Jangan Salahkan Polis Kerana Peningkatan Kes Jenayah - Fu
Polis tidak wajar dipersalahkan berikutan peningkatan pelbagai kes jenayah dan jika ia dilihat gagal menyelesaikan beberapa kes berprofil tinggi kebelakangan ini, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow.
"Dalam keadaan sekarang, kita jangan letakkan tugas dan usaha mencegah jenayah di bahu polis semata-mata, sebaliknya kerjasama semua pihak amat diperlukan," tegas beliau.
No2umnO - Setuju benar kalau saranan untuk tidak menyalahkan pihak polis semata mata di dalam isu peningkatan kadar jenayah. Sebenarnya segala bentuk jenayah dan punca ia berlaku bertitik tolak dari pelbagai faktor. Diantaranya adalah keruntuhan akhlak dan moral rakyat Malaysia, kemasukan warga asing yang tidak mampu dibendung, perancangan para menteri yang kerap gagal, kegagalan usaha membendung kenaikan harga, usaha benteras rasuah yang tidak serius, ekonomi yang merudum, peluang pekerjaan yang semakin kurang, peluang perniagaan yang kian merosot dan bermacam macam lagi. Jika merujuk kepada semua punca, maka ia akan merujuk kepada kegagalan pihak kerajaan mentadbir negara ini.
Kalau ekonomi hebat, rakyat tidak sengsara, rasuah tiada, menteri dan pemimpin taati undang undang, warga asing di kawal dan dipantau, nescaya jenayah akan berkurang. Tapi ianya tidak berlaku kerana sikap kerajaan sendiri tidak mahu memulihkan keadaan.
Pihak polis adalah pihak yang menerima semua arahan. Kalau yang mengarah dan mengendalinya bijak, sudah pasti gejala yang seperti sekarang tidak berlaku. Dan kesimpulannya, polis bukan lah pihak yang utama untuk dipersalahkan kecuali pihak kerajaan dan menteri menteri sendiri yang tidak mahu mencari punca jenayah berlaku tetapi kerajaan lebih kerana bersikap "FIRE FIGHTING". Dah terbakar baru sibuk memadam. Sampai bila pun tak selesai beb.
0 comments:
Post a Comment