detikdaily - Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir tidak layak menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini kerana meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, kata anggota Exco Pemuda Umno Md Jais Sarday.
"Umno tidak perlukan ahli politik yang bersifat pembangkang terutama kepada pucuk pimpinan parti," katanya.
Jais, yang juga Pengerusi Biro Latihan Pemuda Umno berkata bahawa pada masa ini semua anggota Umno perlu menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan parti dan bukannya bercakap mengenai jawatan.
0 comments:
Post a Comment