malaysiakini - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.
Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.
Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit "atas sebab-sebab keselamatan mereka".
Katanya sesetengah daripada mereka terpaksa terbang senyap-senyap ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan (dengannya).
Oleh itu, kata Anwar, adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama sekarang.... selanjutnya.
Jun 8, 2008
MP BN lompat seperti dirancang - Anwar
Labels: Anwar Ibrahim, Lompat parti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment