KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 3, 2008

BN edar Kenyataan media palsu PKPIM

PKPIM nafi sokong calon BN Tumpat
malaysiakini



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menafikan kenyataan yang kononnya dibuat oleh setiausaha agungnya yang menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tumpat, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Kenyataan media palsu tersebut diedar dan difakskan ke jaringan dakwah PKPIM. Dr Asyraf Wajdi merupakan bekas presiden PKPIM bagi sesi 1999-2001.

Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli, dalam kenyataan, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian.

"Edaran kenyataan bahawa PKPIM menyokong calon tersebut adalah kenyataan palsu, yang direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mempergunakan nama PKPIM," katanya lagi.

PKPIM, tegasnya, kesal dengan sesetengah pihak yang cuba memburukkan nama persatuan tersebut dengan membabitkan sikap partisan PKPIM dalam pilihanraya umum ke-12 ini.

Tidak jadi proksi

PKPIM, katanya, menghormati Dr Asyraf Wadji sebagai mantan presiden PKPIM.

"Bagaimanapun, penyertaan Dr Asyraf dalam kancah politik dan menjadi calon pilihanraya umum kali ini adalah merupakan keputusan peribadi beliau yang tidak ada kaitan dengan PKPIM," tegas Mohd Hilmi lagi.

Katanya, sebagai sebuah gerakan dakwah pelajar Islam peringkat kebangsaan, PKPIM sentiasa mempertahankan prinsip 'non-partisan', yakni prinsip untuk tidak menjadi proksi atau cabang kepada mana-mana parti politik.

"PKPIM bertegas bahawa sebagai gerakan dakwah, Islam itu harus diletakkan merentasi batasan kepartian dan perkauman yang sempit.

"PKPIM menyeru agar semua pihak bertanding secara berhemah dan bersih demi memastikan kejayaan yang diredai Allah Taala," tegas Mohd Hilmi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive