harakahdaily - [...] "UMMI ... tadi Suhaib dah doa supaya Mahathir dan SB semua kena langgar lori, mata keluar dan mati cepat ...," tiba-tiba Suhaib bersuara dalam kegelapan awal subuh, dalam perjalanan ke Taiping.
Saya yang sedang memandu ketika itu hanya menoleh sekejap ke kiri, sekadar memastikan anak saya itu tidak bercakap seorang diri.
"Kenapa doa macam tu? Ummi tak pernah ajar pun ...?" Sengaja saya meneka, sedangkan dalam hati sama setuju dengan kata-kata Suhaib.
"Ye lah ... polis Mahathir ambik abah malam-malam, dah lama sangat Suhaib tunggu, tak balik-balik. Suhaib susah hati lah tak ada abah ...," kata-kata itu diucapkan beberapa bulan selepas abahnya di bawa ke Kem Tahanan (Kemta)Kamunting, Taipng.
Pada masa itu, umur Suhaib lapan tahun lebih. Siapa kata saya tak sedih dengar kata-kata Suhaib yang masih kecil ketika itu.
Tiba di Kemta, sewaktu berjumpa abahnya, dia sebut lagi tentang doanya itu. Tetapi, terperanjat kami berdua dengan jawapan abah Suhaib.
"Tak payah doa macam itu. Kita doa supaya Allah saja yang balas setiap perbuatan mereka itu. Kita tak boleh fikir, apakah balasan yang Allah nak beri pada mereka tu nanti ..." kata abah Suhaib, yang membuatkan kami terdiam. ... selanjutnya.
May 23, 2008
Anak doakan Polis di langgar lori
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rais sifatkan keputusan ICJ sebagai kemenangan bersama
Utusmeloya - Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura dan Terumbu Karang Tengah milik Malaysia, sebagai satu kemenangan bersama.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah di the Hague, Belanda, Rais berkata, walaupun kedaulatan Pulau Batu Puteh berpihak kepada republik itu, namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia.
“Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak...pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran dan hal lain berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Puteh.... selanjutnya.
No2umnO - Kemenangan bersama? Sedap kan hati?... Haprak punya menteri.
Labels: Belit Rais Yatim
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
PKR + UMNO = Kerajaan Baru Malaysia
tranungkite - [...] Dia bermati-matian mengatakan yg DSAI akan join UMNO tapi dalam mekanism yg berbeza iaitu UMNO mesti berada dibawah pentadbirannya... Dulu mungkin agak mustahil, tapi dalam keadaan UMNO sekarang di tempat tercorot yg dahagakan sokongan,tak mustahil perkara itu berlaku...( UMNO semakin terhakis kuasanya & PKR pula dalam saat pengukuhan kuasa... sama2 memerlukan antara satu sama lain)
Juga dikhabarkan bahawa Pak Lah lebih rela memberikan kerusi panas Perdana Menteri kepada DSAI daripada Najib yg terlalu kurang daya inteleknya,kurang pengetahuan agamanya dan yg paling pasti Najib adalah diantara manusia yg terlalu takutkan bini...maka jika najib menjadi PM, siapa pemerintah sebenarnya??? Najib atau Rosmah??? Kalau najib jadi PM, maka setiap keramaian, pastinya akan ada acara karaoke yg mana menjadi acara kegemaran Rosmah botox itu.....(Eh...bukan botox la...kulit muka rosmah tegang & berseri2 sebab dia selalu ambik air sembahyang 5 waktu & selalu bangun malam bertahajjud la... jangan bersangka buruk tentang Rosmah...Kalau puji Rosmah,senang sikit nak dapat projek...hehehehe...)
DSAI lebih prefer bergabung dengan UMNO kerana darah UMNO telah mengalir lama didalam tubuh badan kaum utama dan terbesar di Malaysia iaitu Melayu & PKR sebenarnya sudah cukup untuk mewakili 3 kaum terbesar iaitu UMNO,MCA & MIC...Pada masa tesebut, parti komponen BN tadi mungkin akan hilang arah & demi untuk mengekalkan kuasa dan survival hidup, maka mereka terpaksa patuh sahaja kepada penggabungan tersebut atau ahli2 mereka akan masuk PKR.Ini kerana kalau mereka terus menjadi pembangkang pun, mungkin mereka akan akan jadi pembangkang yang lemah.
Setelah DSAI memerintah negara,maka dalam masa 10 tahun akan datang dan sebelum DSAI melepaskan jawatannya,DSAI akan secara perlahan2 meletakkan UMNO ditempatnya semula & pastinya kaum melayu akan memerintah negara ini semula.Ini kerana jika PKR masih menjadi majoriti pentadbir negara,kekacauan susun atur pemerintahan mengikut kaum agak sukar untuk dilaksanakan tanpa kelibat DSAI...Ketuanan rakyat yg dicanangkan oleh DSAI sebelum ini hanyalah sebagai talian hayat politiknya sahaja...Rakyat itu sebenarnya masih lagi terbahagi kepada 3 kaum utama iaitu Melayu,Cina & India. Jadi apa yg berbeza???Cuma approach nya sahaja yg bebeza.Mana mungkin DSAI dapat menafikan hak melayu seperti yg termaktub didalam perlembagaan malaysia.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
THIS IS THE DBKL GOON
zorro unmasked - But this officer, AZLAN ABDULLAH disregarded the directive and sent out the wrecking crew. His immediate supervisor, one Mahadi was informed by email and sms about this 14 days stay of action. He claimed that he never read his sms for 5 days. This is quite incredible.
Two police reports have been lodged against an officer of DBKL, En Azlan bin Abdullah, at the Balai Polis Wangsa Maju this afternoon for 1) the continuing criminal demolition of private property; and 2) his criminal abuse of power and defiance of order from his superior to stop acting outside of his duties.... selanjutnya.
Labels: Belit DBKL
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sheesh, they still don’t seem to get it
malaysiatoday - [...] Since 8 March 2008, Umno has been holding rallies, seminars and conventions all over Malaysia. I personally attended some of them and even brought my Indian and Chinese friends along so that they could witness for themselves what is being said at these events.
The Malays have lost political power. The Malay states have fallen into Chinese hands. It was a big mistake giving citizenship to the Indians and Chinese back in 1957. The Indians and Chinese are ungrateful and no longer support the government. This happened once before in 1969 and Umno ‘solved it’ by triggering the May 13 race riots. Kuala Lumpur was kicked out of Selangor and turned into the federal capital so that Selangor can remain a Malay state even if Kuala Lumpur falls into Chinese hands. Umno created Shah Alam as a ‘Malay city’ so that the Chinese and Indian population in the state can be ‘diluted’ whereby the Malays can retain power in Selangor.
I watched the faces of the Indians and Chinese in the assembly as they shook their heads in disbelief that the Umno Malays would utter statements that are not only provoking, downright racist, but a breach of Malaysia’s infamous Sedition Act as well. Of course, no police officer made a police report, as what happened in my case, and no computers were confiscated nor was anyone charged for sedition. But this is not because they were not seditious. It is because those who uttered these seditious statements are Umno Malays and Umno Malays are above the law.
Yes, Umno is suffering from an acute case of Acquired Intense Denial Syndrome. They somehow believe that the Malays have lost political power. The fact that this time around there are 121 Malay Members of Parliament as opposed to only 120 in 2004 seems to have escaped them. And the fact that the Malays voted for the Indians and Chinese even though they contested under the DAP banner, plus the fact that Barisan Nasional is in power because of the Indians, Chinese, Kadazans, Dayaks, Ibans, etc., also seems to have escaped them.... selanjutnya.
Labels: Belit UMNO, Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Klang MIC Chairman's Police Report against Samy Velu, and son Vel pari
Labels: Belit samy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Batu puteh: Tergadainya maruah
Batu putih pun dah tergadai.
Sikit lagi Wilayah Iskandar pula buat hal.
Tak payah cerita tentang hak ...
Buat aku gatal tekak
Bisa muntah keluar kahak
Related news fr bloggers
Pulau Batu Puteh - Singapore Has Sovereignty Says ICJ
Pulau Batu Puteh belongs to Singapore
ICJ: Batu Puteh belongs to Singapore
Batu Putih - Malaysia putih mata..........
We lost the Pulau Batu Putih judgement!
Ibrahim Ali said 50-year old women no longer fun (tersilap paste ... hehehe)
is PULAU BATU PUTEH belongs to us to begin with?
PULAU BATU PUTEH MILIK SINGAPURA
Pulau Batu Puteh Terlepas ke Singapura.
Batu Puteh, Malaysia Hilang Kedaulatan
Malaysia berputih mata di Batu Putih
Cawangan Israel ada kat bawah Semenanjung
Labels: Belit BN, UMNO Yahudi
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Mukhriz tak layak bertanding Ketua Pemuda: anggota Exco Pemuda Umno
detikdaily - Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir tidak layak menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini kerana meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, kata anggota Exco Pemuda Umno Md Jais Sarday.
"Umno tidak perlukan ahli politik yang bersifat pembangkang terutama kepada pucuk pimpinan parti," katanya.
Jais, yang juga Pengerusi Biro Latihan Pemuda Umno berkata bahawa pada masa ini semua anggota Umno perlu menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan parti dan bukannya bercakap mengenai jawatan.
Labels: Mukhriz
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Karpal buat laporan polis kenyataan Dr M mengenai hakim lobi jawatan
Bharian - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai ada hakim yang melobi kepadanya untuk pelbagai jawatan kerana perbuatan itu melanggar undang-undang.
"Tun sendiri boleh dikenakan tindakan undang-undang menurut Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana tidak membuat laporan polis atas tindakan hakim yang melobi beliau untuk jawatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini.
Pada 17 Mei lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa semasa menerajui kerajaan, memang ada hakim yang melobi untuk pelbagai jawatan, namun beliau tidak dipengaruhi oleh sesiapa dalam pelantikan hakim itu
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pulau Puteh milik Singapura
malaysiakini - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan diisytiharkan milik Malaysia.
RTM telah menyiarkan secara langsung pengumuman penghakiman tersebut dari Hague mulai jam 4 petang ini.
Penghakiman tersebut diumumkan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh. Beliau mengambil masa hampir dua jam untuk membaca keputusan tersebut.
Pulau Batu Puteh, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.
Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura.
Bagi Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak
kepada Malaysia.
Labels: batu puteh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Adun BN habiskan 90.1% peruntukan dalam masa dua bulan - MB
harakahdaily - Setiap wakil rakyat kerajaan BN Selangor diberi peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 untuk kawasan masing-masing, namun apa yang menghairankan angka perbelanjaan setiap Dun menunjukkan jumlah yang sama.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikaikan jumlah perbelanjaan setiap wakil rakyat BN, di antara RM492,800 dan RM529,800.Beliau turut menyebut 54 Dun telah menggunakan peruntukan tahunan itu dalam tempoh yang singkat sebelum Mac 2008.
Menurut Khalid, di antara Dun yang membelanjakan sehingga RM529,800 ia ialah, Sri Setia, Kota Anggerik, Seri Andalas, Sementa, Sabak, dan Sungai Panjang.
Tambahnya, Dun yang membelanjakan sebanyak RM492,800 pula antaranya ialah Subang Jaya, Pelabuhan Kelang, Batu Caves, Pandan Maran, Seri Pinang, Lembah Jaya, Dusun Tua, Sepang, Dengkil, Ulu Selangor, Ulu Bernam, dan Sekinchan.Katanya, Seri Kembangan, Serdang, Gombak Setia, Hulu Kelang, Taman Templer, Gombak, Kajang, Bangi, Chempaka, Hulu Langat, Bukit Antarabangsa, adalah antara yang telah membelanjakan kesemua peruntukan itu.
"Saya pun hairan, mengapa angka-angka peruntukan ini sama," celahnya semasa menjawab soalan yang dikemukakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sesi soal jawab pagi tadi.
Khalid juga memberitahu, jumlah keseluruhan peruntukan yang dibelanjakan oleh wakil rakyat BN itu kira-kira RM26.6 juta dan bakinya sehingga akhir Mac 2008 sebanyak RM2juta."Dari segi peratusan, sebanyak 90.16 peratus daripada peruntukan telah dibelanjakan," katanya.
Bagaimanapun, Khalid turut mempertikaikan Speaker Dewan Undangan Negeri yang bukan Adun telah membelanjakan RM600,000.Justeru, beliau berkata, perkara itu harus dibincangkan di bawah Jawatankuasa Terpilih Akauntabiliti supaya dapat belajar bersama-sama bagaimana kegunaan wang itu dibelanjakan.
"Kita kena ambil serius tentang saranan Tuanku Sultan yang meminta kita berbelanja secara hemat dan berjimat demi masa depan rakyat Selangor," katanya.
Labels: Belit BN, Negeri Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nine NS trainees at Agro Resort Camp down with food poisoning
NST - Nine National Service trainees at the Agro Resort National Service Camp in Setiu came down with food poisoning after having their breakfast yesterday. State director of Health, Dr Nordiyanah Hassan said four of them have been warded in Setiu Hospital yesterday afternoon while the rest were given treatment at the camp.
... selanjutnya.
Labels: PLKN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Siasat penyelewengan dan rasuah juga janji manifesto Pakatan Rakyat
harakahdaily - Sambil menyifatkan janji-janji dalam manifesto pakatan pembangkang semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 sebagai 'permainan politik', beliau dilapor menjelaskan bahawa manifesto bukanlah satu akta atau undang-undang yang boleh membawa kepada implikasi undang-undang.
"Oleh itu, tiada apa yang boleh dilakukan oleh Suhakam termasuk membawa perkara ini ke mahkamah kerana manifesto ialah kempen parti-parti politik dalam menghadapi sesuatu pilihan raya," katanya kepada Utusan Malaysia.
Adnan diminta mengulas desakan segelintir pihak yang mahu Suhakam berbuat sesuatu terhadap pakatan pembangkang yang didakwa "sering mengubah manifesto mereka selepas menguasai beberapa negeri termasuk Selangor dalam pilihan raya umum" 8 Mac lalu.
Bagaimanapun Hamdan mengingatkan bahawa bukan hanya pakatan pembangkang sahaja yang tampil dengan manifesto pada pilihan raya umum yang lalu, sebaliknya kerajaan Pusat (atau lebih tepatnya BN) turut tampil dengan manifesto mereka.
... selanjutnya.
Labels: Pakatan Rakyat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ramai ahli UMNO hipokrit – Rafidah
utusmeloya - [...] ``Hakikatnya tidak ada sesiapa yang berani cakap perkara yang menyakitkan hati ketua mereka. Ada yang berani tegur malangnya kalau ketua mereka sakit hati, terimalah padahnya, tapi yang pentingnya, perlu ikhlas dalam perjuangan.
``Ketua pun kenalah terima teguran anak buah dan anggap itu teguran membina. Dua-dua pihak sepatutnya lebih terbuka. Tapi cara tegur tu kenalah betul,” katanya.
Menyentuh isu peralihan kuasa, Rafidah berpendapat ahli UMNO tidak wajar terlalu mendesak dan seharusnya menyerahkan soal bila ia akan berlaku kepada pertimbangan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
``Kita janganlah nak letak banyak sangat syarat, biar orang nombor satu parti dan nombor dua berunding sebaik mungkin, mereka faham apa yang perlu dilakukan.
``Kalau sememangnya ada peralihan kuasa, biar mereka yang tentukan. Itu yang sebaiknya untuk parti, bukan baik untuk individu,” katanya... selanjutnya.
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ketua PKR Perak yang baru
matsamankati - [...] Dua hari sudah, ada member kontraktor dari Kuala Kangsar bagi tau., dia sumbang 500 ringgit kat Pakatan Rakyat Kuala Kangsar. Aku bagi tau kat dia, Pakatan Rakyat Perak pun belum terbentuk, macam mana kat Kuala Kangsar dah ada? Dah siap kutip derma pulak tu!
Perkara macam ni la yang boleh merosakkan PR Perak. Dan oleh kerana Ketua lama agak lembab sikit, maka Anwar tak ada pilihan, melainkan melantik Ketua yang baru, Hj. Ismail Yusop. (gambar)
Nak kata baru pun tak baru. Tahun 2006 dulu(kalau tak silap aku) , dia dilantik jadi Ketua PKR Perak. Tak sampai setahun jadi ketua, dia masuk hospital pasai sakit jantung, sekitar August atau September tahun lalu dan Ustaz Zul memangku jawatan Ketua sehinggalah pilihanraya 2008. Keluar hospital, Cek Mail go slow sikit. Dia jadi Pengarah Pilihanraya PKR Perak. Dalam dok sakit-sakit pun, dia pulun jugak. Buat kerja siang malam sedangkan dia sendiri tak bertanding.
Terima kasih kepada Anwar sebab mengambil tindakan yang wajar. PKR Perak memerlukan kepimpinan yang lebih aktif dan dinamik. Bukan nak kondem yang lama, tapi nak bagi ingat yang baru. Kalau lembek jugak, siap hang.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati, PKR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mana lebih penting Mahathir keluar Umno atau Ezam masuk Umno?
msomelayu - [...]
Labels: Belit Mahathir, Ezam, UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mampukah Ezam banteras rasuah dalam Umno?
Harakahdaily - [...] Ezam sangat dikenali ketika era reformasi kerana kegarangannya menentang dan mendedahkan pelbagai salah laku pemimpin Umno dari kes Mahathir hingga kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Dato' Seri Rafidah Aziz hingga beliau terpenjara dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Ezam sendiri pernah bergelut dengan satu lagi akta yang cukup menjadi seteru kepadanya iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membuatkan beliau dan enam sahabatnya, Tian Chua (ahli Parlimen Batu), Hishamuddin Rais, Lokman Noor Adam, Ghani Haroon, N.Gobalakrishnan (kini ahli Parlimen Padang Serai) dan Saari Sungip (Adun Hulu Kelang) terpenjara lebih dua tahun tanpa perbicaraan.
Paling mengimbau kenangan, Ezam sendiri selepas keluar dari penjara bingkas membuat beberapa laporan ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ahli keluarganya melalui NGO yang ditubuhkannya, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak).
Kemudian, Gerak juga adalah pertubuhan yang mendedahkan kes membabitkan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Seri Zulkifli Mohd Noor yang menggemparkan negara.
Kes itu antara lain didakwa ada kaitan dengan beberapa pemimpin kerajaan antaranya bermula pada pemerintahan Tun Dr Mahathir hingga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan ke jawatan itu.
Selain itu Zukifli juga dikaitkan dengan kes salah laku dan penyelewengan selain mendiamkan beberapa laporkan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan anak menantu Perdana Menteri. ... selanjutnya.
Labels: Ezam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Komplot jahat '3 Tan Sri' lacurkan demokrasi
Harakahdaily - [...] Kemudian, hendak dijadikan satu sandiwara yang menarik, maka Pengerusi SPR membatalkan penggunaan dakwat itu empat hari sebelum hari mengundi kerana dua sebab. Pertama kerana keselamatan negara dan kedua kerana Perlembagaan Persekutuan. Soal keselamatan negara ini ditimbulkan kerana terdapat satu unsur sabotaj yang dilakukan oleh beberapa pihak untuk menimbulkan keraguan di kalangan ejen-ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu. Ketua Polis Negara pula mengatakan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap empat kes yang melibatkan empat individu yang berlainan. Dua kes berlaku di Perlis, dan yang lainnya berlaku di Kelantan dan Kedah.
Pengerusi SPR dan Peguam Negara juga mendakwa bahawa penggunaan dakwat ini bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Barulah mereka sedar bahawa mengundi adalah hak asasi bagi seseorang pemilih yang telah berdaftar. Jawapan yang mudah dari mulut Pengerusi SPR adalah 'overlooked'! Maka kalau betul-betul ingin melaksanakannya ahli-ahli Parlimen perlu pinda perlembagaan.
Ini yang menarik untuk diperhalusi. Pertamanya, ucapan yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri danlam Parlimen 14hb Mei yang lalu. Beliau berkata, "sebanyak tiga laporan polis diterima dan tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511, Kanun Keseksaan". Hasil siasatan polis tiada sebarang tangkapan dibuat dan Peguam Negara mengarahkan untuk menutup kes. Beliau juga tidak mempunyai nama siapakah yang membuat laporan polis tersebut. Jika benar sepertimana yang didakwa kenapa dengan mudah SPR dan KPN membatalkan kaedah ini tanpa penyiasatan yang rapi dan tiada sebarang tangkapan reman yang dibuat dan tidak ada langsung pendedahan mereka yang ditangkap dan sebagainya. Kalau benarlah ia satu tindakan yang boleh menghuru-harakan negara, kenapa tak ditangkap dan dihumban sahaja dalam ISA. Sedangkan ramai lagi di dalam ISA ditangkap kerana didapati terlibat dengan JI dan DI tidak dibicarakan dan meskipun tahanan sendiri mengaku bahawa mereka tidak terlibat! Apatah lagi sebarang bukti pun tidak ada! ... selanjutnya.
Labels: Belit Gani, Belit Polis, Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Penyu Menangis Pun Mahathir Tahu
kickdefella - [...]
Apakah strategi Mahathir?
Mahathir tahu dan faham benar sejarah UMNO. UMNO yang ada sekarang adalah UMNO ciptaannya. Mahathir tahu seruannya supaya ahli-ahli UMNO keluar sementara dari UMNO tidak akan dapat menumbangkan UMNO. UMNO telah dibuktikan sejarah tidak tumbang akibat ahli-ahli keluar parti dengan majoriti ahli UMNO berakar umbi dari perjuangan Melayu yang setia kepada pemerintah. Tradisi UMNO terus berpegang kepada sumpah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Mahathir juga tahu tradisi UMNO jelas dibuktikan sejarah bahawa jawatan tertinggi UMNO tidak pernah dimenangi menerusi pertandingan sebaliknya menerusi satu peralihan kuasa dengan pengunduran Presiden. Feudalisme di dalam UMNO masih kukuh, kuasa diserahkan secara bulat dan bukan dirampas menerusi undian.
Mahathir hari ini juga terus membuktikan bahawa tradisi UMNO kekal, dengan bekas Presidennya hidup di luar UMNO dan sejarah tidak menafikan kesemua bekas Presiden UMNO menghembuskan nafas terakhirnya diluar UMNO.
Sejarah juga membuktikan bahawa bekas Presiden UMNO akan lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang secara langsung atau tidak langsung setelah tiada lagi didalam tampuk kuasa UMNO.... selanjutnya.
Labels: Belit Mahathir, kickdefella
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
India blames World Bank, IMF for food and fuel crisis
NST - Firmly rejecting the contention that rising consumption in developing nations was responsible for the soaring food and fuel prices, India has blamed the policies of World Bank and IMF and
“excessive and unsustainable” demand in developed countries for the crisis.
“This consumption trend has existed for more than a decade,” said Indian UN Ambassador Nirupam Sen, pointing out that over last two years, the demand for oil has gone up one per cent but prices in dollar terms have risen by 90 per cent.
Addressing a special meeting of the United Nations Economic and Social Council to consider the issue of rising food prices, he held financial crisis leading to weakening dollar and diversion of grains to production of bio-fuels among the major causes.
Sen also blamed the policies followed by the Bretton Woods Institutions (B.W.I.) responsible and severely criticised their advice to countries to shift from food crops for domestic population to cash crops for exports.
... selanjutnya.
Labels: Berita luar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dr Hassan Ali Sediakan Senarai Baru Pegawai Pentadbir Masjid
bernama - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali berkata beliau telah menyediakan senarai nama dan pegawai pentadbir masjid yang baru di negeri ini.
"Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menyiapkan senarai ini sebelum mendapat perkenan Sultan," katanya ketika menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Menjawab soalan Abdul Rani yang ingin tahu apakah asas-asas yang digunakan bagi melantik anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor, Dr Hassan berkata pegawai dan pentadbir masjid yang bakal dilantik itu adalah di kalangan mereka yang mengutamakan integriti, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
Semua pegawai dan pentadbir masjid yang akan dilantik itu akan dihantar mengikuti program Pembangunan Insan bagi memastikan mereka menjalankan tugas dengan perasaan takut kepada Allah, katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewujudkan e-khutbah sesuai dengan era baru kerajaan Pakatan Rakyat.
"Cara penyampaian khutbah hari ini membuatkan jemaah tertidur sedangkan khutbah sepatutnya menjadi corong ilmu, corong pembangunan ummah dan membangkitkan semangat jihad," katanya.... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pengamal Media Perlu Berubah, Kata MB Perak
bernama - Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata para pengamal media di Perak hendaklah memastikan cara penyampaian laporan mereka selari dengan perubahan iklim politik pasca pilihan raya umum lepas agar mereka terus relevan di hati masyarakat.
Beliau berkata para pengamal media yang tidak rela berubah sejajar dengan perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat dan masih meneruskan pemikiran tradisional untuk mencari kesalahan pihak lain akhirnya akan dipinggirkan oleh masyarakat yang telah berubah.
"Akhbar-akhbar yang tidak rela menukar jenis-jenis analisis mereka, yang masih lagi membuat 'monotonous reporting' (laporan membosankan)... 'one way reporting' (laporan sehala)... dengan niat yang tak berapa nak sihat, lambat laun mereka akan disisihkan.
"Oleh kerana apa... oleh kerana masyarakat akan mencari sumber-sumber maklumat yang bertepatan dan bersesuaian dengan era pemikiran hari ini," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Bersama Media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.
Beliau berkata umur dan hayat media adalah bermusim dan sejarah telah membuktikan banyak media terkenal di seluruh dunia dan sangat dihormati serta mempunyai jumlah pembaca yang tinggi akhirnya berkubur kerana enggan mengikuti arus perubahan politik yang berlaku.
Menurut Mohammad Nizar media yang enggan berlandaskan kepada kebenaran dan elemen keadilan di dalam laporan mereka juga tidak akan bertahan lama dan akhirnya akan turut dipinggirkan oleh masyarakat yang sentiasa dahagakan kebenaran.
Beliau menyarankan pengamal media di Perak membuat laporan yang benar dan melayani maklumat itu secara adil supaya ia bersesuaian dengan naluri manusia yang berkehendakkan kebenaran.
Mohammad Nizar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Perak bersikap terbuka, mesra media dan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada media di sini supaya suara kerajaan negeri dapat didengari dan disampaikan kepada rakyat negeri ini.
Lebih 50 wartawan dan jurugambar media yang berpangkalan di Ipoh menghadiri majlis jamuan itu.
Labels: Belit media, IR Nizar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Siasatan Peguam Negara
anwaribrahimblog
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail diberi amanah menyusuli siasatan kes video Lingam. Agaknya apa kesudahannya nanti?
Kini berbangkit semula isu penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dalam kes pembatalan dakwat hitam. Tan Sri Rashid dan jemaah menteri saling menuding. Sekali lagi peguam negara menyiasat?
Walhasil melepaslah lagi!
ANWAR IBRAHIM
Baca rujukan lain
BPR tidak siasat enam individu laporan klip video Lingam
Labels: Anwar Ibrahim, Belit SPR, VK Lingam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Khir Toyo tiba tiba jadi perihatin
Selepas 8 tahun menjadi MB Selangor, Khir toyo kononnya cuba mengkritik. Kelakar jugak jawa sekor ni apabila apa yang dikritik, ada kena mengena dengan pemerintahan dia sebelum ini. Kononya perihatin la tu ...
Rujuk
"Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Yang Berhomat Sungai Panjang (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) hanyalah satu tuduhan. Saya telah melantik seorang peguam dan akan bawa perkara ini ke mahkamah," katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah oleh ADUN Sri Serdang Datuk Mohamad Satim Diman.
Terdahulu, ketika sesi perbahasan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa kerajaan negeri yang baru gagal melaksanakan penguatkuasaan apabila pusat hiburan dibuka hingga lewat pagi dan bahan lucah seperti video dijual secara terbuka.
Tambahnya, keadaan bertambah buruk apabila salah seorang anggota mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Ronie Liu pula didakwa menghalang tugas-tugas polis daripada menutup sebuah pusat pelacuran di Subang Jaya.
"Perbuatan ini perlu diambil perhatian kerana boleh menjejaskan imej kerajaan negeri. Beliau menjaga pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya tidak bertindak begini," katanya.
Dr Mohamad Khir berkata perlakuan maksiat tanpa kawalan dan pemerhatian kerajaan negeri boleh memberi kesan negatif kepada orang ramai khususnya masyarakat Islam.
MStar
Labels: Sidang DUN
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
SURAT LAYANG BURUKKAN DS ANWAR DI DALAM DEWAN PARLIMEN
Harakah - Dewan Rakyat gamat seketika apabila N Gobalakrishnan (KeADILan-Padang Serai) menarik perhatian sidang dengan sepucuk surat layang yang ditemui di dalam loker beliau di bilik loker ahli parlimen.
Surat yang ditemui itu mengandungi teks yang bertujuan untuk memburuk-burukkan mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Bagaimana surat fitnah Dato' Seri Anwar boleh masuk ke loker ahli Dewan dengan sewenang-wenangnya? Kalau surat ini mengandungi bom, sudah tentu ia mengancam keselamatan diri dan nyawa semua orang di dalam bangunan ini?" katanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz memberikan maklum balas dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi merupakan implikasi sikap sebilangan ahli parlimen yang gemar menjemput sesiapa sahaja masuk ke bangunan ini sehingga menjadikan parlimen terlalu terbuka.
"Inilah masalahnya bila parlimen terlalu terbuka, apatah lagi ada yang suka membawa tetamu mereka masuk ke bangunan ini sesuka hati," katanya sambil disahut sorakan parlimen di sebelah Pakatan Rakyat.
Pada akhirnya, Nazri memberi jaminan untuk mengambi tindakan lanjut dengan meletakkan pegawai di depan bilik loker ahli parlimen serta merekodkan kesemua penghantar surat menyurat.
Nazri menjawab soalan tersebut pada sesi penggulungan ucapan titah diraja bagi menjelaskan isu Badan Pencegah Rasuah.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
HARGA BERAS MACAM SIAL
Semalam aku gi membeli belah barangan dapur. Barangan naik harga usah cerita la. Semua nak naik. Kalau dulu RM200 boleh belanja untuk setengah bulan tapi sekarang seciput je. Menyampah pun ada. Di dalam semua barangan mahal mahal, gaji masih macam itu lagi. Bayang kan mereka mereka yang bergaji rendah, beranak ramai. Pening dibuatnye.
Ku belek beras .... tersirap rasanya darah. Dulu beras yang aku selalu beli cuma RM26.00 untuk 10 kilo sekarang sudah naik sampai RM31.00.
Dalam hati menyumpah. Bukan tak tau tektik naik harga barang yang selalu kena pada rakyat. Tapi macam dah tak boleh buat apa apa. Bila barangan kurang di pasaran, dia katalah bencana itu dan bencana ini. Perang itu, perang ini. Banjir situ banjir sana dan banyak lah alasan bodoh diorang. Ambil kesempatan dengan keadaan dunia. Lepas tu bila keadaan menjadi pulih, barangan yang mahal, tidak pulak turun harga.
Kalau tak tipu, tak boleh ke kaya? Bila timbul isu lain, isu beras pun terus lenyap. Harga pun dah naik, rakyat pun terpaksa lah beli....Yang untung pemborong termasuk BERNAS. Sapa lah mangkuk mangkuk dalam sana?
Orang kata ada hari antara hari sial, tapi pada aku semua hari pun baik baik. yang sial adalah orang orangnya.
Ada persatuan pengguna pun tak peka, ada menteri tak boleh pakai, ada kerajaan pula tak boleh harap.
Labels: Naik Harga
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Anwar factor lurking on the sidelines says Tun Dr Mahathir
theSTar - FORMER Umno member Tun Dr Mahathir Mohamad continues to be defiant against the party leader in this interview in Tokyo. He reminds Umno of the "Anwar factor" lurking on the sidelines.
Q: After your announcement, there is no mass defection of Umno members? Are you disappointed that there is no "tsunami" of Umno members leaving the party?
A: I think it will take time for them to think because to leave the party is a very serious thing, they have been attached to the party for so long. Unless you get rid of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, at the next election I am sure and I have not been too wrong in my predication, Umnno, Barisan Nasional, MCA, MIC Gerakan will be finished. They will be totally irrelevant.
Q: When you say time, how much time do they need to leave the party? Your announcement came before the branch and division meetings start? Is that the deadline you are hoping to see
... selanjutnya.Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Water tariffs in Klang Valley to go up by 37pc
NST - With the increase, water will cost RM1.90 per cubic metre, up from RM1.39. The rise will take effect on Jan 1.
This news was revealed in the state assembly yesterday by Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), who said the increase was allowed in the concessionaire agreement between Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) and the state government.
He said assemblymen only knew about this when they were given a briefing by Syabas officials several weeks ago.
Ng said, according to the agreement, the state would have to pay compensation to Syabas if it did not approve the price hike. Consumers pay 57 sen for the first 20 cubic metres, RM1.03 for the next 15 cubic metres and RM2 for each cubic metre after that.When met outside later, Ng said he was not sure how the price mechanism for consumers would work.
He urged the state government to review the concessionaire agreement and also questioned if there existed elements of fraud, corruption and abuse of power by anyone when the agreement was signed.... selanjutnya.
Labels: Air Percuma
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Crime scene was Sirul's hunting ground
NST - Corporal Sirul Azhar Umar had previously gone hunting in the area where Altantuya Shaariibu was murdered.
He said only people familiar with the place would know the area.
Tonny said this yesterday under cross-examination by counsel Datuk Hazman Ahmad, who is representing another murder accused, Chief Inspector Azilah Hadri.
The statement came as a shock to those present at the High Court, especially Sirul's counsel, Kamarul Hisham Kamaruddin, who objected to it, claiming it was prejudicial to his client.... selanjutnya.
Labels: Altantuya
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar vs Mahathir lagi .....
radenjowoPeristiwa Penting
2002 - Mahathir letak jawatan sebagai PMAku kecilkan skop ... peperangan kuasa antara 2 orang penting di dalam negara. Selepas itu, jalinan politik, berkembang dan berjalinan ke bawah membentuk beberapa puak pula. Tapi yang penting .... pokok cerita, perbalahan antara 2 gajah putih yang menggemparkan seluruh binatang di dalam hutan. Baru jerit sedikit, anjing, kerbau, seladang, angsa dan ular bertempiran lari menyelamatkan diri.
2003 - Ahmad Badawi menjadi Perdana menteri
2004 - Anwar bebas dari Kemunting
2005 - Gerak di tubuhkan
2006 - Gerak jalan kan operasinya
2008 - Pakatan rakyat menang PRU 12
2008 - Mahathir keluar parti
2008 - Ezam masuk parti
Ntah aku ni sedikit degil orangnya. Masih dengan fikiran lama. Bukan tak mahu maju tapi aku rasa ada yang tak kena. Orang tanya kenapa, Mahathir berbalah dengan Pak Lah. AKu akan kata ada sangkut paut dengan dendam dan arahan. Dendam kerana tidak ikut kan perintah. Ku suruh sepenggal, kau buat dua penggal. Ku suruh tahan, kau lepaskan.
Pak Lah dikatakan mungkir janji. Itu kata Mahathir dan kerana alasan itu, maka Mahathir terus menghentam Pak Lah sehinggalah beliau meninggalkan parti. Pada ku alasannya di pesongkan kepada Jambatan Kembar dan macam macam lagi. Itu alasan dan takkan nak cerita betul betul. Tapi Anwar bebas setelah Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan hubungan antara Pak Lah dan Anwar melalui Khairy sudah berdesing sejak awal lagi. Dikaitkan pula dengan penghantaran Passport untuk Anwar ke luar negeri sejurus selepas Anwar dibebaskan dulu.
Akibat di cabar atau kecewa, Mahathir meninggalkan UMNO untuk kali keduanya pada 19/5/2008 yang lepas. Merujuk kepada sokongan Pak Lah yang kian berkurangan, kita beranggapan bahawa anggota UMNO akan turut meninggalkan beliau, tapi kenyataan ini meleset. Pemimpin tertinggi antaranya yang bercakap sekarang, masih berada di dalam kerana info dari luar sana menyatakan bahawa ada 'orang luar' akan sertai UMNO. Orang itu adalah Ezam.
Maka Tengku, Mukhriz dan beberapa orang kuat UMNO akan terus berada di dalam. Alasan tak diberi, tapi mereka pastinya menanti untuk pemilihan.
Selepas Ezam bersama Keadilan, beliau menubuhkan GERAK ... di dalam usaha membongkar Rasuah dan penyelewengan di dalam Kerajaan. Kenapa? Itu mungkin dia yang cipta atau ada pihak yang mahu ianya dicipta. Penubuhan Gerak yang bukan dari latarbelakang politik tetapi NGO memberikan tentangan tambahan kepada kerajaan BN. Kalau dulu hanya Keadilan, sekarang Keadilan dan Gerak.
Tapi baik keadilan mahupun Gerak .... motif nya tetap sama .... asak kerajaan.
Biar pun orang kata Anwar dan Ezam berpecah, pada aku senang je. Anwar kekal sebagai idola Ezam dan kerana itu Ezam seperti telah di ubah bahasa dan loghat untuk terus berbicara dengan melodi dan liang lentuk Anwar Ibrahim. Lebih mudah nak jelaskan adalah, Ezam adalah klon Anwar. Cuma bangsanya berbeza, antara Oghang Utagha dan Jawa.
Ezam orang nya 'loyal' pada satu. Pendiriannya tidak berubah dan tindakannya berpandu kepada arahan. Itu yang aku nampak di dalam diri Ezam.
Anwar bebas, Ezam keluar menubuhkan Gerak dan sekarang bakal bersama UMNO atas jemputan Khairy. Itu kata desas desus. Untuk selamatkan Pak lah .... bagi meneruskan percaturan yang asal.
Kalau Ezam, menyertai UMNO, ada beberapa orang yang tersangat bimbang, yakni Mahathir yang sudah diluar dan Najib yang bakal menjadi Perdana menteri. Tengku dan Mukhriz sekarang tunggu arahan. Apa kat mukhriz [ 'I will continue to fight from inside']. Selain dari itu .... yang lain tak payah nak bimbang sebab boleh ubah selaju putaran jam dan arah mengikut arah serta kelajuan angin.
Kalau Ezam selepas ini mengutuk Anwar, itu biasa. Seperti Anwar kutuk pak Lah. Tak banyak berbanding kutukan terhadap Najib dan Mahathir. Berlakun di dalam politik adalah resipi biasa. Kalau tak di letak ajinomoto, masakan tidak enak, tapi kalau tak der ajinomoto, orang makan jugak. Cuma pemikiran kita dididik untuk terima Ajinomoto sebagai resepi yang 'mesti' berada di dalam masakan.
Adalah mudah untuk mempunyai seseorang di dalam dari menyerang dari luar. Kau beri aku info, kita bertindak. Kau arah aku buat dan kalau digabungkan kedua dua faktor ini, sudah cukup kuat.
Politik umpama permainan catur. Kau tolak 'Kuda', aku tolak 'castle'. Kau tolak 'bishop' aku tolak 'kuda'. Sorong tarik, tarik sorong dan akhirnya seserang akan angkat tangan mengaku kalah. Cuma masa menentukan. Kesilapan langkah, akan menghentikan peperangan.
Orang di bawah tak tahu....dia main sokong membabi buta. Diatas sana sedang menggengam kepala King dan Queen untuk meneruskan langkah seterusnya.
Susahnya nak fahamkan bahasa aku ni, tapi korang olah lah sebaik mungkin agar di terima kepala otak masing masing. Mana mana ada politik dan menulis di dalam keadaan tergesa gesa kerana isteri nak ajak gi pasar. Kena ikut kerana aku pun ada politik juga, Politik suami isteri .........
Labels: Radenjowo
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Berhati-hati beli ikan di pasar
isuhangat - Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnya pada semua umat Islam.) Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air
batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura.
Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak
pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu? ... selanjutnya.
Labels: Pengumuman
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Penduduk tidak disoal siasat
utusmeloya - Pegawai penyiasat kes bunuh Altantuya Shaariibuu mengakui tidak menyoal siasat penduduk kampung berdekatan, pekerja di Empangan Tasik Subang, pemilik warung dan pemilik tanah (kawasan pembunuhan) berhubung bunyi, gegaran atau cahaya letupan di tempat kejadian di Puncak Alam pada malam mangsa dilaporkan hilang 19 Oktober 2006.
Asisten Superintendan Tonny Anak Lunggan, ketika memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini semalam, mengakui tidak mengambil keterangan semua individu berkenaan walaupun mereka berada satu kilometer dari tempat kejadian.
Saksi ke-75 pendakwaan itu turut mengakui hanya meminta anggotanya merakamkan percakapan beramaran daripada dua anggota polis bantuan yang bertugas syif malam di pondok polis di simpang jalan masuk berhampiran tempat kejadian.... selanjutnya.
No2umnO - Kalau dah tahu Manchester U menang dalam game lepas.....nak tengok pun tak der mood.
Labels: Altantuya
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Lebih 1,000 setinggan, cuma sebuah yang dirobohkan?
SULAIMAN (kiri) bersama ahli keluarga melihat rumahnya yang dirobohkan pihak berkuasa kelmarin di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang semalam.
Kosmo - “Lebih 1,000 rumah setinggan di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang ini, mengapa hanya rumah saya seorang yang dirobohkan?”
Itulah persoalan yang ‘menghantui’ Sulaiman Hashim, 48, dan lapan ahli keluarganya yang sedih dan kecewa.
Katanya, rumah yang baru dibina berdekatan rumah lamanya lebih sebulan lalu di kawasan berkenaan dirobohkan pihak berkuasa kelmarin.
Sulaiman yang mengusahakan warung secara kecil-kecilan berkata, rumah yang dibina dengan kos lebih RM25,000 itu dirobohkan setelah notis selama sebulan untuk mengosongkan rumah itu tamat kelmarin.... selanjutnya.
No2umnO - Macam politik je.
Labels: Masalah rakyat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
AWAS .... Wang RM100 Palsu
kosmo - Awas! jika anda berurusan dengan seseorang menggunakan wang kertas RM100, anda perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan wang tersebut palsu.
Menyamai wang tulen hampir 90 peratus, penggunaan wang palsu tersebut dikatakan semakin bebas digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Micheal Chong memberitahu, sehingga bulan ini sebanyak empat kes telah dilaporkan melibatkan penipuan licik ini.
... selanjutnya.
Labels: kosmo, Pengumuman
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Hukuman tidak hadir PLKN diubah
kosmo - Individu yang gagal menghadirkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh dikenakan tindakan menjalankan khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman denda dan penjara, apabila cadangan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 diluluskan.
Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat (semalam), bertujuan membenarkan mahkamah memerintahkan seseorang pesalah untuk melaksanakan khidmat masyarakat dan bukannya denda atau dipenjara sebagai suatu bentuk hukuman kerana tidak menghadiri latihan khidmat negara. ... selanjutnya.
No2umno - Suka kau la labu ......
Labels: PLKN
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
MB Perak mahu Sains, Matematik dalam BM
Utusmeloya - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, pelajar-pelajar di negara maju seperti China, Korea, Jepun, Jerman dan Perancis yang belajar dalam bahasa ibunda lebih cemerlang dalam kedua-dua subjek itu berbanding negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.
''Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu (BM) pada asalnya, pun banyak melahirkan siswazah dari universiti yang hari ini banyak menduduki institusi-institusi profesional seperti jurutera, doktor dan angkasawan.
''Kalau tidak mengajar (Sains dan Matematik) dalam bahasa ibunda, baik bahasa Mandarin, Tamil dan Melayu, ia bertentangan dengan Akta Pendidikan, Akta Bahasa Kebangsaan dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.
Mohammad Nizar berkata, kerajaan pakatan pembangkang tidak menafi dan memperkecilkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi bukannya melalui pengajaran Sains dan Matematik.
Sebaliknya, kata beliau, ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan pengajaran subjek bahasa Inggeris dan kesusasteraan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah lagi bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.... selanjutnya.
No2umno - Kalau Matematik dalam Bahasa malaysia, tak boleh pulak nak gi Bulan....
Labels: Sains dan matematik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mampat buat laporan polis
Utusmeloya - [...] Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka tentang kehilangan wang royalti petroleum Terengganu di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Terengganu di sini hari ini.
Laporan tersebut dibuat oleh Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah kira-kira pukul 11 pagi ini.
Dalam laporan polis itu, Mohamad Fauzi merujuk laporan akhbar yang memetik kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa beliau tidak mengetahui jumlah sebenar wang yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.
Idris hanya menyatakan bahawa wang yang diterima oleh Terengganu ketika itu hanya berjumlah RM1.3 bilion setahun.
Bagaimanapun, menurut Mohamad Fauzi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz mendedahkan pada Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, bahawa jumlah itu adalah RM7.3 bilion... selanjutnya.
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Macam macam cara nak popular
Banyak kaedah nak jadi popular Antaranya Akademi Al Quran, Akademi Fantasia, masuk sukan renang, bantu golongan miskin dan macam macam lagi. Kepada yang tak berkebolehan dalam semua itu .... boleh cuba yang ini,
Graduan UiTM lapor pula kepada Suhakam
Kecewa selepas polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap dua laporannya sebelum ini, Mohd. Shaik Rosli hari ini membuat laporan pula kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap kerajaan negeri Selangor.
Seperti dakwaan sebelumnya, graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bertindak demikian selepas mendapati kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, gagal menunaikan janji manifesto pakatan parti-parti itu pada pilihan raya umum lalu.
Laporan tersebut diserahkan kepada Pegawai Bahagian Aduan Siasatan Suhakam, Azizi Azmi di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.
Sebelum ini, Mohd. Shaik, 25, telah membuat dua laporan polis mendakwa kerajaan campuran di Selangor memungkiri janji berhubung penghapusan cukai pintu untuk rakyat negeri itu dan pemberian insentif RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
''Saya mahu manifesto pembangkang dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan supaya Menteri Besar Selangor mengotakan apa yang dijanjikannya kepada rakyat negeri ini,'' katanya.
Dia mengakui kecewa kerana polis tidak ada kuasa untuk bertindak terhadap kerajaan negeri berdasarkan dua laporan polis yang dibuat oleh pemuda itu.
''Saya mahu pakatan pembangkang yang tidak memenuhi janji mereka seperti yang terkandung di dalam manifesto dan disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) didakwa di bawah undang-undang jenayah,'' kata Mohd. Shaik. - Utusmeloya.
Labels: Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
BPR tidak siasat enam individu laporan klip video Lingam
Utusmeloya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak akan menyoal siasat enam individu berprofil tinggi yang disebut dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam.
Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mereka tidak disoal siasat kerana siasatan pihaknya kini lebih tertumpu kepada usaha untuk mencari maklumat tambahan.
Menurut beliau, tumpuan BPR adalah untuk menyelesaikan siasatan kes Lingam yang tertangguh sewaktu Suruhanjaya Siasatan Diraja menjalankan siasatan ke atas kes tersebut.
''Enam individu tersebut tidak terbabit dalam siasatan BPR melainkan beberapa orang tertentu yang sudah dikenal pasti dalam kes Lingam dan Eusoff untuk memberi keterangan tambahan,'' katanya di sini hari ini.
Enam individu yang disebut-sebut dalam laporan tersebut ialah ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Lingam.
Abu Kassim berkata, BPR telah mengenal pasti beberapa orang lagi yang dikaitkan dalam klip video V. K. lingam dan akan dipanggil untuk mendapatkan maklumat tambahan.
''Siapa yang akan dipanggil sudah dikenal pasti dan mereka akan dipanggil dalam masa terdekat ini,'' katanya.... selanjutnya.
Labels: BELIT BPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DBKL playing politics and its action unreasonable, inhumane!
weechookeong - The photographs above show the inhumane attitude of the officers of Jabatan Perancang and Jabatan Penguatkuasaan of DBKL. DBKL took drastic actions against the hawkers at Taman Desa Setapak. I would like to thank one of the hawkers for sending these photographs to me.
I have seen notices from Jabatan Perancang pertaining to this matter and I knew that this matter had been outstanding for many years. I have seen a letter signed by the previous MP of Wangsa Maju (Datuk Yew Teong Look) asking for extension of time for him to resolve the matter. Unfortunately this matter was not resolved.... selanjutnya.
Labels: Belit DBKL
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Adnan Gadai Tanah Melayu
suarakeadilan - KeADILan membongkar sindiket menggadai tanah melayu di negeri Pahang membabitkan Menteri Besar negeri itu, Adnan Yaakob, dan pemimpin-pemimpin Umno negeri.
Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 17 Mei lalu mendedahkan pembabitan Adnan Yaakob menjual tanah-tanah orang kampung seluas 30,000 di mukim Ulit, daerah Maran kepada seorang towkey.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam ucapannya di Dewan Rakyat mengkritik keras skandal penjualan tersebut. Dianggarkan Adnan Yaakob menjual tanah orang Melayu kepada towkey itu pada RM600 juta ringgit.
“Adnan Yaakob telah memperdaya rakyat Melayu Pahang. Di kala rakyat Pahang sedang menghadapi pelbagai kesusahan, gelagat rakus dan gelojoh MB Pahang ini menjadikan rakyat, khususnya orang Melayu, tidak selamat di bawah Umno-BN,” tegas Fuziah.
Bukti salahlaku Adnan ini disebut dalam laporan Umno Bahagian Paya Besar kepada Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi pada 5 Mei lalu. Sehingga ke tarikh berita ini dibuat, Abdullah tidak mengumumkan sebarang siasatan dibuat keatas penjualan tanah orang Melayu ini.
Sementara itu juga, KeADILan berjaya memperoleh rekod Jabatan Tanah dan dokumen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuktikan salahguna kuasa Menteri Besar Pahang ini.
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments