Basiron Abdul Wahab
harakahdaily
MENTAKAB, 3 Feb (Hrkh) - Bilik gerakan Parti KeAdilan Rakyat (KeADILan) Parlimen Temerloh (P.88) mengesan petindihan nama di dalam daftar pemilih yang akan diguna pakai dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.
Wakil calon parlimen Temerloh, Hashim Abdullah berkata pihaknya kesal dan menganggap pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar pemilih berkenaan.
Katanya, krebiliti SPR tetap dipersoalkan akibat kegagalan itu dan dipertanggungjawab sepenuhnya di atas perkara tersebut.
Menurut Hashim, selain terdapat pertindihan nama di dalam daftar pemilih yang membabitkan orang awam, pihaknya turut mengesan seorang anggota tentera mempunyai dua nama di dalam daftar pemilih, satu menggunakan kad pengenalan awam manakala satu lagi menggunakan kad pengenalan tentera yang membolehkanya mengundi secara pos dan mengundi di pusat pembuangan undi sebagai orang awam.
Hashim mendedahkan, anggota tentera tersebut bernama Nasarudin Sapiee, No. kad pengenalan 71011-06-5013 berasal dari Kampung Gantuk Hilir, Daerah mengundi 088/30/02 - Songsang. Saharuddin mengundi di pusat mengundi Sekolah Menegah Teknik, Temerloh.
Dengan menggunakan kad pengenalan tentera, Nasarudin adalah pengundi pos bagi daerah mengundi 132/31/07/405 - Pusasda Kem si Rusa bagi kawasan Dun Bagan Pinang dan parlimen 132- Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Menurut Hashim, pihaknya percaya kes ini bukanlah membabit Nasarudin sahaja tetapi turut membabitkan ramai lagi anggota tentera.
Katanya, pihaknya menyedari perkara ini hasil maklumat daripada keluarga Nasarudin yang berasa curiga setelah pihak Umno meminta Nasarudin mengundi di Temerloh walhal beliau adalah anggota tentera yang bertugas di Negeri Sembilan.
"Kita bimbang kemungkinan berlakunya konspirasi BN/SPR yang memberi laluan kepada anggota tentera mengundi beberapa kali dalam pilihan raya kali ini menggunakan identiti tentera dan awam," ujarnya.
Jelas Hashim pihaknya telah mengemukakan bantahan kepada SPR supaya membersihkan nama Nasaruddin dari daftar pemilih, tetapi sehingga ini belum menerima maklum balas dari pihak terbabit. - mks.
Mar 3, 2008
Seorang lagi tentera ada dua nama dalam daftar pemilih SPR
Labels: Belit SPR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment