KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 28, 2008

Position of PM’s special officers in government-linked firms criticised

malaysiatoday - [...] Saifuddin Nasution Ismail (PKR – Machang) questioned why the Prime Minister’s special officers and political secretaries should be appointed as board members of these companies when such posts could be given to government officers from ministries, whose activities were related to the agencies.

Citing Malaysia Resources Corp Bhd, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Malaysia Biotech Corp and Inno Bio Ventures Sdn Bhd as some of the companies which had the Prime Minister’s officials as directors, he said:

“They are there not because they are outstanding figures in the industry. They can influence the board’s decision and compromise the respective boards' decisions.

“This is an unhealthy practice which creates a conflict of interest and makes a mockery of the Government’s push for integrity,” he said when debating the Supplementary Supply Bill.
He also questioned how it was possible for the Terengganu Government to not know anything about projects being implemented in the state after they were approved by the Federal Government.

The projects, he said, seemed to “come down from the sky”, adding:

“The Federal Government should also explain the differences in oil revenues paid to the Federal Government and those that had been allocated for Terengganu.”... selanjutnya.

Polis Siasat Kekecohan Di Lebuh Raya Grand Saga

cheras mahkota fru assault on car sequence 280508Baca tajuk memang hebat tapi baca seterusnya .....

bernama - [...] Mohd Sakaruddin berkata ekoran kejadian tersebut, polis akan meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) kesal di atas kejadian yang menimpa jurugambar Utusan Malaysia, Roy Azis Abdul Aziz, 20, yang cedera dipukul ketika membuat liputan kejadian tersebut.

"Perbuatan samseng itu hanya menggambarkan betapa rendahnya semangat keprihatinan dan kesedaran mereka terhadap peranan media untuk menyalurkan maklumat semasa kepada rakyat dan kerajaan mengenai masalah yang dihadapi," kata Setiausaha Agung NUJM, Hong Boon How.

Beliau berharap polis menjalankan siasatan rapi terhadap kejadian yang tidak bertanggungjawab itu.

Roy Azis dilaporkan cedera akibat dipukul sekumpulan lelaki seramai antara 15 hingga 20 orang ketika beliau sedang mengambil gambar kekecohan itu pada 7.20 petang itu.

Mereka turut merampas dan memecahkan kamera miliknya.... selanjutnya.

Bagaimana dengan mangsa yang yang dicederakan oleh FRU? Tak pun keluar berita ...... Rujuk berita sebelum ini ....BMC: Polis belasah remaja

Peruntukan RM16 billion 'nyaris' dibatalkan, ahli parlimen BN kelam kabut

harakahdaily - [...] Situasi tersebut menimbulkan kebimbangan ahli parlimen BN yang kurang bilangannya di dalam dewan ketika itu jika dibandingkan dengan ahli parlimen Pakatan Rakyat, malah sejak pagi tadi kelihatan begitu banyak kerusi-kerusi ahli parlimen BN yang kosong.

Akibat daripada itu, loceng dibunyikan kira-kira lima minit bagi memastikan bilangan ahli parlimen cukup untuk membuat undi dan ketika itu kelihatan ahli Parlimen BN kelam kabut bergegas masuk ke dalam dewan.

Dalam suasana kelam kabut itu, beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat meminta Speaker menetap tempoh tamat untuk mengira undi.

"Sampai bila nak tunggu masuk. Sudah cukup tempohkah?" kata ahli parlimen Ipoh Barat dan tiada tindak balas daripada Speaker

Mahfuz (PAS-Pokok Sena) mencelah menyatakan siapa yang masuk untuk mengundi bermakna mereka mengundi untuk pembaziran manakala Azmin secara bersahaja meminta supaya undian dikira betul dan tepat supaya tidak ada 'undi hantu' berlaku dalam dewan yang mulia.

Nazri dilihat berdiri membilang ahli-ahli parlimen dan antara mereka yang keluar semula dari Dewan Rakyat bagi 'mencari' rakan-rakan mereka yang hilang.

Kejadian ini merupakan kali pertama berlaku pada sidang dewan kali ini dan tepat jam 11.50 pagi undian dibuat untuk menunggu kedatangan wakil BN ke dewan menyebabkan undian tersebut berpihak kepada BN yang bersetuju sebanyak 92 undi berbanding 60 undi tidak setuju dan 1 berkecuali. ... selanjutnya.

Perak diminta haramkan juga program berkonsep Islam Hadhari

Mstar - Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur (DPPIT) dan Dewan Pemuda PAS Pasir Salak (DPPPs) hari ini menyarankan agar kerajaan Perak mengikuti pendirian kerajaan Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan program berkonsepkan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun lepas.

Ketua DPPIT Salman Saleh dan Ketua DPPPS Zamarul Aini Abdul Malek berkata langkah itu perlu bagi mengembalikan ajaran Islam yang sebenar kerana Islam Hadhari amat menyalahi prinsip sebenar Islam yang sudah sempurna.

"Kami amat yakin bahawa Islam yang telah kita amalkan daripada dahulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup. Kami menyarankan supaya semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari," kata mereka dalam satu kenyataan bersama di sini, Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adatadat Melayu Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor mengharamkan sebarang pelaksanaan program berkonsepkan Islam Hadhari di negeri itu. ... selanjutnya.

berita berkaitan
Selangor Ban Islam Hadhari Program [marnanview]
The First Move? [alittlereminder]
Haramkan Penggunaan Istilah "Islam Hadhari" Bagi Pendekatan itu [sebolku]
Selangor dan Pulau Pinang Haramkan Hadhari .. Kenapa? [koleksiparlimen]
'PKR politikkan Islam Hadhari ?? [serkamvalley]
Tempelak Islam Hadhari [sujudterakhir]
Khir Toyo marah haramkan Islam Hadhari Pesuruhjaya PAS Selangor ... [roslansms]
Runtuhnya Islam Badawi [dhyzia6907-deddy]
Mencuci Selangor dari ajaran dan pendekatan sesat.. [stanceofmuslimah]
Orang salah, gelabah macam gitu [anticsofhussinlempoyang]

Scomi bekalkan bas baru untuk RapidKL

siasah - Hampir kesemua bas baru RapidKL dibekalkan oleh anak syarikat Scomi Berhad yang dipengerusikan oleh anak Perdana Menteri, Kamaludin Abdullah.

Begitu juga bas-bas baru RapidPenang, ia juga dibekalkan oleh anak syarikat Scomi itu.

Akhbar Utusan hari ini menyiarkan di muka depannya gambar lautan bas City Liner, Park May dan Intrakota yang memberikan khidmat kepada warga kota selama ini yang tersadai di depoh mereka.

Sebahagian besarnya dikatakan masih dalam keadaan baik tetapi tidak digunakan.

Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) membangkitkan perkara ini dalam Dewan Rakyat semalam.... selanjutnya.

Polls talk ploy to prevent defections: Guan Eng

sun2surf - [...] "That's why I think it is important that this is not used as a device because there's some talk that to prevent people from jumping over, they are using the threat of snap election to stop them from doing so," he said in a press conference after announcing a RM115.2 million investment by Honeywell Aerospace here.

"Is this a device? It looks like it to me. They are saying, if you jump over, we can have snap election and you will get defeated," he said.

"Is that the real message they are trying to send out?"

Lim also asked EC chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman to reveal the identity of the party who had told him that there was going to be a snap election.

"Has he been getting indications from the Cabinet or the prime minister?" he asked.

Lim said it is the government of the day which has the power to call for a snap election and not the EC.

"The EC only conducts elections. When the term is up, it has the power to decide but when the term is not up, it has no power to decide.... selanjutnya.

Ignoring Human Rights comes with a price

sun2surf - [...] Shan said in conjunction with the release of the 2008 report, governments like Malaysia should stop being in denial and apologise for its poor commitment in upholding human rights.

"The government has to stop using torture and ill-treatment and claim that it is as an acceptable practice for intelligence gathering," said Shan.

Most of them are alleged members of Islamist groups, including Jemmah Islamiah (JI), while others arrested under the Internal Security Act (ISA) includes the five leaders of the Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Attempts by the Opposition to get the current Parliament meeting to discuss the ISA were rejected by the Speaker and backbenchers.

Meanwhile, Norlaila Othman, the wife of ISA detainee Mat Sah Bin Mohammed Satray, said ministers need to pay a visit to Kamunting to truly have an understanding of the ordeal ISA detainees face.... selanjutnya.

People want credible info, doesn't matter from where

malaysianinsider - [...] I find it odd that the government would want to try to "engage" bloggers in cyberspace and in the end to divert resources to this effect.

To accuse the lack of savvy on the government’s part to shape public opinion online is short sighted and will likely end up being counterproductive.

There are many reasons people would think why websites and blogs are getting more popular day by day.

News portals such as The Malaysian Insider and Malaysiakini try to provide alternative news or even angles that are not presented by the mainstream media.

Personal websites or blogs such as Screenshots and Malaysia-Today gained mythical status and its writers turned celebrities because many believed that that have been unfairly roughed up by the authorities.

Others are already superheroes or supervilains in their own right, so when Tun Mahathir, KJ, Chua Soi Lek or Umno’s Mike Tyson blogs, its followers will mainly either regurgitate praises or spew out rabid criticisms. Constructive comments and honest suggestions are usually far and few in between.

But a glaring theme that spreads over all the above reasons why the New Media is popular simply boils down to the fact that the rakyat is crying for alternative points of view and they wish for someone to react, respond or even just to lend an ear to their raving rants and complaints.

The rakyat is sick of one-sided news in the mainstream media and is sick of dissenting voices being muzzled by unnecessary snipping in self-censorship by editors... selanjutnya.

Polis belasah remaja

cheras mahkota fru assault on car sequence 280508malaysiakini - Bagaimanapun, apa yang berlaku, Chang Jiun Haur berlumuran darah selepas dibelasah oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan cota dan ditendang.

chang jiun haur beaten up youth by fru police cheras mahkotaChang, 21, bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki, sedang memandu keluar dari tapak benteng tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam, apabila kereta yang mereka naiki dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, menyeleraikan pergaduhan membabitkan penduduk BMC.

Seorang pegawai tinggi yang berada di situ, mendakwa Chang melanggar seorang anggota FRU dengan keretanya.

Apabila diminta menunjukkan anggota yang kena langgar itu, pegawai berkenaan pada mulanya menghadapi kesukaran meminta anggota berkenaan tampil ke hadapan.

Anggota berkenaan yang nampak tidak apa-apa mendakwa: "Dia cuba langgar saya...lihat cota patah. Nak bukti apa lagi?"... selanjutnya.

berita berkaitan
Cheras Victim of Police Brutality? ~ During the ongoing Grand Saga ... [mikeyip]
Bandar Mahkota Havoc [iknowwhatuthink]
Bandar Mahkota Cheras : Road Opened & Closed ..... and now WALL UP ... [sgsiput]
Highway Consumers Ain't Stupid [chickenkiller]
Mahkota Cheras Saga Part Four! [rojaks]
WTF: Cheras victim of police brutality? [oiiseng]
Some fishy stories about Grand Saga??? [pakatanrakyat]
Grand Saga Highway Cheat!! [adrianlee]
Bandar Mahkota Cheras - Who is behind Grand Saga Sdn Bhd? [batu5blog]
The Great Wall of Cheras [vaoultofthought]
CHERAS BARRIER [willianjhwang]
Grand Saga, Penduduk bergaduh dengan samseng [lagiberita]
FRANCAS AT BANDAR MAHKOTA CHERAS [malaysiankool]
Grand Saga dan budaya ganster [gondrong]
Keganasan Syarikat Tol [untukmumalaysia]
BMC- Grand Saga Sdn Upah Samseng? [pemudabersih]

Batu Puteh: Pasukan Malaysia guna gambar palsu?

ILLUSION: The Malaysian photograph, taken with a telephoto lens, magnifies the height of the hill by seven times. -- ST GRAPHIC: MIKE DIZON
harakahdaily - Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) membangkitkan di Dewan Rakyat hari ini isu yang begitu hangat di dalam Internet yang mendedahkan apa yang dihebohkan sebagai kepalsuan gambar yang digunakan oleh pasukan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh.

Gambar tersebut menyebabkan kredibiliti pasukan Malaysia di ICJ itu dipertikaikan kerana dilaporkan sebagai gambar yang diplagiat malah dipalsukan (doctored) dari sebuah laman blog (rujuk berita The Straits Times Singapore bertajuk "Blog with disputed photo lifted Wiki content").

Wee menyifatkan apa yang berlaku itu bukan sahaja menghilangkan kredibiliti pasukan tersebut malah amat memalukan negara.

Sebelum itu, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau beliau difahamkan tentang usaha para diplomat Singapura yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan dokumen mengenai Pulau Batu Puteh.

Para diplomat Singapura juga, kata Ketua Pemuda PAS itu, telah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk mengupah pakar-pakar bagi tujuan itu.... selanjutnya.

Rujuk keratan berita tersebut: Blog with disputed photo lifted Wiki content

lain lain artikel berkaitan
Ahli Parlimen Johor membisu terhadap isu Pulau Batu Puteh di Parlimen [alzinki]
Pulau Batu Putih berjaya diambil oleh Singapura melalui undang ... [perantaukite]
Pulau Batu Putih [nanbinjai]
Hampa: Pulau Batu Putih [impakminda]
Terlepas lagi tanah kita (Pulau Batu Putih) ke tangan Yahudi [tintasalsabila]
7 Keturunan Abdullah Aku Sumpah Hidup Penuh Kesialan [kibardd]
malam semalam emak aku meluahkan rasa tak puas hatinya dengan kes [batuapi]

Zaid Mahu Mukhriz Dan Tajuddin Dikenakan Tindakan

bernama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meminta pucuk pimpinan Barisan Nasional mengambil tindakan terhadap dua penyokong kerajaan berhubung kenyataan mereka yang didakwanya menghina kerajaan.

Beliau berkata kritikan Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, dan Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, menjurus kepada menghina kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri berhubung pelantikannya sebagai menteri.

"Pelantikan saya dibuat oleh Perdana Menteri. Kalau PM nak siapa-siapa jadi menteri, itu keputusan dia. Apakah ini tidak menghina saya, kerajaan dan Perdana Menteri dengan mempertikai keputusan yang telah dibuat?.

"Saya tidak melarang untuk mengkritik kerajaan tapi biarlah kritikan itu membina bukannya menghina. Bukan kerja kita (dalam BN) nak suruh seseorang itu letak jawatan, itu kerja pembangkang. Dalam parti BN kerja kita menyokong kerana selagi PM ada jadi ketua kita, kita tak boleh suruh dia letak jawatan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Zaid berkata tindakan kedua-dua wakil rakyat BN itu mempertikaikan pelantikan beliau yang dibuat oleh Perdana Menteri bukan sahaja memalukan beliau selaku menteri tetapi juga memberi gambaran buruk kepada masyarakat.

Semalam, Tajuddin meminta Abdullah menilai semula pelantikan Zaid sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menyifatkan tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka Anggota Parlimen BN di luar dewan adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Grand Saga Kecoh





S'gor kuasai 30% ekuiti Grand Saga
Menteri besar Selangor mendedahkan hari ini bahawa sebuah syarikat milik kerajaan negeri memegang 30 peratus ekuiti dalam Grand Saga, syarikat konsesi lebuhraya yang kini terlibat dalam konflik pembinaan benteng di Cheras.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat exco negeri petang ini akan menentukan pendirian kerajaan negeri dalam hal tersebut.

Ditemui media di Parlimen hari ini, Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata, beliau perlu meneliti semua fakta dan mengkaji sebab-sebab keadaan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) mencapai ketegangan seperti sekarang.

Menteri besar itu berkata, sepatutnya isu tersebut diselesaikan antara dua kumpulan perniagaan terbabit - antara Grand Saga dengan pemaju Narajaya Sdn Bhd - dan tidak seharusnya membabitkan penduduk taman perumahan BMC. selanjuntnya ....

PM terima permohonan Ezam masuk Umno

bharian - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor kembali ke dalam Umno.

berita lain - Kemasukan Ezam dalam Umno tanpa syarat, keistimewaan: PM

No2umnO - Ada yang sudah rasa tak senang ke? Najib, Khair, Hisamuddin .... amacam?

Akhirnya Idris Jusoh letak jawatan Pengerusi UMNO Negeri

utusmeloya - Bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bagi mengukuhkan kekuatan UMNO di negeri ini.- Utusan

'Saran ubah gaya hidup tetapi kerajaan belanja besar'

harakahdaily - [...] Dato' Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mempersoalkan sikap kerajaan yang pandai menasihati dan memberi saranan kepada rakyat bberjima cermat berhubung peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi dalam masa yang sama memberi peruntukan yang besar kepada syarikat-syarikat swasta yang menganjurkan kejohanan sukan seperti Le Tour de Langkawi yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

"Pandai suruh rakyat ubah gaya hidup, jimat cermat...suruh makan nasi sikit tetapi kerajaan sanggup memberi peruntukan jutaan ringgit kepada sayrikat-syarikat yang tidak ada kena mengen dengan kerajaan," katanya sewaktu meminta penjelasan kepada ucapan Dato' Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang membangkitkan isu peruntukan penganjuran lumba basikal itu.

Beliau mencadangkn agar satu semakan semula dibuat ke atas akaun dan laporan syarikat-syarikat yang menganjurkan kejohanan itu untuk memastikan dan mempertimbangkan sama ada sudah sampai masanya penganjur dilihat 'berdikari' tanpa melibatkan peruntukan kerajaan. ... selanjutnya.

Peguam Negera lebih minat Batu Buruk daripada P. Batu Puteh

http://www.agc.gov.my/agc/images/ag1.JPGharakahdaily - [...] Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Badruzzaman Yusof berkata ia mempunyai cerminan kepada kesungguhan AG dalam memperjuangkan hak negara untuk mendapatkan hak milik Pulau Batu Puteh itu daripada negara Singapura.

"Berbanding Singapura, negara kita kelihatan kurang bersungguh jika dinilai daripada kehadiran pihak AG Malaysia yang tidak konsisten, kekadang ada, kekadang tidak semasa perbicaraan tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ)," katanya ketika dihubungi Harakah.

Jelasnya, hal ini menonjolkan kepentingan diri dan politik tertentu pihak AG yang ternyata lebih cepat menangani isu-isu dalam negara lantas tidak mengendahkan isu-isu antarabangsa.

"Umno-BN tidak mengutamakan usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara sekali gus memperlihatkan kegagalan pihak kerajaan Umno-BN dalam menilai kepentingan negara dan politik parti mereka," ujarnya.

... selanjutnya.

Untung PLUS RM719.48?

Bayaran tol meningkat, untung pun mesti meningkat. Itu tandanya kenaikan harga bukan lah kerana tanggung kos yang meningkat. Sehingga sekarang kita tak di dedahkan dengan perjanjian konsessi. Entah apa rahsia di sebalik? Kita juga yang tanggung kos...Siapa pula yang tanggung untung?

baca ini

plus highway 050105 toll boothsKeuntungan sebelum cukai PLUS Expressways Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2008 meningkat kepada RM384.077 juta berbanding RM265.870 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan menokok kepada RM719.418 juta berbanding RM523.992 juta sebelumnya.

Dalam satu kenyataan semalam, PLUS menyatakan keputusan kewangan bagi suku pertama 2008 secara amnya menunjukkan peningkatan dengan penyertaan tiga anak syarikat milik penuh yang baru diambil alih, iaitu Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (Elite), Linkedua (Malaysia) Bhd (Linkedua) dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn Bhd (KLBK). - Malaysiakini

Ahli Parlimen BN tolak usul Batu Puteh



No2umno - dari keadaan ini patutnya rakyat tahu apa dan siapa sebenarnya UMNO dan BN. Mahu tipu rakyat atau pun cuba tutup kebenaran. Kalau benar mereka sayang kan negara, sudah pasti menerima usul ini. Ketuk kepala pada dinding kalau masih tidak sedar sifat UMNO dan BN. Phuhhhhhh

Cubaan burukkan kerajaan PR Kedah

Penduduk robohkan tembok Grand Saga



bharian - PENDUDUK Bandar Seri Mahkota, Cheras, malam tadi, bertindak merobohkan penghadang konkrit yang dibina oleh kontraktor Grand Saga. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, baru-baru ini, menolak pemohonan injunksi dikemukakan penduduk bagi menghalang syarikat konsesi lebuh raya berkenaan membina penghadang itu.

Rujuk berita malaymail menerusi malaysia today.


Protests started when residents woke up to a concrete barricade rebuilt at the controversial access road earlier in the morning by Grand Saga. By evening, a crowd of at least 250 residents had gathered.

At 7.20pm, when residents pushed off a slab of concrete from the barricade a group of unidentified men rushed towards them wielding wooden sticks, bike helmets and, some residents claimed, metal rods and parang. The armed men shouted at the residents to stay away from the barricade.

Ean Yong Hian Wah, the State assemblyman for Seri Kembangan, arrived at 9pm and had to calm some riled-up residents, some of whom wanted to take quick revenge by destroying the Batu 11 toll booth.

“This problem should not be solved by violence. This is a legal matter and can only be settled in court,” he told residents, adding that he would be bringing up the issue at the Selangor exco meeting today.

According to Kajang district police chief Asst Commissioner Shakaruddin Che Mood, two of the five men who lodged reports were warded at hospitals for injuries to the head, one with a broken arm as well. ...seterusnya.

dan lapuran dari Star



Pengusaha bas mahu naik tambang 100 peratus

utusmeloya - Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Pan Malaysia mahu menaikkan tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sebanyak 100 peratus.

Presidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian kerana kos operasi yang semakin meningkat terutama perbelanjaan untuk membeli diesel dan penyelenggaraan kenderaan.

Katanya, jika cadangan itu tidak dipersetujui kerajaan, berkemungkinan banyak syarikat bas yang akan gulung tikar.

Skuad skodeng MCA

matsamankati - [...] Skuad skodeng ni, bukan dalam MCA saja yang ada. Dalam MIC pun ada. Ingat lagi kes D.P.Vijandran? Orang tua-tua macam aku tentu ingat. Dalam Umno pun ada. Tinggal lagi maklumat yang diperolehi selalunya dipegang oleh Ketua parti. Dengan maklumat ini, senang bagi ketua parti nak buang sapa-sapa yang dia tak suka.

Tahun 92, aku joined skuad skodeng Gerakan. Tapi cuma sempat satu assignment saja, lepas tu aku dikeluarkan kerana gagal. Sebabnya, kehadiran aku menimbulkan suspicious kepada orang lain. Maklumlah, satu orang Melayu ditengah-tengah orang Cina.

Tugas skuad aku masa tu ialah mengintip seorang pemimpin DAP. Dia ni merupakan seorang yang sangat disegani diPenang. tapi ramai yang tak tau, dia ni kaki Mak Nyah.... selanjutnya.

Malaysia can now 'patrol Middle Rocks'

malaysianinsider - [...] Director-General of the Maritime Institute of Malaysia (MIMA) Datuk Cheah Kong Wai said besides the maritime uniformed agencies, the public was also allowed access to the area (Middle Rocks) freely.

"Local fishermen from Pengerang and Tanjung Penyusuh in Johor who used to fish in the vicinity of the Middle Rocks, but were prevented from doing so due to the unresolved dispute, are now free to continue their activities, similar to the situation existing under customary rights.

"The recent ICJ decision now guarantees such rights under international law," said Cheah in a statement issued in Kuala Lumpur yesterday.

The ICJ which sat in The Hague, Netherlands, recently voted 12-4 in favour of Singapore with regard to sovereignty over Pulau Batu Puteh, while Malaysia was given sovereignty over Middle Rocks after a 15-1 vote.

The ICJ also decided that South Ledge belongs to the country in whose territorial waters it is located.

Meanwhile, Cheah said scientific and other types of research activities could now be undertaken without any hindrance in the vicinity of Middle Rocks.

"Construction of installations and fixtures in connection with the tasks of exercising ownership and sovereignty over Middle Rocks can also be undertaken," he said.... selanjutnya.

PM digesa kaji semula perlantikan Zaid Ibrahim

harakahdaily - [...] Ahli Parlimen Dato' Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sewaktu membahaskan peruntukan tambahan dalam belanjawan menyatakan rasa kesal dengan kenyataan Zaid yang tidak mahu menerima sebarang pandangan berbeza dan membuat tuduhan tanpa usul periksa.

Tugas ahli parlimen kata Tajuddin ialah memberi pandangan, menegur dan berbahas pelbagai isu malah bukan sahaja ahli parlimen pembangkang yang hanya mengkritik kerajaan malah 'back benchers' juga boleh melakukan tindakan yang sama.

Tajuddin merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Zaid seolah-olah mendakwa beliau dan Dato' Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) mengkritik kerajaan dan mencadangkan supaya Umno dan BN mengambil tindakan ke atas mereka.

"Saya mahu nafikan bahawa ucapan yang dibuat itu menghina Perdana Menteri atau mengkritik dasar kerajaan. Saya tidak bersetuju dengannya dan saya harap dia bertanggung jawab.

"Tetapi jika begini sikapnya, saya gesa Perdana Mneteru kaji semula perlantikannnya," katanya yang disambut sorakan ahli parlimen pembangkang.... selanjutnya.

Ezam temui PM petang ini

malaysiakini - [...] Pertemuan tersebut dipercayai berhubung soal kemasukan semula bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Umno.


ezam mohd noor 220507Difahamkan beliau akan menemui Abdullah jam 3 petang ini.

Ezam bagaimanapun tidak menyatakan tempat dan tujuan pertemuan itu akan diadakan.

Difahamkan, pertemuan tersebut dijangka diadakan di Parlimen.

Sejak dua minggu lalu, timbul desus-desas yang mengadakan Ezam akan menyertai semula Umno.

Bagaimanapun, sehingga ini, Ezam boleh mengesahkan perkara itu.

Ezam dijadual mengadakan sidang esok dipercayai berhubung hasil pertemuan dengan perdana menteri hari ini.... selanjutnya.

UMNO semakin parah



agendodaily - Kebetulan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad sama-sama menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei Mengenai Masa Depan Asia ke-14 di Tokyo minggu lalu.Kebetulan juga kedua-dua Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri pulang ke tanahair Selasa.Abdullah tiba jam 9.30 malam di Lapangan Terbang Tententera Udara Subang manakala Dr Mahathir jam 5 petang di terminal Petronas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.Selalunya memang ada yang datang menyambut kepulangan Abdullah dari lawatan rasmi ke luar negara. Dr Mahathir pula yang selalu menghadiri sidang antarabangsa di sana sini keluar masuk negara tanpa mencuri perhatian.Andaian yang selamat dapat dibuat ini mesti ada kaitan dengan senario politik semasa bila kepulangan kedua-dua mereka Selasa ‘disambut hangat’ oleh para penyokong di lapangan terbang.... selanjutnya.

no2umno - aku sokong dua dua ...... Hidup Mahalah !!! atau Hidup Pak Det. Aku ada 2 berita untuk penyokong mana mana pihak. Pilih berita dan baca baik baik ....

Mahathir tiba dari Jepun - berita untuk penyokong Mahathir
Abdullah tiba dari Jepun - berita untuk penyokong Pak Lah

Etnik Cina sokong PAS

alhusseyn51 - Pendataran Keahlian Baru anggota PAS telah mendapat sambutan diluar jangkaan. Turut mendaftar ialah beberapa orang etnik Cina yang ingin menganggotai Kelab Penyokong PAS.

Selain itu, kaunter Daftar Pemilih Baru juga turut dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakan.Usaha-usaha membuka kaunter Pendaftaran Keahlian Baru dan Daftar Pemilih Baru adalah dialu-alukan oleh ramai pihak kerana memudahkan bagi mereka yang sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

"Adanya kaunter sebegini adalah perlu dan amat memudahkan kami berurusan; kalau tidak, kami rasa kesulitan dan tercari-cari macam mana hendak mendaftar untuk jadi ahli PAS," cerita seorang muda yang berminat untuyk menjadi ahli PAS.... selanjutnya.

Shaziman nak siasat Iklan atau blog?

http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_3d20b1b3-3132372e-10a4a320-55e7d27b/1/shaziman-ok.jpgbernama - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat penerbitan iklan dari barat yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas.

Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata SKMM masih mencuba untuk mengakses laman web yang memaparkan iklan itu dan akan memanjangkannya kepada Wisma Putra untuk tindakan selanjutnya.
"Kita masih mencuba untuk mengakses laman web tersebut untuk menentukan kesahihannya, sekiranya benar kita akan beri pandangan kepada Wisma Putra untuk beri cadangan kepada kerajaan supaya menarik balik laman web tersebut jika benar ia dipunyai oleh Kementerian Pertahanan Britain," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.
Beliau mengulas gesaan Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin di Dewan Negara semalam supaya kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap iklan yang ditayangkan di pawagam di seluruh United Kingdom dan boleh diakses secara meluas melalui laman web yang seolah-olah mahu mengaitkan orang Melayu dan Islam dengan aktiviti pengganas.... selanjutnya.
di dalam berita di atas ......ini kata menteri,
"Shaziman berkata SKMM akan mengambil tindakan serta menyerahkannya kepada pihak polis selepas meneliti dengan lebih lanjut mengenai kandungan iklan itu.

Beliau berkata terdapat 104 juta buah laman web di dunia dan agak sukar bagi SKMM untuk mengakses setiap laman web tersebut.

"Kalau ada orang ramai yang terjumpa laman web itu sila maklumkan kepada SKMM. Kita alu-alukan kerana rakyat Malayia kini lebih prihatin," katanya."
Nak siasat sapa? Atau Shaziman tak paham tajuk perbincangan .....

2,805 kilang haram di Selangor

harakahdaily - [...] Kerajaan Pakatan Rakyat mewujudkan Jawatankuasa Khas Kilang-kilang Tanpa Kebenaran (JKKTK) bagi mengatasi masalah kewujudan kilang haram di seluruh negeri Selangor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, dianggarkan 2,805 kilang haram di Petaling 1236, Klang 556, Gombak 37, Hulu Langat 658,Kuala Langat 209, Hulu Selangor 14, Kuala Selangor 35, Sepang 44 dan Sabak Bernam 16 buah.

"Kewujudan kilang haram itu bukan sahaja memberi kesan kerugian terhadap kutipan hasil cukai tetapi ia lebih pada pencemaran alam sekitar," katanya menjawab pertanyaan daripada Adun Sungai Pelek, Yap Ee Wah dalam sesi soal jawab lisan, sidang DUN semalam.

Menurut beliau, JKKTK bertanggungjawab mengenal pasti kilang-kilang tanpa kebenaran dan mengklasifikasikan mengikut kategori serta menempatkan semua kilang-kilang tanpa kebenaran ke lokasi yang ditetapkan.... selanjutnya.

No2umnO - Phuhhhhh.....macamana nak untung. Kalau kilang ni haram....nak makan kena sembelih.

Reformasi .... ala Mahathir pulak


Macam pernah tengok .... tapi di mana ye ? Waduh.....dah macam cerita reformasi tahun 1999. Mahathir pula nak masuk alam reformasi. Tak terlewat ke?

... selanjutnya di minaq jinggo

50 km ... terlalu dekat


Larang beli minyak di Kedah - Jarak 30 hingga 50km terlalu dekat bagi warga Thailand

kosmo - [...] Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berpendapat, larangan penjualan bahan bakar kepada kenderaan asing di stesen-stesen minyak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer (km) tidak dapat membendung kegiatan tersebut memandangkan jarak tersebut masih dekat.

Katanya, beliau percaya selepas ini kenderaan dari Thailand akan terus mencari stesen minyak di luar jarak tersebut.

"Dari Bukit Kayu Hitam ke Jitra pun dah dekat 30km, mereka boleh datang ke Alor Star untuk isi minyak, jadi lebih baik larang seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan kerajaan memutuskan semua stesen minyak di sempadan negara dilarang menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing berkuat kuasa Jumaat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, larangan itu membabitkan stesen minyak dalam jarak 30 hingga 50km di kawasan sempadan negara.... selanjutnya.

Kerajaan negeri terlalu angkuh - Khir 'B'

utusmeloya - Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan, Islam Hadhari bukan satu ajaran Is- lam baru, tetapi ia sebagai salah satu pendekatan untuk memurnikan agama itu dan telah diakui serta diterima pakai oleh negara-negara Islam lain.

''Saya anggap dia (Hassan) tidak faham atau- pun sengaja buat-buat tidak faham dengan konsep Islam Hadhari ini kerana pelaksanaannya langsung tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Mungkin dia berfikiran demikian kerana konsep ini dibuat oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN),'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hassan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam yang mengharamkan semua program Islam Hadhari di negeri itu.... selanjutnya.

No2umnO - Angkuh ... lagi teruk masa UMNO dulu. Kita baca cerita merapu utusmeloya ..... dan hasutan media arus perdana
Politik naif kerajaan campuran Selangor
Isu tender MPK: Pemuda UMNO buat laporan BPR
DAP dicabar buktikan ketuanan Melayu langgar Perlembagaan
Pengharaman Islam Hadhari tindakan politik

Dr. M: Ahli UMNO sudah tidak berjuang demi parti

utusmeloya - Ahli-ahli UMNO kini sudah tidak lagi berjuang demi kepentingan parti sebaliknya hanya mengutamakan kesetiaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ahli-ahli UMNO juga tidak lagi berjuang membela orang Melayu malah semakin melupakan matlamat asal parti ditubuhkan.

"Semua sudah tidak lagi utamakan perjuangan UMNO. Mereka hanya berjuang untuk mengekalkan Abdullah.

"Saya sedih. Mereka tunjuk taat setia kepada Abdullah tetapi tidak lagi taat setia kepada parti," katanya semasa berucap selepas pulang dari menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-14 di Jepun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, mereka bertindak demikian bukan kerana tekanan tetapi akibat situasi parti kini yang tidak lagi mempertahankan ahli di bawahnya.... selanjutnya.

No2umnO - Salah sapa?

Selangor Rugi?

Hadhari: Tindakan Selangor merugikan
utusmeloya - [...] Beliau berkata, konsep Islam Hadhari sebenarnya, adalah satu pendekatan untuk membangunkan ummah secara holistik, spiritual dan fizikal.

''Jika dilihat kepada 10 prinsip yang terkandung di dalam Islam Hadhari, ia tiada cacat cela dan sewaktu kerajaan memperkenalkannya pada Persidangan Akademi Fiqh Antarabangsa tahun lalu, ia menjadi contoh kepada negara- negara Islam lain di dunia,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, program yang terkandung di dalam Islam Hadhari paling sesuai untuk menyuntik semula kesedaran di kalangan umat Islam negara ini supaya terus maju dalam pelbagai bidang.

Selain itu, katanya, lebih 1,000 ulama lepasan Al-Azhar yang menghadiri Multaqa Alumni di Kuala Lumpur pada awal tahun ini, turut bersetuju bahawa pendekatan Islam Hadhari mampu menyuntik semula kesedaran umat Islam seluruh dunia untuk maju dalam bidang-bidang yang mereka ketinggalan selama ini.... selanjutnya.

No2umnO - Pak Lah sendiri pun dah tak cerita pasal Islam Hadhari ....

Kerajaan tidak lagi diam diri

utusmeloya - "Kita sememangnya telah terlepas pandang akan kaedah terbaik untuk menguruskan media baru (sebelum ini), saya juga mengakui kita tidak terlalu arif akan kaedah bagi berhadapan dan meneutralkan (tohmahan yang dilemparkan melalui) teknologi baru.

"Kita telah tewas di alam siber dalam konteks politik, iaitu salah satu faktor yang paling tidak dijangkakan," katanya ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia, di sini hari ini.

Jelas Najib, kerajaan memutuskan bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan yang bijak dan setiap isu yang dimainkan dalam media baru perlu dijawab melalui saluran yang sama.

Menjawab satu lagi soalan seorang wartawan dari Amerika Syarikat (AS), Najib berkata, usaha kerajaan berhadapan dengan media baru tidak melibatkan sebarang tindakan memenjarakan mana-mana pengendali blog.

"Dalam satu kes yang anda maksudkan itu, pengendali blog terbabit telah melanggar undang-undang negara ini dan dia sendiri asalnya telah menolak ikat jamin sebelum bersetuju untuk membuatnya, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa bermalam di lokap beberapa hari," katanya.
Katanya, kerajaan tidak pernah melarang kebebasan untuk menyuarakan pendapat di negara ini dan bersikap liberal, tetapi dalam negara pelbagai kaum dan agama, ada batas atau garisan yang tidak boleh dilangkau.... selanjutnya.

no2umnO - Kerajaan tidak lagi akan berdiam diri ..... rakyat pun diam jugak ke?

1,000 bas RapidKL tersadai

utusmeloya - [...] Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, perkara itu juga menjadi bahan cerita rakyat yang hairan kenapa bas tersebut dibiarkan tersadai tetapi pada masa sama RapidKL membeli bas baru.

"Kenapa 'gabungkan' dua syarikat ini tetapi tidak gunakan bas tersebut dan beli bas baru. Sedangkan bas-bas lama dibiar tersadai dan sengsarakan rakyat," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu menjelaskan kenapa perkara itu berlaku.

"Saya ingin tanya kerajaan adakah ada apa-apa yang tidak kena dalam penjelmaan RapidKL ini? Kalau tidak ada apa-apa, kenapa bas yang masih boleh diguna pakai tetapi tidak digunakan hingga tersadai dan cetus pencemaran," katanya.... selanjutnya.

No2umnO - Kronisme punya pasal la .......

Fakta Sejarah atau Perundangan?

http://www.beritaiptek.com/images/branca.png

UMNO vs Pembangkang
Malaysia vs Singapura (Pulau Batu Putih)


marhaen - [...] Kuda Kepang menulis ‘fakta’ bukan ‘sejarah’lah menyebabkan Pulau Batu Putih kini dimiliki Singapura. Sebuah laporan lain pula menyebut, Singapura dikatakan berhujah berdasarkan undang-undang yang ada.

Kes perbicaraan di ICJ itu memberitahu kita secara jelas, sejarah tidak boleh dijadikan perdebatan dalam Mahkamah, tambahan pula sejarah juga tidak boleh membantu kita banyak apabila berdepan dengan implikasi undang-udang.

Dalam konteks Malaysia yang lara dan leka dengan sejarah, terutamanya sejarah UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan sejak 40 (UMNO) + 20 (UMNO-baru), kes Batu Putih bolehlah dikatakan hasil dari pemikiran UMNO (lama – baru).

Ia disebut begitu kerana UMNO tidak ada lain melainkan melaungkan sejarahnya saja. Lebih buruk lagi banyak sejarahnya diselewengkan. Sejarah UMNO itu sendiri diputar belitkan. Media utama dijadikan alatan untuk memesongkannya.

UMNO sudah mati, UMNO sekarang baru 20 tahun usianya. Pengasasnya ialah Mahathir Mohamad. Mahathir kini bukan ahli UMNO lagi. Ini fakta sejarah. Ini bukan auta sejarah.

Tetapi kenapa sejarah yang mudah ini tidak sanggup diterima oleh UMNO itu sendiri?... selanjutnya.

berita belasah yang lain
Singapore got The Mansion Malaysia got some Rocks? [manjbj]
win-win situation on Pedra Branca? [nfirdaus]
Post Pedra Branca [skthew]

Posting terkini

Blog Archive