KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 23, 2008

Mampukah Ezam banteras rasuah dalam Umno?

Harakahdaily - [...] Ezam sangat dikenali ketika era reformasi kerana kegarangannya menentang dan mendedahkan pelbagai salah laku pemimpin Umno dari kes Mahathir hingga kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Dato' Seri Rafidah Aziz hingga beliau terpenjara dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ezam sendiri pernah bergelut dengan satu lagi akta yang cukup menjadi seteru kepadanya iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membuatkan beliau dan enam sahabatnya, Tian Chua (ahli Parlimen Batu), Hishamuddin Rais, Lokman Noor Adam, Ghani Haroon, N.Gobalakrishnan (kini ahli Parlimen Padang Serai) dan Saari Sungip (Adun Hulu Kelang) terpenjara lebih dua tahun tanpa perbicaraan.

Paling mengimbau kenangan, Ezam sendiri selepas keluar dari penjara bingkas membuat beberapa laporan ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ahli keluarganya melalui NGO yang ditubuhkannya, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak).

Kemudian, Gerak juga adalah pertubuhan yang mendedahkan kes membabitkan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Seri Zulkifli Mohd Noor yang menggemparkan negara.

Kes itu antara lain didakwa ada kaitan dengan beberapa pemimpin kerajaan antaranya bermula pada pemerintahan Tun Dr Mahathir hingga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan ke jawatan itu.

Selain itu Zukifli juga dikaitkan dengan kes salah laku dan penyelewengan selain mendiamkan beberapa laporkan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan anak menantu Perdana Menteri. ... selanjutnya.

1 comments:

Putra IJ80 said...

Mungkin Ezam menghayati pengertian Khutbah,yg bermaksud jangan lah kamu berpecah belah,dan jika timbul perselisihan,hendak lah kamu kembali ke tali Allah.

Kita cuba berbaik sangka dgn Ezam di hari Jumaat yg mulia ini.

Posting terkini

Blog Archive