihak semata.

"Keputusan harus diambil secara muafakat. Saya akan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bersidang Isnin ini insya-Allah," kata Anwar dalam tulisan blognya, mengulas tindakan bantahan yang disentuh oleh banyak pihak.

Dalam tulisannya itu beliau juga menyebut bahawa Petronas tidak wajar diserang dalam isu ini.

"Umumnya pengurusan dan tahap profesional mereka membanggakan. Isunya adalah pertanggungjawaban atau akauntabiliti," katanya.... selanjutnya.

Abdullah Siap Untuk Hadapi Pemberontakan Rakyat!

msomelayu - [...] Rata-rata rakyat menjadi nanar dan tidak berapa siuman dan meletakkaan kesalahan itu 100% kepada Abdullah. Tindakan Abdullah itu mudah sangat dan seolah beliau tidak sedikit pun menggunakan kedua belah otaknya untuk mengatasi masalah yang wujud di sebalik melambungnya harga minyak di pasaran dunia itu.

Apabila beliau terus mengumumkan ia memberi gambaran beliau tidak mampu berfikir dan seakan sudah terdesak. Apakah masalah kewangan negara berada dalam keadaan parah sehinggakan kerajaan terpaksa mengorek saku rakyat?

Abdullah dan jemaah menterinya tidak ada ruang untuk berfikir atau berbincang dengan rakyat. Tindakan ini walaupun ia wajar, tetapi tidak bersifat bijaksana oleh Abdullah dalam perkara ini. Kalau negara dalam keadaan kritis adalah elok Abdullah berbincang dengan rakyat. Parlimen boleh digunakan untuk menjadi forum perbahasan sebelum diambil tindakan.... selanjutnya.

Malaysians turn to Internet to fight fuel hike

reuters - Malaysians have turned to the Internet to vent their anger at one of the biggest hikes in fuel prices, and some are using it to rally support against the measure in a country with tight restrictions on street protests.

Much of the rage was directed against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, already fighting for political survival since leading his ruling coalition to its worst election showing in March.

"We used to think you were nice. Now you are just nasty, plain nasty," read a post from someone calling himself a "hungry Malaysian" on rockybru.blogspot.co, arguing there was going to be less food on the table for millions of poor people.

A post on apanama blog said "it was a matter of time before Abdullah was given the proverbial pink slip in UMNO" or the United Malays National Organization.

Some have taken the battle into the government's camp. A hacker tried to deface the official website of the prime minister's office, the pro-government New Straits Times said.

The hacker left a drawing of a skull with a sword through its neck, blaming the prime minister for the fuel rise, the newspaper said. There was a notice later put up on the website www.pmo.gov.my saying it had been temporarily shut down for maintenance, it said.

The government raised petrol prices this week by 41 percent and diesel by 63 percent, in line with a global surge in oil prices. It said the measure would save 13.7 billion ringgit ($4.23 billion) as part of a broad overhaul of its energy system.

But Malaysians are questioning why they have to face a steep rise in prices when the country, Asia's largest net oil exporter, earns 250 million ringgit ($76.76 million) a year in revenue for every $1 rise in crude prices.

"Simple logic: As an exporter of fuel, how can fuel price increase hurt us? Why, why, why?" read one comment on rockybru.

Unlike in neighboring Indonesia, India and countries in Europe where there have been mass protests, attempts to organize mass demonstrations have met with limited success in Malaysia.

Protests have been scattered and small, but the opposition has called its biggest one yet on July 12, when it plans to bring 100,000 to the capital's centre.

"Support is there. I have received so many SMSs and calls about this issue," Salahuddin Ayub, leader of the youth wing of the Parti Islam SeMalaysia (PAS), the main Islamist party told reporters on Saturday. Some 10,000 people are expected to attend a protest next Friday, he said.

The government has said it will act against people taking part in illegal demonstrations, the pro-government Star newspaper reported, quoting Home Minister Seri Syed Hamid.

Under the rules, organizers have to obtain a permit from the authorities before holding any assembly of people.

Caj Tol turun?

bermimpi kah aku ... atau sekadar lawak jenaka buat hilang duka

bharian - [...] Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata kerajaan sudah memulakan kajian dan rundingan dengan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk menilai semula kadar tol, termasuk menurunkan kadarnya.

Beliau berkata, antara perkara diambil kira dalam kajian yang akan mengambil masa tiga bulan itu ialah unjuran trafik, klausa perjanjian, kadar tol, tempoh konsesi serta jumlah pembiayaan yang diperlukan bagi sesebuah syarikat membayar balik pinjaman, menyelenggara dan menjalankan operasi.

"Kita tidak boleh membuat keputusan sekarang kerana jawatankuasa khas masih melakukan kajian dan meneruskan rundingan dengan syarikat pemegang konsesi tol lebuh raya negara ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kelmarin yang menyarankan kerajaan menurunkan atau memansuhkan kadar tol lebuh raya sebagai usaha proaktif mengurangkan beban rakyat berikutan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel, bermula Khamis lalu.... selanjutnya.

MP BN lompat seperti dirancang - Anwar

anwar ibrahim pc 120508 03malaysiakini - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.

Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit "atas sebab-sebab keselamatan mereka".

Katanya sesetengah daripada mereka terpaksa terbang senyap-senyap ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan (dengannya).

Oleh itu, kata Anwar, adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama sekarang.... selanjutnya.

Cukup Jantankah Kerajaan kita?

Baru sahaja Batu Puteh di rampas Singapura, kini isu yang sama berlaku di Pulau Pisang. Rumah api yang sejak dulu menjadi senjata cukup kuat di dalam perebutan pulau. Kalau tergadai Batu Puteh dengan mudah, kini Pulau Pisang .. bakal berdepan dengan situasi yang sama. Adakah kerajaan mampu berbuat sesuatu, atau bertindak pasif seperti selalu. Atau kerajaan Malaysia tak cukup jantan?

Ambil alih rumah api Pulau Pisang
Katanya, beliau telah menyuarakan permintaannya itu kepada Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, agar Malaysia memulakan dengan segera usaha rundingan dengan Singapura.

"Kita berharap suatu hari nanti, menerusi perundingan diplomatik dengan Singapura, rumah api Pulau Pisang ini akan diserah milik kepada Malaysia dan ia (rumah api) boleh menjadi tarikan pelancong ke pulau ini.

"Datuk Seri Rais nampaknya bersikap positif terhadap cadangan itu,(Malaysia memulakan rundingan)," katanya dalam sidang akhbar di perkarangan rumah api Pulau Pisang.

Menurut laporan Bernama, rumah api Pulau Pisang setinggi 53 meter yang kini diuruskan kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura terletak kira-kira 1,000 meter dari paras laut. - Malaysiakini

Umno push for PM to reshuffle Cabinet, drop dissident ministers

malaysianinsider - [...] These calls have grown louder in the last 48 hours after an episode at the party’s retreat on Friday where Foreign Minister Datuk Seri Rais Yatim was criticised by some of his supreme council colleagues for attempting to package demands by him and Tan Sri Muhyiddin Yassin for Abdullah to step down before the party elections in December as a group resolution.

The party’s highest decision-making body met on Thursday and Friday to discuss the election results and seek new strategies to make Umno and Barisan Nasional relevant.

As part of the retreat programme, the supreme council members broke out into three groups. The groups were led by Rais, Datuk Ali Rustam and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

After the discussions, each group was to present their resolutions before the whole council. The group’s led by Ali and Muhammad Taib did so and talked about the need to get closer to non-Malay voters, criticised the space given to the Opposition before and after the elections and other issues.

Rais stunned his audience when he said that his group wanted Abdullah to effect the transfer of power soon, before the Umno elections. His group included Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Azim Zabidi, Datuk Azalina Othman Said and others.... selanjutnya.

Awas !!! Pakatan Rakyat sedang diserang

Radenjowo

Sebagai pembangkang kini, UMNO gunakan pelbagai tektik untuk menjatuhkan parti lawan. Mereka mempunyai 5 tahun untuk berusaha menang semula ke atas negeri yang kalah ke tangan Pembangkang. Segala keburukan dicipta untuk menimbulkan kemarahan ke atas kerajaan baru.

Menurut berita yang kita dengar, baca, kumpul dan diolah, terdapat beberapa kaedah yang jelas di gunakan untuk tujuan tersebut.

Ada yang secara ikhlas memasuki PKR, ada yang menjadi mengkarung yang bertukar kulit mengaku ikhlas, ada yang serang dari UMNO dan ada yang mencipta blog, mengaku sebagai orang tengah tapi diselitkan artikel yang menentang Pakatan rakyat. Ada pula yang jelas sudah keluar tapi masih bercerita tentang politik PKR. Pas turut diserang, tetapi PKR adalah fokus utama mereka.


Baru baru ini ada beberapa orang yang mengaku sebagai ahli PKR telah membuat lapuran kepada BPR. Membuat lapuran tentang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di dalam organisasi Menteri Besar Selangor. Alasannya perihatin ... itu biasa lah. Klik berita berikut - Pegawai MB S'gor didakwa seleweng

Lalu disahut oleh Menteri Besar Selangor dengan berita berikut,

selangor mb sinar harian aca report 060608When asked about the four PKR members’ actions, Khalid, who is also PKR secretary-general, said he had not received any information on the matter yet. He said those who made the allegation should take responsibility for their accusations.

“We only heard rumours that there are people pointing to a wrongdoer, but we do not know what is not right.

“What we know is that a group of people claiming to be PKR members are concerned about corruption practice. I accept it, because it has been PKR’s practice to go against such problem (corruption).” - TheStar

Blog juga turut di cipta, dibayar untuk menghentam PKR dari dalam dan luar. UMNO dengan blog tulen mereka dan ada menjadi duri dalam daging. Secara jelas usaha ini adalah antara usaha usaha yang digunakan setelah perancangan tentang ini di istiharkan oleh Menteri UMNO, Mat Tyson baru baru ini. Rujuk ....Umno akan bertindak balas terhadap blogger dan ini juga Kemelut PKR: Guna Blog untuk menyerang .

Terserah kepada parti komponen Pakatan Rakyat untuk bersama menangani masalah ini. Tahu bahawa di dalam kemelut minyak yang berlaku sekarang, ada mereka mereka yang mendapat upah atau secara tidak puas hati menyerang Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk mengalih fokus penyelewengan mereka yang lepas dan dalam masa yang sama, berusaha untuk merampas semula negeri negeri yang telah terlepas.

Kepada pembaca, berhati hati dengan sebarang blog yang bermuka dua. Pandai memilih isu dan memutar belit fakta. fitnah tentang diri individu secara membuta tuli tanpa bukti dengan tujuan menjatuhkan parti Pembangkang. Selain baca, fikirkan dahulu sebelum menerima bulat bulat apa yang diceritakan.

Apa apa pun ... .serangan sudah bermula dan ia berlaku dari luar, dalam, kiri dan kanan. Yang pasti blog No2umnO akan kekal antiUMNO dari dulu, kini dan selama lamanya.

Job Losses and Oil Surge Spread Economic Gloom



NYtimes - The unemployment rate surged to 5.5 percent in May from 5 percent — the sharpest monthly spike in 22 years — as the economy lost 49,000 jobs, registering a fifth consecutive month of decline, the Labor Department reported Friday.

Looking at listings at a Los Angeles job fair. Federal officials said Friday that the unemployment rate rose to 5.5 percent in May from 5 percent in April, the sharpest monthly gain in 22 years.

The weak jobs report, coupled with a staggering rise in the price of oil — up a record $10.75 a barrel to more than $138 — unleashed a feverish sell-off on Wall Street, sending the Dow Jones industrial average down nearly 400 points. The dollar plunged against several major currencies.

Investors’ recent hopes that the United States might yet skirt a recession sank swiftly in the face of gloomy indications that the economy is gripped by a slowdown and pressured by record fuel prices.... selanjutnya.

Mana Akauntabiliti Petronas? - anwar

anwaribrahimblog

Saya dan Azizah seharian di Manila, di antara lain untuk menziarah sahabat kami bekas Presiden Cory Aquino yang sedang dirawat akibat penyakit barah dan bekas Presiden Joseph Estrada, sahabat setia.

Kami solat Jumaat di kompleks kediaman keluarga Aquino dan sesudah itu menyampaikan ucapan di University De La Salle. InshaAllah awal esok pagi kami akan berlepas pulang ke KL.

Namun selama di sini fikiran melayang ke Malaysia, meneliti reaksi rakyat dan keperitan hidup mereka. Sarjana dan pimpinan politik di sini juga bingung dengan keputusan Kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak melonjak setinggi itu walaupun Malaysia adalah negara pengeksport minyak.

Beberapa persoalan dibangkitkan oleh pengunjung:

- Petronas: tidak wajar Petronas diserang.
Umumnya pengurusan dan tahap profesional mereka membanggakan. Isunya adalah pertanggungjawaban atau akauntabiliti - kerana tidak wajar khazanah negara di letak di bawah penguasaan PM semata! Maka dana melimpah hasil Petronas dibelanja sewenangnya atas telunjuk penguasa.

- Tindakan bantahan selanjutnya.
Saya prihatin dengan kegelisahan yang sdr/i luahkan, namun tindakan harus berencana, tidak gopoh dan diputus oleh segelintir pihak semata. Keputusan harus diambil secara muafakat. Saya akan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bersidang Isnin ini inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

Naik minyak dulu, strategi kemudian ...

Langkah mula .... naik minyak. lepas tu baru bincang strategi. Apa punya kerajaan daaaa !!! kalau cam ni sentiasa, hancur lah negara. Duit habis entah kemana, kejayaan nya merapu.

Mstar - Selepas empat hari penstrukturan semula harga bahan api diumumkan oleh kerajaan, esok - hari Isnin - pula menjadi tumpuan rakyat.Ketika kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dijadual mengumumkan strategi tambahan untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, Pakatan Rakyat pula dijadual mengadakan mesyuarat mereka esok - dijangka membincangkan tindakan-tindakan tertentu ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel berkuat kuasa Khamis lalu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengemukakan syor-syor kepada pemimpin-pemimpin barisan pembangkang itu yang akan bersidang esok.

Sehubungan itu, kata beliau, tindakan bantahan tidak harus diambil secara bergopoh dan tidak wajar diputuskan oleh segelintir pihak sahaja, tetapi ia memerlukan keputusan muafakat.

"Saya prihatin dengan kegelisahan yang saudara saudari luahkan, namun tindakan harus berencana, tidak gopoh dan diputus oleh segelintir pihak semata. ... selanjutnya.
artikel tentang minyak di blog blog
Aiya...minyak naik...naik minyak [dekekejauh]
MINYAK NAIK 78 SEN FAHAM! [iskandar5600]
Harga minyak naik !!! [firdauspharmacy]
minyak naik: bukan perihal siapa lebih zalim.. [nikabduh]
MINYAK NAIK, BN MEMANG CELAKA [paslabuan]
Minyak Naik Lagi !!! [nazri4x4]
Minyak semakin MURAH. [missbobby]
Minyak Naik 40%!! Nak salahkan siapa?? [putragenx]
Jom Pakat Buat Solat Hajat Perdana!!! [azzlie]
Petrol: marilah berbasikal.. [mudzilosama]
BN = Barang Naik = Bila Naik? = Berapa Naik? = Banyak Naik [schooloflots]
Dollah menipu lagi [kibard]
Tertekan Ditekan-tekan [otakkapasitirendah]
Negara Bangkrap Jika Harga Minyak Diturunkan? [empanganjernih]
Harga minyak melampau [tranungkite]
Naik harga vs naik angin…… [sedinginsalju]
HARGA BARANG NAIK MENDADAK-MUNGKIN KALAU GUNA KAD AHLI UMNO DAPAT ... [wrlr]
Kerajaan BN dah gila rakyat mula pening [ridzuanharis]
10 Things I Hate About Him (Part 5) [edarkpurple]
ai Menteri Rambut Putih: Kalau dah tak berfaedah mengapa buat juga? [iuddinpoverty]
Kira bajet [mudeen]
ISU PANAS - Syor Elaun Menteri Dipotong [warirc2]
Rencana Khas [msomelayu]

Pak Lah citer pasal minyak, Jeanne citer pasal hutan

Datin Seri Jeanne Abdullah

Spurred on by memories of growing up among trees at her home in old town Petaling Jaya, Datin Seri Jeanne Abdullah is passionate about saving the rain forest. In a rare walkabout through her edible garden in Seri Perdana with The Star Group Chief Editor Datuk Wong Chun Wai, she talks about her plans to showcase the beauty of the rainforest.... selanjutnya.

no2umno - GGGgggrggrrrrrrrrrrr.......

Fuel hike: Salahuddin vs Shahrir debate live next week

Imageenglishsection - [...] Islamic Party of Malaysia (PAS) Youth chief Salahuddin Ayub has no qualms in facing the Ministry of Domestic Trade & Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad in a debate on the recent fuel hike.

According to Salahuddin, he will taking that opportunity to bring concrete and and empirical arguments on how the government should best manage reducing fuel subsidies.

He said this after concluding the wing's executive committee meeting at the PAS headquarters on Jalan Raja Laut today.

The impact of the increase in fuel prices is not reasonable and this is the last signal for the Prime Minister to resign, he said.

"The government also failed to learn from the political tsunami which occurred during the recent general election. ... selanjutnya.

RM120 Juta Bina Gelanggang Rakyat?

Kecoh dengan stadium yang retak di Terengganu [rujuk], sekarang Kerajaan Pusat nak bina pula Gelanggang Sukan ...bukan murah beb. Macam dah tak cukup gelanggan pulak. Ketika kemelut minyak naik ni, diorang bina gelanggang sampai 120 juta. Macam macam idea untuk membazir, kita bayar duit, diorang bazir pulak.

bernama - Kementerian Belia dan Sukan akan membina gelanggang sukan pelbagai guna dikenali sebagai Gelanggang Rakyat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara secara berperingkat mulai Julai depan.

Menterinya Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak RM120 juta diperuntukkan bagi membina gelanggang berkenaan tanpa mengira kawasan DUN berkenaan diwakili Barisan Nasional atau pembangkang.

"Perancangan kita melalui peruntukan itu, kita akan bina di semua kawasan Dewan Undangan Negeri, ia bertujuan membolehkan lebih ramai masyarakat terutamanya belia membabitkan diri dalam bidang sukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Bola Sepak Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bera bagi merebut Piala Ahli Parlimen Bera di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bera berkata setiap gelanggang pelbagai guna itu akan meliputi gelanggang futsal, badminton, sepaktakraw, bola jaring dan tenis.

"Sebagai permulaan kita akan bina Gelanggang Rakyat di Bera pada Julai depan, melibatkan kos RM120,000," katanya.

Katanya melalui pembinaan gelanggang sukan serbaguna itu juga secara tidak langsung akan dapat mencungkil bakat kampung untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan
Minta minta rakyat boleh perhatikan tabiat diorang membazir tak menentu.

Kemelut PKR: Guna Blog untuk menyerang

Radenjowo
Baru semalam wak posting artikel kemelut PKR Shah Alam, AMK Keadilan Selangor terus berkemelut dah banyak feedback yang wak terima. Yang hantar komen dan tak kurang juga yang memberikan email. Rata rata dari Shah Alam dan ada antaranya yang datang dari Keadilan Pusat. Tapi yang sensitif wak tak siarkan sebab banyak gunakan perkataan lucah. Email hanya wak jadi kan info. Antara komen yang menarik wak terima adalah seperti berikut ........

D'cruz komen -

blogger medan-info-kita tu sebenarnya dulu bekas Orang PKR. Lepas tu dia ikut EZAM keluar parti. Bila dah keluar, Kerajaan PKR menang dan pegang Negeri. Bila dah pegang negeri, dia dah mula pening kepala. Cemburu...

Sekarang dia dah meraban. Blogger tu bernama Nadzmi [gelaran Songkok Tinggi], ini buktinya .... [memang dah lama jadi musuh dalam selimut] tak senang dengan kejayaan PKR.
Baca artikel Agendadaily ini - PKR Shah Alam yang sebelum ini menjadi nadi PKR Lembah Kelang lumpuh apabila 11 pimpinan tertinggi Bahagian itu yang diketuai oleh ketuanya, Nasir Akhbar Khan meletakkan jawatan.

Mereka termasuklah Timbalan Ketua, Tengku Ahmad Tengku Kassim, Naib Ketua, Tan Ah Kow, Setiausaha Bahagian, Nadzmi Rosli dan Ketua Pemudanya, Rozali Abu Bakar.

Manakala Ketua Penerangannya, SD Johari Yasin dan Bendahari Bahagian, Abdul Rashid Mukti pula mengiystiharkan keluar dari parti itu.... selanjutnya
Dan sekarang dia dah mula menyerang orang dalam PKR. Tak kira sapa yang pegang jawatan di dalam PKR Shah Alam dia akan serang. Terutama mana yang tak sebulu dengan nya. Macam gila talak la tu....

Baru baru ini di dalam artikel nya ... ada komen tentang dirinya, tapi esok hari, komen tersebut dipadam. Takut orang tahu siapa dia.

Mahu tahu siapa si blogger ni, sila rujuk gambar ini [disebelah kiri adalah Johari dan blogger duduk di sebelah kanan] .......Klik rujukan . Gambar ini diambil ketika mereka mahu masuk UMNO baru baru ini. Gambar dan artikel ini turut tekandung di dalam artikel di laman blog dia sendiri. Kononnya nak promo diri atau tumpang tuiiii. Bangga la kononnya masuk UMNO bersama Ezam .... Kemana Ezam pegi, dia pun ikut sama. Kononnya perjuangan.

PKR kena berjaga jaga dengan orang macam ini. Dia takkan senang kalau PKR berjaya. Semua PKR buat, semuanya tak betul.

Di dalam banyak banyak orang yang dah letak jawatan dari AJK Keadilan Shah Alam .... seorang di lantik kembali kerana jasa beliau, nama orang yang dilantik adalah Tengku Ahmad. tapi sekarang menjadi sumber info kepada si Nadzmi Songkok Tinggi. Di dalam meeting Bahagian Shah Alam, tak buat kemajuan. Sering mempertikaikan perlantikan yang dibuat oleh Ketua Bahagian, tapi tugas tak buat. Di dalam AJK tu ada seorang dua tiga kerat yang menyebelah pada dia, termasuk Timbalan Ketua Bahagian, Adnan Jamuri. Dia pun sama. Cakap banyak tapi tak buat kerja. Dalam meeting tak hormat langsung pada Ketua Bahagian. bercakap masa meeting dan setiap kali meeting, Ketua Bahagian kena tunggu dia. Sombong dan ego. Dah la lambat, masuk tak bagi salam pada yang dahulu datang. Diorang ni semua gunakan blog medan-info-kita untuk serang balik.

Kepada PKR Shah Alam atau lain lain .... Berjaga jaga dengan dia ni.
Sekarang bersama Ezam, sudah masuk ke UMNO. Keputusan penerimaan UMNO akan diputuskan selepas 3 minggu selepas permohonan. Mereka mereka ini kalau ditolak keahliannya oleh MT. akan hidup meragan. Ke UMNO tak boleh, Ke PKR pun dah malu dan tak boleh pegang jawatan. So dia baik dengan Halimey kononnya nak gunakan Halimey untuk kepentingan politik masing masing. Sampai ke tua la jadi musuh pada semua orang.
Komen di atas boleh dirujuk di SINI.

Wak harap dapat lah kiranya komen dari sebelah pihak lagi. Agar blog wak ni menjadi satu blog yang boleh mendamaikan antara dua pihak yang berkemelut. Maklumlah, kekadang bila dah dapat kuasa, ramai tak dapat kuasa akan jadi gila. Bukan gila tapi marah, maklumlah masa reformasi dulu, semuanya berjuang. Bila dah jadi jadi kerajaan, ramai tak dapat anugerah. Senjata di tarik, peluru pun tak cukup. Yang ada hanya skru drebar untuk bukak jentera.

Mari kita lihat siapa kah yang benar dan salah. Kalau dibiarkan cerita ni berpanjangan pun tak guna. Bakal punahkan PKR. Tapi kalau setakat PKR saje, wak tak kesah. Jangan sampai musnahkan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Agar bisa yang keruh dijernihkan. Selepas ini tiadalah sengketa dan dapat lah PKR menjalankan tugas dengan tenang tanpa ada perasaan iri dan dengki antara orang di dalam. Maklumlah, musuh dalam selimut lagi bahaya dari musuh didepan mata. Tak sedar cucuk belakang.

Is Khalid Ibrahim up to the MB's job?

ktemoc - [...] Remy Iskandar, representing the 4 PKR whistleblowers, declared he made the report "to save the image of the party" as well as the Pakatan Rakyat state government.

'... to save the image of the PKR party and the Pakatan Rakyat ...'

Very strong emotional words with all sorts of worrying subtexts ........ which has been why I am suffering from a major dose of disquiet.

But alas, he didn’t (or perhaps wouldn't) explain why the 4 haven’t gone to their State PKR leader, the MB himself. Alamak man, their very obvious omission of logical communication protocol bugs me to hell.

Indeed, why have they deliberately bypassed Khalid Ibrahim and in the process probably embarrassed him to no ends, mind you, on the matter of being caught unaware of the alleged naughtiness of the State public servant in his very own MB office.

However, Remy absolved the MB from any knowledge stating that the alleged 'irregularities' in the approval of a cleaning and rubbish collection contract in Petaling Jaya, was done without the knowledge of the MB.

And he said his group had documents to back their allegations that the top official had dodgy-ly given the contract to four companies.

Undoubtedly caught flatfooted by the PKR empat sekawan, the Selangor government went into damage control and according to Malaysiakini, "… has since responded to the allegations by welcoming an Anti-Corruption Agency (ACA) probe into the case."... selanjutnya.

Menteri mesti berkorban, bukan rakyat!

malaysiakini - Saya ingin mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna yang mempertahankan tindakan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel di sebuah stesen televisyen kelmarin.

apa ertinya subsidi petrol 060608Antaranya, Datuk Shahrir Samad yang menyatakan “rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga minyak” kerana kerajaan membekalkan subsidi.

Pertama, subsidi dalam bentuk wang pos RM150 setahun bagi pengguna motosikal bawah 250cc dan RM625 setahun bagi kereta bawah 2000cc.

(Ingat: Wang ini hanya diperolehi sewaktu memperbaharui cukai jalan)

Ulasan saya: Mari kita buat kiraan berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

(i) Bagi motosikal bawah 250cc:

Subsidi setahun: RM150.00
Subsidi sebulan: RM12.50
Harga petrol kini: RM2.70 seliter

Satu tangki penuh petrol (motosikal EX5 class) lebih kurang 4 liter, dan boleh digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja lebih kurang tiga hari. (Dalam kes saya ini, jarak rumah ke pejabat, 20km).

Jumlah wang yang digunakan untuk membayar petrol selepas kenaikan harga petrol (andaian: 20 hari berkerja sebulan)

= RM2.70 x 4 liter x 20 hari (dibahagikan 3 hari)
= RM72 sebulan - RM12.50 (subsidi)
= RM59.50 ... selanjutnya.

no2umno - setuju benar lah nampaknya. Asyik asyik aku yang kena bayar .... korang duduk kat atas tu, nak menyundal pun di bayar. Ape ke hal?

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Sudah Retak ?

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/stadiumretak1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

buletinonline - Pemerhatian yang dibuat oleh Buletin Online mendapati ada beberapa retakan di tiang struktur tertinggi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Terengganu

Seorang jurutera yang tidak mahu dikenali memberitahu bahawa beliau ada mendengar berita tentang keretakan tiang yang menyokong tempat duduk penonton tersebut.

Namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana beliau belum melihat sendiri keretakan yang berlaku itu.
... selanjutnya.

Bukan 40% Tapi 81.3%!!!

tranungkite - Kali ni aku tak nak cerita dah pasal pemimpin KERAjaan...aku dah muak dah...betul-betul muak & yang sebenarnya bukan setakat muak,tapi lebih dari muak sampai aku malas nak sebut sebab tak tau nak pakai istilah apa dah dengan pemimpin KERAjaan ni.



Kita cerita pasal peningkatan kos sara hidup kita pulak.cerita pasal kita je sebab "depa" dah tak wujud dah dalam kamus hidup kita mulai 5hb.Jun,2008.sebenarnya buka "depa" yang tak wujud,tapi kita yang tak wujud dalam kamus "depa" sebab tu "depa" tak kisah nak buat apa-apa pun.engkorang tanyalah "depa" sendiri kita ni ada ke tak de...

Lepas engkorang baca apa aku taip kat bawah ni engkorang kira la balik peningkatan kos sara hidup engkorang & buatlah sesuatu untuk "survive" sebab kita dah tak de jalan lain dah...tak de sape nak tolong kita dah..."hangpa sapa?" kata "depa"...

Aku buat kira-kira paling simple la supaya senang kita semua faham...ni aku bagi contoh untuk 2 kos je la,engkorang kira la balik ikut hasil pendapatan engkorang...

Mei 2008(untuk pengguna petrol & diesel): kos bahan api rm300 + barang dapur rm300 + keperluan anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua rm950... selanjutnya.

Minyak naik, barang naik?



kosmo

Pengumuman kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel pada Rabu lalu agak mengejutkan para pengguna, tetapi mereka tiada pilihan. Sebaliknya perlu menghadapi perkara itu sebagai satu realiti kehidupan.

Para pengguna perlu memahami bahawa sebarang perubahan harga di peringkat global, mereka akan terkena tempiasnya. Apatah kerajaan tidak lagi dapat menampung subsidi bernilai berbilion-bilion ringgit.

Biarpun begitu, harga baru petrol dan diesel itu masih dianggap rendah di negara ini berbanding di Thailand dan Singapura.

Para pengguna harus bersikap rasional dan berfikiran terbuka kerana kenaikan bahan api itu bukanlah dilihat sebagai 'sengaja' dilakukan oleh kerajaan.

Mat Spek yang berkesempatan meninjau beberapa stesen minyak di Kuala Lumpur, Bangi dan Kajang pada hari pengumumannya mendapati, ia bagaikan satu pesta apabila kenderaan bersesak-sesak membeli minyak menjelang penguatkuasaan harga baru pada tengah malam tersebut.

Tidak melepaskan peluang ialah pengguna motosikal dengan membawa bersama tong-tong besar bagi mengisi minyak biarpun penggunaan bahan api itu bagi motosikal lebih rendah daripada penggunaan kereta. Inilah gambaran jelas bahawa kenaikan kali ini disifatkan agak tinggi yang mungkin di luar jangkaan orang ramai atau boleh kita katakan sebagai satu kejutan besar.

Biarpun begitu, terdapat laporan ada stesen minyak mengalami kerosakan pam atau kehabisan minyak sejurus pengumuman kenaikan itu yang dilihat macam ada sesuatu yang tidak kena. Dalam hal ini, orang ramai perlu membuat aduan kepada pihak terbabit kerana dikhuatiri peniaga sengaja berbuat demikian untuk mengaut keuntungan apabila menjualnya pada harga baru.

Jika ini berlaku, bolehlah kita menggelar mereka sebagai 'penyangak minyak' yang perlu dihukum jika terbukti mereka bersalah.

Setiap kali harga minyak dan diesel naik, kelazimannya harga barangan lain termasuk perkhidmatan juga akan naik. Ini sudah tentu menyusahkan pengguna yang sememangnya sudah merasai bebannya berikutan kenaikan barangan keperluan harian sebelum ini.

Para peniaga akan memberi apa juga alasan bahawa mereka tiada pilihan selain menaikkan harga jualan untuk mengelak kerugian. Inilah cabaran kementerian yang dipertanggungjawab untuk memantau perkara tersebut agar tidak berlaku 'pesta' naik harga barang.

Apa yang menghairankan, kenaikan harga minyak hanya 78 sen petrol dan RM1 bagi diesel seolah-olah memberi mereka satu 'lesen besar' untuk menaikkan harga yang kadangkala agak melampau.

Jika itu berlaku terutama kepada para peniaga runcit atau restoran, sewajarnya para pengguna mengambil tindakan memboikot mereka dan menunjukkan 'kuasa pengguna' bagi menjaga kepentingan orang ramai.

Pada masa sama, mereka perlu berjimat cermat dan perlu menjadi pengguna bijak merancang perbelanjaan seharian. Mereka perlu membuat pemantauan harga termasuk di pasar-pasar raya besar dan pasar mini mahupun kedai runcit untuk dibuat perbandingan harga.

Ini penting agar mereka berbelanja di tempat yang menjual barangan yang dianggap lebih murah berbanding premis-premis lain. Mereka seharusnya memboikot peniaga yang menjualnya pada harga yang mahal. Mat Spek percaya, jika orang ramai ada kesedaran ini, peniaga terbabit akhirnya boleh 'gulung tikar'.

Mengenai perbelanjaan seharian, suri rumah yang dianggap sebagai 'Menteri Kewangan' di rumah perlu peka kenaikan kos hidup ini dengan tidak lagi bermewah-mewah bagi mengelakkan pembaziran.

Jangan ada lagi nasi dan lauk yang terpaksa dibuang ke tong sampah, membiarkan kipas dan televisyen dibuka sepanjang hari, menyepi diri apabila anak bermain air ketika mandi di bilik air kerana semuanya menyumbang kos yang lebih tinggi.

Sikap 'tidak apa' perlu dibuang dalam kamus diri, bertindak lebih tegas kerana dikhuatiri peningkatan perbelanjaan rumah tangga boleh menjejaskan peruntukan kewangan untuk pendidikan anak-anak seperti kelas-kelas tuisyen berbayar.

Begitu juga kepada mereka yang ada tanah kosong di rumah, cubalah ringan-ringankan tangan untuk 'menghijaukan' sekeliling rumah dengan menanam sayur-sayuran untuk kegunaan harian.

Janganlah hendaknya kenaikan harga bahan api ini membuntukan pemikiran kita. Sebaliknya kita perlu lebih rasional dan berusaha mengubah kehidupan.

Kerajaan perlu memberi insentif seperti pemotongan cukai pendapatan kepada pembayar cukai yang memasang gas asli bagi kenderaan (NGV) ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Many not ok on petrol price increase

ahmadatalib - [...] Since the queue were long and non-stop, I reckon thousands of ringgit of petrol were burning unproductively as the car owners waited in line. A 78 sen raise for petrol price means almost a 41 per cent increase. As for diesel, the jump was almost 65 per cent.

Many motorists were emotional and vocal. They just wouldn't want to listen to the Government's standard response pertaining to the pump price. It was quite apparent to me that they were upset, angry and disappointed.

These are some of the comments I gathered:

  • kerajaan kita tak berhati perut!
  • tak boleh buat beransur-ansur kah?
  • saya pakai kereta Perodua Kancil. Kenaikkan ini menjejaskan hidup saya
  • kalau macam ni, macam mana nak pergi cuti dan jalan-jalan cari makan
  • What! They think we are millionaires ah!
  • I regret voting the Barisan Nasional and put them back into power
  • Is this how they return our faith and trust?
  • BN menang pilihanraya, rakyat menderita
  • Memang betullah orang kata BN tu maknya Barang Naik!
  • Kalau ya pun nak naikkan harga, takkan tak boleh buat berperingkat
  • Dahlah naikkan harga minyak, RTM pula cuba nak bagi hati kita sedap tetapi mereka tak ikhlas
  • Tak boleh pakailah dia ni!
  • Kita kena ajar BN di pemilihan akan datang
  • Menteri memang mudah cakap, tetapi kita rakyat biasa yang bisa
  • Dengan cara macam ni BN harap nak kembali berkuasa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor? Pergi jalan dah!
  • Kerajaan dah bayangkan nak naik harga, tetapi tak sangka sampai begini!
  • Apa dah jadi?
I also received text messages, most of them not complimentary at all. A few were abusive and
rude. There were some colourful language too. Whatever the justification, the ordinary folks are not convinced that the whole exercise was done "in the best interest of the nation."... selanjutnya.

Petrol RM1: Dulu dan sekarang

penarikbeca



Beza kuantiti bagi setiap ringgit... Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru. (Ihsan mStar)

Saya jumpa gambar di atas dalam blog Khairul Faizi . Dia salin tampal dari mStar 5/6/08. Saya pun nak simpan jugak. Untuk maklumat pentingm baca blog Dr Hayati posting bertajuk "Minyak kita paling murah" dan jangan lupa baca blog Datuk Ahmad A Talib.... selanjutnya.

Protes Sampai Turun!!!

tranungkite

Perhimpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Minyak

Tarikh: 12 Julai 2008 (Sabtu)

Masa: Jam 3 petang

Tempat: KLCC

Dianjurkan oleh: Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (PROTES)

Rakyat Malaysia telah dikejutkan pada 4 Jun 2008 apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Ini merupakan satu peningkatan 40.6% daripada harga sebelum ini.

Kerajaan BN juga telah mengumumkan satu polisi baru di mana pengguna kereta kurang daripada 2000cc akan diberi RM600 setahun sementara penunggang motosikal pula diberi RM120 setahun. Polisi baru ini adalah kononnya untuk membantu rakyat kurang berada. Namun demikian, jika perhitungan mudah dibuat, elaun ini jelas tidak cukup untuk menampung kos kenaikan yang begitu ketara.... selanjutnya.

Pertandingan 100 Hari 100 Kereta Tetap Haram

msomelayu - [...] Bukan saja Mufti Perlis berpendapat demikian, Mufti Johor, Noh Gadut juga berpendapat peraduan berkenaan berusur juga kerana ia memberi harapan tinggi kepada peserta dan ia adalah tidak baik.

Dua orang Mufti telah mengeluarkan fatwa masing-masing. Jadi apa yang hendak dipertahankan lagi. Fatwa dan pandangan Mufti adalah pandangan tertinggi dalam bidang agama. Pandangannya adalah paling berwibawa. Tentunya mereka membuat pandangan itu berasaskan kepada hukum-hukum yang jelas dan tidak ada unsur-unsur kepentingan peribadi ataupun keuntungan syarikat.

Sikap Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Shazali Ramly yang mempertahankan peraduan itu adalah tidak tepat dan dilihat cuba melawan pandangan Mufti serta mengelirukan orang ramai. Alasan Shazali pihaknya telah membuat kajian menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum membuat peraduan itu.

Kenyataan Shazali itu lari daripada isu sebenarnya dan mengelirukan orang ramai. Apa yang dirujuk itu ialah mengenai produk telekomunikasi dan bukan mengenai peraduan itu.
Saya pasti kalau Celcom bertanya kepada ulama dan Mufti mengenai peraduan itu ianya tidak akan dibenarkan.... selanjutnya.

Blog antikhairy: Blogspot ke wordpress

Dikhabarkan blog antikhairy.blogsport telah di kesan passwordnya di kandungan blog itu telah di delete. Klik
http://antikhairy.blogspot.com/

Header image

Berikutan kejadian itu... laman blog telah bertukar kepada antikhairy.wordpress .....
Terima kaseh kepada mangchik

Posting terkini

Blog Archive