KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 8, 2008

Pak Lah berjaya buat orang benci .....

Radenjowo
Kalau naik setakat RM0.20 atau RM0.30, rakyat tak heran. Bila pilihanraya, rakyat masih sokong BN. Kematu otak rakyat kat Malaysia, tak boleh nak bezakan antara UMNO dan pengkhianat. Nah....ambik kau RM0.78, dah rakyat semuanya menjerit. Kenapa Pak Lah naikkan tinggi sangat? Sengaja atau sebahagian dari perancangan? Pro kerajaan terdiam kaku, pembangkang bersedia untuk menjerit. UMNO dan BN sendiri termanggu manggu berhadapan dengan masalah kewangan dan dalam masa yang sama pening kenapa pemimpin mereka bertindak sebegitu rupa. Pak Lah sudah lupa?

Pak lah akhirnya temui jalan untuk membuat rakyat benci pada UMNO dan BN. Strategi akhir ini dilihat lebih berkesan untuk menjauhkan rakyat kepada pemerintah. Bukti yang akan anda lihat adalah beberapa siri protes minyak mahal akan berterusan sehingga lah ada HERO yang akan menjadi penyelamat kepada negara, rakyat dan bangsa.

Pilihanraya Mac lepas membuktikan masih ramai antara rakyat malaysia masih memuji parti perjuangan bangsa melayu olok olok, UMNO. Wah.....tak boleh nak ubah, pemikiran zaman tok kaduk membataskan otak untuk berfikir waras. Dan akhirnya Johor, Melaka, N. Sembilan dan Pahang terus kukuh bersama parti tersebut. Walau pun pada keseluruhannya, sokongan pada UMNO dilihat merudum, tapi masih ada saki baki karat yang masih melekat pada bendera merah putih, keris bersilang.

Kita tolak negeri Perlis kerana pengundi yang datang kebanyakannya adalah pengundi luar, yang dibawa dari Selatan Thailand. Mereka yang mempunyai dua IC memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana faktor upah. Mereka tidak ambil pedulik pun pada Malayisa. Asalkan pengundi di bawa percuma dan diberikan duit poket, mereka undi apa yang disuruh. Sabah? Bila bila akan berubah.

Berlainan dengan rakyat kepada 4 negeri lagi. Mereka yang terdiri dari pengundi yang tergolong dari Saluran 1 dan 2, akan terus mengundi BN kerana bimbang dengan kredibiliti parti lawan. Oleh itu, biar apa pun alasan yang cuba di bawa ketika pilihanraya lepas, mereka tidak berubah pendirian. Undi tetap kepada UMNO dan BN.

Minyak adalah faktor pemusnah UMNO. Ini pasti kerana pada golongan tua, peningkatan harga kali ini terlalu tinggi dan mampu mengancam masa depan ekonomi dan sistem kekeluargaan mereka. Anak anak akan sukar untuk pulang ke kampung dan anak anak juga tidak dapat memberikan belanja secukupnya untuk orang tua mereka. Disebabkan keraguan dan kebimbangan ini, hampir semua orang menyumpah seranah pada Pak Lah dan mahukan kerajaan sekarang berundur.

Adakah hanya Pak Lah dan UMNO tidak terbabit? UMNO akan turut terlibat di dalam agenda menaikkan harga ini. Buktinya adalah kekurangan penentangan dari UMNO sendiri akan keputusan yang dibuat oleh Pemimpin mereka. Di dalam beberapa hari ini, protes dari penyokong BN hanya lah datangnya dari Sabah. Selain dari itu yang berkokok kemarahan adalah bekas Pemimpin UMNO, Mahathir mohamad dan anak beliau, Mukhriz.

Najib mungkin melihat ini sebagai peluang. Tapi keputusan menaikkan harga melibatkan Najib kerana di dalam perbincangan isu tersebut, beliau juga di lihat sebahagian dari punca perubahan tersebut. Ketika pengumuman di buat, Najib dan beberapa pemimpin UMNO kelihatan berada bersama Perdana Menteri.

Apa yang kita nampak? UMNo bukan berjuang untuk rakyat. Kerana itu di dalam siri protes harga, UMNO tidak terbabit langsung. Mereka seolah olah turut bersetuju dengan perubahan yang maksima ini.

Buat pertama kalinya, rakyat Malaysia tidak kira bangsa apa, dari mana asal mereka dan parti apa mereka berpaut, semuanya kecewa dengan keputusan yang kerajaan buat. Kemana mana sahaja, ianya menjadi topik hangat. Kalau Anwar bercadang untuk merubah tampuk pemerintahan, ini lah ketika yang cukup mudah.

Kini kita menantikan protes besar besaran yang bakal berlaku. Di jangka jutaan manusia kan bersama di dalam perhimpunan itu. Bukan sahaja di ibukota, malah di mana sahaja. Kini .... Pak Lah pasti tersenyum kerana rancangan untuk menguburkan BN dan UMNO akhirnya berjaya. Soalnya sekarang, siapa kah perancang utama di belakang semua ini? Aduhai .... kawan kawan, jangan cuba menjadi Nujum kerana meramal masa hadapan di larang. Takut syirik.

Yang jelas .... Mahathir dan kuncu kuncunya adalah golongan yang kini bimbang dengan pengumuman peningkatan harga minyak itu. Terasa seolah olah beliau terhidu akan malapetaka yang akan datang ....

Anda, aku, mereka dan kamu sungguh beruntung kerana bakal mengalami pengalaman yang tidak pernah kita alami sebelum ini. Sejak 50 tahun lebih, UMNO kukuh bersama Perikatan dan kemudian Barisan Nasional, tanpa digugat. Dan kini, kalau anda mahu melihatkan UMNO dan BN, terkubur .... ini lah masanya.

Dalam kepala masih bertanya tanya apa akan jadi esok? Tapi hari ini ..... Pak Lah berjaya buat orang benci dan Anwar sedang siap kan diri.

1 comments:

Anonymous said...

RAKYAT DAH CUKUP MARAH LAH ....
NI PETIKAN DARI BLOG http://kedahku.blogspot.com

Friday, June 6, 2008
REPLIKA JENAZAH?
LEPAS GERAM: Khabarnya replika jenazah telah di letakkan di Dataran Shah Alam semalam. Sejauhmana benarnya cerita tersebut sukar ditentukan.
Kalau benar, itu lah gambaran sebenar kemarahan rakyat dengan keputusan menaikkan harga petrol.

Betul ka wak RadenJowo?

Posting terkini

Blog Archive