KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 23, 2008

SURAT LAYANG BURUKKAN DS ANWAR DI DALAM DEWAN PARLIMEN

Harakah - Dewan Rakyat gamat seketika apabila N Gobalakrishnan (KeADILan-Padang Serai) menarik perhatian sidang dengan sepucuk surat layang yang ditemui di dalam loker beliau di bilik loker ahli parlimen.

Surat yang ditemui itu mengandungi teks yang bertujuan untuk memburuk-burukkan mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Bagaimana surat fitnah Dato' Seri Anwar boleh masuk ke loker ahli Dewan dengan sewenang-wenangnya? Kalau surat ini mengandungi bom, sudah tentu ia mengancam keselamatan diri dan nyawa semua orang di dalam bangunan ini?" katanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz memberikan maklum balas dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi merupakan implikasi sikap sebilangan ahli parlimen yang gemar menjemput sesiapa sahaja masuk ke bangunan ini sehingga menjadikan parlimen terlalu terbuka.

"Inilah masalahnya bila parlimen terlalu terbuka, apatah lagi ada yang suka membawa tetamu mereka masuk ke bangunan ini sesuka hati," katanya sambil disahut sorakan parlimen di sebelah Pakatan Rakyat.

Pada akhirnya, Nazri memberi jaminan untuk mengambi tindakan lanjut dengan meletakkan pegawai di depan bilik loker ahli parlimen serta merekodkan kesemua penghantar surat menyurat.

Nazri menjawab soalan tersebut pada sesi penggulungan ucapan titah diraja bagi menjelaskan isu Badan Pencegah Rasuah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive