KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 20, 2008

Reaksi Tok Guru Lambang Kebijaksanaan Ulama

bulanpenuh2012 - Saya cukup gembira melihat kejernihan wajah Tok Guru Nik Aziz di kaca TV malam tadi. Beliau ditemubual pemberita berkenaan tindakan Mahathir keluar Umno. Rasanya adalah dalam 15 saat. Lokasinya seakan di ruang tamu sebuah rumah kampung (rumah Tok Guru lar kot!).

Kejernihan yang terpancar dari wuduk yang sempurna, dilengkapi perwatakan dan akhlak yang unggul, disantuni melalui lidah yang membawa ayat-ayat al-Qur'an dan hadis nabi s.a.w ke mana-mana kakinya melangkah.

Terubat rindu yang terbuku di hati tatkala melihat senyum yang terpancar dari wajahnya. Rasanya ingin kembali ke masa-masa remaja di tahun-tahun 1990-an di mana banyak masa dipenuhi dengan pengisian kuliah, ceramah, khutbah dan tazkirah yang disampaikannya.

Kerinduan ini membuat mata terpaku ke kaca TV. Namun setiap bicaranya tetap menelusuri ruang hati yang sentiasa merindui beliau. Alangkah bahagianya sahabat-sahabat dan saudara-mara di Kelantan yang bernaung di bawah pemerintahan pewaris nabi ini!... selanjutnya.

2 comments:

Anonymous said...

jangan cepat teruja ... setakat janggut, berserban, khutbah, jubah dll paraphernelia keagamaan.

cuba kaji latarbelakang pendidikan orang tersebut. dari mana air diteguk, di situ sel-sel mulai tumbuh. begitu jugalah worldview dan aqidah orang tu.

Transformer - more than meets the eye !

Anonymous said...

Transformer..sebelum ko komen ape2 n suruh org lain kaji, patut ko dulu kaji dulu latarbelakang TG Nik Aziz ni...
kita bukan bukan puji sbb janggutnya,serbannya..tp akhlaknya..
itulah pewaris nabi..

Posting terkini

Blog Archive