KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 20, 2008

Mahathir TERsahut cabaran ahli PAS

Mahu tahu wajah orang PAS yang berjaya cabar Mahathir keluar Parti .... ini dia, pahlawan kita. Kalau lepas ni Mahathir perasan....sudah pasti dia geram.

kopitiam bang nan
Mahathir Sambut Cabaran Orang PAS...
Akhirnya, PAS ada juga saham yang memaksa Mahathir keluar UMNO. Ahli PAS Ismail Wan Teh, selepas mendengar desakan Dr. Mahathir kepada ahli-ahli UMNO supaya keluar parti secara beramai-ramai sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Pak Lah, bertanya kepada Dr. Mahathir samada beliau akan menunjukkan contoh? Selanjutnya ...

imej oleh minag jinggo



Lihatkan wajah Mukhriz ....... Emmmmm geramnye.....

Penjelasan dari individu yang cabar Mahathir Keluar Umno

tranungkite - [...] smail yang ditemui hari berkata beliau tidak nampak cabarannya itu menjadi penyebab Mahathir keluar dari Umno sebaliknya sebagai seorang tokoh negarawan yang terbilang, Mahathir tidak mungkin membuat satu keputusan yang terburu-buru.

“Saya memang seorang ahli PAS, tetapi hadir ke majlis dialog tersebut sebagai wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Badan Bertindak Warga Kedah atas nama perpaduan Melayu,” katanya yang juga merupakan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerlun.
Mengulas lanjut, Ismail melihat kebenaran dalam ucapan Mahathir selama hampir sejam itu yang mana banyak mengupas tentang kepimpinan Umno masa kini yang takut untuk bersuara dan menjaga kepentingan peribadi.
“Apa yang kita lihat ialah orang-orang Umno gagal mentafsir idea-idea Tun Mahathir untuk merungkai permasalahan bangsa Melayu pada masa kini,” ujarnya.
Justeru katanya, beliau bangun mengemukakan soalan dan mencabar Mahathir untuk keluar dari Umno bagi membuktikan apa yang disebut dalam ucapannya bukanlah satu retorik semata-matanya.

Begitu juga bila ditanya, Ismail tidak berasa terkejut dengan pengumuman yang dibuat Mahathir kerana beliau sudah dapat menjangkanya berikutan apa yang disebut Mahathir dalam ucapannya.... selanjutnya.

GILA TALAK DALAM POLITIK

http://www.legaljuice.com/insane%20insanity%20plea%20straight%20jacket%20crazy%20nuts.jpgRadenjowo
Meriah....suasana politik kat negara kita ni terlalu banyak cerita. Setiap hari ada sahaja berita yang mengejutkan. Banyak masalah tak boleh nak tepis tepis. Kalau nak siarkan semua, boleh gila dibuatnya. Tak payah lah buat kerja lain selain dari mengadap komputer.

Semalam dan hari ini orang kecoh tentang kisah Mahathir yang meninggalkan parti. Dalam pada itu ada banyak isu lain yang kita terlepas pandang. Kalau nak cerita tentang masalah di dalam UMNO, tak habis habis. Tak per....untuk kali ini, kita lari kan sedikit perhatian kepada PKR. Sebelum itu kita rujuk kenyataan Menteri Besar Perak tentang saranan kepada blogger .....

Dalam satu majlis meraikan para blogger dan pemacu laman web yang di adakan anjuran Lajnah Pas Pusat, Datuk Seri Ir Nizar telah menyarankan kepada para juru blog (bloggers) agar terus mengkritik walaupun kerajaan Pakatan Rakyat bagi tidak melupakan tanggung jawab mereka kepada rakyat.
Dan merujuk kepada usul tersebut, No2umnO berbesar hati untuk turut memantau pergerakan parti pakatan rakyat. Bukan marah, tapi sayang. Bukan berhasrat untuk merosakkan parti tetapi untuk mengikis budaya UMNO yang terbawa bawa ke Pakatan Rakyat. Ramai yang tidak sedar, lain padang, lain belalang.

Sebelum kita bercerita panjang tentang kisah gila talak ini, wak nak rujuk kepada kenyataan tahun lepas ....
Ezam Mohd Nor pada Selasa, 27 Jun 2007 dulu telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa beliau sudah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. (amskeadilan) Pelbagai spekulasi yang timbul tetapi selepas itu beliau menggerakkan NGO yang di gelar GERAK.
Di dalam tindakan pengunduran Ezam, berberapa individu penting turut membuat keputusan yang sama. Ini soal simpati dan solidariti. Kononnya ...... (Rujuk: Keluar parti)
Kandungan di dalam UMNO-REFORM pada tahun 2007.
SMS - Bekas Ketua AMK PKR Johor Nasir Tasrip dan Ketua Bahagian Kota Tinggi umum keluar PKR dihadapan Ezam menandakan solidariti mereke terhadap Ezam Mohd Nor serta perjuangan dan pengorbanan Ezam Mohd Nor selama ini.

Berita KLPOS
Sementara itu klpos.com juga diberitahu bahawa bekas Ketua AMK Johor Nasir Tasrip mengumumkan keluar parti di hadapan bekas Ketua AMK Mohamad Ezam Mohd Noor sebagai tanda solidariti.
Dalam kita asyik mendengar dan mengesan puak puak UMNO yang bertukar kulit, ketua Angkatan Muda Keadilan Johor ini lain pulak caranya. Kulit nya tak tukar, tapi disiat dan kemudian pakai semula. Macam kain lampin zaman dulu. Pakai, kotor, cuci, buang dan kutip semula. Kain yang berwarna putih, bertukar kekuning kuningan.

Maklumat yang diperolehi memberitahu bahawa Nasir ini dikesan sedang berada di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Beliau telah meninggalkan KEADILAN kemudian bersama GERAK dan akhirnya pulang ke kampung. Kini cuba untuk berjinak semula dengan Keadilan. Kalau sekadar datang sebagai penyokong dan bantu, tak per.... ucapan terima kaseh kerana pengalaman sangat berharga. Demi untuk perpaduan penduduk setempat, usaha ini di puji. Tapi ini bukan ceritanya. Menurut sumber .... beliau sedang cuba untuk melobi menjadi Ketua Bahagian PKR Sungai Besar. Tak tahu lah benar atau tidak, tapi pokok dan bergoyang kerana angin bertiup kencang.

Bila ada gula, adalah semutnya. Semut tertarik dengan gula dan sejauh mana pun gula, sesunggut tergerak gerak mengesan untuk mencari makan. Disebabkan kerajaan Selangor ini sekarang sudah bertukar tangan kepada Keadilan, maka ramai lah yang mengendeng ngendeng mencuba nasib untuk meminang semula jawatan penting di negeri lain. Usah cerita tentang parti lain yang cuba melompat lompat, tapi ini tentang individu yang sudah buang Keadilan kelongkang dan kini cuba mengutip kembali. Kalau aku....tak tau nak letak muka di mana.

Menurut cerita, beliau ini sudah pun melantik proksinya sebagai Ketua Bahagian Team B di satu kawasan. Mereka ini akan menyokong sekiranya beliau mendapat tempat untuk bertanding.

Nama Nasir ini kalau di kampung tak lah sehebat mana, tapi akibat tindakan dia yang cuba untuk menjatuhkan pihak lain menyebabkan PKR Negeri terpaksa menghantar wakil untuk menemui dan menasihatinya. 'Prevention is better than cure', maka sebelum keadaan menjadi diluar kawalan, elok benar lah di tegur tegurkan.

Pengajaran kepada anak anak muda. Jangan biasakan kawin cerai. Kalau nak bercerai, fikir baik baik kerana bila janda mula berhias, hati tak senang, jiwa tak tenteram. Berulang alik di depan rumah tersiul siul terjengkit jengkit. Harap harap janda menoleh untuk rujuk semula. Bila Janda dah dapat buat hati baru, baru lah nyesal nyanyi pun tak berlagu. Ini lah dia gila talak di dalam politik.

Pengajaran tu. Masa nak kawin bersunguh sungguh, bila nak cerai tak bagi tempoh .....

Lingam tape report out today - minus thunder

sun2surf - The four-volume report by the Royal Commission of Inquiry on the Lingam video clip goes on sale tomorrow afternoon - with the thunder of its content stolen by an information leak.

The report by the Commission of Enquiry on the "Video Clip Recording of the Images of a Person Purported to be an Advocate and Solicitor Speaking on the Telephone on Matters Regarding the Appointment of Judges", is made up of the main report (RM161.40), the notes of proceeding (RM123), statutory declaration (RM120) and exhibits (RM136.90).

The public may buy the report from the Legal Affairs Division of the Prime Minister's Department in Putrajaya, from 2pm.

Last Friday (May 16), Minister in the Prime Minister's Department Datuk Zaid Ibrahim announced the cabinet decision to go public with the report, days after three newspapers had published the gist of its findings, quoting excerpts of the comments and recommendations.

The report, in a nutshell, found that the video clip recording of lawyer Datuk V.K. Lingam talking on his handphone with a "Datuk" on appointment of judges is authentic and recommended appropriate action against individuals identified and said to have committed certain offences.

... selanjutnya.

Mukhriz not quitting, urges PM to step down

thestar - [...] Umno Youth executive council member Datuk Mukhriz Mahathir said he is not resigning from Umno, but reiterated his call for Datuk Seri Abdullah Badawi to step down as prime minister and party president.

The Jerlun MP, who is expected to contest for the post of Umno Youth chief in December, had previously called for Abdullah to step down after the March 8 polls that saw the Barisan Nasional coalition losing its two-thirds majority in Parliament.

On Monday, Mukhriz's father, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, resigned from the party, citing his dissatisfaction over the current leadership.

He urged other Umno members to also leave until there was a change in party leadership.... selanjutnya.

Azalina diskriminasikan program pelancongan

MStar - [...] "Di Kedah acara Visit Malaysia Year Go Green akan diadakan pada 21 hingga 24 Ogos ini, begitu juga di Kelantan penganjuran acara pesta nasi seratus akan diadakan pada 9 hingga 11 Julai. Dengan adanya acara itu terbukti kementerian masih menyenaraikan acara pelancongan di kalendar acara," katanya ketika menggulung perbahasan menjungjung kasih titah Yang diPertuan Agong bagi kementerian Pelancongan di Dewan Rakyat di sini.

Jawapan Azalina itu bagaimanapun menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada kalangan anggota pembangkang yang berulang kali bangkit meminta penjelasan, bagaimanapun Azalina tidak memberi laluan dan terus dengan ucapan penggulungannya.

Keadaan bertambah tegang apabila Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mencadangkan Azalina dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberikan jawapan yang mengelirukan.

"Di bawah peraturan mesyuarat 36(12) saya ingin mencadangkan agar menteri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dewan ini pada peringkat jawapannya, ini berdasarkan kepada peraturan 26(1p) di mana kita boleh buat serta-merta tanpa memberikan sebarang notis," katanya.... selanjutnya.

Tahanan ISA di tendang dan tumbuk

'Suami saya didera dalam tahanan ISA'
malaysiakini - [...] Dalam laporan polisnya hari ini, Sharmila Uthiakumar mendakwa Sanjeev Kumar Krishnan dibelasah dalam tempoh siasatan selama 55 hari sejak 28 Julai tahun lepas.

"Bahagian badan dan kepala beliau ditumbuk dan ditendang dengan kasut. Bahagian tulang beliau ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki.

"Kaki kiri dan tangan kiri beliau dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu.

"Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air," kata Sharmila dalam aduannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau diiringi tiga anggota keluarganya. Hadir sama ialah pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis gerakan tersebut.... selanjutnya.

Ku Li kempen di Sabah, Pahang

Malaysiakini - [...] Bagimanapun, tarikh program di dua negeri itu belum diputuskan lagi.

tengku razaleighMalaysiakini difahamkan paling awal, program di Sabah akan diadakan minggu depan.

"Ku Li akan ke sana untuk memenuhi jemputan untuk beramah mesra dengan ahli-ahli Umno akar umbi seperti majlis yang dihadiri beliau di Batu Pahat dan Muar, baru-baru ini," kata satu sumber yang dekat dengan ahli parlimen Gua Musang.

Mengulas lanjut majlis bekas naib presiden Umno itu di Sungai Petani dan Alor Setar semalam, sumber itu berkata sambutan terhadapnya sungguh menggalakkan.

"Sambutan di Kedah cukup hangat. Di Alor Setar lebih kurang 1,200 orang hadir di majlis ramah mesra dengan beliau dan di Sungai Petani lebih kurang 800 orang datang ke majlis ramah mesra dengan Tengku," kata sumber.
... selanjutnya.

Mahathir keluar, Ezam masuk

matsamankati - [...] Khairy mahu menarik Ezam masuk Umno. Sudah dua kali percubaan dibuat tetapi mendapat tentangan dikalangan ahli-ahli Umno, terutamanya penyokong Mahathir. Untuk membolehkan Ezam masuk, Mahathir perlu ditendang keluar. Usaha untuk menendang Mahathir ini sudah dilakukan lama dulu. Pak Lah pernah mencadangkan supaya Mahathir dikenakan tindakan disiplin tetapi ditentang oleh Ahli MT Umno.

Berbagai isu ditimbulkan untuk menyebabkan Mahathir kegelisahan, dan Ezam yang mempunyai pengalaman diIKD menjadi balaci Khairy untuk menyingkir Mahathir.

Seperti dirancang, Ezam telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi GERAK pada hari Khamis, 15.05.08 dan melantik Mohd. Nazree Mohd. Yunus sebagai Pengerusi baru. Mesyuarat GERAK pada hari itu cukup istimewa kerana semua semua Ahli Lembaga Pengarah GERAK diwajibkan hadir, hatta yang diluar negara pun diarahkan balik.

Mesyuarat yang berakhir dalam suasana tegang itu telah menetapkan dua perkara besar. Satu, perlantikan Pengerusi baru dan seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah, Mohd. Faridzul Mohd. Nasaruddin. Keputusan perletakan Ezam hanya boleh diumumkan oleh Ezam sendiri, yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini.... selanjutnya.

Mahathir masuk perangkap, tunggu talqin dibaca

detikdaily - [...] Dr Mahathir akan lebih selesa membela diri sekiranya beliau berada dalam UMNO, berbanding jika beliau bertindak sebagai pembangkang di luar UMNO. Keluar daripada UMNO sebenarnya lebih mendedahkan Dr Mahathir dengan kemungkinan untuk diambil tindakan kerana lazimnya ahli-ahli UMNO lebih berani membela bekas pimpinan yang masih berada dalam parti berbanding dengan mereka yang berada di luar parti.


Kecuali Anwar Ibrahim, kebanyakan bekas-bekas pimpinan UMNO yang berada di luar parti akan berakhir dengan dimuziumkan.

Menyedari hakikat tersebut, dipercayai Laporan Suruhanjaya DiRaja ini bukanlah faktor yang mendorong Dr Mahathir bertindak sedemikian. Ada satu lagi peristiwa penting yang berkemungkinan menjadi dorongan kepada tindakan Dr Mahathir iaitu pertemuannya dengan Timbalan Presiden UMNO, Najib.

Pertemuan Dr Mahathir dan Najib bukan dibuat tanpa pengetahuan Pak Lah, justeru tidak mungkin Pak Lah tidak mengetahui apa-apa perkara yang akan dibincangkan oleh Najib dan apakah pula natijah perbincangan tersebut. Betapa pula pendirian politik Najib mutakhir ini seperti yang diperakui sendiri oleh Dr Mahathir telah berubah 360 darjah.

Berkemungkinan besar perkara yang diperbincangkan oleh Dr Mahathir dan Najib berkisar tentang 'Pelan Peralihan Kuasa' sebagai penjelasan kepada Dr Mahathir tentang mengapakah berlakunya perubahan sikap Najib tersebut. Najib dilihat cuba meyakinkan Dr Mahathir tentang pelan tersebut, manakala Dr Mahathir pula melihat ia sebagai satu helah untuk Pak Lah terus menerajui UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini. ... selanjutnya.

Day to revel for Anwar & Co

malaysianinsider - Datuk Seri Anwar Ibrahim today poured scorn on Tun Dr Mahathir Mohamad’s decision to resign from Umno. For good measure, he also threw a few barbs at the manner in which the ruling party operates.

Pakatan Rakyat officials say that the resignation and the possible upheaval will help them persuade Barisan Nasional MPs to cross over to the Opposition and force the collapse of the government led by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. A highly-placed source in Umno said that party officials are working hard to head off defections and maintains that talk of fresh elections is still premature.

Still, yesterday was a day Anwar and the Opposition enjoyed. The de facto leader of the Opposition and the man Dr Mahathir sacked from government and put in jail in 1998 noted that the former prime minister was following the footsteps of former Umno presidents who also left the party due to dissatisfaction.

"The latest excuse is that this is for the sake of the Malay race. But if Prime Minister Abdullah steps down, he will rejoin Umno. So what we see is Umno in more trouble. Their leaders are grabbing for positions while the welfare of the public is ignored," he said on his blog.... selanjutnya.

read also - Good news for Malaysia, says AWSJ

Parti Keadilan Rakyat statements on Dr M's resignation

malaysianinsider - Press statement, 20th May, from PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tun Dr Mahathir's decision to leave Umno today is indicative of Umno's worsening crisis, where leaders continue to bicker and fight, while the welfare of ordinary Malaysians are increasingly neglected.

The internal problems of Umno are clearly deteriorating beyond any hope of recovery. Nonetheless, we must avoid being trapped by personal agendas to replace weak leaders with corrupt ones.

In view of the worsening crisis, any and all Malaysians of conscience who are concerned for the continued stability, prosperity or unity of the country are invited to join KeADILan and Pakatan Rakyat and pursue our shared ideals for a better, united Malaysia.
... selanjutnya.

Tindakan Mahathir gambarkan hujah Almarhum Ustaz Fadzil benar - Menteri Besar Kedah

harakahdaily - [...] Menteri besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari keanggotaan parti tersebut sebenarnya telah mengiyakan semua kenyataan pemimpin PAS selama ini bahawa Umno bukan sebuah parti yang relevan kepada perjuangan kaum Melayu.

"Tindakan Dr Mahathir itu cukup untuk menggambarkan segala yang dihujah oleh pimpinan PAS terutamanya di era kepimpinan Al-Marhum Dato' Haji Fadzil Mohd Noor bahawa Umno gagal sebagai sebuah parti untuk membela kaum Melayu adalah benar," katanya dalam satu kenyataannya yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid kepada Harakahdaily hari ini.

Ternyata bahawa apa yang dibawa oleh pemimpin Umno selama ini hanya retorik, katanya.

Rakyat bukan sekadar rakyat menolak parti itu dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac lalu, malah pada hari ini, bekas Presidennya sendiri bertindak menolak Umno yang dianggapnya sebagai lemah, katanya.

... selanjutnya.

Siti Hasmah pun keluar UMNO

malaysiakini - [...] Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali - yang bernombor keahlian '2' dalam Umno - menurut jejak langkah suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari parti itu.

siti hasmah 01Pengumuman itu dibuat dalam lamanweb Dr Mahathir - www.chedet.com - pada jam 10.11 malam tadi.

Semalam, Dr Mahathir - ahli Umno seumur hidup dan bernombor keahlian 1 - mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam lamanweb tersebut, mantan perdana menteri berkata "saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan."

Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Abdullah yang juga presiden Umno dan perdana menteri, meletak jawatan.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.... selanjutnya.

Keluar Umno, misi Mahathir gagal jika Mukriz tidak ikut sama - Mahfuz

harakahdaily - [...] "Tetapi persoalannya kini, misi Tun Mahathir tidak akan sampai ke mana-mana dan gagal jika anaknya, Dato' Mukriz tidak bertindak keluar parti.

"Orang akan kata, ini signal kepada kelompok yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertindak keluar parti, tetapi orang akan melihat bahawa jika Mukriz tidak bertindak mengikuti jejak ayahnya ia satu usaha yang gagal," kata Mahfuz yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, Sanusi dan Mukriz adalah antara individu yang cukup kuat duduk di belakang Tun Mahathir sejak dua tahun lalu apabila bekas Perdana Menteri itu mula mengkritik Perdana Menteri.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan Mahathir mengumumkan keluar Umno, Mahfuz berkata, isu tersebut jangan hanya dilihat sebagai masalah Umno, sebaliknya ia adalah masalah pentadbiran negara.

Ujarnya, krisis kepimpinan negara yang parah hari ini menyebabkan negarawan seperti Tun Mahathir akan melakukan tindakan luar biasa semata-mata untuk membersihkan kepimpinan negara.

Meskipun ketika Mahathir memerintah 22 tahun lalu, beliau turut dikaitkan dengan masalah pentadbiran, namun kata Mahfuz kini Mahathir sendiri telah melihat betapa pentingnya masalah itu diperbaiki. ... selanjutnya.

300 di Kedah ikuti Dr M keluar Umno

harakahdaily - Kira-kira 300 orang ahli Umno Cawangan Jalan Badlishah di Merbok keluar beramai-ramai dari parti itu untuk bersama-sama dengan bekas presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar dari parti itu semalam.

Ketua cawangan tersebut, Mej (B) Anuar Abdul Hamid memberitahu The Star, ahli-ahli Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan tersebut juga keluar dari Umno.

Kira-kira 100 ahli cawangan itu menghadiri majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" yang diadakan di sebuah hotel di Alor Star semalam di mana Dr Mahathir tiba-tiba mengumumkan keputusannya keluar dari Umno (Video).

Mereka yakin ahli-ahli Umno dari cawangan lain juga akan mengambil tindakan yang sama.

Anuar memberitahu, mereka tidak akan menganggotai mana-mana parti dan akan menyertai Umno semula apabila Presiden parti itu kini, Datuk Seri Abdullah Badawi berundur.

Di Kubang Pasu, beberapa ketua cawangan memberitahu, mereka merancang untuk memulaukan mesyuarat agung parti itu.

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid pula mengumumkan beliau "sudah lama" keluar parti itu. ... selanjutnya.

Siapa peduli Mahathir keluar UMNO?

survival perjuangan - [...] Mantan PM ni sibuk sangat berpolitik kerana suara Pak Lah tidak selaras dengannya. Atau kerana anak yang selalu DEDIKASI tersilap melaung hendak bertarung? Atau kerana dulu terpaksa bersara kerana tersilap cakap dan terperangkap dengan Fidah yang potong cakap hendak bersara? Kini rasa menyesal hendak patah balik semula?

Apapun mamak bendahara ini yang berdarah keling (bahasa orang utara yang hanya bermaksud keturunan india muslim@mamak) katanya cuma dua tiga sudu (seperti yang dicatitkan dalam surat kepada TUNKU yang membandingkan dirinya dengan TUNKU yang ada sedikit campuran berdarah siam) wajar dinilai jasa dan khidmat baktinya kepada negara yang adakalanya penuh kontroversi. Antaranya!

1. Isu Ibrahim Libya.
2. UMNO berpecah dua (UMNO Baharu dan Semangat 46)
3. Isu Kekebalan dan kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu.
4 Isu Pasaran Matawang
5. Isu Almaunah.
6. Isu dan pemecatan Anwar Ibrahim.
7. Isu janggut Nabi Muhammad S.A.W
8. Isu pemecatan Mufti Selangor Dato Ishak Baharom
9 Isu DEB, Halim Saad (RENONG), Tajudin Ramli (MAS dan Naluri)
10 Isu MISC.
11 isu ISA
12. Isu klip video Linggam (KEHAKIMAN)
dan banyak lagi kalau hendak direkodkan jasa dan khidmat bakti mantan PM ini.
Dari slot buletin TV3jam 8 Malam 19.5.08 semasa mengumumkan keluar dari UMNO, jelas difahami Mahathir bagaikan terkilan. Ditanya pula apakah tindakkannya itu akibat dari arahan kerajaan untuk membuat tindakkan lanjut berkaitan isu VIDEO KLIP LINGGAM. Jawapannya jika saya didapati salah masuk penjaralah!!!!!....
... selanjutnya.

Reaksi Tok Guru Lambang Kebijaksanaan Ulama

bulanpenuh2012 - Saya cukup gembira melihat kejernihan wajah Tok Guru Nik Aziz di kaca TV malam tadi. Beliau ditemubual pemberita berkenaan tindakan Mahathir keluar Umno. Rasanya adalah dalam 15 saat. Lokasinya seakan di ruang tamu sebuah rumah kampung (rumah Tok Guru lar kot!).

Kejernihan yang terpancar dari wuduk yang sempurna, dilengkapi perwatakan dan akhlak yang unggul, disantuni melalui lidah yang membawa ayat-ayat al-Qur'an dan hadis nabi s.a.w ke mana-mana kakinya melangkah.

Terubat rindu yang terbuku di hati tatkala melihat senyum yang terpancar dari wajahnya. Rasanya ingin kembali ke masa-masa remaja di tahun-tahun 1990-an di mana banyak masa dipenuhi dengan pengisian kuliah, ceramah, khutbah dan tazkirah yang disampaikannya.

Kerinduan ini membuat mata terpaku ke kaca TV. Namun setiap bicaranya tetap menelusuri ruang hati yang sentiasa merindui beliau. Alangkah bahagianya sahabat-sahabat dan saudara-mara di Kelantan yang bernaung di bawah pemerintahan pewaris nabi ini!... selanjutnya.

Tentang Mahathir .... de' blog

Tajuk tajuk menarik lagi ...... tentang Mahathir keluar parti.

The UMNO curse strikes, AGAIN
Mahatir Resignation from UMNO part 2
Dr M bikin UMNO Terbaru?
Creator of UMNO (baru) calls it quits !
Sudah Laaaaaa……
Dr M Is Quitting, Is It True? Or Just A Game?
What Others Think
Ku Li tells 1000-strong crowd he is going for top post after ...
DR MAHATHIR KELUAR UMNO "KALI KEDUA"
Tun Mahathir quits UMNO: Not a huge suprise?
Kenapa Mahathir Keluar Umno?
Tun Dr. Mahathir Keluar UMNO, Pak Lah terus jadi Tunggul Kayu
Kata Blogger tentang berita Tun Mahathir keluar UMNO
Beranikah Ahli UMNO Ambil RisikoIkuti Jejak Tun Mahathir Mohamad?
Ramai pemimpin UMNO sedia ikut langkah Mahathir
AKHIRNYA MAHATHIR MEMECAT DIRINYA SENDIRI DARI UMNO
PENGAMPU NO 1 UMNO MINTA DR M TARIK BALIK KEPUTUSAN KELUAR UMNO
Mahathir dan Lim Kit Siang
Tun Mahathir Keluar UMNO,Untung Atau Rugi?
Mahathir Quits UMNO - Event at 9.20pm
Benarkah Dr.M Duri Dlm Daging dlm UMNO??
Current hot issues :: RE: GEMPAK: 16 AHLI UMNO SABAH HENDAK LOMPAT ...
MAHATHIR BUAT 'FILEM' LAGI
Too much drama!!! Why Tun...Why?!?!
CERITA DI SEBALIK TABIR d STARCITY HOTEL
HAHAHAHAHA....DOA ORANG TERANIAYA SUDAH MAKBUL!
WoW, Dr M, the mother of all sedition and even treason?

Apa Anwar kata?

anwaribrahimblog

Keluar Umno
Maka lengkaplah sudah urutan Presiden Umno yang meninggalkan parti dari era Dato’ Onn Jaafar hingga Tun Dr. Mahathir

Alasan terkini adalah demi bangsa Melayu, tetapi jika PM Abdullah berundur, beliau akan menyertai Umno semula.

Arakian tambah berkecamuklah Umno. Pemimpin saling berebut dan bercakaran dan rakyat tidak terbela.

Kepada rakan dan taulan, tingkatlah amal, pastikan Parti mantap, program utuh dan agenda membela rakyat terlaksana.

Politik bukan arena sepak terajang tetapi wadah perjuangan!

ANWAR IBRAHIM

Mukhriz…'ku dipersimpangan dilema'



agendodaily - Datuk Mukhriz Mahathir jarang mengelak dari para wartawan yang hendak mendapatkan komen mengenai isu politik.Sebaliknya sepanjang petang hingga ke malam Isnin Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun ini tiba-tiba jadi sukar dihubungi oleh para wartawan.Ada yang hanya berpeluang setakat bercakap dengan pembantu khasnya saja.Sebabnya tidak lain tidak bukan ialah berita gempar bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad buat pengumuman di majlis dialog bersama Himpunan Melayu Kedah di Alor Star beliau keluar UMNO pada waktu tengahari.Wartawan Agendadaily agak bernasib baik kerana kebetulan beliau sendiri menjawab telefon bimbitnya ketika ia berdering pada waktu petang.Itupun suaranya kedengaran amat keberatan sekali untuk menyentuh bab itu Akhirnya Mukhriz hanya bersetuju untuk dipetik sebagai berkata buat masa ini beliau enggan memberi sebarang ulasan mengenai tindakan Dr Mahathir umum keluar UMNO."Sekarang ini saya sedang berfikir,"katanya.... selanjutnya.

Isyarat kuat – UMNO bergolak

umnoreform - Adakah ini tanda-tanda besar kiamat buat UMNO? Adakah UMNO sudah sampai pada waktunya lantas akan turun dari takhta politik tanah air? Dr Mahathir pengasas UMNO Baru sudah melepaskan keahliannya dan akan hanya kembali pada UMNO setelah Pak Lah meletakkan jawatannya.

Kenapa dan apakah sebab langkah itu di buat oleh Dr Mahathir? Persoalan ini akan menimbulkan seribu satu persoalan lain tanpa ada satu jawapan yang konklusif. Apa yang boleh diulas mengenai perlepasan keahlian itu adalah tindakan drastik Dr Mahathir untuk Pak Lah melepaskan jawatan. Spekulasi akan timbul dan mungkin inilah yang Dr Mahathir mahukan. Spekulasi mengenai kestabilan UMNO kala ini.

Kalau dengan melepaskan keahlian maka Dr Mahathir berharap kedudukan Pak Lah akan tergugat sehingga dia mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri maka umno-reform.com percaya Mahathir lebih mengetahui. Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya sekarang dan tidak akan tunduk pada desakan biar UMNO diletakan dalam amaran Tsunami peringkat tertinggi. Namun sekiranya berduyun ahli UMNO bertindak untuk melepaskan keahlian dan jawatan maka keadaan itu membungakan kedudukan kritikal buat UMNO.

UMNO akan bergolak. Itu adalah impak perlepasan keahlian oleh Dr Mahathir. Keadaan itu akan meletakkan UMNO dalam keadaan yang terdesak dan ini akan memberi peluang untuk barisan pembangkang muncul untuk menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional yang semakin lemah. Adakah ini impak yang dimahukan? ... selanjutnya.

Anwar bertanding di Gombak?

matsamankati - Cerita Mahathir letak jawatan masih panas, macam pisang goreng baru diangkat. Bagi orang Pas, ramai yang gembira malah ada yang menawarkan Mahathir masuk Pas. Bagi orang PKR, ramai juga yang gembira tapi ramai yang mengharapkan Mahathir masuk lokap.

Ada yang kata, "yang sudah tu sudah la, forgive and forget". Tapi bagi aku, I can forgive but I'll never forget. Jikalau setiap kesalahan itu boleh diampuni dengan kata maaf, mengapa Tuhan mencipta syurga dan neraka? Biarpun Tuhan itu Maha pengampun, tapi yang salah tetap perlu mendapat pembalasannya.

Aku bukan nak cerita pasai Mahathir. Mampuih pi la. Berani buat berani tanggung.... selanjutnya.

SB dalam PKR

matsamankati - [...] Bukan aku sorang saja yang tertunggu-tunggu tentang isu 'lompat', ramai lagi yang tertanya-tanya. Jadi ke?

Semalam ada program PKR di Manjung, dan aku pun cuba nak korek sikit sebab ada ramai top leader yang datang. Tapi bila aku sampai, aku tengok, program tu program tertutup. Untuk kepimpinan saja. Jadi, walaupun ada beberapa member yang ajak aku masuk, tapi aku cakap tak bagus la. Lunch time nanti aku datang balik, kot-kot boleh jumpa Mustaffa Kamil, Lee Boon Chye.

Sedang aku relax kat lobby, aku nampak sorang SB sedang berlegar dikalangan ahli-ahli PKR yang nak bermesyuarat. Dia ni dulu SB Kuala Kangsar. Masa kempen dulu, dia yang dok rakam muka aku tapi lepas pilihanraya, dia hilang. Tup-tup nampak muka dia kat Manjung.

Dia datang kat aku dan menghulurkan tangan, "Salammelekom yob,ingat lagi ke? dia tanya aku.... selanjutnya.

PM Abdullah in danger as Mahathir quits party

sun2surf - [...] "It's like pulling another brick out of the crumbling wall," said Tricia Yeoh, director of the Centre for Public Policy Studies. "Once Mahathir resigns, some others will too."

If UMNO lawmakers quit the party and declare themselves independents, meaning no party commands a clear majority in parliament, it will send Malaysia into the political wilderness.

Umno, the backbone of the 14-party BN that has ruled since independence from Britain in 1957, holds 79 of BN's 140 seats.

The opposition, led by former deputy premier and Mahathir's foe, Datuk Seri Anwar Ibrahim, needs to gain just 30 seats to win a simple majority and form the government.

"Mahathir's resignation highlighted the precarious political situation in Malaysia and could be negative to the ringgit currency," markets consultancy 4CAST said in a commentary.

Research house Informa Global Markets (IGM) said the resignation was more likely to undermine Abdullah's hold on the party rather than remove a thorn from the premier's flesh.

But it added: "It is too early to determine if it will split the party, and thereby weaken Umno further, which already is facing prospect of defections."... selanjutnya.

PAS bertepuk gembira bila Dr M diumumkan keluar Umno

Siasah - [...] Pengumuman keluarnya bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir dari parti itu disambut tepukan gemuruh dan laungan takbir oleh lebih 1,000 pemimpin PAS semua peringkat di negeri Selangor jam 1.30 tengahari tadi.

Pengumuman secara sepintas lalu dibuat oleh pengerusi forum sempena Ijtimak PAS Selangor yang diadakan di Dewan Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor dekat sini.

“Saya terima mesej, berita TV mengumumkan keluarnya Tun Dr Mahathir dari Umno sekejap tadi,” kata Cikgu Radzi, pengerusi forum itu.... selanjutnya.

"Tolong jangan hina bekas PM kita semua"



Hisamuddin Rais

klpos - TIBA-TIBA saya menerima satu panggilan telefon dari Pulau Pinang. Si pemanggil ialah Bakal Awek saya , seorang Minah cun yang bukan anak Mamak atau anak Mami.

Dia memberitahu yang dia baru pulang dari Kedah kerana menghadiri diri dalam satu perhimpunan United Malays National Oganisation yang bersunat dan bukan perhimpunan haram yang tidak bersembelih.

Bakal Awek saya ini telah mengkongfirmkan berita bahawa Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Malaysia kita semua telah ‘ terberak dalam seluar… opps .. telah meninggalkan parti United Malays National Organisation’.

(Bakal Awek saya ini adalah agen yang saya upah untuk mengekori ke mana sahaja bekas Perdana Menteri kita ini menjelajah).

Apabila berita itu saya terima maka saya ingin memberi ingatan kepada pembaca dan seluruh warga Malaysia: Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.... selanjutnya.

Mahathir keluar parti



Reaksi Menteri & Rakyat Selepas Mahathir Letak Jawatan

dan saksikan Hardtalk bersama Mahathir
BBC Hard Talk: Mahathir Mohd 1/3
BBC Hard Talk: Mahathir Mohd 2/3
BBC Hard Talk: Mahathir Mohd 3/3

Ibu negara dilanda gegaran


kosmo - Beberapa lokasi di ibu negara dan Melaka dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara pada pukul 10.26 malam tadi.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di sekitar Lembah Klang.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Yap Kok Seng berkata, gegaran yang berlaku di kawasan Pantai Barat Sumatera itu tidak menjejaskan Malaysia kerana saiz gegaran yang kecil, mengikut kajian jabatan itu.... selanjutnya.

Berita lain - Gempa bumi: KL, S'gor, Melaka bergegar

Kenyataan penuh Dr. Mahathir

buletinonline - [...] Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.... selanjutnya.

Askar AS jadikan al-Quran sasaran menembak

Utusmeloya - Parti Sunah Arab yang diketuai Naib Presiden Iraq, Tareq al-Hashemi menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang menjadikan sebuah naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak.

Perbuatan keji askar berkenaan turut dikutuk oleh Persatuan Ulama di Iraq yang menganggap tentera AS dan kerajaan Iraq sebagai sama-sama bertanggungjawab.

Parti pimpinan Tareq dalam kenyataannya hari ini menegaskan: "Parti Islam Iraq menuntut pentadbiran AS bertindak tegas terhadap perbuatan mencemarkan kesucian al-Quran itu dan turut menggesa kerajaan kami mengambil pendirian sewajarnya berhubung penghinaan yang melampau batas ini."

Belum ada kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan Perdana Menteri Nuri al-Maliki tetapi staf sarjan tentera AS yang melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah senaskhah al-Quran dan menulis kata-kata menghina di dalamnya telah pun diarah meninggalkan Iraq.... selanjutnya.

Rahman Palil kata Insentif RM1,000 ciplak Idea BN

Insentif RM1,000 ciplak idea BN
Utumeloya - [...] Pemberian insentif RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) oleh kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, bukan idea baru sebaliknya diciplak daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, pemberian insentif tersebut di bawah kerajaan BN pernah diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta diberikan kepada semua pelajar yang lahir dan bermastautin di negeri ini tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga.

Menurutnya, dulu LZS memberikan bantuan RM1,000 setahun sehingga pengajian pelajar berkenaan tamat bagi meringankan beban terutama keluarga yang mempunyai ramai anak, tidak termasuk peralatan pengajian seperti komputer.

"Hari ini sudahlah mereka (pakatan pembangkang) menciplak idea BN, malah nak dihadkan kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 ke bawah,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.... selanjutnya.

Tengku Razaleigh tetap bersama UMNO

utusmeloya - [...] “Saya ahli UMNO dan saya mahu melihat supaya kita dapat memperbetulkan parti ini. Saya tidak akan berundur sehingga tiada jalan keluar.

“Tetapi saya rasa ada lagi peluang untuk kita membaiki UMNO,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra anjuran Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Dr. Mahathir keluar daripada UMNO hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, Dr. Mahathir telah membuat keputusan tersebut dengan mengambil kira pelbagai faktor berdasarkan pengalaman dan keadaan semasa.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu mungkin membuat keputusan berkenaan ekoran kemarahan dan kekecewaannya terhadap pucuk pimpinan parti berkenaan.... selanjutnya.

Mi segera 'halal' berperisa babi


utusmeloya - [...] Jika anda meminati mi segera, berhati-hati ketika membeli makanan tersebut kerana ada yang tertera logo halal tetapi berperisa babi.

Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna, Amir Amin yang menghantar e-mel atas kesedaran supaya umat Islam tidak termakan mi segera keluaran Vietnam itu.

Amir memberitahu, hasrat dia dan isterinya menikmati keenakan mi segera dalam mangkuk yang dibeli di Woodland Centre, Singapura pada 4 Mei lalu terbantut apabila mendapati mi segera itu berperisa babi walaupun ada logo halal.

Atas rasa tanggungjawab supaya umat Islam tidak termakan mi berkenaan, Amir kemudian mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada pemilik kedai berkenaan.

"Saya turut difahamkan pekedai tersebut mengambil keputusan menghentikan penjualan mi berkenaan.

"Bagaimanapun, saya bimbang seandainya mi ini telah berada di pasaran negara kita memandangkan jarak antara Johor dengan Singapura bukanlah jauh,'' kata warga Johor ini.

Justeru, dia berharap orang ramai lebih peka dan mengambil langkah berhati-hati dengan barang yang dibeli walaupun terdapat logo halal.... selanjutnya.

Rujuk juga - Halal tetapi ada perisa babi

Posting terkini

Blog Archive