Petikan email Yahoogroups...
nasikerabupetro
He2.. ketika email ini dicopy, saya masih belum berhenti tersengih disebabkan rasa lucu dengan rantaian email ini...he2... ha2....
Tuesday, January 01, 2008
PERTAMA
Ketika mengumumkan yuran sekolah dan buku teks percuma, Menteri Pelajaran kata, " Malaysia adalah negara pertama memberi pendidikan percuma."
Pertama pungkoq hang!
Sebab, masa aku di KYPM dulu, jiran kami budak GMI (German-Malaysian Institute). Mereka kata selepas kursus persediaan di GMI, mereka akan melanjutkan pelajaran di universiti di Jerman. Dan mereka tak perlu bayar apa-apa yuran.
Sejak itu, aku tahu, Jerman adalah negara yang ada pendidikan percuma. Malah pada tahap universiti. Malah untuk pelajar asing.
Oh, mungkin Menteri Pelajaran bercakap benar, tapi budak GMI tu yang bohong. Jadi, aku search "free education" di Wikipedia, untuk memastikan. Dan aku dapat fakta ini:
1. In Sweden and Finland , there is not even a fee for foreign students enrolling at a university (exchange or not), although they may not be eligible for the monthly study allowance and loan most nationals are.Wah, bukan Jerman saja. Tapi Sweden , Finland , England , Australia , Sri Lanka dan Ireland pun ada. Jadi, pertama apa kejadahnya?
2. Several other European countries, such as England and Germany , have had a history of some forms of free education, as well as Australia .
3. In some developing countries like Sri Lanka education is given free from the primary level up to the tertiary level.
4. Ireland has free education at all levels, including college and university which is also free.
PERCUMA
Kemudian, sekolah pun dibuka. Seorang Cikgu yang rapat dengan aku mengadu, mak bapak budak komplen kenapa sekolah kutip yuran, sedangkan menteri kata percuma? Aku pun setujulah dengan komplen mak bapak tu.
Rupa-rupanya, yuran bukan dimansuhkan, tapi ditukar istilah! Semua guru dapat pekeliling Kementerian, tahun ini jangan sebut "yuran sekolah" tapi sebut "pakej bayaran tambahan".
Cikgu: "Encik, tahun ini encik tak perlu bayar yuran sekolah."
Bapak budak: "Yay."
Cikgu: "Tapi encik kena bayar pakej bayaran tambahan."
Bapak budak: "Pundek."
Tahun 2007, yuran sekolah macam ni:
1) Orang kaya
- Yuran sekolah: RM18.00
- Yuran PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: RM70.00
Jumlah: RM145.00
2) Orang miskin:
- Yuran sekolah: RM18.00
- Yuran PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (pinjaman)
Jumlah: RM75.00
Tahun 2008, kerana semua orang dapat pinjaman buku teks, dan "yuran sekolah percuma", dia jadi macam ni:
1) Orang kaya:
- Yuran khas: Percuma
- Pakej bayaran tambahan: RM30.50
- PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (Pinjaman)
Jumlah: RM87.50
2) Orang miskin:
- Yuran khas: Percuma
- Pakej bayaran tambahan: RM30.50
- PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (pinjaman)
Jumlah: RM87.50
Percuma pungkoq hang!
Orang miskin kena bayar lebih daripada tahun lepas. Apakejadahnya "yuran khas" yang percuma tu? Dan "pakej bayaran tambahan" tu kalau diperincikan, ada macam-macam benda: pakej keceriaan, pakej kebajikan, malah ada pakej 'kegiatan agama dan moral' yang tahun lepas tak kena bayar pun.
Masa Perhimpunan Agung Pemuda AMNU, menantu PM cakap pasal subsidi minyak, "Orang bawa kereta mewah isi petrol RM1.92 seliter, pakcik bawa motor kapcai pun isi minyak seliter RM1.92. Ini tidak adil!"
Habis, dasar "pendidikan percuma" ni, adil gila b*** nak mampos? Orang kaya bayar kurang daripada tahun lepas, orang miskin pula kena bayar lebih.
PEMBOHONG
Menteri Pelajaran pembohong. Tapi, adakah kerjaya politiknya akan ranap kerana dia berbohong?
Tidak. Di Malaysia, bab membohong, salah guna kuasa, dan rasuah tak akan meruntuhkan kerjaya politik mana-mana Menteri. Sejarah telah membuktikan, majoriti rakyat Malaysia tak kisah.
Tapi, kalau politikus ada skandal seks, ya! Memang runtuh kerjaya politik. Mesti letak jawatan atau dipecat kalau ada skandal seks atau dituduh ada skandal seks. Walaupun skandal seks tidak menjejaskan wang cukai yang rakyat bayar.
Macamana dengan ini? Adakah kita mampu tersenyum lagi?
0 comments:
Post a Comment