KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Menteri. Show all posts
Showing posts with label Belit Menteri. Show all posts

Jun 12, 2008

Burung Tiung, tiung juga

Bila minyak naik harga .. ini kata Tiung,

''Apa yang berlaku ini, seluruh dunia turut menerima kesan termasuk Malaysia. Kita bukanlah sebuah negara yang kaya, jadi mahu tidak mahu kita perlu berhemah dalam menguruskan kewangan kita.''Oleh itu, kerajaan terpaksa juga menaikkan harga petrol sehingga 78 sen dan harga diesel RM1. Ini bukannya satu keputusan yang popular tetapi kita terpaksa juga melakukannya kerana kita merupakan kerajaan yang bertanggungjawab,'' kata Shahrir - Utusmeloya.

Tapi ... tahu kah kita, selama ini apa bentuk pembangunan yang merapu, kita dah buat? Berapa banyak belanja dah di belanjakan? Berapa banyak wang Petronas dah kita gunakan? Apa yang kita dapat dari perbelanjaan tersebut? Berapa banyak projek terbengkalai dan pembaziran? Berapa kaya menteri menteri kita?

Bila disuruh kurangkan harga, sibuk lah kata, negara kita miskin. Bila dah banyak duit, semua menteri tak ingat dunia ......

Aku tak kira .... yang penting, turun kan harga minyak. Aku nak balik kampung pun senang dan aku nak berbelanja pun mampu. Aku peduli apa dengan kaya atau miskinnya negara. Kalau dah sedar miskin kenapa tak kurangkan gaji dan elaun menteri .... Piiiraaaaahhhhh, sapa yang percaya apa kata menteri sekarang? Korang nak tau miskin ke tak negara .... korang baca cerita dongeng ni.

Menteri mesti berkorban, bukan rakyat!
Taman Tamadun Islam (TTI) Akan Jadi ‘Gajah Putih’
TEKS UCAPAN DR WAN AZIZAH
Kisah kapalselam….
NAJIB: KITA DIPAKSA MELAYAN HOBINYA
Gov paid RM39m for Angkasawan project, or the rakyat pay?
Projek Angkasawan .... Terbang la lagi.
Jet Sukhoi: India beli USD$40juta, Malaysia beli USD$50juta

semua tu kerana negara kita miskin.

May 28, 2008

Shaziman nak siasat Iklan atau blog?

http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_3d20b1b3-3132372e-10a4a320-55e7d27b/1/shaziman-ok.jpgbernama - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat penerbitan iklan dari barat yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas.

Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata SKMM masih mencuba untuk mengakses laman web yang memaparkan iklan itu dan akan memanjangkannya kepada Wisma Putra untuk tindakan selanjutnya.
"Kita masih mencuba untuk mengakses laman web tersebut untuk menentukan kesahihannya, sekiranya benar kita akan beri pandangan kepada Wisma Putra untuk beri cadangan kepada kerajaan supaya menarik balik laman web tersebut jika benar ia dipunyai oleh Kementerian Pertahanan Britain," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.
Beliau mengulas gesaan Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin di Dewan Negara semalam supaya kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap iklan yang ditayangkan di pawagam di seluruh United Kingdom dan boleh diakses secara meluas melalui laman web yang seolah-olah mahu mengaitkan orang Melayu dan Islam dengan aktiviti pengganas.... selanjutnya.
di dalam berita di atas ......ini kata menteri,
"Shaziman berkata SKMM akan mengambil tindakan serta menyerahkannya kepada pihak polis selepas meneliti dengan lebih lanjut mengenai kandungan iklan itu.

Beliau berkata terdapat 104 juta buah laman web di dunia dan agak sukar bagi SKMM untuk mengakses setiap laman web tersebut.

"Kalau ada orang ramai yang terjumpa laman web itu sila maklumkan kepada SKMM. Kita alu-alukan kerana rakyat Malayia kini lebih prihatin," katanya."
Nak siasat sapa? Atau Shaziman tak paham tajuk perbincangan .....

Apr 16, 2008

MENTERI KITA TAK TAU APA APA

Stok 600,000 tan mampu tampung keperluan negara

Kita tidak hadapi masalah walaupun stok daripada pemborong berkurangan kerana negara mempunyai stok beras yang mencukupi untuk 3 bulan, iaitu sebanyak 600,000 tan, selain daripada dua sumber lain seperti stok beras kebangsaan daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas) serta tanaman padi.

"Hasil padi menyumbangkan separuh daripada stok itu selain ia berterusan dihasilkan untuk menambah stok simpanan beras kita dari masa ke masa dan jika digabungkan nilai ini jumlahnya dapat menampung keperluan negara," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed pada sidang media pelancaran Agro Bank, di sini semalam. - Bharian
TIBA TIBA ....



DAH SEMINGGU NAIK... Pemantauan oleh FOMCA mendapati kenaikan harga beras berlaku di kawasan-kawasan bandar seluruh negara termasuk di Lembah Klang.Sebagai contoh, harga baru beras Jasmine Super Special Tempatan untuk 5kg naik kepada RM15.90 daripada RM12.90. manakala untuk kampit 10kg naik kepada RM28.80 daripada RM24.80.Untuk beras Saga Basmathi pula, kampit 5kg naik kepada RM26.90 daripada RM24.50, manakala Saga Super Special untuk 5kg naik kepada RM12.90 daripada RM10.90. - PENIAGA Hasnim Amir Rashid menyusun kampit beras di kedainya di Bandar Baru UDA, Johor Bahru, semalam. - utusanloya
SAH MENTERI KITA TAK TAU APA APA .....

BERAS NAIK HARGA, APE CERITA MENTERI


Utusanloya - Harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.

Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80. More...

No2umnO - Kalau selama ini sibuk mengkritik ....

Jan 20, 2008

JANGAN SALAHKAN POLIS

Jangan Salahkan Polis Kerana Peningkatan Kes Jenayah - Fu

Polis tidak wajar dipersalahkan berikutan peningkatan pelbagai kes jenayah dan jika ia dilihat gagal menyelesaikan beberapa kes berprofil tinggi kebelakangan ini, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow.

"Dalam keadaan sekarang, kita jangan letakkan tugas dan usaha mencegah jenayah di bahu polis semata-mata, sebaliknya kerjasama semua pihak amat diperlukan," tegas beliau.

No2umnO - Setuju benar kalau saranan untuk tidak menyalahkan pihak polis semata mata di dalam isu peningkatan kadar jenayah. Sebenarnya segala bentuk jenayah dan punca ia berlaku bertitik tolak dari pelbagai faktor. Diantaranya adalah keruntuhan akhlak dan moral rakyat Malaysia, kemasukan warga asing yang tidak mampu dibendung, perancangan para menteri yang kerap gagal, kegagalan usaha membendung kenaikan harga, usaha benteras rasuah yang tidak serius, ekonomi yang merudum, peluang pekerjaan yang semakin kurang, peluang perniagaan yang kian merosot dan bermacam macam lagi. Jika merujuk kepada semua punca, maka ia akan merujuk kepada kegagalan pihak kerajaan mentadbir negara ini.

Kalau ekonomi hebat, rakyat tidak sengsara, rasuah tiada, menteri dan pemimpin taati undang undang, warga asing di kawal dan dipantau, nescaya jenayah akan berkurang. Tapi ianya tidak berlaku kerana sikap kerajaan sendiri tidak mahu memulihkan keadaan.


Pihak polis adalah pihak yang menerima semua arahan. Kalau yang mengarah dan mengendalinya bijak, sudah pasti gejala yang seperti sekarang tidak berlaku. Dan kesimpulannya, polis bukan lah pihak yang utama untuk dipersalahkan kecuali pihak kerajaan dan menteri menteri sendiri yang tidak mahu mencari punca jenayah berlaku tetapi kerajaan lebih kerana bersikap "FIRE FIGHTING". Dah terbakar baru sibuk memadam. Sampai bila pun tak selesai beb.

Posting terkini

Blog Archive