utusmeloya - "Kita sememangnya telah terlepas pandang akan kaedah terbaik untuk menguruskan media baru (sebelum ini), saya juga mengakui kita tidak terlalu arif akan kaedah bagi berhadapan dan meneutralkan (tohmahan yang dilemparkan melalui) teknologi baru.
"Kita telah tewas di alam siber dalam konteks politik, iaitu salah satu faktor yang paling tidak dijangkakan," katanya ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia, di sini hari ini.
Jelas Najib, kerajaan memutuskan bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan yang bijak dan setiap isu yang dimainkan dalam media baru perlu dijawab melalui saluran yang sama.
Menjawab satu lagi soalan seorang wartawan dari Amerika Syarikat (AS), Najib berkata, usaha kerajaan berhadapan dengan media baru tidak melibatkan sebarang tindakan memenjarakan mana-mana pengendali blog.
"Dalam satu kes yang anda maksudkan itu, pengendali blog terbabit telah melanggar undang-undang negara ini dan dia sendiri asalnya telah menolak ikat jamin sebelum bersetuju untuk membuatnya, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa bermalam di lokap beberapa hari," katanya.Katanya, kerajaan tidak pernah melarang kebebasan untuk menyuarakan pendapat di negara ini dan bersikap liberal, tetapi dalam negara pelbagai kaum dan agama, ada batas atau garisan yang tidak boleh dilangkau.... selanjutnya.
no2umnO - Kerajaan tidak lagi akan berdiam diri ..... rakyat pun diam jugak ke?
0 comments:
Post a Comment