KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 20, 2008

SAINS DAN MATEMATIK KEMBALI KE BAHASA MALAYSIA

Wal asal balik asil, itu pasal tak hasil

Diberitahu oleh seorang guru disebuah sekolah bahawa buku bantuan untuk tahun sessi persekolah 2009 bagi matapelajaran Sains dan Matematik nanti akan menggunakan Bahasa Malaysia. Maklumat ini baru diperolehi di kalangan guru guru yang bertanggung jawab di dalam soal buku bantuan.

Merujuk pada berita pada 28th Oktober 2007 tahun lepas, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa UPSR pada tahun 2008 akan diteruskan dalam bentuk dwibahasa iaitu Bahasa Ingeris dan Bahasa Cina untuk peperiksaan subjek Matematik dan Sains. Manakala kata Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussien, kajian tentang penggunaan bahasa Inggeris akan dibuat sehingga hujung tahun 2007 sebelum membuat sebarang keputusan, menerus atau membatalkan usaha ini.

Pertukaran semula ke Bahasa Malaysia ini tidak dinyatakan secara terbuka oleh Pihak Kementerian atau menteri buat masa ini kerana bimbang ia akan menjadi bahan tawa dan bahan politik parti pembangkang. Oleh itu, usaha menukar kembali sistem pelajaran menggunakan bahasa Malaysia akan dibuat secara senyap senyap tanpa memberitahu kepada umum sehingga pada waktu yang sesuai. Namun persiapan mencetak buku bantuan di dalam versi Bahasa Malaysia akan dijalankan.

Sikap terburu buru tanpa perancangan yang terperinci pihak Kerajaan, telah sekali lagi merugikan rakyat jelata. Selain dari kerugian kos untuk perlaksanaan pertukaran ke bahasa Inggeris, murid murid juga turut kerugian masa dan fokus. Begitu juga dengan pihak guru guru yang merungut kerana dihantar kursus ke sana dan kemari untuk persiapan diri. Kini setelah beberapa tahun di kritik hebat dari pelbagai pihak termasuk Professor Di Raja Ungku Aziz, usaha peminggiran bahasa melayu ini terpaksa dihentikan.

Besar kemungkinan pengumuman ini akan dilakukan selepas pilihanraya. Kalau diberitahu sekarang, Kerajaan dan Hishamuddin akan pastinya menerima tamparan hebat kritikan dan kutukan dari pelbagai pihak.

Dan kepada rakyat Malaysia, Wal asal balik asil, itu pasal tak hasil.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive