KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 28, 2008

Shaziman nak siasat Iklan atau blog?

http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_3d20b1b3-3132372e-10a4a320-55e7d27b/1/shaziman-ok.jpgbernama - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat penerbitan iklan dari barat yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas.

Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata SKMM masih mencuba untuk mengakses laman web yang memaparkan iklan itu dan akan memanjangkannya kepada Wisma Putra untuk tindakan selanjutnya.
"Kita masih mencuba untuk mengakses laman web tersebut untuk menentukan kesahihannya, sekiranya benar kita akan beri pandangan kepada Wisma Putra untuk beri cadangan kepada kerajaan supaya menarik balik laman web tersebut jika benar ia dipunyai oleh Kementerian Pertahanan Britain," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.
Beliau mengulas gesaan Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin di Dewan Negara semalam supaya kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap iklan yang ditayangkan di pawagam di seluruh United Kingdom dan boleh diakses secara meluas melalui laman web yang seolah-olah mahu mengaitkan orang Melayu dan Islam dengan aktiviti pengganas.... selanjutnya.
di dalam berita di atas ......ini kata menteri,
"Shaziman berkata SKMM akan mengambil tindakan serta menyerahkannya kepada pihak polis selepas meneliti dengan lebih lanjut mengenai kandungan iklan itu.

Beliau berkata terdapat 104 juta buah laman web di dunia dan agak sukar bagi SKMM untuk mengakses setiap laman web tersebut.

"Kalau ada orang ramai yang terjumpa laman web itu sila maklumkan kepada SKMM. Kita alu-alukan kerana rakyat Malayia kini lebih prihatin," katanya."
Nak siasat sapa? Atau Shaziman tak paham tajuk perbincangan .....

1 comments:

rasaBijak said...

salam wak..

sekadar makluman, iklan tersebut dah lama tersiar kat sini (UK).. bukan setakat kat pawagam saja, kat tv pun ada tunjuk.. kalu tak silap saya, ia mula ke udara sejak hujung tahun lepas atau awal tahun nii..

Posting terkini

Blog Archive