KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 27, 2008

Pemimpin Pemusnah

chedet - [...] Apabila musuh menyokong ketua pasukan lawannya, kita boleh ramal ada sesuatu yang tidak kena berkenaan dengan ketua tersebut.

Inilah yang kita sedang lihat berkenaan dengan Presiden UMNO sekarang. Secara langsung dan tidak langsung kita lihat ketua-ketua parti lawan menyokong pengekalan Dato Seri Abdullah Badawi sebagai ketua atau Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Demikian Karpal Singh, musuh ketat UMNO menasihatkan saya supaya bersara dan tidak campurtangan dalam urusan kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi.

Dato Seri Anwar Ibrahim pula menyata secara terbuka kepada The Straits Times (Singapura), jika Abdullah teruskan (kepimpinannya) “it is also good for us because he is weak” (Jika Abdullah terus (memimpin) ia adalah baik bagi kita (parti lawan) kerana dia lemah).
... selanjutnya.

Kesian Kepada Dr Mahathir!

msomelayu - [...] Kerana tidak meriah maka Mahathir pun tidak memberi ucapan panjang sekadar lima minit saja. Menurut mereka yang taksub dengan Mahathir kira-kira 1,000 yang hadir, manakala menurut media internet pula sekitar 300 orang.

Media arus perdana pula esok akan menulis kira-kira beberapa puluh orang saja.

Kebanyakan yang pergi menyambut Mahathir khabarnya ialah ahli Umno Cawangan di Jerlun Kedah yang datang dengan dua buah bas satu tingkat.

Beberapa bekas menteri yang diuar-uarkan akan turut sama menyambut kepulangan Mahathir juga dilaporkan tidak berada dilokasi. Mungkin mereka memantau dari rumah menerusi telefon.
Mahathir mengulas sambutan itu sebagai biasa baginya, baik semasa menjadi PM atau selepas jadi PM. Maknanya orang tidak berapa ramai itu adalah lumrah.

Mahathir juga dipetik sebagai berkata belum mati lagi orang sudah tidak kenangkannya. Apakah beliau merujuk kepada kehadiran petang tadi?... selanjutnya.

Berita dan artikel dari blog
Mahathir releases book on Indian origin cop [oifc]
Mahathir fires another salvo [audie61]
Dr M restless in retirement [dinmerican]
Mahathir's Ancestory - Malabari & Malays [mydiplomat]
KALAU MAHATHIR DIAM... [depakata]
Mahathir Sanggup Buat Apa Saja Untuk Puaskan Hati Sendiri [irwanmz]

BATALKAN ISKANDAR MALAYSIA (WPI)?

puteramalaysia - [...] Majoriti komen berkaitan kehilangan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih yang dikirimkan ke blog kudakepang sejak Jumaat 23 Mei 2008, mendesak pemerintah kita mengkaji semula Iskandar Malaysia supaya projek mega itu dibatalkan buat selama-lamanya.

Iskandar Malaysia diumumkan kewujudannya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Johor Bahru, Johor, pada 30 Julai 2006.

Pada mulanya, projek mega ini hanya seluas 1,970 kilometer persegi dan dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Selatan Johor (SJER). Kemudiannya, ia dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi - tiga kali ganda saiz Singapura atau 48 kali ganda keluasan Putrajaya. Selepas PRU12, projek ini dikenali sebagai Iskandar Malaysia... selanjutnya.

Mencari RM3b royalti petrol di BPR

malaysiakini - Selepas ke balai polis, misteri "kehilangan" RM3 bilion wang royalti petroleum Terengganu diadukan pula kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki melibatkan penyelewengan dan rasuah.

Dalam laporannya pagi ini, Majlis Permuafakan Rakyat Terengganu (Mampat) mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan wang.

Pengerusi gabungan itu Mohd Fauzi Abu Samah minggu lalu membuat aduan yang sama di balai polis daerah Kuala Terengganu.

Dalam aduannya itu, beliau berkata keraguannya timbul selepas membaca kenyataan beberapa pihak di akhbar baru-baru ini, termasuk menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh.... selanjutnya.

berita berkaitan yang bersepah di blog
Peruntukan RM300 juta Piala Monsun bukan wang royalti minyak [utusmeloya]

'Belum mati, sudah tidak dikenang'

mahathir mohamad 180108malaysiakini - [...] "Apalah nak jadi dengan pemimpin macam ni," katanya, disambut dengan laungan "hidup Tun".

Dr Mahathir juga mendakwa Abdullah seorang yang tidak mengenang budi dan tidak mengikut pepatah Melayu "hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati".

"(Saya) ini tak mati lagi, sudah tidak dikenang.

"Sepatutnya saya tidak beri Abdullah masuk Umno (baru) tetapi saya bagi dia masuk balik," katanya, merujuk penyertaan kembali ahli parlimen Kepala Batas selepas Umno diharamkan pada 1988.

Dr Mahathir berkata, Umno sekarang berjuang bukan untuk ahli, sebaliknya untuk mengekalkan Abdullah.
... selanjutnya.

BPR temui semua individu yang nama disebut dalam pita Lingam

klpos - BADAN Pencegah Rasuah (BPR) telah memulakan siasatannya terhadap kes pita video Lingam dan berjanji akan menemu bual semua individu yang disebut dalam rakaman itu.
Ia termasuk enam tokoh yang dikenal pasti oleh laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung Klip Video V.K. Lingam, kata Timbalan Ketua Pengarah (1) BPR Datuk Abu Kassim Mohamed, Selasa.

"Kami telah memulakan siasatan terhadap kes ini, tapi saya tak boleh dedahkan apa-apa. Apa yang boleh dinyatakan ialah siasatan ini dibuat mengikut Akta Rasuah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang BPR di sini.

Beliau berkata siasatan yang dibuat dengan kerjasama polis itu dimulakan sejurus selepas laporan suruhanjaya berkenaan diumumkan kepada orang ramai kira-kira dua minggu lepas.... selanjutnya.

info berkaitan
Yong: It's time for action - NST [pakatanrakyatsabah]
Laporan polis video klip VK Lingam pada 25/05/2008 di IPK Johor [myblogmix]

SAH .... Ezam kembali pada Umno

Fotoklpos - Selepas menimbulkan berbagai andaian mengenai arah tuju politiknya, Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka mengumumkan keputusan beliau untuk kembali menyertai Umno esok.

FotoMenurut sumber yang rapat dengan beliau, pengumuman mengenai kemasukan Ezam semula ke dalam Umno akan dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ya Ezam sudah membuat keputusan, dan kini hanya menunggu pengumuman rasmi daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahaja," kata sumber terbabit.

Ezam sebelum ini diberitakan akan kembali menyertai Umno -parti yang pernah disertainya sebelum dipecat oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998 kerana menyokong gerakan reformasi.

Sebelum dipecat, Ezam merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.... selanjutnya.

No2umnO - Lagi satu puak akan ada di dalam UMNO ..... hancur juga nampak gaya nya.
kita jengok cerita lain -
(Ezam)Kotakan Janji. [perisikrakyat]
Minda Pembaca: Kenapa Wan Azizah perlu pelik Ezam sertai Umno? [klpos]
Inikah Punca Hangatnya Cerita Ezam....?? [medaninfokita]
Isi perut terburai [wreckunit]
Baca. Fikir. Lapar. Makan. [luarotak]

Pakatan Rakyat announces boycott of newspapers



BOYCOTT BLUES: PKR chief Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, flanked by DAP secretary-general Lim Guan Eng and Pas deputy president Nasharudin Mat Isa, announces the boycott of Utusan Malaysia and Migguan Malaysia after they accused the newspapers of "stoking narrow-minded racial sentiments" to incite Malay anger against Pakatan Rakyat leaders. Not in the picture at the media conference was Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and PKR MP for Kelana Jaya Gwo Burne Loh.... selanjutnya.

A Chinese Woman in PAS Country

Islamicasiasentinel - [...] It's 4 am in Kota Bahru. The streets are empty in the capital of Kelantan, the northern state bordering Thailand on Malaysia’s east coast. Here in the heart of the old town, which is mostly populated by shops owned by ethnic Chinese, also lies the headquarters of the Parti se-Islam Malaysia, or PAS, the fundamentalist party that has ruled the state for 18 years in defiance of all electoral attempts by the ruling national coalition to root it out. Further down the street are the state mosque and the sultan’s palace.

Just around the corner, a young ethnic Malay woman walks down the stairs of a budget hostelry located above the shop. Wearing a pair of tight-fitting capris and a tight short-sleeved tee-shirt, she looks at me and smiles. Moments later, a young man with short, streaked curly hair comes down, tucking in his shirt. He smiles too.

As I walk up, I meet a regular at the motel where I've been staying at for the past week. He is probably in his late teens or early twenties. Scrawny, but handsome with big doleful eyes and smooth olive skin, he waits around the lobby for his girlfriend, who is usually up in a room.

Life in Kota Bahru is strikingly similar to that in Brunei, another strict Islamic state, where entertainment and the public sale and consumption of alcohol are illegal. Beneath a prim and proper exterior are all the carnal undercurrents. As in Brunei, illegal drinking holes exist, but they are strictly for non-Muslims, and tapai -- alcoholic fermented rice — is a popular tipple. Youthful rebellion against medieval Islamic laws simmers, but quietly, and many leave the state, either in search of better employment opportunities or a more liberal lifestyle.... selanjutnya.

Mengapa Mahathir keluar Umno?

matsamankati - [...] Mula-mula dia tanya, "pasai apa Mahathir keluar Umno?" Aku pun jawab, "sebab nak lawan Pak Lah". Pak Nawi jawab balik, "Bukan nak lawan Pak Lah, tapi nak lawan Anwar"

Aku diam, dalam hati, "lebih baik cakap dengan Berahim Ali".

"Mahathir bukan bodoh, Mat. Dia tau Pak Lah lembik, tapi Pak Lah ada viagra kat belakang. Orang lain pakai KY, Pak Lah pakai KJ. Dan tukang support KJ pulak, Anwar!. Aku bukan kata Anwar sokong KJ, tapi bila Anwar tentang Mahathir, KJ juga yang untung." Pak Nawi memulakan ceramah dalam kereta.

"Jadi Mahathir ada dua musuh sekarang. Anwar dan KJ. Nak jatuhkan KJ, Mahathir kena jatuhkan Pak Lah. Tapi sapa nak tolong? Nak harap orang Umno? Orang Umno bagi dua tiga ratus, maruah pun depa boleh jual.Tok sah kata tempat lain, ahli Umno kat tempat sendiri diKubang Pasu pun boleh belot, hanya dengan dua ratus ringgit!... selanjutnya.

Tolonglah PKNS!

penarikbeca - Kerajaan Selangor kini adalah kerajaan Pakatan Rakyat (PR). PR menjadi kerajaan kerana rakyat sudah tidak tahan dan tidak mahu lagi menerima Barisan Nasional. Inilah masanya untuk berjasa kepada rakyat.


Notis yang dihantar DBKL pada 8 Mei 2008


Notis yang dihantar DBKL pada 24 Mei 2008... selanjutnya.

Don't abuse freedom of speech, says PM

malaysianinsider - [...] "The media, as we all know and accept, is central to nation-building – how it is conceived, promoted and finally accomplished. It is also central to good governance."

The prime minister said the fundamental consideration was of course that "we have a media that is not only free but that is responsible as well."

Abdullah said: "We also desire that media does not undermine racial and religious harmony to the extent where national security and public order become threatened. This is not always easy when we have media that cater to different ethnic constituencies with their special religious sensitivities."

Abdullah said different societies could hold to different values based on their dominant culture and historical experience, and "it may be all right, indeed it may be a matter of principle, for some nations with a secular tradition to be able to caricature the prophets of God.

"But not here. We should not be shy of our cultural norms nor be abashed of our voluntary self-censorship in respect of them. It is not a moral or media sin to respect prophets," he said.... selanjutnya.

Muhyiddin heads for showdown with Abdullah

malaysianinsider - Tan Sri Muhyiddin Yassin today took one step closer to a confrontation with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, after urging him to set a timetable for the speedy handover of power. He cautioned the Umno party president that things will be unstable in the ruling party until there was a clear succession plan.

This was the second time in three days that the Umno vice-president has attempted to speed up the leadership change. At a close-door briefing to Federal Territory grassroots leaders, he ended weeks of straddling the fence and called into question Abdullah’s fitness to lead the country.

In an interview with Reuters, he said: "There is a need for the (succession) plan to be put in place now rather than later. The prime minister has mentioned that Najib is his successor. But the question people are asking is, when? I cannot answer that.

"The best option is for both leaders to sit down and be open about things." Bowing to pressure from the ground, Abdullah has said that he will contest the party elections and hand over power to his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak before the end of the term, possibly by 2010. But his critics argue that if he stays on too long it would give his successor much time to reform Umno and help Barisan Nasional regain the support of non-Malays.... selanjutnya.

Pusat tidak halang Selangor ambil alih syarikat air

utusmeloya - Bagaimanapun, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor berkata, cadangan itu perlu menepati beberapa perkara yang termaktub di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ia diluluskan.

Katanya, SPAN akan mengkaji cadangan kerajaan negeri itu terlebih dahulu secara terperinci sebelum memanjangkan perkara tersebut kepada pihak kementerian.

Menurut Shaziman, beliau juga sehingga kini masih belum menerima cadangan itu secara rasmi.

``Kementerian tidak menghalang cadangan kerajaan Selangor untuk mengambil alih tiga syarikat pengurusan air di negeri berkenaan. Tetapi sebelum itu, SPAN perlu meluluskan cadangan tersebut.

"Ini penting bagi memastikan syarikat pengurusan air tidak mengaut keuntungan atau mengenakan bayaran yang tinggi kepada konsesi air yang kelak boleh membebankan pengguna,'' katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Tiga syarikat terlibat ialah Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (Puncak Niaga), Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash)... selanjutnya.

Wakil rakyat, Speaker DUN Kedah 'dipaksa' berjalan kaki ke Parlimen

harakahdaily - Seramai 18 orang terdiri daripada Wakil Rakyat, Speaker dan Timbalan Speaker dariapada Dewan Undangan Negeri Kedah telah 'dipaksa' berjalan kaki kira-kira 200 meter menuju bangunan Parlimen daripada pintu pagar utama.

ImageTinjauan Harakah juga mendapati kejadian yang Imageberlaku pada 10.30 pagi tadi menyaksikan Bas Kerajaan Negeri Kedah dilarang masuk sekalipun untuk menghantar ahli rombongan ke pintu berdekatan berbanding bas sekolah dan persendirian yang dilihat bebas menuju ke pintu masuk utama dan belakang bangunan Parlimen.

Harakah sempat bertanya kepada salah seoarang Adun yang sedang berjalan kaki, Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan) turut hairan dengan layanan dan sikap tidak mesra pihak parlimen dalam menghormati rombongan kerajaan negeri yang hadir untuk menyaksikan sidang dewan berlangsung.

"Saya pun tidak faham, sedangkan kita sudah ada surat dan dokumentasi yang telah dimajukan lebih awal. Bas kami pun dilarang masuk malah kami ditahan di luar pagar dan setelah saya berunding, barulah mereka benarkan masuk tetapi terpaksa berjalan kaki.

"Mereka langsung tidak hormat kepada kami dan saya hairan kenapa ada diskriminasi sebegini?" katanya yang ditemui di pesisir jalan Parlimen yang agak curam itu.
... selanjutnya.

No2umnO - Kalahkah sahaja kerajaan Barisan Nasional, baru boleh ubah semuanya jadi adil. Mengarut punya kerajaan !!!! Makin lama makin meluat pulak aku tengok banyak nya cengkadak kerajaan BN ni.

Govt to respond to issues raised in new media, says Najib

star - The Government will respond to issues raised in the new media and post replies to the wild and baseless allegations made on blogs and websites, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

“We have decided that being quiet and silent is not an option,” the Deputy Prime Minister said during a question and answer session at the Asia Media Summit 2008.

He acknowledged that the Government had overlooked the impact of engaging the new media during the recent general election which was a new dimension in winning over public opinion.

Admitting that the government-of-the-day had not been savvy in engaging new media so much so that it lost out in cyberspace.

“But we live and learn,” he said.

Najib said it was obvious that the Barisan Nasional government would now need to engage the new media.

“We need to have people who are active participants of the new media, who are sympathetic and understanding of the Government’s position.... selanjutnya.

Umno MP Tajuddin's shock move to oust minister

malaysiainsider - Something rare happened in Parliament today. A Barisan Nasional MP asked the Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to drop a minister from his Cabinet, barely three months after the general election.

The proposer was Datuk Tajuddin Abdul Rahman and his target was de facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim, the prominent lawyer who has incurred the wrath of some Umno politicians for pushing the envelope on judicial reforms.

Today’s outburst by Tajuddin was a continuation of a spat which began on Thursday when Zaid was giving the House an update on the Judicial Appointments Commission and other reforms in the judiciary. The minister was interrupted by BN backbencher Datuk Mukhriz Mahathir who sarcastically congratulated him for doing the biding of the Opposition. A few other Umno MPs joined in and heckled Zaid, including Tajudin.

The next day, the minister said that Umno and the Barisan Nasional need to take stern action against their members and MPs who openly criticise government policies and the prime minister. His comments were carried in several newspapers and this caught the attention of Tajudin.

Hitting back, he said that Abdullah should "reconsider" Zaid’s appointment as a minister in the Prime Minister's Department. His offence: running down MPs.

Zaid should also apologise to himself and Mukhriz and retract statements in the newspaper.

He denied that he had made statements which were insulting to the prime minister or which were against government's policy. All he offered was a frank view on the government’s plan to set up a judicial commission.

"I don't understand how it can be misconstrued as going against the prime minister. I am very upset with such an irresponsible statement from Zaid. It does not reflect the standing of an executive," Tajuddin said.... selanjutnya.

Penduduk Pasar Minggu Kampung Baru dihalau

harakahdaily - Penduduk dan peniaga Pasar Minggu Kampung Baru kini dikategorikan sebagai setinggan dan dihalau keluar.

Peliknya, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup pula mendakwa penduduk dan peniaga tersebut tidak akan dianak tirikan. Kenyataan Salleh itu disifatkan bercanggah dengan notis yang menghalau mereka dari kawasan itu.

"Apa kebenaran kata-kata beliau? Kami telahpun menerima notis supaya berpindah dari Pasar Minggu Kampung Baru," kata mereka dalam blog mereka.

Menurut notis berkenaan, mereka tidak akan diberi sebarang ganti rugi atau tempat gantian.

"Ini adalah notis yang bersifat keras ke atas penduduk. Ke mana kami akan pergi?" tanya mereka.

Walaupun Pasar Minggu Kampung Baru satu ketika dahulu menjadi tarikan pelancong, tetapi selepas itu "tiada pihak yang berwajib mengambil kisah di Pasar Minggu dan dipandang sepi".

"Tapi kini bila pembangunan mahu dilaksanakan, penduduk diketepikan atas dasar setinggan," kata penduduk dalam blog mereka.

Sebelum ini, Persatuan Peniaga dan kebajikan Pasar Minggu Kampung Baru mempersoalkan: "Mengapa kami dikategorikan sebagai setinggan dan diarah keluar?"

Mereka menerima notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengosongkan dan berpindah dari kawasan tersebut pada 8 Mei lalu.... selanjutnya.

Pak Lah takut pada S'pura - Mahathir

malaysiakini - Kira-kira 300 penyokong mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menyambut kepulangan beliau dari Jepun di lapangan terbang Subang petang tadi.

Mereka turut membawa kain rentang yang berbunyi 'Tun Mahathir kita tetap bersamamu; Selamat pulang pejuang bangsaku; dan Berani berjuang untuk negara, agama dan bangsa'.

Beliau pulang dari Jepun untuk menghadiri persidangan ekonomi Nikkei.

Dr Mahathir berucap selama lima minit kepada para penyokongnya dari dalam kereta yang dinaikinya.

Dalam ucapannya, beliau yang keluar Umno pada 19 Mei lalu, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi takut kepada Singapura.

Dr Mahathir dipercayai merujuk kepada kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ) yang memutuskan Pulau Batu Puteh milik kerajaan Singapura.... selanjutnya.

Pemuda Umno Kapar buat laporan BPR

malaysiakini - Pemuda Umno Bahagian Kapar hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur tertentu yang mempengaruhi proses tawaran tender untuk projek penyenggaraan landskap di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Seramai 10 wakil pergerakan itu yang diketuai oleh Setiausahanya, Nor Azizi Ishak membuat laporan berkenaan di pejabat BPR negeri di Shah Alam jam 11 pagi tadi.

Seorang ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kapar, Mohd Roslee Abdul Rahman berkata mereka membuat laporan itu berikut berlaku perubahan pada tarikh tutup tender berkenaan yang telah dilanjutkan dari semalam (26 Mei) kepada 19 Jun ini tanpa sebarang notis.

Sepatutnya notis mengenai lanjutan tarikh tutup permohonan itu diberitahu lebih awal menerusi akhbar, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu, demikian menurut laporan Bernama.... selanjutnya.

No2umno - BPR cepat !!!.... ni lapuran dari UMNO. Langgar dinding buat kerja.

Batu Puteh Yang Dikatakan Menang-Menang

dupacendana - Umum telah maklum, ICJ telah memberikan hak mutlak Batu Puteh kepada Temasek, dan meninggalkan Tanah Melayu dalam kerugian. Cuma, bukankah sepatutnya ia begini;-

Tanah Melayu ini tanah berdaulat. Kemudiannya dijajah. Semasa dijajah, Inggeris dan Belanda membahagi-bahagikan wilayah kekuasaan masing-masing bertukar sesama sendiri dimana akhirnya Melaka jatuh dibawah kekuasaan Inggeris. Seterusnya, pada tahun 1957 Tanah Melayu merdeka bersama denganTemasek dan menyusul kemudiannya Sabah dan Sarawak pada 1963. Bukankah semasa Merdeka itu, apa yang diiktiraf oleh kemerdekaan adalah Tanah Melayu dan tiada terpisah sedikit habuk antara hak-hak Tanah Melayu dan Temasek. Bukankah sepatutnya sebarang surat-surat persetujuan pembahagian wilayah yang antara Tanah Melayu-Temasek terbatal dengan sendirinya sejurus apabila Temasek bersetuju untuk merdeka bersama-sama Tanah Melayu dan sebarang tuntutan berasaskan perjanjian bermula daripada tarikh 31 Ogos 1957 dan ke depan?... selanjutnya.

berita berkaitan
Pulau Batu Puteh - What's our mistake? [anginperubahan]
KEDAULATAN PULAU BATU PUTIH [kullager]
Batu Putih Dah Jadi Batu Hitam [kuchalana]
M’sia ‘cuai’ punca hilang Batu Putih [reunionunic]
Back Fired [pakatanrakyat]
Hinanya bangsa Melayu di negara Pulau Batu Putih [pemudabersih]
Permasalahan Negara: Pulau Yang Terlepas [tomhakim]
Pulau Pisang: Another banana skin for M’sia? [satuperjuangan]
Umno terperangkap antara Melayu Ultra atau Melayu Moderate [syukran]
Bila peguam tilam jaga kes Lingam......!!!!!! [prorefromasi]
Ana sengaja memetik artikel ini supaya kita sama-sama sedar akan ... [mppendang]

"Saya kecewa tapi setia pada parti," Badrul

klpos - KL: "Jangan kaitkan saya dengan berita Ezam mahu menyertai Umno", itulah reaksi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi KLpos.com.

Sebelum ini, laman web Malaysiakini.com menyiarkan berita berbentuk spekulasi mengenai kemungkinan Badrul akan menyertai Umno bersama-sama dengan Ezam.

Menurutnya, memang beliau dalam keadaan 'panas' dengan sikap sesetengah pemimpin PKR mengenai cara menguruskan parti dan negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan rakyat.

"Betul saya tegur kepimpinan parti, pengurusan sebagainya, tetapi tidak semestinya hendak masuk Umno," kata beliau.

Badrul yang lebih dikenali sebagai pemimpin akar umbi, dilaporkan kecewa dengan sikap pemimpin parti yang mengabaikan penyokong sendiri dalam beberapa perkara termasuk pengisian jawatan.

"Mengapa perlu di bawa orang luar, ditatang bagai minyak penuh, sedangkan penyokong sendiri, dilupakan, ingat balik, tanpa penyokong siapalah kita hari ini," katanya.... selanjutnya.

Selangor kaji tamatkan kontrak Alam Flora

malaysiatoday - Selangor sedang mengkaji kemungkinan menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal yang dijalankan Alam Flora Sdn. Bhd. di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu kecuali Majlis Daerah Hulu Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri, Ronnie Liu berkata, tindakan itu ekoran pengurusan sampah yang dijalankan Alam Flora masih mendapat rungutan penduduk.

Selain itu katanya, PBT pula terpaksa mengeluarkan peruntukan besar, namun perkhidmatan yang diberikan didapati masih tidak memuaskan sehingga kebanyakan penduduk merungut.

"Kerajaan negeri berkemungkinan berbuat demikian dan menubuhkan Lembaga Pengurusan Sampah Selangor yang akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri.

"Cadangan ini akan dibentangkan kepada kerajaan negeri setelah kajian siap dijalankan," kata beliau.

Usul Membahaskan Isu Pulau Batu Putih dihalang!

http://greatlakeseditions.typepad.com/photos/uncategorized/2007/11/23/horsburg_lighthouse.jpgSuarakeadilan - Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul Pakatan Rakyat bagi membahaskan isu Pulau Batu Putih yang telah terlepas hak kedaulatannya kepada Singapura.

Penolakkan usul Sallehuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dibuat berdasarkan isu tersebut telah diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan bukanlah perkara yang perlu disegarakan. Alasan Parlimen Malaysia tidak mampu mengubah keputusan turut digunakan.

Menurut Sallehuddin, tujuan Pakatan Rakyat mengemukakan usul tersebut bukanlah bertujuan untuk mempertikaikan keputusan ICJ tetapi lebih ingin membahaskan kelemahan kerajaan dalam mengemukakan hujah sehingga hak kedaulatan pulau itu terlepas.

Meskipun usul tersebut ditolak, Sallehuddin bangun beberapa kali merayu kepada Speaker agar isu tersebut dibahaskan. Namun Speaker menegaskan kenyataan “kita perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku’ yang dinyatakan beliau sendiri sudah memadai tanpa membahaskan usul itu.

Walaupun Speaker mengakui bahawa beliau turut bersedih akan kehilangan pulau tersebut namun beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan usul tersebut dibawa untuk dibahaskan dalam dewan. – Zuwairi Zakwa.

Mahathir Sedia Menyertai Pas?

msomelayu - PETANG ini Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke tanah air. Beliau dijangka akan tiba di lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Subang kira-kira jam 5:00 petang.

Sejak semalam bertali arus SMS dihantar oleh para penyokongnya yang meminta orang ramai datang beramai-ramai menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri itu.

Mungkin persiapan menyambut kepulangan Mahathir itu telah diaturkan seadanya.

Persoalannya apakah kenyataan atau kejutan yang akan dilakukan Mahathir petang ini setelah tindakannya keluar daripada Umno minggu lepas tidak berapa menjadi dan mengecohkan Umno.

Tidak ramai yang mengikut jejak langkahnya melainkan anak dan isterinya. Walaupun Sanusi Junid ikut sama keluar daripada Umno tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan dan kejutan kerana umum melihat Sanusi sudah lama terbuang dalam parti berkenaan. Selepas berundur daripada menjadi MB Kedah Sanusi dilihat oleh Umno sebagai barang berulat.... selanjutnya.

Selangor ambil alih 4 syarikat konsesi air

Mstar - Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikat milik penuhnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mengemukakan cadangan untuk mengambilalih empat syarikat konsesi air di Selangor.

Keempat-empat syarikat itu ialah pengeluar air Konsortium ABASS Sdn. Bhd., Puncak Niaga Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd. (SPLASH) dan syarikat pembekal air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAs).
"Penyusunan semula ini akan membolehkan industri air Selangor diuruskan secara holistik," kata , kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar di sini.

Penyusunan semula itu sejajar dengan keputusan Kabinet Persekutuan pada 15 Januari yang dinyatakan melalui sepucuk surat kepada Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi pada 5 Februari, kata Abdul Khalid.

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar, beliau gembira dengan keputusan itu dan bersetuju pelaksanaan keputusan itu.... selanjutnya.

What the Human Resource Ministry has done to reduce dependence on foreign workers?

NST - The Human Resource Ministry has taken various steps to reduce the dependence on foreign workers in the country. Human Resource Minister Dr S Subramaniam said among them was by advertising the jobs slated for foreign workers to the locals first.

"We at the Ministry also help these sectors to get locals to work with them but if all fails then we have no choice but to allow them to take in foreign workers," Subramaniam told the Dewan Neagara during the question and answer session.
He was replying to a question by Datuk Kamarudin Ambok who asked the Human Resource Minister to state the measures taken by the Government to overcome the dependency on foreign workers in all sectors.

Subramaniam said foreigns workers earned well in Malaysia and some could also take home RM2,000 a month.

"Working in the plantations is a well paying job. I was told that a plantation worker, who are now mostly foreigners, take home about RM2,000 a month," he added.

Ahli Parlimen BN tolak usul Batu Puteh !!!

BN bakulsampahkan usul Batu Puteh
Harakahdaily - [...] Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme boleh menilai dan menghakimi sendiri sikap dan gelagat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ketika usul mengenai kehilangan Pulau Batu Puteh dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

"Ketika saya menggunakan peraturan yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangun beramai-ramai sebagai tanda sokongan.

"Malangnya, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), khususnya yang mewakili Umno Johor, enggan bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan. Hebat Umno Johor.

"Saya sangat kagum dengan semangat patriotisme mereka sehingga enggan menyokong supaya isu kehilangan Pulau Batu Puteh dibincangkan!" kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang membentangkan usul tersebut.
Hakikat bahawa usul tersebut tidak dibentangkan bukan untuk kepentingan PAS atau PR, sebaliknya demi kedaulatan negara, menambahkan kekaguman Ahli Parlimen Kubang Kerian itu kepada semangat patriotisme ahli-ahli Parlimen BN itu. ... selanjutnya.

No2umnO - Apa sebenarnya yang disembunyikan oleh Barisan Nasional di dalam isu kehilangan Batu Puteh ..... ? Adakah mereka turut bersubahat? Nah baca ini ... Budaya takut bersuara jejaskan kekuatan Umno- Shahrir

P. Pinang mahu haramkan Islam hadhari

malaysiakini - Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin bersetuju dengan langkah yang diambil oleh exco hal-ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

"Negeri (Pulau Pinang) akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Langkah Pulau Pinang ini tidak bermotifkan politik, tambah Mohammad Fairus, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."... selanjutnya.

Bila nak tangkap Adnan Mansor!

atranungkite - Tapi kali ini saya hanya mahu mengasak pada Adnan yang begitu teruja dengan siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara, Gani Patail.
Pelik juga. Nama beliau disebut dalam Klip berkenaan. Beliau juga sudah dipanggil oleh Suruhanjaya. Kenapa masih tak ditangkap. Adnan ini wajar ditangkap segera bagi memudahkan soal siasat dilakukan di balik tirai besi. Biar dia rasa sikit pengalaman dilokap, dan disoal siasat macam tahanan lain.

Polis Malaysia harus berani bertindak pada pemimpin Umno. Mereka bukan tuhan, dan mereka juga banyak kesalahan yang harus didedahkan pada rakyat. Apa ada pada Peguam Negara. Kuasa dakwa-dakwi tidak sepatutnya milik dia seorang.

Dia pun dilantik oleh Umno melalui skim ehsan “Kerajaan Barisan Nasional”. Jadi apakah kebebasan beliau sebagai Peguam Negara kini tidak boleh dipersoalkan. Setiap rakyat berhak menuntut keadilan dan Polis wajib menahan Adnan dan tidak membiarkannya diluar sini bersama rakyat yang tidak berdosa. Tempat beliau adalah penjara. Hantar sahaja dia ke sana.... selanjutnya.

JAKIM TAK RETI BAHASA KE?

Ini kata JAKIM .....

Jakim tetap lancar program Islam Hadhari di Selangor
bharian - Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) tetap meneruskan program Islam Hadhari yang dirancang untuk kerajaan Selangor bernilai RM24 juta sepanjang tahun ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz, hari ini.

Beliau mengulas pendirian kerajaan Selangor semalam yang mengharamkan sebarang bentuk program Islam Hadhari di negeri itu berkuat kuasa serta-merta.... selanjutnya.
Ini kata Kerajaan Selangor .....
Selangor haramkan Islam Hadhari - Dr Hassan Ali
harakahdaily - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup. .... selanjutnya.
Ini kata MUFTI .....
aMufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!
tranungkite - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'.

Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini..... selanjutnya.
Maka .... siapa JAKIM ni? Aku tak hairan kalau Masalah MURTAD, AJARAN SESAT dan MASALAH SOSIAL yang makin menjadi jadi. Yang masuk Islam kembali murtad. .... Berapa lama Jakim kat Malaysia, Islam tidak bagus malah makin rosak. Kerja asal tak di buat, pergi buat kerja lain pulak. Jakim ni tak reti bahasa ape ke?

Jelaskan penggunaan royalti minyak Terengganu

utusmeloya - Kerajaan diminta menjelaskan secara terperinci perbelanjaan wang hasil royalti minyak kepada Terengganu bagi memastikan ia dibelanjakan secara adil.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, berdasarkan statistik, dari 2004 hingga 2008 sebanyak RM7.4 bilion hasil minyak disumbangkan kepada Terengganu.

Bagaimanapun beliau mendakwa, untuk tempoh empat tahun itu, negeri berkenaan hanya menerima RM5.2 bilion.

"Ke mana perbezaan sebanyak RM2.2 bilion ini? Kita perlukan penjelasan," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, perkara itu dibangkitkan supaya setiap ringgit wang hasil negara diagihkan secara adil.

Beliau juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memastikan dana-dana yang diperuntukkan bagi meningkatkan industri pertanian dan pengeluaran makanan negara dimanfaatkan sepenuhnya untuk menangani kemiskinan di kalangan petani.

"Kementerian ada dana dengan nilai berbilion ringgit yang perlu dihabiskan dalam pakej untuk cukupkan bekalan makanan. Tetapi kenapa kita belum mampu hasilkan makanan yang mencukupi," katanya.
... selanjutnya.

Tiga keajaiban terjadi kepada MB Nizar

alhusseyn - [...] Tetapi , sedarkah anda perkara yang paling ajaib berlaku disepanjang peristiwa tersebut?

Selain keajaiban tenaga yang ada pada Nizar, saya perhatikan ada dua lain kejadian ajai yang dapat saya saksikan sendiri.

Pertama , tidak ada ‘police escort’ - kereta yang dinaiki Nizar ikut sama bersesak-sesak dengan kenderaan lain disepanjang perjalanan!

Yang kedua , amat ajaib sekali kerana tiada liputan berita walaupun secubit tahi hidung oleh media perdana negara.

Lihat - itu adalah kereta yangdinaiki MB Nizar - sama bersesak tanpa kawalan polis,

Para pemberita media perdana tempatan releks sahaja seolah-olah Menteri Besar Perak kita ini tidur sahaja kerjanya seperti mana seorang pemimpin besar disebuah negara ; yang amat terkenal gemar tidur di khalayak ramai walau pun sedang berdiri!

Diharap pihak media perdana tempatan , ikutlah berubah sebagaimana kehendak rakyat yang ramai , yang telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri Perak ini.Media adalah jambatan yang menghubungkan antara pemerintah dengan rakyatnya; maka janganlah di runtuhkan jambatan tersebut.... selanjutnya.

Iklan UK MARINE yang menghina Melayu



Rujuk: Iklan Marin UK menghina bangsa Melayu

BATU PUTEH: PAS BUAT LAPORAN POLIS

... selanjutnya.

TAK CAMPUR TANGAN?

News Daily May 26, 2008

Kedaulatan Pulau Pisang

http://www.beaugrande.com/PontiaKechilmudflat.jpg
letter
blog.limkitsiang.
by Azmi

Salam sejahtera YB, saya adalah seorang anggota TLDM yang pernah ditugaskan untuk memantau kehadiran petugas rumah api warga Singapura di Pulau Pisang. YB, Pulau Pisang adalah pulau yang tidak dihuni, dimana penduduk asalnya telah berpindah ketanah besar di Pontian, yang tinggal hanya dusun dan perkuburan yang tidak terjaga, Ia terletak di perairan Pontian Johor dan jauh daripada Singapura.

Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut, adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya. Disini saya ingin memaklumkan kepada YB, selama penugasan saya di pulau tersebut, kami tidak dibenarkan memasuki persekitaran rumah api, malah menggunakan jetinya juga dilarang apatah lagi memasuki kedalam rumah api. Maka sepanjang penugasan kami di sana, kami hanya memerhatikan dari jauh warga Singapura keluar masuk, tidak lebih dari itu.

Merujuk kepada kemenangan Malaysia keatas kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan adalah atas dasar pembangunan dan kawal selia Malaysia di pulau tersebut, begitu juga kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura juga atas alasan yang sama.
Tidakkah kerajaan Malaysia berasa risau dengan kedudukan Pulau Pisang yang mungkin akan dituntut haknya oleh Singapura pada masa akan datang (tidak sekarang, mungkin 50 tahun akan datang. Tuntutan keatas Pulau Batu Puteh pun dilakukan setelah puluhan tahun ia mengawal selia pulau tersebut). Ada atau tidak perjanjian antara Malaysia dan Singapura yang jelas menyatakan bahawa kehadiran Singapura di Pulau Pisang hanya mengawal selia rumah api sahaja.... selanjutnya.

artikel berkaitan
Siti Nurhaliza Mempertahankan Kedaulatan Pulau Pisang

Takut menangkap ikan di Batuan Tengah

"Pihak berkuasa Singapura sanggup bertindak tanpa tolak ansur"

Hmetro - Lebih 1,500 nelayan Pengerang, Kota Tinggi belum berani ke kawasan Batuan Tengah yang dianggap lubuk ikan biarpun kedaulatannya disahkan milik negara di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Jumaat lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan kawasan Pengerang, Abu Bakar Mohamad, berkata setakat ini tiada nelayan berani menangkap ikan di kawasan itu kerana takut diusir pihak berkuasa Singapura.

Beliau berkata, sebelum ini, nelayan diusir jika mendekati Pulau Batu Puteh dan sekitarnya termasuk Batuan Tengah dikawal ketat 24 jam Polis Pengawal Pantai dan Tentera Laut Singapura.

“Tambahan mereka enggan berdepan masalah kerana pihak berkuasa Singapura sanggup bertindak tanpa tolak ansur,” katanya.

“Sehubungan itu, saya nasihat nelayan menangguh hasrat menangkap ikan di kawasan itu sehingga kedua-dua negara melakukan persempadanan maritim,” katanya.

Student visa deception: 200 held yearly for misusing student passes

nst - Mohd Bakri also said that the problem arose in part because of the laxity shown by colleges in ensuring the students registered with them attend classes regularly.

He said the number of foreign "students" involved in crime such as drug trafficking and vice was alarming.

Immigration statistics reveal that 100 to 200 students are caught each year for misusing their student passes to work.

Those statistics pale in comparison with those who have been caught for their involvement in serious crime, mainly vice and drug trafficking.

For example, a Chinese accounting student moonlighting as a guest relations officer in an entertainment outlet was nabbed during an Immigration raid in early March.... selanjutnya.

Minyak di Terengganu kini milik negeri 100 peratus ?

buletinonline - Kerajaan negeri Terengganu beranggapan, kesemua hasil petroleum yang dijumpai di negeri ini adalah dimiliki 100 peratus oleh negeri ini dan bukannya hak Petronas lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia negeri Terengganu, Haji Mustafa Ali berkata, anggapan ini dibuat berasaskan kenyataan kerajaan Pusat bahawa perjanjian yang dibuat oleh kerejaan negeri dengan Petronas pada tahun 1975 telah tidak sah dan terbatal sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Rais Yatim.

"Kalau selama ini milik kita 5 peratus sahaja berdasarkan perjanjian dengan Petronas, kini setelah perjanjian itu dikatakan terbatal dengan sendiri oleh Pusat, kini ia milik kita 100 peratus,"kata Haji Mustafa yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau berkata demikian ketika diminta oleh pemberita untuk mengulas sikap kerajaan negeri Terengganu terhadap isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu ketika ditemui di majlis pelancaran Pusat Dagangan Terengganu semalam.... selanjutnya.

WPI lebih membimbangkan dari Batu Puteh

harakahdaily - Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) lebih membimbangkan dari Pulau Batu Puteh, kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).

Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, beliau bimbang, WPI juga akhirnya akan menjadi seperti Pulau Batu Puteh jika satu hari nanti di bawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila kawasan itu jatuh ke tangan asing.

Di WPI, katanya, semua pihak boleh membeli tanah tanpa halangan.

"Kawasan di WPI termasuk kawasan orang Melayu, tanah orang-orang Melayu," kata Ibrahim yang menjangka kawasan tersebut akhirnya akan menjadi milik asing.

Mengenai Pulau Batu Puteh, beliau berkata, Malaysia seolah-olah mengaku pulau itu bukan miliknya apabila membawa perkara itu ke ICJ sedangkan "kita tahu dah Batu Puteh milik kita".

Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap loji air Singapura di Gunung Pulai, Johor yang tidak boleh dimasuki oleh pihak keselamatan Malaysia.

Loji itu, katanya, boleh digunakan untuk mensabotaj Malaysia kerana jika loji itu dipecahkan, ia boleh menenggelamkan kawasan yang besar di Johor.

Ahmad sedia dilantik Pengerusi UMNO Terengganu

utusmeloya - [...] Katanya, ini kerana pada kebiasaannya Menteri Besar akan memegang jawatan tertinggi UMNO di sesebuah negeri bagi memudahkan urusan pentadbiran dan parti.

''Secara tradisinya, Menteri Besar akan memegang jawatan nombor satu dalam parti di sesebuah negeri. Biasanya begitulah dan saya tidak akan menolak jika ditawarkan (jawatan).

''Bagaimanapun, terpulang kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menentukannya," katanya yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman.... selanjutnya.

Ada pihak mungkin akan pertikai pemilikan Pulau Pisang

utusmeloya - Kementerian Luar akan memaklumkan kepada kerajaan negeri Johor supaya membangunkan Pulau Pisang bagi mengelakkan timbul tuntutan daripada pihak tertentu terhadap kedaulatan wilayahnya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengakui kemungkinan akan ada pihak yang mahu mempertikaikan pemilikan pulau itu pada masa depan apabila ia 'tampak' seolah-olah tidak berpenghuni atau digunakan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas pengurusan rumah api di pulau itu yang dikendalikan oleh Singapura kerana ia tertakluk kepada 'perjanjian dari aspek sejarah'.... selanjutnya.

Rayuan Raja Munirah ditolak

Utusmeloya - Impian Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 23, agar dibebaskan lebih awal daripada kesalahan menyeludup dadah ke Jepun berkecai apabila Mahkamah Agung negara itu menolak usulnya untuk mendapatkan kebenaran bagi rayuan terakhir terhadap hukuman penjara tujuh tahun empat bulan yang dihadapinya.

Bekas penuntut kolej swasta di Cyberjaya itu bagaimanapun hanya menjalani hukuman penjara enam tahun sembilan bulan selepas diberikan diskaun sebanyak 270 hari bermula tarikh tangkapan pada 20 Disember 2006.

Hukuman itu tidak termasuk denda sebanyak 1.5 juta yen (kira-kira RM50,000) yang turut dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Tokyo ketika dia mengaku bersalah kali pertama. Jika gagal membayarnya, dia dikenakan penjara tambahan sebanyak 250 hari lagi.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive