KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 3, 2008

Kita biarkan gambar bercakap seribu perkataan

erisar.blogspot

Kita biarkan gambar bercakap seribu perkataan.;)


'Katanya, mengundi adalah tanggungjawab setiap rakyat dalam menentukan masa depan negara, maju ke hadapan atau sebaliknya' More...

No2umnO - Patutnya ARTIS kena ikut cara Siti. Tak dapat 100%, sikit pun jadi lah. Kalau tak nak pakai tudung, paling tidak pun perangai kena lah macam pakai tudung. Ini dah la tak pakai tudung, perangai macam ular tedung. Kalau tersandung batu, kudung .... tak sempat nak buat baik ... dah habis. Jangan mudah digunakan oleh UMNO. Maklumlah, UMNO tu semua nak belasah.....

Tabik hormat pada Siti, sekurang kurangnya ada artis yang macam ni. Tapi ramai jugak yang pak angguk, dari muda sampai ke Tua....susah tu.

TAMBAHAN: AMBIL TANAH SATU SEN TAK BAYAR

This summary is not available. Please click here to view the post.

Exempt non-recognised docs from MMC exam

I received an email from somebody and wanted me to publish the following letter from Malaysiakini. Read and think. What had our goverment did to our graduated doctors ... To waste our money and effort.

Exempt non-recognised docs from MMC exam
Dr Kartik | Feb 27, 08 4:49pm
malaysiakini

There are about 200 or more Indian Malaysians and a few Chinese who have graduated as doctors from universities around the world not recognised by the Public Services Department. As such, before we can practice in Malaysia, the Malaysian Medical Council (MMC) requires us to sit and pass a qualifying exam. The pass rate of this exam is less then 10 percent.

Many of my seniors who sat for the exam said they did quite alright in the exam but the MMC rejected them.
Where is the transparency? None among the Malaysian universities are ranked in the world’s top 200, yet the MMC uses them to conduct examinations from doctors like us who are from among very best varsities in world. Does that make any sense?

Why the government is willing to spend a lot of money and hire overseas doctors but rejecting its own professional citizens? The health ministry, in 2002, allowed doctors from non-recognised varsities to be exempted from this exam on the condition they performed another two years of government service.

Its’ so disappointing the way the professionals are treated over here. The government said it needs 40,000 doctors by 2020. We have only a few medical universities in Malaysia with each university taking about a maximum 200 students a year. With about 200 to 300 overseas Malaysian medical students returning a year, we won’t reach that target in the13 years to 2020.

I’m sure the government will have to take in more and more foreign doctors (as is happening now) spending an unnecessary amount for salaries, housing and other benefits. Why spend on foreign doctors when there is a pool of Malaysians doctors yet to be utilised?


All of us who graduated from non-recognised medical universities were forced to study there as that time there were no agents for recognised medical universities in Indonesia. Even then, all the Malaysian students in Indonesia were sent there all on a government-to-government basis through JPA and Mara scholarships.

We are not rich people and really couldn’t afford to go to recognised universities in India, Indonesia or elsewhere. Its’ too expensive and besides, almost all the places for medicine have ben pre-booked for JPA and Mara scholars. Of course, there’s no place for us in local varsities despite our excellent results.

The things is that from 1997 to 2003, many bumiputera medical graduates from non-recognised universities in Indonesia were immediately transfered to a recognised university there. When I and my friends met this university’s representatives, they said they could take us in but we must be approved by the Malaysian government.

We then approached our Education Ministry which said they couldn’t approve us because we were neither JPA or Mara students! After several meetings with the MMC, they finally allowed us to transfer to this university by they unkindly fixed a very early deadline which we could not me.

Indian and Chinese Malaysian medical students had no chances as the transfer needed proper documentation which needed time for preparation. What I want to ask is this: what is the future of doctors who are not recognized here not because we are not capable but because we are discriminated against?

What am I asking for from my country Malaysia? Just to allow me and all other Malaysians in the same situation to practice as a doctor and serve our country. The MMC’s exam for us at three public universities are not done in a transparent and fair manner. We believe there is a racial bias in the pass rate and we have lost confidence in that exam.

All non-recognised Malaysian medical doctors at present should be given the chance to be absorbed immediately into government service without sitting for any exam. However, they would have to perform another two years of government service as proposed in 2002. We love our country but we are confused about our future.

TG NIK AZIZ DI HOTEL NIKKO





lagi gambar menarik: fotowarung.bazuki

Perhimpunan raksaksa pada 9 Mac 2008 jika SPR menipu

aminiskandar.

Dalam seronok berkempen untuk pilihanraya, jangan pula kita terlupa bahawa penipuan pilihanraya pasti ada. Jangan terkejut jika “mood” rakyat yang mahukan perubahan disambut dengan kekalahan demi kekalahan termasuk di kubu-kubu kuat atau kawasan-kawasan yang berpotensi menang.

Terbukti bahawa pengunaan dakwat kekal dan peti undi lutsinar adalah kosmetik semata-mata bagi memastikan rakyat terperdaya bahawa pilihanraya di Malaysia ini bebas dan adil. Penggunaan dakwat kekal adalah tidak wajib bagi pengundi dan sesiapa yang tidak mahu menggunakannya hanya perlu mengisi borang. Peti undi lutsinar pula menjadi tidak bererti apabila daftar pengundi tidak dibersihkan.

Daripada maklumat yang diterima, ramai anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos turut didaftarkan sebagai pengundi biasa. Selain daripada itu jumlah pengundi yang berumur lebih daripada 100 tahun berjumlah hampir 10,000 orang dalam daftar pemilih. Jika benar terdapat sebegitu ramai penduduk yang berumur lebih daripada 100 tahun di Malaysia, ia adalah satu rekod dunia.

Media cetak dan elektronik berat sebelah. Pendek kata padang tak sama rata. RTM yang dimilik oleh negara dijadikan mesin propaganda untuk parti Barisan Nasional.

Berikutan dengan perkembangan ini, tidak mustahil penipuan besar-besaran akan dilakukan oleh SPR untuk membantu BN menang besar dalam pilihanraya pada 8 Mac ini. Jika ini berlaku, jangan sedih dan jangan kecewa. Perhimpunan Raksaksa bagi membantah penipuan pilihanraya akan diadakan pada 9 Mac 2008, 8.30 pm di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur. Sila klik disini untuk maklumat berkaitan.

Kalau tipu, 9 Mac 8.30 malam kita berhimpun lagi!!

penarikbeca

Ada di Pantai Timur semula selepas balik Taiping kerana pemergian kakak yang sangat dikasihi. Saya merayu belas kasihan Allah s.w.t. kepadanya - dan kepada kita semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi mendoakan kak saya.

Semalam dengan Abang Mat (Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu). Bila saya SMS (tak berani call, takut dia tengah ceramah) nak jumpa dia, dia call balik. "Hang tunggu aku, sat gi kita minum-minum di Rusila".

Bila saya kata saya dengan Black, dia suka sangat.

Saya pun ambil keputusan buat kerja bodo. Saya tunggu dia betul-betul sebelah pintu gerbang Masjid Rusila - kubu PAS. Banyak mata yang memandang ke arah kereta yang berhenti di sebelah pintu gerbang itu. Beratus-ratus orang di situ. Kira-kira 90 peratus anak-anak muda. Lebih 90 peratus tak berkopiah putih.

Black kata kat saya, "bakaq, kalau depa mai kerumun kita, naya kita!". Walaupun saya tidak fikir langsung mereka akan buat gitu, saya sengaja jawab, "Kena rebus kita malam ni!"

Memang, walaupun mengatur salam dan kata-kata yang penuh sopan, dua tiga orang datang bertanya kami, datang dari mana dan nak pergi ke mana?

Saya tak gentar sedikitpun. Takut apa, saya pun "orang situ" jugak. "Tunggu Abang Mat," itulah jawapan saya setiap kali mereka bertanya.

Tetapi Black dan saya dapat rasa, mereka tetap curiga.

Apabila datang seorang lagi bertanya, sambil menjawab kepadanya saya terus call Abang Mat. "Cepat la oii! Ni dah ramai datang dok tanya ni". Sahabat dari Rusila yang bertanya itu tergelak kecil. Mungkin dia lega kerana kami bukan nak "buat hal" di situ. Tetapi dia tidak juga beredar jauh dari kami.

"Sat gi aku sampai situ, aku nak suruh depa kepung hang. Siap hang!" jawab Abang Mat kepada saya.

Sampai-sampai, keluar ja dari kereta, Abang Mat terus keriau panggil saya. Lepas tu, barulah saya betul-betul jadi "orang situ".

Adakah orang-orang "tempat saya" itu garang-garang dan terlalu curiga kepada orang lain? Garang tu tak terasa pulak. Kalau curiga, memang patut. Saya bukan jenis berkopiah putih dan hampir tak pernah begitu kecuali ke masjid (nak kata tak pernah langsung tak berani pulak, takut-takut ada. Tapi, rasa-rasa tak pernah langsung). Serban jubah tak payah cakaplah. Saya belum layak untuk semua itu.

Ah, jangankan serban jubah, baju Melayu pun saya tak ada. Masa kahwin 1987 dulu pun, pinjam baju Melayu adik saya.

"Kalau depa risau kita ni sapa pun memang patut, bakaq. Aku rambut panjang, hang pulak botak. Depa pun tertanya-tanya, ntah sapa-sapa kita ni," kata Black kepada saya.

"Saye ni lame doh nak tkcing, tapi dok berani masuk," kata saya kepada sahabat yang bertanya tadi sebaik sahaja masuk ke halaman masjid. Dia tergelak tengok saya.

Ratusan yang berkumpul tadi sudah pun berkumpul dalam masjid, di bahagian luar ruang utama untuk bersolat jemaah. Jalan ke bilik air pula terpaksa melintas di hadapan mereka.

Sambil bersembang, saya ikut belakang Abang Mat. Dia pun nak ke bilik air juga. Sebaik sahaja mereka tengok Abang Mat masuk, bergegar kesunyian malam (kira-kira pukul 2.00 pagi - kira malamlah senang) dengan takbir penuh semangat, "Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Meremang roma saya. "Nanti sat, nak tekencin sat!" kata Abang Mat kepada mereka. Serentak mereka tergelak.

Patutlah Abang Mat nak jumpa di Rusila. Rupa-rupanya dia ditugaskan memberi motivasi kepada pemuda-pemuda itu. Motivasi jam 2.00 pagi!

Memanglah, meremang roma bila dengar motivasi Abang Mat. Tetapi, yang paling bersemangat ialah bila beliau berkata, "Hari mengundi, pagi-pagi lagi kita akan bersedia di tempat mengundi. Sekali ni kita bukan takat baca Ayat Kursi, tapi kalau kita jumpa pengundi hantu, kita pakat kerumun, kita pakai kerusi!" Lagi sekali bergegar kesunyian malam dengan gema takbir.

Selesai motivasi itu, saya terlebih dahulu menuju ke kereta yang diletakkan di sebelah pintu gerbang Masjid Rusila tadi. Walaupun, saya dah agak Abang Mat akan naik dengan kami dan bukan kereta rasmi calon PAS Kuala Terengganu, saya duduk depan sebelah pemandu. Black yang bawa kereta.

Tapi ke belakang juga selepas itu. Memang dak agak dah, Abang Mat akan naik dengan kami.

Bila saya tanya mengenai pemuda-pemuda yang berkumpul untuk mendengar motivasinya tadi, Abang Mat terus jawab, "Tu baru tiga cawangan tu!"

Terkejut Black dan saya. "Baru tiga cawangan?! Ingat beratus-ratus macam tu dari seluruh Marang".

Selepas minum-minum dengan Abang Mat dan sahabat-sahabat yang lain, Black dan saya meneruskan perjalanan. Kerja! Kerja!

Adakah Tok Guru (Haji Abdul Hadi Awang yang bertanding kerusi Parlimen Marang dan kerusi DUN Rhu Rendang) dan Abang Mat akan menang?

Kalau tak tipu dan kalau tak ada pengundi hantu, insya Allah menang!

Dah habis tulis? Belumlah!

Sebenarnya, yang saya nak tulis bukan fasal pertemuan dengan Abang Mat. Yang saya nak tulis ialah, perjuangan 10 November belum berakhir. Perjuangan "baju kuning" belum berakhir.

Kalau kita dapat rasa mereka tipu lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tipu lagi, selepas kita berehat sedikit pada siangnya, pukul 8.30 malam kita berkumpul beramai-ramai di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur. Perjuangan dan perhimpunan aman mesti diteruskan!

Senarai pengundi pos bertindih, PAS buat lapuran polis

buletinonline

Jerteh, 3 Mac – Dua laporan polis telah dibuat pada 29 Februari lalu berikutan terdapat penyelewengan dalam Daftar Pemilih Pilihanraya bagi Pusat Mengundi Undi Pos di Daerah Mengundi Kg Baru dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut, dekat sini.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Abdullah bin Mamat dan Ibrahim bin Mohamed, kedua-duanya adalah penama yang dinamakan oleh Wakil Calon DUN Kuala Besut, Wan Ahmad Shukri Wan Isa.

Kedua-duanya Abdullah bin Mamat dan Ibrahim bin Mohamaed telah dilantik untuk mewakili Wakil Calon untuk hadir bagi menyaksikan proses pengeluaran kertas undi Pos, bagi PRU 12 yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Besut, pada jam 9.00 pagi, 28 Februari lalu.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kampung Raja, Besut Terengganu, sebaik sahaja proses pengeluaran kertas undi pos selesai.

Didalam laporan mereka, Abdullah dan Ibrahim telah membuat aduan kerana mereka mendapati berlaku penyelewengan terhadap daftar pemilih kerana terdapat pengulangan/pertindanan nama pengundi yang sama sebanyak 46 dari jumlah keseluruhan pengundi yang berjumlah 828.

Penyelewengan daftar pemilih tersebut adalah dikesan dari Daftar Pemilih Pilihanraya yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) yang dikeluarkan bagi Parlimen P.33 Besut, bagi Daerah Mengundi 033/01/07 Kampung Baru.

Wakil Calon bagi Calon Parlimen P.33 Besut, Tuan Haji Abdul Halim Tausah ketika ditemui Buletin Online hari ini menyatakan kekesalannya terhadap penyelewengan yang berlaku dalam daftar pemilih berkenaan.

“Ini adalah penyelewengan kali kedua SPR, selepas kes arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghendaki calon mengemukakan borang penamaan calon berserta Akuan Berkanun yang dimatikan dan dibayar duti setem,

“Apabila tiba hari penamaan calon, ramai calon-calon UMNO/BN tidak melaksanakan arahan SPR dengan mengemukakan boring penamaan calon tanpa Akuan Berkanun dan duti stem” jelas Abdul Halim atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Din.

SPR sepatutnya membatalkan pencalonan calon-calon UMNO/BN serta merta, namun tiba-tiba dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus, bahawa ada surat arahan baru dari SPR yang bertarikh 23 Februari.

Penyelewengan SPR Terengganu jelas terbukti apabila keesokkannya, Setiausaha SPR membuat kenyataan tidak ada surat arahan kedua yang dihantar. (Lihat Foto dibawah: Nama Azhar Bin Muhammad KP 1717164 muncul duakali didalam daftar pemilih dalam bilangan 142 dan 161)

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/reportbesut5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/reportbesut6.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

PERBANDINGAN ANTARA 2 MAJLIS

tranungkite

Malam tadi telah berlansung 2 majlis Perhimpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan. Satu dengan Perdana Menteri di stadium Juara, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh Maufatakat Majlis Kemajuan Kelantan (MKK). Di laporkan TV juga ada membuat siaran langsung majlis berkenaan.

Dan satu lagi di Hotel Nikko, di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis yang dimaksudkan itu ialah Perhimpunan Anak-Anak Kelantan Perantauan dengan MB Kelantan, TuanGuru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

aMSO melaporkan bahawa perhimpunan PERANTAU anjuran BN, kehadiran majlis malam tadi tidak begitu memuaskan. Khabarnya penganjur menganggarkan 5,000 orang yang bakal hadir tetapi ternyata di dalam dewan hanya kira-kira 2,220 orang sahaja. Banyak kerusi kosong. Bas juga disediakan untuk mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur.

Jika dilihat kepada kehadiran itu ia menunjukkan majlis malam tadi tidak berjaya dan mengecewakan penganjur. Apa lagi jika diambil kira majlis itu dihoskan sendiri oleh seorang Perdana Menteri. Dalam keadaan sekarang tidak seharusnya majlis dihadiri Perdana Menteri terdapat kerusi kosong.

aBerbeza benar dengan suasana di Hotel Nikko di mana dianggarkan tak kurang 5 ribu orang yang hadir dan ramai pula yang gagal untuk memasuki dewan keraa telah kehabisan kerusi kosong. Seperti acara-acara TG Nik Aziz yang lain, tiada liptan untuknya di mdia eletronik dan media arus perdana kecuali disiarkan di alam siber melalui ipglobal.tv.

Berikut ialah diantara doa Tuan Guru Nik Aziz:

“Wahai Tuhan, mana mana ore yang mempunyai niat jahat terhadap agama Kamu. Tolonglah belo kami supayo kami dapat belo mereko, ataupun Kamu sendiri bertindak sebagaimano Kamu bertindok kepado askar askar bergajah dan lemparkan mereka itu dengan batu daripada Sijjil dan jadikan mereka itu hancur lebur”

Berikut pula ialah catatan Dolah di ruangan komentar di TKO.

assalamualaikum semua,

saya baru balik dr hotel nikko...dengar tok guru bagi amanat pilihanraya..
di akhir ucapan, tok guru bacakan surah Al-Fil dan kupas bagaimana Allah hancurkan tentera bergajah abrahah.

Abrahah ini dtg dr yaman (selatan mekah)...sbgmana yg kita maklum...yaman ni negara padang pasir..mana ada gajah. so kira kaya la kerajaan abrahah ni...boleh import gajah..unta tengok pon takut. dia jeles tengok mekah ni ekonomi pesat so decided nak conquer. waktu nak pegi serang mekah ni, tentera dia dok sembelih unta2 abdul mutallib (datuk kpd Rasulullah SAW). abdul mutallib pon jumpa abrahah tanya kenapa sembelih unta2 dia. abrahah tanya sapa ko? abdul mutallib ckp aku ketua mekah ni. abrahah tnya kenapa ko tak defend mekah, sibuk pasal unta pulak. abdul mutallib jawab unta aku punya...mekah ni ada Tuannya..Diala yg akan Jaga.

So tok guru pon berdoa ya Allah, kami diserang dari pelbagai sudut dan ketika, dan kami dah tak kuat nak pertahan agama Engkau, maka kami serahkan pada Engkau untuk Pertahankan AgamaMu.

meleleh air mato ambo...takbir!!!

TG Niz Aziz di Hotel Nikko

Seorang lagi tentera ada dua nama dalam daftar pemilih SPR

Basiron Abdul Wahab
harakahdaily
Image
MENTAKAB, 3 Feb (Hrkh) - Bilik gerakan Parti KeAdilan Rakyat (KeADILan) Parlimen Temerloh (P.88) mengesan petindihan nama di dalam daftar pemilih yang akan diguna pakai dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.

Wakil calon parlimen Temerloh, Hashim Abdullah berkata pihaknya kesal dan menganggap pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar pemilih berkenaan.

Katanya, krebiliti SPR tetap dipersoalkan akibat kegagalan itu dan dipertanggungjawab sepenuhnya di atas perkara tersebut.

Menurut Hashim, selain terdapat pertindihan nama di dalam daftar pemilih yang membabitkan orang awam, pihaknya turut mengesan seorang anggota tentera mempunyai dua nama di dalam daftar pemilih, satu menggunakan kad pengenalan awam manakala satu lagi menggunakan kad pengenalan tentera yang membolehkanya mengundi secara pos dan mengundi di pusat pembuangan undi sebagai orang awam.

Hashim mendedahkan, anggota tentera tersebut bernama Nasarudin Sapiee, No. kad pengenalan 71011-06-5013 berasal dari Kampung Gantuk Hilir, Daerah mengundi 088/30/02 - Songsang. Saharuddin mengundi di pusat mengundi Sekolah Menegah Teknik, Temerloh.

Dengan menggunakan kad pengenalan tentera, Nasarudin adalah pengundi pos bagi daerah mengundi 132/31/07/405 - Pusasda Kem si Rusa bagi kawasan Dun Bagan Pinang dan parlimen 132- Teluk Kemang, Negeri Sembilan

Menurut Hashim, pihaknya percaya kes ini bukanlah membabit Nasarudin sahaja tetapi turut membabitkan ramai lagi anggota tentera.

Katanya, pihaknya menyedari perkara ini hasil maklumat daripada keluarga Nasarudin yang berasa curiga setelah pihak Umno meminta Nasarudin mengundi di Temerloh walhal beliau adalah anggota tentera yang bertugas di Negeri Sembilan.

"Kita bimbang kemungkinan berlakunya konspirasi BN/SPR yang memberi laluan kepada anggota tentera mengundi beberapa kali dalam pilihan raya kali ini menggunakan identiti tentera dan awam," ujarnya.

Jelas Hashim pihaknya telah mengemukakan bantahan kepada SPR supaya membersihkan nama Nasaruddin dari daftar pemilih, tetapi sehingga ini belum menerima maklum balas dari pihak terbabit. - mks.

Khairy on nepotism

parisbeaverbanks

Face facts - this Malaysia Elections 2008 is full of nothing but cries of nepotism.

The BN are fielding children and in-laws of BN party component leaders. The DAP and PKR are fielding children of opposition leaders.

I don't see why Khairy should be so riled up about it. After all, he's endured the past 5 years being known as THE SON IN LAW. However, I see it this way.

The BN has no reason to field children or family of previous candidates. They have a large pool of capable members to draw from. By practising nepotism and fielding children and family they are cutting off the opportunities of other members and would be leaders. How can you identify a potential leader if they are forever in the shadow of their leaders' children?

On the other hand, the opposition has a far smaller pool of talent to draw from. The children of opposition leaders have watched their parents struggle in the opposition, sometimes even going to jail or taken away under the ISA. It isn't easy being in the opposition and the children of opposition leaders know it.

All that said, face facts. Nepotism is alive and practiced everywhere in every country and at every level. If you can't surround yourself with family members to help you out in times of need, then when can you do so?

So, Khairy should just stop barking and pointing fingers at others. Face the fact. YOU ARE THE SON IN LAW. Accept the brickbats that come with it. If he wanted to take offence at this fact of being a son in law, he should just step away from politics. After all, I'm sure he knew what he was in for, when he married Nori Abdullah. He had a choice - step away from politics or get involved and have every move criticized. He chose the latter route and should live with it and just shut up and stop whining.

I think the PM, by allowing his family member (a son in law at that!) to take such an active role in politics is taking the wrong move. We all know he's going to be the next UMNO Youth chief and who knows may even hold a cabinet position. That I believe will be taking things too far.

A wiser PM would refrain from taking this course of action. It will only anger the people further.

Ayat-ayat TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang yang di PUTARBELIT

faisalkini

Ayat-ayat ini merupakan ayat-ayat yang sering digunakan oleh Umno untuk memburukkan imej Tok Guru. Namun begitu, penghuraian kepada ayat-ayat ini menjadikan masyarakat semakin keliru.Semuanya adalah kerana skrip ucapan ini diubah. Keratan ucapan ini pun saya perolehi daripada akhbar utusan Melayu.

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

* Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

– 24 Januari 1999

* Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.

– 28 April 1999

* Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir.

– 3 Julai 1999

* Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.

– 4 Mac 2001

* Pas Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 sebaliknya orang utan yang tidak tahu undang-undang.

– 17 Februari 2008

TOK GURU ABDUL HADI AWANG

* Orang UMNO dianggap kafir berpandukan tiga faktor:

*Ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan negara yang bukan merupakan perlembagaan Islam.

* Pemerintah yang terdiri daripada orang- orang UMNO telah meletakkan perlembagaan negara lebih tinggi dari al-Quran.

* Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh pemerintah terhadap orang-orang Islam khususnya Pas, jelas menunjukkan mereka tidak Islam.

– 17 Jun 1986

* Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan.

– 18 Februari 2008

* Urusan memilih pemimpin adalah lebih besar daripada meminang. Oleh itu tidak salah mendedahkan keburukan- keburukan yang pernah mereka lakukan.

– 27 Februari 2008

* Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itu, kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

– 7 April 1981

BONGKAR !!! UMNO HALALKAN JUDI DENGAN NAMA KEBAJIKAN?

al-bakistani.blogspot.com

Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.

Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di lampiran (b) pula, dipaparkan satu keratan Akhbar utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Sekarang, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil........

LAMPIRAN (a)



LAMPIRAN (b)



Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Quran.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

BN edar Kenyataan media palsu PKPIM

PKPIM nafi sokong calon BN Tumpat
malaysiakini



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menafikan kenyataan yang kononnya dibuat oleh setiausaha agungnya yang menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tumpat, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Kenyataan media palsu tersebut diedar dan difakskan ke jaringan dakwah PKPIM. Dr Asyraf Wajdi merupakan bekas presiden PKPIM bagi sesi 1999-2001.

Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli, dalam kenyataan, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian.

"Edaran kenyataan bahawa PKPIM menyokong calon tersebut adalah kenyataan palsu, yang direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mempergunakan nama PKPIM," katanya lagi.

PKPIM, tegasnya, kesal dengan sesetengah pihak yang cuba memburukkan nama persatuan tersebut dengan membabitkan sikap partisan PKPIM dalam pilihanraya umum ke-12 ini.

Tidak jadi proksi

PKPIM, katanya, menghormati Dr Asyraf Wadji sebagai mantan presiden PKPIM.

"Bagaimanapun, penyertaan Dr Asyraf dalam kancah politik dan menjadi calon pilihanraya umum kali ini adalah merupakan keputusan peribadi beliau yang tidak ada kaitan dengan PKPIM," tegas Mohd Hilmi lagi.

Katanya, sebagai sebuah gerakan dakwah pelajar Islam peringkat kebangsaan, PKPIM sentiasa mempertahankan prinsip 'non-partisan', yakni prinsip untuk tidak menjadi proksi atau cabang kepada mana-mana parti politik.

"PKPIM bertegas bahawa sebagai gerakan dakwah, Islam itu harus diletakkan merentasi batasan kepartian dan perkauman yang sempit.

"PKPIM menyeru agar semua pihak bertanding secara berhemah dan bersih demi memastikan kejayaan yang diredai Allah Taala," tegas Mohd Hilmi.

APESAL HANGPA MAI RAMAI RAMAI?

Tak dak upah pun hangpa mai ramai ramai buat apa? Kalu hangpa mai perhimpunan UMNO dapat tambang free. baju free, bas free ... duit poket lagi. Ish ish ish ...... hangpa maghah sangat ka kat Pak Lah tu? Tak pa ... tahun ni kita bagi dia tidoq pueh pueh ... tak payah kereja.

imej dari : http://anwaribrahimblog.com/

01022008-3.jpg

01022008-1.jpg

01022008-2.jpg

01022008-4.jpg

Not Sleeping ... just ZZZzzzzZZzzzz


Seeking re-election, Malaysia's leader denies sleeping on the job

By SEAN YOONG,Associated Press Writer AP

KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's prime minister rejected critics' claims Monday that he deserved to lose in this week's general election for being a poor leader who sleeps on the job.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi insisted that his time in office since October 2003 has "not been a time of failure, but of success," citing steady economic growth and bolstered job opportunities under his government.

Opposition officials have urged voters not to hand Abdullah another five-year mandate in Saturday's general election, claiming that crime, corruption and racial and religious tensions have mounted because of his weak leadership.

"We are not deaf for we hear what the people say," Abdullah was quoted as saying by the national news agency, Bernama. "We are not asleep for we are working."

Opposition rivals have accused Abdullah of being a "sleeping prime minister" who dozes off at Cabinet meetings, while anti-government Web sites have circulated photographs of him yawning or bowing his head with his eyes closed at political gatherings.

Abdullah, speaking while campaigning in northern Penang state, acknowledged that "problems will be there," but pledged his administration would try to resolve any grievances. Abdullah's National Front ruling coalition is expected to retain power but with a lower parliamentary majority.

Aides traveling with Abdullah could not immediately be contacted for comment.

Cash-strapped opposition leaders meanwhile said they have been seeking donations through the Internet for the first time for their election campaign, but that they cannot match the National Front's massive spending power.

The Democratic Action Party's candidates have pleaded on Web sites and online journals for supporters to contribute funds through credit cards and bank transfers to help them print campaign posters and hold public forums, party official Tony Pua said Monday.

One of the party's candidates, Jeff Ooi, has secured about 113,000 ringgit (US$35,000; �23,000) from readers of his Web journal.

Hatta Ramli, treasurer of the opposition Pan-Malaysian Islamic Party, said online donations were nevertheless still insufficient, adding that government candidates have been "very much advanced in the number of campaign posters and banners that they can afford to put up."

BERITA BERNAMA BUKTI BN PANIK

Ramai antara pemimpin yang semakin gusar dengan kebangkitan semangat rakyat, "MAKKAL SAKHTI" dan Manifesto BA, "NEGARA KEBAJIKAN". Berita telah jauh tersebar dan secara tidak langsung, ianya menggamit lebih ramai rakyat untuk keluar berjuang untuk hak yang selama ini di pinggirkan.

Saban hari, siang dan malam ada sahaja perhimpunan dan ceramah yang dilapurkan. Keadaan ini disokong dengan penggantungan poster yang semakin banyak dari hari ke hari. Laluan kenderaan juga sesak dengan kereta berderetan yang mengibarkan bendera Barisan Alternatif.

Jika menurut lapuran yang mereka terima sahaja sudah cukup untuk menggugat perasaan dan semangat jentera jentera Barisan Nasional untuk bangun menggigit kembali serangan dari Pihak Pembangkang.

Harapan mereka sepanjang tempoh berkempen adalah hanya media yang berusaha untuk mencipta sebarang berita sensasi dan menyebarkan cerita yang indah untuk menaikkan kembali semangat mereka. Fahami tajuk berita dibawah, ianya tidak bertujuan untuk menambahkan undi tetapi untuk menaikkan semangat jentera Barisan Nasional yang semakin lemah.

  • PKR Akui Terima Cabaran Hebat Daripada BN Di Permatang Pauh
  • Bukan Poster Jadi Ukuran - Muhammad
  • Jentera BN Perlu Terus Giat Berkempen Hingga Hari Mengundi
  • Dua Hari Kelantan Jadi Tumpuan, Sokongan Pada BN Makin Jelas
  • BN Putrajaya Tukar Modus Operandi Bagi Pastikan Kemenangan Besar
  • E-Kempen Semakin Meningkat
  • Mampukah Pembangkang Menawan Perlis
  • Hulu Terengganu Turut Terima Limpahan Pembangunan
  • BPR Sarawak Belum Terima Aduan Rasuah Atau Beli Undi
  • BN Mula Diterima Rakyat Kelantan, Kata Najib
  • Manifesto BN Kelantan Pikat Pengundi Cina
  • MCA Sokong Siapa Sahaja Yang Dilantik Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang
  • Belum Ada Keputusan Siapa Dilantik Pengganti KM Pulau Pinang, Kata Koh
  • Kempen Secara Berhemah Untuk Tambat Hati Pengundi, Kata Aziz
  • Calon Bebas DUN Apas Tarik Diri, Isytihar Sokongan BN
  • Lawatan PM Ke Terengganu Kikis Keraguan Terhadap BN
  • Anwar Akui Laluan Sukar Bagi Nurul Izzah Tawan Lembah Pantai
  • Perutusan Pengerusi BN Menyentuh Hati Pengundi
  • Anak Tempatan Semenyih Disenangi Pengundi
  • Calon Muda BN Menangi Hati Pengundi DUN Batu Caves
  • Pembangkang Putar Belit Isu Harga Minyak - Zainuddin
  • BN Yakin Dapat Majoriti Dua Pertiga Pada Pilihan Raya Umum 8 Mac
  • Pengganti Tsu Koon Perlu Diketahui Rakyat
  • Tiada Laluan Percuma Untuk PAS, Kata Shahidan
  • Kehadiran Pembangkang Di Bagan Datoh Hanya Buang Masa - Zahid Hamidi
  • PM Yakin Peristiwa 1999 Tidak Berulang Di Terengganu
  • BN Yakin Dapat Sokongan 2/3, Kata Abdullah
  • Adnan Yakin Masyarakat Cina Dan India Terus Sokong BN

Berikut pula adalah berita yang juga dikeluarkan oleh BERNAMA, Di dalam bentuk berita tetapi tidak sedar bahawa tajuk berita yang disiarkan memberitahu bahawa keadaan Barisan Nasional semakin meruncing. Bantuan dan sokongan tambahan ujud dan janji peruntukan turut diberikan.

  • Abdullah Mahu Rakyat Keluar Mengundi, Pilihan Raya Adalah Serius
  • Adik Timbalan Perdana Menteri Turun Padang Bantu Shahrizat
  • Tajol Rosli Jamin Projek Hospital Parit Buntar Akan Dimulakan
  • BN Serius Majukan Masyarakat India, Kata Perdana Menteri
  • Normala Samsudin Dikejar Lembu Semasa Bantu Kempen Pilihan Raya
  • Kementerian Pelajaran Wujud Tabung Kewangan Anak Pekerja Ladang
  • Ikrar Shahrizat: Pastikan Warga PPR Miliki Rumah Sendiri
  • Pembangunan Infrastuktur Selesai, Samy Vellu Mahu Bantu Orang Asli
  • RM6 Juta Tangani Masalah Banjir Di Shah Alam
  • Kerajaan Pahang Peruntukan RM13 Juta Bantuan Pendidikan
  • Rakyat Tak Perlu Khuatir Kewibawaan BN Tangani Isu Harga - Rafidah
  • Dua Pasar Tani Baru Akan Dibuka Di Kulai
  • Kerajaan Peruntuk Lebih RM400 Juta Bantu Masyarakat India
  • Warga Felda Diminta Sentiasa Bersyukur
  • Kakitangan Perkhidmatan Awam Perlu Bijak Memilih Kerajaan - CUEPACS
  • Kerajaan Komited Laksana Syariat Islam Tanpa Jejaskan Kepentingan Agama Lain - Abdullah
  • Lebih Banyak Peluang Pendidikan Tinggi Jika Undi BN
  • Calon BN Dibantu Dua Bekas ADUN Di Ampangan
  • Projek Tebatan Banjir Sungai Golok Dimasukkan Kajian Separuh
  • Pilih Dengan Bijak- Siti Nurhaliza
  • Tiada Rakyat Tercicir Daripada Menerima Pendidikan Percuma, Kata Abdullah
  • Raja Nazrin: Rakyat Malaysia Bertuah, Lebih Separuh Pembiayaan Kesihatan Ditanggung Kerajaan
  • Restoran Devis Corner Berubah Wajah Menjadi Pusat Operasi Pilihanraya Bagi Shahrizat
  • Bapa Sanggup Teman Noraini Berkempen
  • RM10 Billion Untuk Pastikan Rakyat Nikmati Taraf Kesihatan Terbaik

Kini terserah kepada rakyat. Kita bukan kanak kanak dan kita bukan tidak berpegalaman dengan permainan Barisan Nasional. Menipu dan memainkan pelbagai sentimen melalui media dengan tujuan untuk memenangi pilihanraya. Selepas itu, Barisan Nasional akan kembali ke tabiat lamanya. Jadi kaya dan belasah apa yang ada. Rakyat nganga, hilang harta benda.

UBAH SEBELUM PARAH.

Bahaya Mengundi Khairy Sebagai Proksi Negara Asing

marhaen.org
Oleh Adil Malaysia

Arahan Keselamatan merupakan sebuah perintah yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam. Di dalam arahan ini terdapat empat buah dokumen terperingkat yang diklasifikasikan mengikut kerahsiaan kandungannya, yakni:-

1. Fail Rahsia Besar
2. Fail Rahsia
3. Fail Sulit
4. Fail Terhad

Fail Rahsia Besar

Fail ini mengandungi rahsia sulit yang hanya boleh diakses oleh jemaah Menteri sahaja. Kebiasaannya fail ini disimpan di dalam bilik kebal ataupun bilik berkunci tatakira yang dipalang besi. Warna kulit fail Rahsia Besar ialah 'Kuning Kecoklatan Dan Dipalang Dengan Warna Merah.'

Dokumen yang diklasifikasikan sebagai Rahsia Besar termasuklah mesyuarat - mesyuarat keselamatan negara, strategi pertahanan negara, rundingan ekonomi, strategi kewangan dan pelbagai rahsia pentadbiran yang tidak boleh diketahui oleh sesiapa kecuali jemaah Menteri.

Masalahnya, di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi menantunya Khairy telah dinobatkan sebagai Prime Minister De Facto. Apakah 'orang luar' ini mempunyai akses terhadap Fail Rahsia Besar?

Dan apakah leftenan - leftenan Khairy di Tingkat 4 juga turut mempunyai maklumat sulit ini?

Amat berbahaya jika maklumat Rahsia Besar ini diketahui oleh pihak ketiga, dan lebih berbahaya andai kata maklumat tersebut jatuh ke tangan proksi kepada kuasa luar, seperti Singapura dan Israel.

Terdapat kemungkinan Khairy berupaya mengakses fail - fail ini kerana Abdullah Ahmad Badawi dilihat sangat lemah dan lembik, malah ada yang mendakwa pemerintahan Abdullah ini umpama pentadbiran yang dijalankan secara auto pilot.

Apakah Abdullah sedar Arahan Keselamatan telah menggariskan peraturan untuk perkongsian maklumat Rahsia Besar? Arahan tersebut menerangkan mengenai Prinsip 'Perlu Mengetahui', yakni ianya bermaksud hanya orang tertentu sahaja yang layak mengetahui sesebuah rahsia. Jika rahsia tersebut terlalu sulit, bermakna hanya jemaah menteri sahaja yang perlu mengetahui butir - butirnya.

Kita khuatir jika Abdullah tidak mengamalkan prinsip 'Perlu Mengetahui' ketika berkomunikasi dengan anak menantunya. Bimbang jika ada maklumat risikan sulit yang jatuh ke pengetahuan kaum kerabatnya.

Jikalau Khairy sudah membuktikan keperkasaannya di dalam kerajaan ketika hanya memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, bayangkan apa lagi yang mampu dilakukannya jika beliau menganggotai barisan jemaah menteri, posisi yang memberikannya lesen untuk mencengkam erat kuasa. Posisi di mana lebih banyak lagi Rahsia Besar bakal diketahuinya.

Jikalau Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau yang ditandinginya, maka selepas ini sudah tiada lagi ketumbukan yang mampu menyekat kemaraannya menuju ke persada kuasa. Khairy akan menjadi liar, ganas dan sukar dikawal. Ketika ini berlaku kita sudah terlambat untuk menghalangnya.

Khairy perlu disekat, gerombolannya perlu dijatuhkan, niat jahatnya perlu dimusnahkan. Hanya rakyat Rembau sahaja yang berupaya untuk memberikan pengajaran yang pedih buat Khairy.

Caranya mudah sahaja, undilah Parti Keadilan Rakyat, undilah calon anda Che'gu Bard.

PESANAN DARI CHEGUBARD REMBAU

chegubard

Salam Perjuangan ;

Maaf kerana beberapa hari tidak dapat menghantar ‘posting’ terbaru ke blog ini. Ini kerana kesibukan berkempen dan Rembau yang tidak punya liputan 3G Celcom yang bagus.

Hari pertama

Pendaftaran dilalui dengan tenang. Alhamdunillah tiada sebarang masalah dengan borang pencalonan termasuk 4 calon ‘sekutu’ dari PAS dan keADILan telah diterima pencalonanya. Sebanyak 4 bantahan dibuat atas alasan teknikal dibuat oleh pihak kita ke atas pencalonan – pencalonan dari BN. Walaupun bantahan berpandukan kesalahan yang termaktub dalam buku panduan calon yang dikeluarkan SPR tetapi semuanya seperti biasa ditolak.

Sekaran (pengundi di Pedas) telah membuat bantahan dan meminta penjelasan mengenai nama menantu Abdullah Badawi yang tidak mempunyai Bin. Setelah disemak ia ditolak kerana anak yang lahir dan membesar di Kuwait dan Singapura ini sememangnya tidak mempunyai Bin dalam namanya. Selepas itu juga dapat laporan menantu Abdullah Badawi tersebut turut berbangga mengatakan yang beliau tidak mempunyai Bin dan anaknya juga tidak mempunyai Bin. Mungkin ini antara pembudayaan Islam Hadhari yang ingin dibawa, tetapi bagi saya tidak mengapa itu perkara kecil.

Ceramah

Sebelum hari penamaan kita telah berjaya menganjurkan program Pelancaran Bilik Gerakan Utama P131 keADILan Rembau. Sambutan kita – kira 500 orang penduduk setempat memang benar benar menggalakan.

Hari ini jentera mula berjalan dengan agak lancar. Ceramah malam ini dibuat di depan masjid Kg. Batu.

Ceramah berjalan di banyak tempat hampir tiap malam saya pasti berceramah di dua tempat tetapi ceramah semalam bersama Hj. Zaharin (bekas s/u Bahagian Umno Bandar Tun Razak) di Kg. Batang Nyamor, bersebelahan kononya kampong kelahiran menantu Presiden Umno mendapat perhatian. Ramai kehadiran dari ahli Umno setempat juga.

Rasanya Hj. Zaharin telah berjaya memberikan penerangan yang baik menerangkan mengenai betapa perlunya menolak menantu Perdana Menteri untuk menyelamatkan Umno dan Malaysia.

Laporan Polis

Setakat ini tiga laporan Polis telah dibuat. Laporan Polis seperti berikut
- dua bulan lepas carian menunjukan pengundi bernama Khairy Jamaluddin mengundi di Lembah Pantai tetapi cuma tak sampai dua bulan beliau telah bertukar menjadi pengundi di Parlimen Rembau. Apa...SAMBUNG MLM KARANG.... 3 bukti penyelewengan yang telah didedahkan berkaitan 3 beranak.

KITA BUAT KERJA ?

MStar

BUTTERWORTH: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tempoh empat tahun beliau memimpin negara sebagai tempoh yang penuh dengan kejayaan dan mahu meneruskan kejayaan itu pada masa akan datang.

Beliau berkata adalah tidak benar jika ada pihak yang mengatakan bahawa dalam tempoh berkenaan, beliau telah gagal untuk menerajui negara dengan baik.

"Empat tahun yang saya memimpin bukan gagal, sebaliknya tahun yang berjaya. Masalah memang tetap ada tetapi kita akan berusaha memperbaikinya," katanya ketika merasmikan Wisma TNB Seberang Jaya, di sini Isnin.

Beliau berkata kerajaan tidak lena selama ini tetapi membuat kerja sehingga ekonomi negara berkembang dengan pesat dan mencapai kejayaan yang membanggakan serta mampu memberi keyakinan kepada pelabur sama ada dari dalam dan luar negara untuk terus melabur di Malaysia.

"Kita bukan pekak, kita dengar apa yang rakyat kata. Kita bukan lena tetapi kita membuat kerja," katanya.



No2umnO - Hah .... ini orang ada kerja. Apa kerja? Apesal marah marah ni Dollah? Kita buat kerja ..... Gambat ada tengok ka? Sendiri mau ingat la.

Umno taja mat rempit koyak poster PKR

"Pemuda Umno taja mat rempit koyak poster PKR" Syed Husin Ali
Oleh Wartawan KLpos.com
klpos.com

POSTER Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah dikoyak serta bendera PKR diturunkan di kawasan parlimen Permatang Pauh.

Timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali mendakwa kumpulan-kumpulan yang melakukan perkara tersebut adalah mat rempit yang ditaja oleh pemuda Umno.

Beliau juga mendakwa inilah misi "Pemuda BN sedia gempur" yang dilaungkan pemuda Umno.

Syed Husin juga berkata, misi jahat mengoyakkan poster ini turut berlaku di kawasan-kawasan lain yang ditandingi calon PKR.

Laporan polis yang dibuat oleh PKR juga dipandang sepi oleh pihak berkuasa.

Timbalan presiden PKR itu juga menggesa pihak (SPR) dan polis supaya menjalankan tugas mereka secara profesional, dengan tegas serta berkesan untuk memastikan bendera dan poster semua calon tidak dirosakkan oleh mana-mana pihak.

Pihak polis juga sepatutnya menambah anggotanya meronda dikawasan-kawasan panas seperti Permatang Pauh agar perbuatan-perbuatan tidak baik ini dapat dibanteras.

Opposition wants outgoing Chief Minister to explain investment scandal


Malaysiatoday OPPOSITION parties in Penang are united in questioning the economic status of the island and want the outgoing Chief Minister to explain an investment announced by a multi-national company (MNC) - just after the Feb 24 Nomination Day.

They claim that the contract was aimed at bolstering the ruling Barisan Nasional (BN) coalition's chances at the March 8 polls and not at helping the state's economy, which they said, is headed south.

Blogger and Democratic Action Party (DAP) candidate Jeff Ooi described the deal as "scandalous".

The opposition parties claim that they had seen a letter, which Chief Minister Koh Tsu Koon had allegedly written to the Malaysian Premier last December, urging him to give his go-ahead for the contract, boosting the BN's fortunes at the hustings.

They went on to suggest that Dr Koh feared that Penang would lose almost 10,000 jobs, if the contract was not awarded.

Said Mr Zahrain Mohammed Hashim, the Parti Keadilan Rakyat candidate for Penang: "We have lost that competitive niche."

But Dr Koh insists that the island's economy is sound.

Candidates from both the opposition and BN have been going all out to woo voters. While the opposition rallies are all about fiery speeches and anecdotes, the BN's, by contrast are far more elaborate.

One BN rally in Prai saw some 1,000 voters feted with an eight-course dinner and entertained by a getai or stage singer.

"I don't think we have the money to do such a thing. And we never have singers like that!" said DAP's Liew Chin Tong.

One popular way has been to turn crooners for the night to entertain the audience.

The only difference, at DAP rallies, such as the one staged by incumbent Bukit Mertajam representative Chong Eng, plastic containers were passed around as he sang to raise funds to support the party.


Good comment from Malaysia Today surfer

Kong Si Fa Cai sutah pigi
Itu tikut masih happi
Sini lali sana lali
Kasi ONG kali kali
Itu undi mau mali
Bulan tika lapan hali
Olang Malaysia satu hati
Hantam BN stengah mati
Cakap sana cakap sini
Dua tika jangan kasi
Kita olang tepuk kaki
Olang BN sakit hati

Please forward as SMS. TQ


BODOHNYA MUHYIDDIN ....

K'jaan Kelantan muflis, dakwa Muhyiddin
malaysiakini

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata kerajaan negeri Kelantan kini berkeadaan muflis dan sudah pasti sukar untuk menyusun strategi pembangunan yang boleh menjamin masa depan rakyat dan generasi baru anak-anak Kelantan.

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, kerajaan Kelantan sekarang tiada mampu mentadbir dengan berkesan pada masa depan ekoran bebanan hutang tertunggak yang serius sebanyak RM1 bilion.

"Dalam masa lima tahun akan datang, tidak akan ada sebarang pembangunan jika PAS terus mentadbir Kelantan.

"Kemampuan untuk mentadbir negeri boleh dikatakan dalam keadaan 'zero' dengan tiada sumber kewangan mencukupi bahkan tidak boleh membiayai hutang yang besar dan tidak akan ada pembangunan untuk negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama petani KADA di Kota Bharu, hari ini.

Sebaliknya, lapor Bernama, Muhyiddin berkata, BN mampu mengubah senario Kelantan dan menawarkan kerajaan lebih stabil yang mampu membawa agenda pembangunan yang menguntungkan negeri itu bagi jangka panjang.

Terdahulu, Muhyiddin berkata beliau terkejut dengan bebanan hutang besar kerajaan Kelantan itu selepas dimaklumkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Annuar Musa.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Kelantan harus menyokong BN dalam pilihanraya umum ini bagi membolehkan manifesto khas untuk Kelantan yang membabitkan projek pembangunan bernilai RM10 bilion bagi tempoh 10 tahun akan datang dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Annuar dalam ucapannya berkata defisit terkumpul belanjawan negeri itu kini berjumlah RM400 juta setahun dan bukannya RM5 juta seperti yang didakwa kerajaan negeri.

"Ia tidak munasabah kerana, hutang pinjaman air (daripada kerajaan pusat sejak awal tahun 2000) sahaja pun RM600 juta," katanya.

Annuar berkata PAS cuba melindungi kelemahan kewangan kerajaan Kelantan kerana bimbang rakyat akan sedar berhubung kelemahan pentadbiran parti itu yang berkuasa sejak 1990 di negeri itu.

BILA MELAYU, CINA dan INDIA BENCI PADA UMNO

Lebih 10,000 Banjiri Ceramah Anwar di GOMBAK
msomelayu

PILIHAN RAYA umum ke-12 semakin hangat dan panas. Di sekitar Kuala Lumpur rata-rata orang mulai bercakap ada sesuatu yang bakal mengejutkan dalam pilihan raya ini. Apakah harapan dan seruan pembangkang (Barisan Alternatif) yang meminta rakyat melakukan perubahan akan mendapat respon baik daripada masyarakat?

BA begitu bersungguh meminta mandat dan kepercayaan rakyat kali ini. Tawaran BA menerusi manifesto realistiknya mendapat perhatian rakyat khasnya di Kuala Lumpur . Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran orang ramai pada setiap ceramah anjuran BA.

Paling ketara dan jelas ialah ceramah disampaikana oleh Anwar Ibrahim. Di mana sahaja, Wangsa Maju, Sentul, Lembah Pantai, Gombak dan Selayang sambutan hangat dan panas. Angka kehadiran benar-benar membikin kejutan kepada calon-calon BN.

Seperti dimaklumkan sebelum ini semalam di Sri Gombak kira-kira 15,000 membanjir padang kosong di taman berkenaan. Pandang yang sebelum ini ditumbuhi rumput dan semak, menjadi runyai dek himpitan dan diligam oleh orang ramai.

Bukan saja orang Melayu yang sudah semakin rimas dan resah dengan Kerajaan dan Umno, tetapi orang-orang Cina dan India juga menunjukkan sikap positif. Ada setengah terus menjadi pekerja dan petugas parti, manakala yang kurang keberanian hanya menjadi pendengar yang setia.

Di sebuah kedai Cina di Sri Gombak semalam, sambil minum-minum sekelompok masyarakat Cina berusia 50an turut mendengar ceramah Anwar. Gelagak dan aksi ini seakana memberi petanda bahawa semua kaum bersedia memenhui permintaan BA untuk melakukan perubahan.
Sebelum berceramah di Sri Gombak, Anwar terlebih dahulu berceramah di Selayang. Kira-kira 10,000 hadir pada ceramah berkenaan dan hampir separuh katanya adalah orang-orang Cina.

Ceramah Anwar di Sri Gombak malam tadi juga disiar secara langsung oleh televisyen Al Jazera.

Sementara itu Abdullah Ahmad Badawi dikatakan akan ke Lembah Pantai malam ini. Lembah pantai di mana Puteri Reformasi, Nurul Izzah berhadapan dengan Sharizat Abdul Jalil.

Mungkin disebabkan Shahrizat merasakan kerusi Lembah Pantai bakal hanyut dalam pilihan kali ini menyebabkan beliau terpaksa meminta bantuan Abdullah untuk memulihkan keadaan. Pada pilihan raya 1999 ketika negara bergelombang dengan arus reformasi Shahrizat menang dikerusi berkanaan dengan majoriti hanya 1,454 sahaja.

200 MASUK UMNO ... SATU PENIPUAN

PAS Kubang Kerian nafi 200 penyokong sertai Umno
Lanjusoh
harakahdaily

KOTA BHARU, 3 Mac (Hrkh) – PAS Kubang Kerian menafikan seramai 200 penyokongnya di Pasir Tumbuh menyertai Umno seperti dilaporkan akhbar hari ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, Abdul Salam Ismail yang dikatakan mengetuai penyokong PAS menyertai Umno tidak pernah dilantik sebagai Setiausaha Kerja PAS Kubang Kerian.

Sebaliknya orang terbabit hanya dilantik sebagai pembantu kepada Dato’ Husam Musa ketika menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian.

“Bagaimanapun Salam sudah lama berhenti berkhidmat sebagai pembantu kepada Husam kerana masalah membabitkan kewangan termasuk dana milik parti dan peruntukan anggota parlimen,” katanya ketika dihubungi di sini.


Menurutnya Salam sudah lama memberitahu penduduk kampung dia akan menyertai Umno kerana sudah terpinggir daripada PAS kerana masalah tersebut.

Kata beliau, selepas berhenti berkhidmat dengan Husam, Salam berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja dengan sebuah syarikat swasta.

“Orang kampung pun sudah lama tidak melihatnya dan dia baru kembali ke Kampung Tiong di Pasir Tumbuh.

"Mungkin disebabkan rasa terpinggir kerana tidak lagi didekati penduduk dia mengambil jalan untuk mempopularkan semula dirinya dengan mengisytihar menyertai Umno," katanya.

Oleh itu katanya, mungkin langkah mahu membersihkan namanya selepas terlibat dengan masalah kewangan dia cuba mendapat publisiti dengan menyerah borang menyertai Umno kepada Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak semalam.

Abdul Rahman berkata, berdasar kepada wajah-wajah yang tertera dalam gambar bersama Salam yang dikatakan menyertai Umno tidak pernah dikenali sebagai ahli PAS.

Jurucakap Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian pula berkata, Salam terpaksa meninggalkan kampung selepas ramai pihak datang meminta meminta hutang daripadanya.

“Malah Haji Husam sehingga sekarang terpaksa menjelaskan hutang yang dibuatnya. Ini benar-benar mencemarkan imej keluarganya sendiri dan penduduk kampung Tiong. Dan layak sekali dia menyertai Umno,” ujarnya. - mj

AMBIL TANAH SATU SEN TAK BAYAR

Penduduk kampung kecewa BN rampas tanah tanpa perundingan
Johari Jaffar
harakahdaily.

PARIT BUNTAR, 3 Mac (Hrkh) - Demi 'undi' untuk menjamin kemenangan BN di Parit Buntar khususnya, BN telah bertindak 'merampas' tanah penduduk Kampung Simpang Lima termasuk tanah pusaka milik turun temerun.

Ini terjadi kepada sembilan belas penduduk di Simpang Lima Parit Buntar yang 'dirampas' tanah milik mereka untuk tujuan pembinaan Hospitak baru Parit Buntar.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak telah mengarahkan Pentadbir Tanah Keran melalui Prosiding Pengambilan No. 5/2008, Pemberitahu No. 157/ 31.1.2008 untuk bertindak segera mengambil tanah lot 1896, hak milik GM470.

Kerajaan BN telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (seksyen 10) untuk merampas berkenaan daripada tuan punya tanah tersebut.

ImageMenurut jurucakap sembilan belas pemilik tanah itu, Talaha @ Talha Mohamud @Mahmud, beliau bersama lapan yang lain telah dipanggil untuk pergi Pejabat Tanah Daerah Kerian, Parit Buntar dan tuan tanah diminta membawa salinan kad pengenalan, salinan akaun bank atau akuan Tabung Haji untuk mendapat pampasan.

"Kami dipanggil pada 25 Februari, tetapi tanah kami telahpun 'dirampas' pada 22 Februari, kemudian kerajaan hendak bayar RM4.49 sekaki," ujar beliau.

Menurut beliau tanah tersebut milik sembilan belas penduduk telah dirampas dengan tidak ada sebarang rundingan sebelum ini dan tidak ada penetapan harga tanah tersebut.

"Tiba-tiba sahaja tanah kami dirampas, kami tidak mahu jual tanah ini, ini tanah pusaka kami, kerajaan ambillah tanah lain, tanah estet ke, kenapa mahu ambil tanah penduduk kampung, kerajaan boleh ambil tanah lain," katanya dengan nasa sedih.

Image"Sudahlah tanah kami dirampas, hendak dibayar ikut kehendak kerajaan, bukannya mengikut nilai yang kami mahukan, dengan pampasan RM20,000 apa yang kami boleh dapat, tanah dan rumah kami lesap dirampas BN, kami cukup sedih dan teraniaya," katanya.

ImageMenurut beliau, beliau bersama lapan belas tuan tanah yang lain tidak ada pilihan lain melainkan membina kain rentang dan berkumpul beramai-ramai menyatakan perasaan kecewa dengan tindak tanduk Kerajaan BN.

Sempena upacara pecah tanah tapak hospitak baru Parit Buntar pada 2 Mac lalu, sembilan tuan tanah tersebut telah mengadakan demontrasi aman di hadapan rumah Haji Talha, kira-kira lebih kurang 30 meter dari majlis pecah tanah tapak Hospital Parit Buntar.

Upacara pecah tanah bersebut telah dilakukan Menteri Besar Perak, Dato' Tajul Rosli Ghazali dan dihadiri oleh ketua-ketua jabatan khususnya daripada Jabaran Kesihatan Negeri Perak.


Tidak cukup dengan itu kakitangan kerajaan turut dikerah hadir sama termasuk kakitangan hospital-hospital kerajaan seluruh Negeri Perak.

Calon-calon BN dari kerusi Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai hadir sama.

Ketika Menteri Besar Perak berucap merasmikan majlis berkenaan, pada masa yang sama sembilan belas tuan tanah yang teraniaya itu telah merentangkan sepanduk di tepi jalan menyatakan rasa kecewa dengan tindakan BN.

Mereka menyifatkan tindakan BN itu sebagai zalim, untuk mendapat undi dan sokongan dari pengundi khususnya Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai, tanah milik penduduk kampung dirampas.

Orang ramai yang hadir pada majlis pecah tanah tersebut turut kecewa kerana program pecah tanah tersebut adalah prpgram kerajaan tetapi yang menghiasai di kiri dan kanan jalan adalah bendera BN dan yang kebanyakan yang hadirnya ahli-ahli dan penyokong-penyokong Umno.

"Ini program kerajaan ke program BN, saya lihat ini lebih kepada kempen BN," ujar seorang pengunjung yang hadir ke majlis tersebut. - mks.

ORANG UMNO TIPU ORANG KAMPUNG

ANAK TEMPATAN MENIPU ORANG TEMPATAN
bujangkulub

BILA MAT SAIFUL MUSTAFA (MAT PON) KATA (ORANG LANGKAWI TOLAK DATUK MUKHRIZ), beliau bertindak biadap semata kerana tuannya YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib.

Sebagai Setiausaha UMNO Bahagian, sebagai kontraktor kroni wakil rakyat Parlimen Langkawi, dia tidak segan silu BERBOHONG bagi menyelamat periuk nasinya. Orang ramai tahu dan ALLAH adalah saksi bahawa darah yang mengalir dalam tubuhnya serta gumpalan daging yang melekat pada badannya, kebanyakkannya terbina dari rezeki anak isteri kontraktor kelas F. Datuk Bakar ada saham besar dalam kerja rompakan ini.

Mengenai ASAL
Datuk Paduka Abu Bakar Taib sendiri membina kekuatan politik dengan mengguna wang rakyat dari peruntukan dana modal Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL) yang diselewengkan. Ini amat jijik lagi memalukan.

Kenyataan dikeluarkan oleh PKR menunjukkan kerugian terkumpul ASAL sehingga pada 31.12.2006 sebanyak RM 4,691,788.00 dan tanggungan semasa sebanyak RM 12,985,545.00, bukan modal politik tetapi kenyataan juru audit bertauliah yang perlu dipertanggungjawab dibahu Datuk Paduka Abu Bakar Taib.

Sehubungan Encik Sirat Sidek sebagai Pengurus Besar ASAL tidak mudah mencuci tangan tetapi tetap dianggap bersetongkol.

Demi mengelak rakyat terus diburu keresahan atau terus menerus dalam kerugian, perkara ini perlu segera diperjelas.

Seorang pekerja PKR telah menghubungi Encik Yahya Hashim bekas Pengurus Besar ASAL yang sekarang berada di Beijing, China. Beliau mengakui ada campur tangan politik dalam ASAL, keadaan ini menjadi penyebab dianya meletak jawatan kembali ke dunia korporat. Perkara ini dikuatkan dari maklumat diperolehi oleh seseorang dari Tan Sri Bashir Ismail di saat akhir hayatnya melahir dukacita kerana ASAL yang diterajuinya sukar diperkembang bilamana Datuk Paduka Abu Bakar Taib sering menggangu dan memperlihat kecendorongan mengguna ASAL untuk faedah diri khusus politiknya.

Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Encik Sirat Sidek, Encik Zainol Saidin, Encik Ibrahim TOT, Encik Saiful Mustafa (MAT PON) adalah jaguh-jaguh anak tempatan. Mereka merencana isu tempatan semata untuk menolak kehadiran Datuk Mukhriz Mahathir ke Parlimen Langkawi. Mereka seperti menjadikan TANAH SEKEPAL TAIK MUSANG ini seperti harta warisan atau dalam bahasa mudahnya HARTA PUSAKA MAK BAPAK DEPA.

Kata Encik Sirat Sidek, (sampai bila kita hendak harap kepada orang luar) melalui mesyuarat terakhir Jawatankuasa Bahagian pada 12hb Feb 2008 telah mencalar hati banyak pihak golongan penjawat awam di Langkawi. Semangat khidmat mereka tiba-tiba jadi tumpul, kesannya memberi kerugian kepada negara.

Isu orang dalam dan orang luar ternyata mereka sendiri sangat jahil mengenai politik UMNO. Bagi UMNO tidak ada masaalah dari mana dan apakah warna kulit kalangan Melayu yang menawarkan diri jadi pemimpin untuk berkhidmat kepada rakyat.

Majoriti orang Langkawi terutama kalangan remaja, terpelajar, yang bergantung hidup kepada aktiviti pelancongan sangat bersetuju dengan kemasukkan anak mantan PM yang dikira dapat menerus agenda pembangunan Langkawi daripada seorang anak tempatan yang bisu dan di Parlimen sekadar memanas kerusi dan menunggu masa untuk bertepuk tangan sahaja.

Erti apakah anak tempatan kalau ianya jadi duri dalam daging lebih-lebih menjadi SERIGALA BERTOPENG RUSA yang hidupnya membaham rakan sebelantara, tidak mengenal darah daging keluarga sekampung dan sebangsa.

BUJANG KULUB.

UNDI PEMBANGKANG - P Waytha Moorthy

P Waytha Moorthy (C), P Uthayakumar (L) and V Ganapathy Rao (R) on leaving a court in Klang, outside Kuala Lumpur, Malaysia  (26/11/2007)Hindraf gesa kaum India undi pembangkang
malaysiakini

Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) menggesa semua rakyat India keturunan India supaya mengundi parti-parti pembangkang secara beramai-ramai dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.

Ketika membuat gesaan tersebut, Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy berkata, selepas 50 tahun, pihak percaya bahawa masyarakat India Malaysia telah matang di segi politik dan kini sudah dapat melihat kelicikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikuasi oleh Umno.

Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa Hindraf bukan menentang kaum Melayu ataupun agama Islam.

Beliau berkata, pihaknya percaya dan menghormati prinsip-prinsip bahawa semua agama adalah setaraf sepertimana yang jelas didefinasikan di bawah perundangan antarabangsa.

"Kita telah hidup dalam aman dan harmoni bersama orang Melayu, tetapi Umno yang menguasa kerajaan BN telah melaksanakan dasar-dasar 'pecah dan perintah' rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Waytha Moorthy juga mendakwa, Umno telah menyemai perasaan takut di kalangan orang Melayu mengenai tuntutan Hindraf.

Katanya, ini kerana merek takut kehilangan monopoli "keistimewaan kelas elit" yang mereka nikmati sejak 50 tahun, di sebalik topeng hak istimewa Melayu, tetapi mengabaikan masyarakat Melayu yang miskin.

"Masanya telah tiba bagi semua rakyat Malaysia untuk berfikir secara global dan untuk kepentingan negara yang lebih luas demi kebaikan negara.


"Marilah kita melakunya dengan menafikan BN majoriti dua pertiga sebagai 'langkah pertama' dan terus berusaha mewujudkan perwakilan pembangkang yang progresif, padu dan kuat di parlimen," tambahnya.

Pada 25 November tahun lalu, Hindraf telah menganjurkan satu perhimpunan yang disertai kira-kira 30,000 orang sebahagian besarnya, kaum India kerana membantah peminggiran kaum tersebut.

Ekoran itu, lima pemimpinnya telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). P Waytha Moorthy kini tinggal di London.

72,029 Pengundi hantu di Terengganu

tranungkite

Kempen Pilihanraya sudah memasuki pusingan kedua.BN Idris Jusoh telah didatangi oleh tetamu agungnya Iman Hadhari Abdullah Badawi.

Selepas sahaja lawatan Pak Lah ke Terengganu pada 1 mac 2008, umno Terengganu, terutama Idris Jusoh agak "galak" sikit. Mungkin telah mendapat suntikan baru dari Pak Lah .Walaupun sebelum ini beliau agak gelabah dan gabra, kerana program umno di 3 Bahagain tidak dihadiri oleh Ketua Bahagian masing-masing.



Idris bersama calon Parlimen Marang dan Dun pada perjumpaan Menteri Besar dengan Jentera Pilihan Raya di Wakaf Tapai.Tanpa kediran
Ketua Bahagian



Lawatan Ke Hulu Terengganu di Pusat Sivik Pulau Bahgia Tanpa kehadiran Ketua bahagian.

Lawatan beliau ke Markas BN Pulau Bahagia didalam DUN Manir bersama calon DUN Manir dan Parlimen Hulu tidak dihadiri oleh Tengku Putra Awang.Sementara Program memperkenalkan calon -calon dalam Parlimen marang juga tidak dihadiri oleh Rahman Bakar.Juga program di Dungun tanpa kelibat Pak Rosli.
Apa pun kehadiran Pak Lah juga tanpa kehadiran Tg Putera ( Tim.Pengerusi Umno Negeri, MT) Rahman Bakar( tim.Menteri Sumber Manusia,MT)



Lawatan Abdullah ke Terengganu tanpa kehadiran 2 MT Umno dari
Terengganu.

Kegalakan Deris sudah semestinya ada kaitan dengan pengundi yang ditukar alamat dan kd pengenalan( Hantu) yang telah disahkan oleh SPR.
Proses prosen penukaran ini telah dibuat secara berkelompok bersama-sama Jabatan Pendaftaran Negara serta IPTA, sebab itulah baru-baru ini Deris menyatakan beliau yakin dengan pengundi Muda.



Inilah sebahagian pelajar IPTA yang telah menukar alamat dan IC untuk mendaftar mengundi Di Terengganu, mereka telah ditaklimat khas oleh Idris Jusoh di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort, Kemaman pada 14 Feb 2008

Satu kajian secara profesional telah dibuat menggunakan senarai daftar pemilih yang dibekalkan oleh SPR.Hasil kajian tersebut akan mengejutkan kerana sejumlah 72,029 pengundi bukan dari Terengganu yang mendaftar di Terengganu.
Dari Angka ini pula 83.2% adalah berumur 21-35 tahun.

Suka disaran disini agar PAS/BA mengambil apa jua langkah sekiranya kalau itu lah yang dimaksudkan sebagai Pengundi Hantu untuk memastikan supaya tangan tangan jahat mereka tidak memenangkan BN Terengganu seperti PRU Ke-11 2004.

Bagi memudahakan lagi tindakan di pecahkan angka-angka tersebut
mengikut Parlimen:

BESUT-12292
SETIU-9727
K.NERUS - 4766
K.TERENGGANU- 9806
MARANG-6494
H.TERENGGANU - 4026
DUNGUN - 9740
KEMAMAN-15,178

Kalau dilihat pada angka diatas Marang dan Kuala Nerus agak sedikit kemasukan pengundi luar,kenapa? Kajian ini juga mendapati 2 Parlimen tersebut mempunyai tenaga yang agak terkedepan didalam menghadapi perkara perkara pelik sepanjang piliharaya umum atau kecil.

Oleh itu selagi ada sedikit masa, selagi ruang belum tertutup, sebelum 8 Mac bertindaklah dengan bijaksana.Supaya anda tidak berputih mata seperti 2004.Bangkitlah!!!

Ingat- Jahat BN Langsung tidak memikirkan dosa & pahala

Anwar di Pulau Pinang




Anwar + Jeff Ooi + Karpal Singh + Guan Eng
plazzy.blogspot

Record turn out of 10,000 ++ despite heavy rain...its time for a change...we deserve more ...

From Malaysia-today.net:

PENANG (March 2, 2008): Big Guns from the DAP and Parti Keadilan Rakyat, which are fighting hard to capture Penang, were out in force last night.

The venue: The Han Chiang Indoor Stadium on Jalan Air Itam which is used more for sporting events than political speeches.

The theme: Comradeship among opposition parties, need for change and national unity.

The targets: Rracial politics, erosion of democratic principles and human rights.

The turnout: A 6,000 capacity arena filled to the brim with a couple of thousands more standing outside.

It was the first time DAP (contesting seven parliamentary and 20 state seats) and PKR (four parliament and 15 state) were on the same stage in a show of unity for the Penang electorate. But conspicuously absent was PAS which is contesting two parliament and five state seats.

Leading the assault on the ruling coalition was a line-up of opposition luninaries, including PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (whose wife and PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is defencing Permatang Pauh parliament seat), DAP national chairman Karpal Singh and DAP secretary-general Lim Guan Eng.

Anwar stressed on the strong bond of comradeship between DAP and PKR to build Penang. “In this elections, Penang will take the lead in toppling the Barisan Nasional (government) and on behalf of PKR, we give our word that we will work together with DAP to form a strong bond of comradeship to build Penang,” he said.

He asked voters to support the Rocket's candidates - Karpal Singh (Bukit Gelugor-parliament), Lim (Bagan-parliament) and Prof. Dr P. Ramasamy (Batu Kawan-parliament), besides PKR state chairman Datuk Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru-parliamentary).

The appeal seemed to resonate with the crowd, of mixed races but majority Chinese, many standing in the rain, sharing umbrellas with strangers and some even getting drenched in the two-and-a-half hour downpour.

The show kicked off at 8pm with Penang DAP chairman Chow Kon Yeow (Tanjong incumbent) acknowledging the "record-breaking" turnout.

He warmed up the audience with tales of certain politician's wealth. “We don’t want a government that enriches top leaders,” he said, drawing cheers from the crowd, and asking voters to pick a government that really looked after them.

“Tonight’s gathering is one of all races – it shows Malaysians want change and don’t let the BN say we’re racial parties. We are all people of Malaysia," he said, just in time for Anwar’s arrival.

The crowd greeted the PKR adviser with shouts of “Reformasi! Reformasi!” Anwar went on to harp on familiar subjects -- the Hindraf, fuel price, detention without trial and Umno’s dominance in BN.

Pausing to acknowledge sections of the crowd which waved or shouted to get his attention, Anwar responded: “Enough of one party rule! Enough of corruption and enough of arrogance!”

“We have to seek a new mandate to change for a just multi-racial Malaysia. I say this after travelling throughout the country – do not underestimate the wisdom of our people,” he intoned.

Of the Hindraf leaders who are detained under the Internal Security Act, Anwar said if the offence was committed, it would be rightful to detain them.

“My room in Sungai Buloh (prison) is still vacant but if there is no evidence, they must be released."

Outside, the skies opened up and the drops of rain, lightly at first and became heavier within minutes. That did not dampen the crowd’s spirits as they rushed for shelter. Those who came prepared opened umbrellas and huddled their loved ones close to them.

Karpal Singh, a veteran criminal lawyer and former Internal Security Act detainee, spoke on an independent judiciary and repeated the overused phrase from the Lingam video: "looks like me, sounds like me but it’s not me".

Stressing that DAP and PKR were multi-racial parties, he said: “We cannot afford to have racial-based parties which keep the people divided. After 51-years of Independence, are we still to cling on to shackles that keep us apart?"

He pleaded with voters to deny the BN its two-thirds majority in Parliament.

Next up was Lim who stole the show with his flawless Penang Hokkien, regaling the crowd on oft-repeated issues like rule-of-law and the choice for chief minister.

Referring to the emergence of Padang Kota incumbent assemblyman Teng Chang Yeow as a front-runner for the coveted post, he asked: “Where did Teng come from? Is it because the chief minister does not have the power to decide?”

He also questioned the legality of the Penang Global City Centre (PGCC) asking if their opinion was sought before it was approved. He said the projects had defied the Kebun Bunga local government rules which limited buildings to only three storeys.

“Penang is hot enough, Penang is congested enough and we do not need those projects. We need more green lungs. We need more green paths and that is why I say they do not respect the people,” Lim said, to the applause of the crowd.

He appealed to the people "to unite under the banner of democracy and not race and religion".

“Penang must lead in the battle because of its history of fighting for democracy. Penang’s 1.5 million people should lead in the 27 million people to bring change,” he said.

MENJAMIN KEAMANAN, MANIFESTO BN ... YE KE?


Hanya Barisan Nasional dapat menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

Belang black metal Indonesia
Harian metro

KUALA LUMPUR: Membimbangkan apabila beberapa kawasan di ibu kota kini ‘dijajah’ ramai penyangak dan geng black metal warga Indonesia dikenali sebagai ‘Hantu Barong’ yang gemar bergaduh termasuk sanggup mencederakan sesiapa saja hanya disebabkan cemburu dan berebut wanita.

Kumpulan ganas terbabit yang sering melepak di sekitar pusat tumpuan pelancong di ibu kota terutama pada hujung minggu, didakwa pantang dicemuh terutama kumpulan pendatang asing lain dan tidak teragak-agak menyerang menggunakan senjata tajam termasuk kerambit.

Seorang pekerja asing dari Aceh, Rahman Harsono, 33, berkata kumpulan terbabit mudah dikenali kerana gemar tampil persis peminat fanatik lagu black metal atau rock dengan gemar memakai baju-T hitam dan berambut panjang.

Menurutnya, setiap baju-T hitam terbabit ditempah khas dengan pelbagai logo ganas seperti wajah hantu atau tengkorak selain diselitkan falsafah kumpulan hitam berkenaan dalam bahasa Jawa yang tidak difahami rakyat tempatan.

“Malah, geng baju-T hitam ini kerap tampil mengikut format pendekar di Pulau Jawa yang gemar menggunakan pakaian serba hitam serta rambut panjang yang diikat rapi ke belakang. Kebanyakan mereka turut gemar mewarnakan rambut panjang terbabit yang cuba ditonjolkan lebih ganas.


“Kumpulan ini yang juga ahli atau serpihan geng ‘Bocahe Dewe’ turut gemar tampil dengan memakai jeans lusuh dan baju agak ketat untuk menonjolkan susuk tubuh mereka yang tegap,” katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng terbabit gemar memakai cincin dengan batu permata agak besar.

“Mereka agak liar kerana sering bergaduh tidak kira dengan kumpulan pendatang asing dari Aceh, Madura, Flores mahupun warga Myanmar dan Bangladesh.

“Golongan ini ada kalanya bergerak seperti kongsi gelap yang bergaduh kerana berebut pengaruh di sesuatu kawasan sama ada untuk tujuan pengedaran dadah atau arak. Ini terbukti apabila kumpulan ini berpengaruh dan aktif mengedar dadah di Klang,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Silang dan Pasar Seni di sini, semalam mendapati, kumpulan terbabit seramai dua hingga 10 orang berkumpulan di beberapa lokasi tertentu sambil memerhatikan orang ramai yang lalu-lalang dengan lirik mata mencurigakan.

Warga Indonesia, Yusuf Riyantom, 34, berkata dia amat berhati-hati ketika bersiar-siar di ibu kota pada hujung minggu kerana bimbang menjadi mangsa peras ugut atau sebagai objek melepas geram kumpulan samseng terbabit.

“Anggota kumpulan ini agak ramai di Malaysia dan mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil yang masih mengamalkan ideologi sama. Malah, mereka pernah cuba mengadakan perhimpunan dan konsert di Shah Alam tahun lalu, namun diharamkan polis.

“Golongan ini pernah menganjurkan pesta liar yang dinamakan ‘Konsert Halal Bihalal’ pada 2004 di Balakong sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempahan kerana mencampuradukkan unsur agama dan muzik rock serta dangdut keterlaluan,” katanya.

Seorang pengawal keselamatan di Pasar Seni yang ditemui pula memberitahu, kehadiran terlalu ramai pendatang asing terutama dari Indonesia di kawasan berkenaan menimbulkan rasa kurang senang terutama kepada peniaga dan pengunjung tempatan.

Menurutnya, selama bekerja di situ, dia sudah beberapa kali menyaksikan kumpulan samseng Indonesia bergaduh di kawasan berhampiran Pasar Seni sehingga sering menyebabkan kecederaan parah pada mangsa.

“Paling terbaru, kumpulan samseng itu bertempur besar-besaran pada 10 Februari lalu yang menyebabkan tujuh lelaki warga Indonesia cedera akibat ditikam.

“Saya sendiri melihat seorang mangsa menggelupur dalam keadaan isi perut terburai di kawasan meletak kereta Pasar Seni sejurus ditikam dengan pisau. Lelaki terbabit yang cedera parah mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, kes pergaduhan terbabit adakalanya hanya berpunca salah faham kecil sama ada kerana wanita atau ‘jeling-menjeling’ yang berlarutan hingga menimbulkan balas dendam.

“Dalam kejadian ‘perang’ terdahulu lebih 50 geng baju hitam cuba menunjuk kuasa dengan bertempur sebelum ia merebak ke Perhentian Bas Klang, Kompleks Kotaraya dan hadapan Hotel Ancasa.

“Malah, mereka pernah beberapa kali memeras ugut dan merompak warga Nepal atau Myanmar di kawasan kali lima bersebelahan Pasar Seni dengan bersenjatakan pisau,” katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Effendi Hashim, berkata kewujudan kumpulan samseng warga asing ini disifatkan satu ancaman kepada keselamatan negara berikutan mereka semakin berani bermaharajalela dan membuat kacau.

Menurutnya, pendatang asing yang memiliki permit masuk yang sah biasanya kurang membuat kacau kerana lebih mengutamakan mata pencarian, namun kes gaduh ini biasanya didalangi golongan warga asing yang masuk secara haram.

Posting terkini

Blog Archive