KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 20, 2008

PENDIDIKAN PERCUMA?


PENDIDIKAN PERCUMA?

Rakyat tidak faham apa pengertian PENDIDIKAN PERCUMA yang dicanangkan oleh Menteri Pelajaran kepada rakyat dan dunia luar. Kepada mereka yang tidak tahu keadaan sebenar negara kita mungkin, pujian menggunung kepada kerajaan Malaysia yang kelihatan seperti maju, hebat dan serba boleh. Malahan negara Malaysia yang mempunyai pelbagai sumber galian maka tidak mustahillah kerajaan menyediakan pendidikan percuma. Mungkin itu anggapan orang luar.

Berikut adalah kenyataan seorang bapa yang anaknya diterima masuk ke sekolah Teknik. Kerana keinginan anak untuk melanjutkan pelajaran, walaupun tidak mampu, dituruti jua kerana tidak mahu dipersalahkan kemudian hari. Menurut bapa ini, kalau mereka mempunyai wang, bukan lagi belajar di dalam negara malah mungkin dihantar ke luar negara. Namun realitinya kemiskinan semakin menghimpit dan untuk mencapai kemajuan anak anak, perlukan pengorbanan yang tiada berbelah bagi. Kalau keluar negara perlukan perbelanjaan yang tinggi, realitinya di dalam negara pun sama juga.

Menurut bapa ini, kelulusan yang baik tidak mengembirakan hatinya. Kebimbangannya tidak terhingga mengenangkan suasana pembelajaran dinegara kita yang jelas indah diluar, buruk di dalam. Percuma tapi semua perlu bayar.

Seorang bapa yang merupakan temanku ini, mempunyai anak yang baru memperolehi keputusan PMR nya. Menyambung persekolahannya di sekolah menengah yang sama. Tika memperolehi keputusan tempoh hari, pelajar sibuk memohon untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik dan vokasional. Keputusan belum diperolehi dan anak anak mulakan pembelajaran di sekolah yang sama. Kemungkinan permohonan berjaya, maka pelajar ini bertangguh untuk membayar yuran. Namun mereka disuruh juga membayar kerana menurut guru mereka, sekiranya permohonan berjaya, resit yuran itu perlu di tunjukkan ke sekolah baru mereka untuk pengecualian,

Jumlah yuran sekolah RM111.00 untuk sekolah menengah dikenakan dan selepas Malaysia riuh dengan isu penipuan yuran, maka sekolah telah mengurangkan yuran dari jumlah tersebut kepada RM106.00. Bukan kurang sebanyak RM9.00 sebagaimana yang diwartakan. Ibu bapa tidak mahu bertikam lidah lagi lalu membayar. Bimbang juga sekiranya keengganan ibu bapa nanti akan menyusah dan memalukan anak anak disekolah kelak.

Kini keputusan permohonan memasuki sekolah teknik telah berjaya. Berjaya memasuki SEK. MEN TEKNIK (ERT) DATO' UNDANG HJ. MUHAMAD SHARIP REMBAU. Anak gembira tapi ayah pening kepala. Jumlah perbelanjaan baru sudah ujud. Selain sudah membeli peralatan dan pakaian sekolah lama, kini sibapa terpaksa mengeluarkan belanja untuk pakaian dan peralatan di sekolah baru. Yuran juga kena bayar. Berikut adalah yuran yang perlu dibayar,

  1. Bayaran Tambahan - RM13.50
  2. Bayaran PIBG - RM196.50
  3. Bayaran Koperasi - RM138.00
  4. Bayaran Asrama - RM275.00
JUMLAH YURAN = RM636.50

Bayaran tersebut dipecah kepada 4 kategori dan setiap kategori diberikan nombor akaun bank CIMB yang berbeza untuk ibu bapa buat pembayaran terlebih dahulu sebelum hari pendaftaran. Bila pembayaran sudah dibuat, maka apa kaitannya dengan pengecualian yuran yang sudah di bayar disekolah lama. Ini bermakna jumlah YURAN untuk pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran adalah YURAN DAN PERBELANJAAN SEKOLAH LAMA + YURAN DAN PERBELANJAAN SEKOLAH BARU. (Ini lah pendidikan secara PERCUMA ala Barisan Nasional)

Disamping itu, ibu bapa diberikan senarai barangan yang perlu dibeli sendiri sebelum mendaftar masuk. Anak temanku ini memilih untuk memasuki 'Kursus Catering'. Itu minatnya. Semua barangan berikut perlu dibeli tanpa bantuan kerajaan atau syarikat swasta. Barangannya adalah,

BARANGAN PERALATAN KURSUS
  1. Tuala tangan - 1 helai
  2. Kain Lap meja - 4 helai
  3. Kalin lap tangan - 4 helai
  4. Pemegang periuk - 2 pasang
  5. Kain lapik maslin - 0.5 meter
  6. Sudu teh dan garfu kek - 1 pasang
  7. Sudu penyukat - 1 set
  8. Nozzle Star - 1unit
  9. Plastik piping bag - 1 paket
  10. Pisau kecil/paring knife - 1unit
  11. Pisau serba guna/Cook's knife - 1
  12. Peeler - 1unit
  13. Berus pastri - 1unit
  14. Kotak peralatan - 1unit
  15. Baju Chef - Sepasang
  16. Apron putih - 1unit
  17. Senduk kayu - 1unit
  18. Kain pemegang plastik - 1 pasang
  19. Sudu sup - 1unit
  20. Sudu Makan - 1unit
  21. Sudu desert - 1unit
  22. Sudu Teh - 1unit
  23. Garfu Salad - 1unit
  24. Garfu Makan - 1unit
  25. Garfu desert - 1unit
  26. Bunga dan daun plastik - 4 tangkai
  27. Bekas bunga rendah - 1unit
  28. Peranggu perisa garam dan lada - 1 set
  29. Gunting bunga - 1 (Anggaran RM30.00)
  30. Chopstick dan Chopstik rest - 4 pasang
  31. Kasut Pramusaji - Sepasang
  32. Kemaja putih lengan panjang - Sepasang
  33. Kain labuh dan slack hitam - Sepasang
  34. Vest Hitam - Sepasang
  35. Glass Towel - 1 helai
  36. Alas meja - 1 helai
  37. Napkin - 4 helai
JUMLAH KOS PERALATAN = ?

Kos sebenar anak untuk melanjutkan pelajaran adalah
(+) YURAN DAN PERBELANJAAN SEKOLAH LAMA (+) YURAN DAN PERBELANJAAN SEKOLAH BARU (+) BAYARAN PERALATAN KURSUS (+) BELANJA BULANAN ANAK ANAK
JUMLAH KESELURUHAN = ?

Itu tidak termasuk perbelanjaan menghantar anak pada hari pendaftaran. Tambangnya sahaja sudah sekitar RM100. Malah belanja bulanan untuk pelajar perempuan, kos mereka adalah lebih tinggi.

Teman ku ini bekerja sebagai Kerani Gudang. Gajinya cuma RM900.00 tidak termasuk kerja lebih masa. Mungkin mampu menjangkau RM1,600.00 sebulan. Isteri tidak bekerja. Dengan wang gaji sebegitu beliau terpaksa menyara 4 orang anak, rumah sewa, kenderaan, kos ulang alik kerja, Belanja dapur, elektrik dan air serta kemudahan asas keluarga.

Kini melanjutkan pelajaran anak sudah menjadi satu beban. Bukan tidak ikhlas tetapi ia diluar kemampuan. Kejayaan anak adalah kejayaan keluarga. Siapa yang tidak mahu anak berjaya, tetapi ini adalah satu contoh, kehidupan rakyat sekarang. Kalau Kerajaan dan Pemimpin berkata bahawa rakyat kita di dalam keadaan yang makmur dan selesa, anda bayangkan sendiri. Kalau kerajaan kata pendidikan kita percuma, cuba anda jelaskan.

Aku intai dompet dan ku keluarkan beberapa wang kertas lalu ku serahkan kepada temanku itu. Aku perlukannya, tapi dia lebih memerlukan. Hatiku hiba, perasaanku kecewa, jiwaku hampa. Inilah realiti dan ini lah hasil dari PENDIDIKAN PERCUMA ala Barisan Nasional. Hati ku berkata, bilakah keadaan akan berubah? Anda mahu membantu?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive