KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 27, 2008

JAKIM TAK RETI BAHASA KE?

Ini kata JAKIM .....

Jakim tetap lancar program Islam Hadhari di Selangor
bharian - Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) tetap meneruskan program Islam Hadhari yang dirancang untuk kerajaan Selangor bernilai RM24 juta sepanjang tahun ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz, hari ini.

Beliau mengulas pendirian kerajaan Selangor semalam yang mengharamkan sebarang bentuk program Islam Hadhari di negeri itu berkuat kuasa serta-merta.... selanjutnya.
Ini kata Kerajaan Selangor .....
Selangor haramkan Islam Hadhari - Dr Hassan Ali
harakahdaily - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup. .... selanjutnya.
Ini kata MUFTI .....
aMufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!
tranungkite - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'.

Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini..... selanjutnya.
Maka .... siapa JAKIM ni? Aku tak hairan kalau Masalah MURTAD, AJARAN SESAT dan MASALAH SOSIAL yang makin menjadi jadi. Yang masuk Islam kembali murtad. .... Berapa lama Jakim kat Malaysia, Islam tidak bagus malah makin rosak. Kerja asal tak di buat, pergi buat kerja lain pulak. Jakim ni tak reti bahasa ape ke?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive