kickdefella - [...]
Apakah strategi Mahathir?
Mahathir tahu dan faham benar sejarah UMNO. UMNO yang ada sekarang adalah UMNO ciptaannya. Mahathir tahu seruannya supaya ahli-ahli UMNO keluar sementara dari UMNO tidak akan dapat menumbangkan UMNO. UMNO telah dibuktikan sejarah tidak tumbang akibat ahli-ahli keluar parti dengan majoriti ahli UMNO berakar umbi dari perjuangan Melayu yang setia kepada pemerintah. Tradisi UMNO terus berpegang kepada sumpah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Mahathir juga tahu tradisi UMNO jelas dibuktikan sejarah bahawa jawatan tertinggi UMNO tidak pernah dimenangi menerusi pertandingan sebaliknya menerusi satu peralihan kuasa dengan pengunduran Presiden. Feudalisme di dalam UMNO masih kukuh, kuasa diserahkan secara bulat dan bukan dirampas menerusi undian.
Mahathir hari ini juga terus membuktikan bahawa tradisi UMNO kekal, dengan bekas Presidennya hidup di luar UMNO dan sejarah tidak menafikan kesemua bekas Presiden UMNO menghembuskan nafas terakhirnya diluar UMNO.
Sejarah juga membuktikan bahawa bekas Presiden UMNO akan lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang secara langsung atau tidak langsung setelah tiada lagi didalam tampuk kuasa UMNO.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment