utusmeloya - Kerajaan diminta menjelaskan secara terperinci perbelanjaan wang hasil royalti minyak kepada Terengganu bagi memastikan ia dibelanjakan secara adil.
Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, berdasarkan statistik, dari 2004 hingga 2008 sebanyak RM7.4 bilion hasil minyak disumbangkan kepada Terengganu.
Bagaimanapun beliau mendakwa, untuk tempoh empat tahun itu, negeri berkenaan hanya menerima RM5.2 bilion.
"Ke mana perbezaan sebanyak RM2.2 bilion ini? Kita perlukan penjelasan," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, perkara itu dibangkitkan supaya setiap ringgit wang hasil negara diagihkan secara adil.
Beliau juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memastikan dana-dana yang diperuntukkan bagi meningkatkan industri pertanian dan pengeluaran makanan negara dimanfaatkan sepenuhnya untuk menangani kemiskinan di kalangan petani.
"Kementerian ada dana dengan nilai berbilion ringgit yang perlu dihabiskan dalam pakej untuk cukupkan bekalan makanan. Tetapi kenapa kita belum mampu hasilkan makanan yang mencukupi," katanya.
... selanjutnya.
May 27, 2008
Jelaskan penggunaan royalti minyak Terengganu
Labels: Sidang Parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment