amkbatu
"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos.
Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun. Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.
" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif
kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskan
pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah." Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."
Jun 12, 2008
Motif di sebalik kenaikan harga minyak
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Berita geli geli hari ini [12-June-2008/Khamis]
Dr M: Arrest me if you have proof [thestar]
Geramm starts demo tomorrow after Friday prayers [nst]
Two cops to enter defence against bribe charges [nst]
Sime Darby's RM120m loss: Trader goes missing [nst]
Fuel relief: Pump prices to go down if global rate drops [nst]
Nik Aziz quashes Pas-Umno reconciliation talks [nst]
Mukhriz questions timing of judge's allegations against dad [nst]
Police to stop protest march [nst]
Bapa cari Sharlinie di Surabaya [bharian]
Azilah dakwa diugut, dipukul ketika disoal siasat [bharian]
Ansuran dua kali sebulan tidak bantu kurangkan beban rakyat: Cuepacs [bharian]
Kadar tempat letak kereta DBKL kekal [utusmeloya]
engecualian cukai pendapatan dicadang bagi bajet 2009 [utusmeloya]
Khalid: Allegations of graft unfounded [theStar]
Cops have right to break up illegal gatherings [theStar]
Unions have reservations over part-time proposal [theStar]
Malacca bus firms in a bind [theStar]
Pay in batches decision gets mixed reviews [theStar]
Mahathir: I will respond in due time [thestar]
Kita bukan negara kaya - Shahrir [utusmeloya]
65 permit bas disita dalam tempoh 5 hari [utusmeloya]
Minta tangki NGV lebih murah [kosmo]
Bekas hakim akui pernah diganggu ‘pihak atasan’ [bharian]
Astro batal denda lewat bayar bil RM10 [bharian]
Harga tiket bas naik akhir bulan [bharian]
Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan hakim tak perlu [bharian]
Selangor tanggung air percuma RM132j setahun [utusmeloya]
Jualan minyak merosot setiap hari [utusmeloya]
Telur: Tak ubah macam lagu Bangau Oh Bangau [kosmo]
Bernas had 2 kampit beras sekeluarga [utusmeloya]
Sah dapat air percuma bulan ini - Kerajaan Negeri Selangor bayar Syabas kira-kira RM11j [kosmo]
KWSP nafi sudah lulus insurans penyakit kritikal [kosmo]
‘Bas RapidKL tersadai bukan milik Scomi’ [bharian]
Bil air baru di Selangor mulai Isnin [bharian]
Beberapa negeri potong elaun pucuk pimpinan [bharian]
Waran tangkap adik Sultan Brunei [kosmo]
Impak sosial bahan api [kosmo]
Mahu sistem pembayaran gaji sedia ada [utumeloya]
Gula-gula kesihatan pembunuh dikesan [utusmeloya]
Pengusaha stesen minyak mini turut hadapi masalah [utusmeloya]
10 pengusaha bas henti-henti mungkin gulung tikar [utusmeloya]
Labels: Berita Semasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
CEO & CFO of a GLC to get 100 % wage increase?!
Rocky Bru
B l a t a n t.
I hope what I heard is not true, that the CEO/President of this major Government-Linked Company, together with his Chief Financial Officer, are going to get a 100 per cent increase in their pay package!
If the CEO is getting a RM50,000 package now, he'll be getting RM100,000 a month. If the CFO is getting RM25,000 now, his package will swell to RM50,000!!!
If it's true that the Board of Directors of Tenaga Nasional Berhad has approved the increment (because that's what I have just heard, and they are just awaiting Pak Lah's approval as Finance Minister), all the Government's talk about saving cost and changing lifestyles because of the higher petrol/diesel prices will sound so very hollow.
And the July tariff rate increase already approved for this GLC will face the greatest opposition of all time.
Labels: Rockybru
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Perkasakan Ngv Sebagai Alternatif Petrol Dan Diesel
azzlie - Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak dunia kini sudah tidak mampu lagi menanggung subsidi untuk rakyat mereka. Tidak seperti negara-negara pengeluar minyak lain, kerajaan merasakan mereka sudah tidak lagi mampu untuk menanggung beban kenaikan minyak global yang semakin meningkat hari demi hari. Oleh itu, rakyat perlu lah bersama-sama kerajaan menanggung beban. Bagi tujuan itu nilai 78 sen seliter yg dinaikkan oleh kerajaan dirasakan munasabah.
Lagipun rakyat sepatutnya mengubah cara hidup mereka. Inilah masanya untuk rakyat berkorban demi negara mereka. Lagipun duit keuntungan petronas itu perlu diagih-agihkan kepada pelbagai projek-projek mega yang lain. Kita perlu membiayai Monsoon cup yg berprestij di dunia, F1, KlCC, Petronas Ochestra dan lain-lain lagi projek mega. Maka memang patut rakyat berkorban sedikit demi kemajuan yang dikejar.
Di sini, kerajaan sepatutnya memberikan satu alternatif kepada rakyat. Kenaikan harga minyak bukan sahaja memberikan impak kepada minyak semata-mata, tetapi turut memberi impak besar kepada harga-harga barang keperluan lain seperti baragan harian, makanan, besi dan sebagainya.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sajak untuk melayu
email: Sebastianjoshua
Malays Would Rather Have Pleasure Than Pressure?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu
Labels: Hiburan
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Dari 12 Julai, Demo dicepat ke 5 Julai
malaysiakini - "Protes akan mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab-sebab tarikh baru itu dipilih," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut.
Dalam satu sidang media di sebelah pagi anjuran satu gabungan baru Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm), Khairul Anuar berkata, tarikh 12 Julai yang dicadangkan Protes bukan tarikh muktamad.
Di sidang media itu, ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan satu siri jelajah seluruh negara dalam bentuk ceramah dan demonstrasi kecil diadakan untuk bantahan yang sama.
Geramm ditubuhkan oleh AMK pada 9 Jun bersama beberapa kumpulan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
REMY BUKAN ORANG PKR .....
Berhubung dengan laporan Polis dan BPR yang disiarkan di SINAR HARIAN 6 dan 8 Jun 2008 , di sini Parti Keadilan rakyat Bahagian Kuala Selangor mengesahkan bahawa REMY ISKANDAR BIN MUSTAPAR adalah BUKAN wakil dari Bahagian Kuala Selangor, BUKAN Ketua AMK Cawangan Pasir Tuntung dan BUKAN ahli Keadilan sebagai dakwanya. Selaku Setiausaha saya mengesahkan.
Disertakan Daftar Keahlian UMNO REMY ISKANDAR BIN MUSTAPAR. Beliau boleh dihubungi melalui 013-6407888 @ 03-32648059 di alamat Batu 22 1/2, Pasir Tuntung, 45700 Bukit Rotan,
Saya yakin usaha ini dibuat bagi tujuan memburukan nama YAB Tan Sri dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat umumnya. Saya mohon perkara ini disiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam sebarang penyelewengan fakta.
Yang Benar
Arijan Osman
Setiausaha
Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Kuala Selangor
dipetik dari Marhaendaily
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hikayat Malam Jumaat
matsamankati - [..] Setiap petang Jumaat (Khamis petang), sebelum maghrib, kerja aku buat perasap, kemudian tabur kemenyan, bawak keliling rumah. Selesai, kena pam lampu gasoline, isi minyak tanah dalam pelita. Lampu gasoline letak kat anjung, lampu pelita letak kat dapur. Lepas maghrib, makan. Lepas Isya, tidur. Malam Jumaat budak-budak tak boleh tidur lewat, sebab banyak hantu, langsuyor dan pelesit. Keesokan paginya, subuh-subuh lagi kena bangkit, terjun sungai Batang Padang. Mak aku pun akan mandi juga, basuh rambut sempena pagi Jumaat.
Tapi sekarang dah lain. Malam Jumaat adalah malam sunat. Kat padang ada Forum Perdana. Kat Masjid ada pengajian. Kat surau ada majlis ilmu. Kat markas ada ceramah. Anak-anak kat rumah main video game.
Tak pergi Forum Perdana, rugi. Bukan senang nak tengok Ustazah Bahyah, Dr. Mashitah, Kpt. Najmudin. Kalau nak panggil depa mai surau, tak pulang modal. Mana nak cari empat lima ribu nak bayar kat depa?
Tak pergi masjid, nanti orang kampung kata kita tak tau bermasyarakat. Tapi nak pi dengar Ustaz tak dak gigi baca hadis, lagi mengantuk. Nak balik kerumah pun, anak tak tidur lagi.
Tak pergi ceramah, nanti depa kata kita sokong Ameno. Kalau pi, sat ni depa bawa punjut kain warna hijau, tak kan tak mau huloq seringit dua.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
5 tahun yang mengecewakan
mstar - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau masih berminat untuk melihat Malaysia maju tetapi "kecewa" apabila banyak projek digerakkan beliau telah dirombak sejak bersara.
Malah, beliau turut kecewa kerana apa yang dijanjikan untuk diteruskan tidak dilaksana sejak itu.
"Yalah, tentu kecewa, kita dah buat sesuatu yang nampak baik tetapi sekarang ini ia dirombak, apabila dirombak kita mendapati prestasi kurang baik. Jadi ini mengecewakan (saya)," kata beliau ketika mengulas tempoh lima tahun selepas meninggalkan Seri Perdana.
Dr. Mahathir bersara daripada jawatan itu pada Oktober 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
"Saya gembira kerana tiada tanggungjawab yang berat, tetapi saya masih berminat untuk melihat negara ini maju.
"Saya tiada kuasa, jadi saya cari pengaruh melalui jalan lain... saya kena bercakap, saya menulis, saya menggunakan internet untuk menyampaikan pandangan saya. Sama ada orang percaya ataupun tidak, itu soal lain.... selanjutnya.
berita lain - Keluar Umno, saya nampak gagal tapi kesannya? - Mahathir
Labels: Belit Dollah, Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Banyak lagi faedah untuk rakyat selangor
Mstar - Sempena 100 hari penubuhan kerajaan Selangor yang baru, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa lagi langkah untuk memenuhi falsafah berkongsi pendapatan negeri dengan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
Antara yang telah dikenal pasti ialah penubuhan Tabung Warisan Bayi Selangor dan lembaga kebajikannya sendiri untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada yang memerlukan, termasuk pelajar.
Menurut Setiausaha Politik kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad, langkah-langkah baru bagi menyokong pemberian rebat air untuk membantu penduduk Selangor menghadapi cabaran baru berikutan kenaikan harga minyak akan diumumkan Menteri Besar pada 20 Jun ini.
Melalui Tabung Warisan Bayi Selangor, kerajaan negeri bercadang menyediakan peruntukan dan bantuan kepada semua bayi yang berdaftar dan ia dibuka untuk semua bayi yang dilahirkan pada atau selepas Jan tahun ini.
"Maklumat lanjut dan program-program lain akan kita perkenalkan untuk berkongsi pendapatan dengan rakyat akan dibuat sempena kemuncak perayaan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, yang akan kita adakan di Stadium Malawati di sini.... selanjutnya.
Labels: Negeri Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bukan lagi gambar Khir Toyo
SLOGAN BARU..
klpos - Papan tanda gergasi di SS2 Petaling Jaya memaparkan slogan baru kerajaan negeri Selangor iaitu Sentiasa Berusaha Untuk Kemajuan Negeri Selangor (Gambar The Star)
Labels: Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Former assistant to minister charged with graft
thestar - A former personal assistant to a minister was charged with corrupt practices for demanding favours from a company director who applied for a bus permit.
Eswadi Abd Rahim, who is also a former Mara officer, pleaded not guilty when he was brought to the Sessions Court here on Thursday to face two charges of graft.
The former Mara officer, who was later seconded to take up the post of personal assistant to Datuk Seri Mohd Nazri Aziz when he was Entrepreneur Development Minister, was believed to have committed the offences some time in December 2002 and on Jan 17, 2003.
The 36-year-old Eswadi, of Putrajaya, was said to have asked Chin Ah Lek to include Eswadi's father Abdul Rahim Ismail as a director of Syarikat Azamat Sdn Bhd as an inducement to help Chin obtain a bus permit.... selanjutnya.
Labels: Rasuah BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dahlah luka DBKL mari sapukan garam pula, kata Dr Lo' Lo'
siasah - Semalam di umumkan, hari ini anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali turun ke Jalan Pahang Barat dekat sini bagi membuat protes kenaikan kadar parking di Kuala Lumpur.
Jalan Pahang adalah sebagian dari jalan yang menerima sistem baru meter parking yang dibuat secara elektronik ini.
Kalau sebelum ini, kawasan Pekeliling Busines Centre tidak terkena sebarang bayaran parking, mulai Isnin 16 Jun depan, pemilik kenderaan di situ juga mula dikenakan bayaran parking dengan kadar baru 80 sen sejam ini.
Dr Lo' Lo' bersama pemilik kenderaan sekitar jalan pahang telah berdemo bagi membantah kenaikan parking itu.
Beliau menyifatkan DBKL kejam.... selanjutnya.
Labels: Belit DBKL, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Dua Ahli Parlimen SAPP tinggalkan BN?
agendodaily - Cerita lompat parti muncul kembali…kali ini khabar terbaru yang tersebar ialah dua Ahli Parlimen dari Parti SAPP, pimpinan Datuk Yong Teck Lee telah membuat keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN). Menurut seorang yang rapat dengan kalangan Ahli Parlimen yang memberitahu Agendadaily, cerita mengenainya kini tersebar luas di kalangan Ahli-Ahli Parlimen. Malah, dua Ahli Parlimen dari parti SAPP disebut secara terbuka merupakan mereka yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN. Kedua-duanya ialah Ahli Parlimen Sepanggar, Enchin Majimbun (gambar kiri) dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui.... selanjutnya.
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Siapa Pegawai Kanan MB Selangor Dicekup BPR?
msomelayu - [...] Kalaupun pegawai berkenaan dari penyokong PKR namun ia juga akan turut sama terpalit kepada Pas dan DAP. Sebab kedua parti adalah rakan pakatan PKR. Yang anih di sini ialah laporan polis berhubung kes itu dibuat sendiri oleh wakil PKR. Apakah pegawai berkenaan dari parti PKR?
Cadangan Khalid untuk memecat pegawai berkenaan atau mana-mana pegawai yang didapati bersalah adalah disokong. Seharusnya beliau tidak menyimpan pegawai demikian yang boleh membawa busuk kepada seluruh kerajaan negeri.
Dalam satu kenyataan Khalid cadang untuk menghantar pegawai berkenana pergi mengikuti kurus mengenai intergriti dan tanggungjawab. Tidak payah hantar kursus, tetapi buang terus sahaja kerana tidak ada guna memelihara pegawai berkenaan yang boleh dianggap sebagai pelesit.
Apapun kita berharap apa yang berlaku itu akan menjadi sempadan. Selepas ini tidak akan ada mana-mana pegawai atau pun pengawai khas kepada mana-mana Exco yang menuruti jejak langkah pegawai berkenaan.
Kalau pun tidak cukup wang, janganlah cari menerusi jawatan politik dan bekerjalah dengan mengorbankan titik peluh sendiri dan carilah rezeki yang halal. Catatan dari beberapa orang yang menghubungi saya memberi klu pegawai berkenaan bertubuh langsing dan berjangut 'renggah' - janggut jarang dan bekas seorang ahli Abim.... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Opposition plan for mass fuel hike protests
malaysianinsider - Opposition groups today vowed to push ahead with plans for mass protests against a sharp 41 percent hike in gasoline prices, despite the government's pledge not to further raise prices this year.
The price hike last week has sparked sporadic protests nationwide. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sought to calm public anger, promising yesterday to keep prices fixed at the current level for the rest of the year.
Shamsul Iskandar Akin, a leader of the GERAMM youth coalition against oil price hike, dismissed Abdullah's pledge and said the hike has led prices to rise across the board and caused further hardship for the poor.
Malaysia as a net oil exporter, benefits from rising global oil prices and people are questioning why profits from national oil firm Petronas aren't used as subsidies, he said.
"The government's action (to raise prices drastically) is crazy. It shows their failure in managing the economy," he told reporters. "We will continue with peaceful protests to demand the government reverse its decision. A march is planned tomorrow from a mosque in downtown Kuala Lumpur to the Petronas Twin Towers, where Petronas headquarters is based."
Police, meanwhile, have said they may have to close the road leading to the Kampung Baru mosque where protestors are scheduled to gather after Friday prayers tomorrow.... selanjutnya.
related news - Anak muda tubuh ‘Geramm’ untuk bantah minyak
Labels: demo minyak, Minyak naik, PKR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MAS to raise fuel surcharge
malaysianinsider - National carrier Malaysia Airlines (MAS), engaged in a fare war with budget airline Air Asia, is looking to raise its fuel surcharge in two weeks on a route-by-route basis, chief executive Datuk Idris Jala said today.
"Over the past year, we have increased our fuel surcharge five times in the light of the ever increasing fuel prices," he told Bernama after the launch of MAS's Second Quality Assurance Conference and Business Assurance and Control Assessment (BACA) initiative.
Idris said the entire airline industry was going through a crisis as result of rising fuel prices. "If the oil prices stay at the current levels, a lot of airline companies could go bankrupt."
MAS currrently charges between US$12 (RM39.24) to US$109 (RM356.43) in fuel surcharges for domestic and international destinations.
International jet fuel prices have been rising in tandem with global crude oil rates, touching US$168.1/barrel up 92.7 percent from a year ago, reported energy information provider Platts. Crude oil touched US$139/barrel this week.
Malaysia cut subsidies and raised pump prices for petrol and diesel last week as soaring global crude oil prices were eating into the government's development budget allocations. However, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has ruled out further price jumps.... selanjutnya.
Labels: MAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Minyak naik harga, hampir 400 nelayan Sungai Pahang merana
harakahdaily - [...] Di bawah peraturan ini semua nelayan telah dikenakan bayaran lesen menangkap ikan seperti lesen bot, lesen menjaring ikan dan juga lesen jaring hanyut atau disebut lesen menghanyut.
Malangnya, kata nelayan kepada wartawan Harakahdaily dalam satu pertemuan dekat sini baru-baru ini, kerajaan tidak pernah mengambil peduli untuk membela nasib mereka seolah-olah tiada pengiktirafan dibuat sebagaimana nelayan di laut.
Dalam tinjauan wartawan mendapati semua bot nelayan Sungai Pahang menggunakan enjin berkuasa 18 kuda ke bawah menggunakan petrol dan kenaikan harga minyak petrol dipasaran sudah tentu menyempitkan kehidipan mereka.
"Kalau keadaan kami dibiarkan macam ini lumpuhlah kegiatan kami. Hidup kami bergantung kepada rezeki di sungai. Tapi, kalau minyak naik kerajaan pula tak pandang kami, macam mana kami nak hidup, nak dapatkan ikan masa ini bukannya senang, sempitlah hidup kami," rungut mereka.
Bagi Zulkifli Masri dari Kampung Paya Kecik Hulu, beliau berkerja kampung dengan mengambil upah menorah getah orang, juga menjadikan aktiviti menangkap ikan di sungai sebagai punca pendapatan. Kini pendapatannya kian terjejas akibat kenaikan petrol dan ketiadaan subsidi.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Abdullah cuba 'menunjuk, mengada-ngada' - Husam
harakahdaily - Tindakan kerajaan memotong 10 peratus elaun keraian menteri kabinet serta melarang mereka melancong ke luar negara adalah merupakan usaha yang kurang berkesan berbanding beribu-ribu juta wang yang telah dibazirkan.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan, Dato' Husam Musa berkata, langkah itu tidak membawa banyak makna bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga bahan api itu yang begitu tinggi.
"Kita seolah-olah mahu berjimat 10 sen tetapi sedia biarkan hilang beribu juta, ia tak memberi kesan yang munasabah," katanya.
Tegasnya langkah penjimatan yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sesetengahnya seolah-olah hendak menunjuk-nunjuk.
"sesetengah daripada langkah penjimatan itu seakan mahu menunjuk-nunjuk dan mengada-ngada seperti pemotongan elaun keraian 10 peratus bagi anggota Kabinet," katanya semalam.
Beliau berpendapat, banyak lagi langkah yang lebih berkesan termasuk menghentikan pemberian tender secara runding terus melibatkan kos beribu-ribu juta yang sepatutnya dapat diselamatkan perlu dilaksanakan sebagai strategi kerajaan pusat.
"Contohnya, pembinaan landasan berkembar kereta api yang kosnya dahulu sekitar RM8 bilion sekarang melonjak kepada RM16 bilion," katanya.... selanjutnya.
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenapa Kita Harus Berhimpun ?
tranungkite - [...] Kenapa tidak pakai sistem 'keluar minyak dari bumi dan terus guna'? kenapa minyak Malaysia dijual keluar dan minyak arab dibawa masuk? kita rakyat bukan minta minyak secara percuma, tetapi biarlah pembayaran setiap liter minyak yang dibeli itu hanya merangkumi harga kos, bukan untuk buat keuntungan. Itu sepatutnya menjadi dasar PETRONAS, iaitu dasar minyak dan gas negara.
Sepatutnya sejak merdeka, satu badan ditubuhkan untuk mengeluarkan minyak dengan satu kos, dan keuntungan itu ditukar menjadi subsidi. Badan itu ialah PETRONAS. Hasil bumi negara ini patut dibahagikan sama-rata, bukan untuk syarikat tertentu sahaja seperti pengeluar tenaga IPP. Diulangi, sepatutnya pengeluaran minyak negara menampung kos. Kos itu ditanggung oleh rakyat melalui kerajaan dan akhirnya minyak itu diberi semula kepada rakyat !!!
Apa yang berlaku ialah, PETRONAS untung bersih 70billion tetapi hanya diagihkan dengan kekeliruan. Bonus para pekerjanya juga melebihi orang lain, wajarkah? Katanya duit keuntungan minyak PETRONAS untuk pembangunan. Jadi, bagaimana pula dengan keuntungan getah negara, keuntungan minyak sawit, komoditi lain, cukai-cukai perbankan, cukai pendapatan, cukai syarikat, road tax, keuntungan export dan lain lagi. Kerajaan pandai pusing.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apa punya idea la ni?
Cubaan kaburi mata kakitangan awam tidak berjaya. Pembayaran gaji 2 kali sebulan tidak mendatang kan sebarang manafaat .. cuma di pandang indah oleh pemimpin dan menteri.
Gaji 2X: Tidak sesuai yang bergaji rendah
malaysiakini - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendapat langkah kerajaan untuk membayar gaji kakitangan awam dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini, tidak sesuai bagi mereka yang bergaji rendah.
Presidennya, Omar Osman, berkata mekanisme itu tidak relevan kerana ia akan mendatangkan masalah bagi mereka yang tidak bijak berbelanja.
"Mekanisme ini dilihat tidak relevan, misalnya bagi mereka bergaji RM800 atau RM1,200 sebulan.
"Jika mereka terima RM400 ansuran pertama, ia boleh habis sekelip masa. Cara ini dilihat ada masalah, dari segi praktiknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Namun begitu, menurut Omar, mekanisme itu dilihat bersesuaian bagi mereka yang bergaji besar.... selanjutnya.
berita lain ...Ansuran Dua Kali Sebulan Tidak Membantu Kurangkan Beban Rakyat - Cuepacs
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Polis akan halang perarakan esok
malaysiakini - Polis mungkin menutup jalan menghala ke masjid Kampung Baru esok ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.Lain kali kalau nak berdemo .... tajuk kena guna "BABI SEPANG" tapi tujuannya ... protes minyak naik. Baru la dibenarkan .... Korang tak pandai lagi ke?
Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.
"Anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.
"Kita akan tutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid), itu jika perlu," katanya, lapor Bernama.
Muhammad berkata pihak penganjur perhimpunan itu tidak memohon permit daripada ketua polis daerah dan hanya sekadar menghantar surat makluman sahaja.... selanjutnya.
berita lain ..... Minyak: Ceramah, demo di 30 lokasi dan tajuk lain di dalam Harakah - Himpunan aman esok, penganjur yakin polis terima rayuan
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ubah gaya hidup
oleh isuhangat
Pemimpin hanya pandai cakap. buat ... haram. Kalau pak lah, najib dan menteri boleh buat cam gambar tu, baru lah kita boleh cerita tentang ubah gaya hidup. kalau tak .... buang masa je.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
MP Pakatan Rakyat bantah kenaikan caj letak kereta
harakahdaily - [...] Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebulat suara membantah dan menbidas atas cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaikkan kadar caj kenderaan di sekitar ibu kota mulai Isnin ini.
Menurut dalam kenyataan bersama mereka kepada Harakahdaily, langkah yang diambil oleh DBKL itu amatlah mengecewakan.
"Kami selaku Ahli Parlimen mewakili rakyat di seluruh Kuala Lumpur berasa amat kecewa dengan tindakan DBKL menaikan kadar caj tempat letak kereta di pusat bandar sehingga mencecah 35 peratus dari 60 sen kepada 80 sen yang akan berkuatkuasa Isnin hadapan,"jelas mereka.
Tambah mereka lagi, tindakan ini umpama menangguk di air keruh dan menambahkan lagi beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikkan harga minyak sebanyak 78sen hingga RM1 minggu lalu.
"Kami tidak menolak langkah proaktif DBKL bagi menukarkan sistem kutip caj tempat letak kereta yang lama kepada Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE).
"Walau bagaimanapun kami berharap agar DBKL mengkaji semula kenaikan ini yang didakwa berpunca dari perubahan sistem yang ada,"tambah mereka lagi.... selanjutnya.
Labels: BN Barang naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
"Yang miskin, papa kedana..."
MESTI BACA !!! klpos - [...] PENJAJA turut dihimpit kegawatan ekonomi berikutan tiada pelanggan yang datang membeli.
Pendapatan Rashidah berdasarkan kerja hari. Rashidah yang juga menghadapi masalah kurang pendengaran memahami perbualan menerusi pergerakan bibir.
Ibu kepada tiga anak ini menjelaskan, dia terpaksa ke pasar yang lebih jauh dari rumahnya untuk mendapatkan kuantiti barang yang lebih walaupun berbelanja pada harga sama.
Katanya, mendiami di rumah pangsa menyukarkannya untuk bercucuk tanam. Namun, atas desakan hidup dia meminta jasa baik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menanam serai di satu kawasan tanah yang terbiar.
Suaminya, Zainudin Yusof, 42, seorang pengawal keselamatan yang bekerja di Ampang mengehadkan perbelanjaan hariannya sebanyak RM6 sehari. Walaupun tidak cukup dia terpaksa juga lalui kerana tidak memiliki kenderaan dan perlu menaiki bas ke tempat kerja....selanjutnya.
Labels: BN Barang naik, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Perhebatkan Kempen DESAK Turunkan Harga Minyak
paslabuan - [...] Siri-siri bantahan dan tunjuk perasaan oleh rakyat mengenai kenaikan mendadak bahan petrol dan diesel sudah mula menular ke seluruh negara.Rakyat sudah tidak boleh tunggu dan lihat sahaja apa yang yang dilakuakan oleh Kerajaan Barang Naik(BN) dengan mengikut sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesusahan dan kesengsaraan yang tanggung rakyat terhadap kenaikan yang mengila ini. Sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja.Kita perlu bertindak sesuatu bagi mengekang tindakan sesuka hati pihak kerajaan dalam perkara yang melibatkan kebajikan serta kepentingan rakyat.Kenaikan ini dianggap satu Penindasan terbesar oleh kerajaan Be End terhadap seluruh rakyat Malaysia khasnya yang golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.‘TURUNKAN HARGA MINYAK’.
Selain itu kenaikkan tersebut akan mengundang gejala-gejala yang negatif seterusnya boleh mengancam kesejahteraan rakyat.Sesungguhnya kerajaan Be End memang sudah tidak relevan sebagai kerajaan pemerintah.Sepanjang pemerintahan yang begitu lama segala sumber kekayaan negara telah diratah dan dibahagi-bahagikan oleh sanak-saudara dan kroni-kroni.
Penguasaan kerajaan Be End selama lebih 50 tahun dalam menguruskan sumber kekayaan telah disalahgunakan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.Oleh itu rakyat perlu bangkit terus membuat penentangan secara besar-besaran terhadap kerajaan Be End yang menaikkan harga minyak yang terbanyak dan mendadak itu.... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apabila Jaminan Kerajaan Sudah Tidak Dipercayai Lagi
msomelayu - KABINET Abdullah Ahmad Badawi semalam mememutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikan lagi sepanjang tahun ini walaupun harga minyak pasaran dunia dijangka terus naik.
Bolehkah dipercaya kenyataan itu? Jawabnya (segera) tidak boleh.
Banyak jaminan yang diberikan oleh kerajaan Abdullah tetapi tidak terjamin. Terbaru salah seorang menteri Kabinet Abdullah, Shahrir Abdul Samad (seorang menteri yang dianggap tegas dan tidak bertolak ansur dengan kejahatan) mengatakan harga petrol akan mula dinaikan pada Ogos, tup.. tup tidak sampai seminggu petrol dan diesel naik sampai 50%.
Bukan itu saja, sebelum ini Mohd Najib Razak kata minyak tidak akan dinaikan selepas pilihan raya, tup... tup naik. Jadi jaminan menteri tidak boleh dipegang dan dipercayai lagbi. Mulut menteri Malaysia tidak masin dan berbiasa lagi. Kata-kata menteri tidak lebih daripada untuk membuang air liur saja yang berpusa dalam mulut.
Itu contoh klasik, banyak lagi contoh menunjukkan kerajaan Abdullah bercakap tidak betul alis berbohong. Abdullah sendiri juga begitu. Banyak cakap tetapi kerja tidak buat. Dulu Abdullah kata dia tidak mahu cakap tetapi tidak bikin, apa yang berlaku sekarang ini, beliau bikin apa yang tidak cakap. Inilah menyebabkan rakyat pening kepala dan sengkak perut.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik, Msomelayu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SU Pemuda Pusat dan KP Wilayah dipanggil Polis
tranungkite - [...] Dalam pertemuan itu Sabki memaklumkan bahawa perhimpunan ini adalan perhimpunan aman sebagai manisfestasi rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan kerajaan yang membebankan rakyat.
Kamaruzaman pula menegaskan bahawa rakyat berhak untuk berhimpun sebagai menunaikan hak demokrasi dalam membahaskan keputusan kerajaan yang dianggap melampau dan drastik. Kenaikkan kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah industri minyak negara.
Pihak Polis walaubagaimana pun tidak memberikan apa-apa reaksi memandangkan kebanyakkan pegawai dan anggota mereka turut terkesan atas kenaikkan ini. Walaubagaimana pun, pihak Polis tetap akan menjalankan tugas mereka sekiranya perhimpunan itu bertukar ganas.
Oleh itu dinasihatkan agar peserta perhimpunan mengambil tempat secara aman dan tidak mencetuskan provokasi melampau. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tindakan provokatif atau mereka yang melanggar arahan.... selanjutnya.
sebelum itu Pakatan Rakyat menjangkakan ......20 ribu dijangka sertai Himpunan Membantah Kenaikkan Harga Minyak pada 13 Jun
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pak Lah minta bantuan Wakil Rakyat BN ...
Pak Lah minta bantuan Wakil Rakyat BN untuk bantu tangani masalah kenaikan harga barangan. Rujuk berita berikut ....
Wakil rakyat BN bantu tangani kenaikan kos sara hidup dan kekurangan bekalan makananAku ada cadangan ...
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menangani isu kenaikan kos sara hidup dan masalah kekurangan bekalan makanan yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini dengan inovatif dan bijaksana.``Pandangan dan cadangan ahli-ahli Yang Berhormat ke atas perkara ini sangat dialu-alukan,’’ kata Perdana Menteri.
Abdullah berkata demikian dalam kata-kata aluan sebelum mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2009 dengan Kelab Penyokong BN di Kementerian Kewangan di sini hari ini....utusmeloya
- Bagi beras percuma
- Bagi gula percuma
- Bagi duit
- Yang paling berkesan ... kurangkan harga minyak
Labels: Belit BN, Belit Dollah, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Parking di KL naik RM0.20 sen
Apa kaitan parking kenderaan dengan minyak. DBKL memang cari pasal. Betul sangatlah dengan tajuk Harakahdaily ni ....
Setelah PM, kini DBKL pula 'tikam rakyat'Apa kata menteri .... tak kan tak bersuara kot. Parking, minyak, gula, beras ....semuanya dah naik harga. Woiii !!! korang semua dah pakat nak bunuh orang ke?
Nampaknya bukan sahaja pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tempohari telah 'menikam rakyat' secara berdepan dengan pengumuman kenaikan harga minyak, tetapi semalam Dewan Bendaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menambahkan luka tikaman dengan menaikan caj tempat letak kereta sehingga hampir 35 peratus.
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Ab Hakim Borhan pihak DBKL akan melaksanakan Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE) berkuatkuasa Isnin ini dan pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang.
"Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam," katanya kepada pemberita semasa Program Datuk Bandar Bersama Media di DBKL di semalam.
Caj sekarang adalah satu kadar sahaja iaitu 60 sen sejam bagi pusat bandar dan luar pusat bandar.
Ab Hakim berkata selain itu DBKL juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum. - harakahdaily
Labels: BN Barang naik
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Kenapa Pak Lah nak tutup kes?
Hah .... ni lagi perkara pelik. Dalam suasana tegang Pak Lah vs Mahathir, tiba tiba Pak lah angkat tangan tak mahu cerita panjang .... Kita baca dulu !!!
Tiada s'jaya siasat Dr M-hakimBaru baru ni Pak Lah melawat Sarawak dan isu yang berkaitan dengan Hakim di dalam artikel Malaysiakini [diatas] bersangkutan dengan keputusan pilihanraya di Sarawak. Apa yang Taib Mahmud dah cerita pada Dollah? Aku dah mula ragu ragu dengan tindakan menelus-muluskan sistem kehakiman ciptaan Pak lah. Mungkin nak kenakan Mahathir, bimbang terkena Taib Mahmud kot? Politik BN dah macam kerbau kat sawah, sekor kerbau bawa lumpur, habis semua kerbau terpalit sama. Termasuk gembala gembala sekali.
Ketika membuat pendedahan mengejutkan di mahkamah itu, Ian Chin juga mendedahkan bahawa beliau diancam oleh Dr Mahathir berhubung satu kes berprofil tinggi supaya membuat keputusan yang memihak kepada kenalan bekas perdana menteri itu.
"Tak payahlah. Tak habis-habis cerita itu," Abdullah dilaporkan berkata, mengulas kenyataan hakim itu.
Menurut satu lagi laporan agensi berita itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim juga tidak berhasrat mengadakan siasatan atau suruhanjaya berhubung tuduhan terbaru dan mengejutkan itu.
"Saya tidak terkejut (dengan dakwaan terbaru ini) kerana sudah wujud cerita sebegitu di masa lepas.
"Persoalannya sekarang ialah bagaimana kita mahu menangani keadaan itu. Ia merupakan satu lagi maklumat yang mengecewakan dan kita perlu teruskan dari sini. - Malaysiakini
Kena selidik ni. AKu tak rajin.....korang siasat la. Spekulasi ....spekulasi.....
Labels: Belit Dollah, Belit Mahkamah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kerajaan BN subsidi Rakyat Singapura ....
Menarik artikel ni. aku nasihatkan korang baca. Kalau korang tak nak baca, suruh kawan baca dan korang pasang je telinga .....
Tahukah Anda Kerajaan Malaysia Menanggung berbillion ringgit subsidi kpd SingapuraGua senang hati betul dengar cerita cam ni. Buktikan .... aku tak la sebodoh orang lain. Walaupun aku bukan bergaji tinggi dan tak sekolah lanjut lanjut ..... tapi sekurang kurangnya aku tak di tipu dek kerajaan. Waakakakakak [ketawa sampai kentut !!!] betul lah .... perumpamaan ....Anak babi di kandang disusukan, anak beruk kat rumah, mati kelaparan.
tranungkite - [...] Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.
bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand. Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.
1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura
walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.... selanjutnya.
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Orang pahang marah ....
voy.fzone - Sebelum ini, pada 6 Jun 2008, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menghantar surat akujanji berkaitan permberian air percuma bagi pihak kerajaan negeri Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Namun, SYABAS telah menolak dan tidak bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat pembayaran yang dijanjikan oleh pihak KDEB pada 9 Jun 2008. Menurut SYABAS, cadangan daripada pihak KDEB itu secara langsung akan menjejaskan aliran tunai SYABAS dan sekaligus boleh menjejaskan operasi SYABAS. Akhirnya selepas beberapa hari perbincangan dan rundingan dibuat antara kerajaan negeri Selangor dengan SYABAS, satu kata sepakat berkaitan pemberian air percuma di Selangor telah berjaya diperoleh pada pagi 11 Jun 2008....selanjutnyano2umnO - Korang pernah rasa, ketawa sampai kentut. Kelakar tau .... sedang di atas terkekek, yang bawah pun berbunyi .... put put put ...... !!!! Serentak macam melodi dan irama. Mesra bunyi nya.
Beberapa hari yang lepas, aku berjumpa dengan orang Pahang. Ramai yang marah kerana kerajaan negeri Selangor dapat air percuma. Sedangkan kerajaan pahang yang menjual air ke selangor tak mampu buat cam tu ... Korang pergi ke pahang dan tanya orang kat sana. Dah aku beritahu sejak dulu, jangan caya pada BN. Tapi koran undi jugak. Kononnya hanya BN boleh memerintah. Tapi korang yang muntah.
Kerajaan Negeri Selangor berhempas pulas, selepas di dengki-dengkut dek UMNO selangor dan syarikat keparat, akhirnya ALhamdullillah, satu manifesto sudah pun terlaksana.
Negeri kebajikan ...... yang lain selamat menonton. Jangan cemburu. Kalau nak air percuma, pindah lah ke Selangor. Kalau sayang kampung halaman, undi Pakatan Rakyat. Itu pun 5 tahun lagi. Kalau sempat BN sogok dengan wang, korang undi lah balik BN.
BN cakap tak serupa bikin. Kononnya minyak tak naik, kata Najib sebelum pilihanraya, [klik] lepas tu Shahrir pulak kata naik hanya bulan Ogos [klik], tiba tiba naik mendadak, terkejut beruk di buatnya. Beruk pun tak terkejut cam ni. Kalau beruk guna minyak, sah beruk pun terkejut sama. Kalau nampak beruk pecah kepala, sah...beruk tu terkejut sampai jatuh pokok.
Sibuk pasal minyak naik ... semuanya sedih, Bila hujung tahun nanti Petronas bagi tau untung meningkat berbillion ringgit. Wakakkkkkkkkakaka.... korang kena tipu lagi. Kalau korang nak ketawa kan penyokong BN, korang makan banyak banyak ...isap rokok banyak banyak, lepas tu ketawa ... pasti rasai pengalaman ketawa sampai kentut.
Labels: Air Percuma
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Madrasah Al-Yamani, Perlukan bantuan anda
isuhangat - Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggi pasar minggu Kg Baru berdekatan Stesyen LRT .
Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Fadzli , seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu dimasjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta .
Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Pada masa ini terdapat 51 orang pelajar lelaki dan perempuan disamping 5 orang ustaz dan ustazah sepenuh masa. Dengan perbelanjaan lebih RM35,000 sebulan adalah sesuatu yang agak berat bagi madrasah ini untuk terus bergerak tanpa bantuan dari orang ramai. Oleh yang demikian kami merayu anda untuk sama-sama menghulurkan bantuan terus kepada Madrasah Al-Yamani Kg. Baru , Kuala Lumpur .
Untuk menghulurkan bantuan boleh terus hubungi
Ustaz Fadzli 019-3838730
Akaun Bank Islam Berhad - Madrasah Alyamani -
1415-3010-0014- 53.
... selanjutnya.
Labels: Islam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tahi ayam yang sejuk selepas panas
Lama tajuk tu aku fikirkan. Angat angat tahi ayam, semua orang dah biasa dengar. Jadi nak bezakan sikit, tu la jadinya ...... nak cerita pasal NGV, korang baca kenyaataan Husam Musa ...... Ini kata bersopan seorang pemimpin. Yang ada ilmu dan akal,
Kalau aku jadi pemimpin, mungkin aku susun ayat, tapi disebabkan aku ni susah, belajar pun tak tinggi, sekolah pun setingkat, cikgu pun tak ramai, Padang sekolah pun kecil, Guru besar pun miskin.... maka aku cakap tak guna otak. main belasah.
Pakatan Rakyat boleh turunkan harga minyak
harakahdaily - Saya penuh yakin kita boleh menurunkannya sekali pun harga minyak dunia terus meningkat.
Satu dari strategi mudah dan praktikal ialah meluaskan penggunaan gas, baik LPG atau NGV untuk domestik, termasuk untuk kenderaan.
Bila lebih banyak gas digunakan, kita kurang menggunakan minyak. Lebih banyak pula minyak kita dapat di eksport dan kita mendapat lebih banyak wang. Wang minyak itu kita gunakan untuk mengekalkan harga minyak tempatan dan kita sendiri menggunakan lebih gas dari minyak.
Sebagai 'net exporter' minyak dan gas, Malaysia mendapat keuntungan yang banyak dari kenaikan harga minyak dari hasil penjualan lebihan hasil petroleum Negara.
Jika dicampurkan pengeluaran gas dan minyak negara jumlah keseluruhannya melebihi 1.7 juta tong sehari. Namun penggunaan Negara termasuk gas asli adalah kurang dari 1 juta tong sehari. Oleh itu subsidi yang diberikan masih boleh ditanggung oleh kerajaan.
Kenaikan harga minyak adalah kerana kegagalan pihak kerajaan BN merancang dan melaksana polisi tenaga Negara yang berkesan. Tidak ada satu forum untuk pakar-pakar terlibat sama merancang dasar tenaga negara kerana National Petroleum Advisory Council (NPAC) yang diwujudkan bersama lahirnya Petronas dulu mungkin telah menjadi arwah.... selanjutnya.
Soal NGV ni dah lama....kalau dihentikan semua pembangunan untuk sementara waktu dan tumpukan pada NGV, benda tak bermasalah seperti sekarang .... tapi korang tau la ...kita ni jenis hangat hangat tahi babi. Semua nya ada muslihat. Buat tu tak untung, buat ni tak untung. Sebenarnya ... sendiri yang tak untung. Jadi tak payah buat.
Labels: NGV\
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Syarikat korporat jangan main politik
roslansms - “No free water for Selangor” demikianlah salah sebua tajuk berita dalam akhbar The Star hari ini. Sudah pasti tajuk ini mengundang minat orang untuk membacanya, adakah kerajaan Selangor tiba-tiba berputar-arah dan menarik balik keputusannya untuk memberikan air percuma (20 meter padu pertama) kepada rakyat Selangor bermula bulan ini?
Menurut laporan pemegang konsesi air di Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS tidak dapat memenuhi tuntutan anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berkenaan pengagihan air percuma ini. KDEB dikatakan hanya akan menawarkan pamapasan kepada SYABAS setelah pengstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor dilakukan oleh kerajaan negeri.. Menurut jurucakap SYABAS langkah KDEB itu akan menjejaskan aliran tunai dan operasi harian SYABAS.
SYABAS sebaliknya menawarkan akan mencaj kerajaan negeri ke atas air yang diberi percuma itu setiap hujung bulan dengan kerajaan negeri dikehendaki menjelaskannya dalam tempuh 14 hari.... selanjutnya.
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kerajaan PR sindir BPR?
Terbukti pegawai kanan MB tidak amal rasuah, MB minta BPR tempatkan pegawai di pejabat MBSindir nampak ...... BPR tak perasan ke? Kalau nak bagi BPR mudah bekerja, datang lah ke ofis. duduk ...buat pejabat. Tak paham paham lagi ke? Tahniah kerana kelajuan pecutan BPR ke tahap 350km/jam bila lapuran di buat oleh UMNO. Kalau Pakatan Rakyat yang buat lapuran ..... terhegeh hegeh kelajuan mengalahkan siput babi bergerak. Bro .. balkis dan Maika apa cerita? Yang menariknya ... sebelum ini, mamat UITM tu buat lapuran. Dah senyap dah. Kemudian si Remy mangkuk ni mengaku ahli PKR, dah dedah dan akan senyap ... Lepas ni apa lagi. Berbelit jugak kepala otak Khir Toyo memikirkan. Yang lagi menarik, ada yang dicucuk hidung ... ikut je cakap UMNO tu. Takut kena tindakan kot?
suarakeadilan - KERAJAAN Selangor ucapkan tahniah kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung laporan rasuah di Pejabat Menteri Besar.
Siasatan awal mendapati, tiada unsur rasuah dikalangan pegawai kanan terbabit.
Bagaimanapun, pihak kerajaan negeri tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan kesalahan.
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid juga bercadang supaya BPR menempatkan salah seorang pegawainya dipejabat beliau bagi siasatan lanjut disamping membuat kajian tentang prosuder pentadbiran akan dapat dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab.
Labels: BELIT BPR, Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Dipecat kerana tolak UMNO
zul4kulim - Hari ini sah Tan Sri Sanusi Junid dipecat dari jawatan Presiden UIAM. Walaupun alasan rasmi diberikan kononnya Tuanku Sultan Pahang yang membuat keputusan, tapi satu dunia tahu bahawa sebab sebenar adalah kerana TSSJ keluar drpd UMNO mengikut sifunya Che' Det. Ini lagi satu bukti bagaimana UMNO nak memperlembukan rakyat dengan kenyataan bodoh & menipu.
Ternyata UMNO/BN masih tidak belajar dari nabak politik 8 Mac lepas. Penyakit bongkak, sombong & angkuh masih bersarang dalam benak mereka. Begitu juga isu pemimpin parti Gerakan WP& PP yang digantung/dipecat hanya kerana menerima jawatan dari kerajaan Pakatan Rakyat.
Hari ni Datuk Mokhzani ditekan supaya letak jawatan sebagai Pengerusi Sepang F1 Circuit hanya kerana keluar UMNO atas alasan itu syarikat kerajaan, walaupun Datuk Mokhzani telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Sedangkan Pengerusi MAS Munir Majid yang menyalahgunakan kedudukan dengan flite business class ke London percuma untuk jumpe girlfriend, arak mahal disapu, membazir duit MAS dikekalkan..eh..dapat pingat Tan Sri lagi semalam.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Sanusi Junid
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Burung Tiung, tiung juga
Bila minyak naik harga .. ini kata Tiung,
Tapi ... tahu kah kita, selama ini apa bentuk pembangunan yang merapu, kita dah buat? Berapa banyak belanja dah di belanjakan? Berapa banyak wang Petronas dah kita gunakan? Apa yang kita dapat dari perbelanjaan tersebut? Berapa banyak projek terbengkalai dan pembaziran? Berapa kaya menteri menteri kita?''Apa yang berlaku ini, seluruh dunia turut menerima kesan termasuk Malaysia. Kita bukanlah sebuah negara yang kaya, jadi mahu tidak mahu kita perlu berhemah dalam menguruskan kewangan kita.''Oleh itu, kerajaan terpaksa juga menaikkan harga petrol sehingga 78 sen dan harga diesel RM1. Ini bukannya satu keputusan yang popular tetapi kita terpaksa juga melakukannya kerana kita merupakan kerajaan yang bertanggungjawab,'' kata Shahrir - Utusmeloya.
Bila disuruh kurangkan harga, sibuk lah kata, negara kita miskin. Bila dah banyak duit, semua menteri tak ingat dunia ......
Aku tak kira .... yang penting, turun kan harga minyak. Aku nak balik kampung pun senang dan aku nak berbelanja pun mampu. Aku peduli apa dengan kaya atau miskinnya negara. Kalau dah sedar miskin kenapa tak kurangkan gaji dan elaun menteri .... Piiiraaaaahhhhh, sapa yang percaya apa kata menteri sekarang? Korang nak tau miskin ke tak negara .... korang baca cerita dongeng ni.
Menteri mesti berkorban, bukan rakyat!
Taman Tamadun Islam (TTI) Akan Jadi ‘Gajah Putih’
TEKS UCAPAN DR WAN AZIZAH
Kisah kapalselam….
NAJIB: KITA DIPAKSA MELAYAN HOBINYA
Gov paid RM39m for Angkasawan project, or the rakyat pay?
Projek Angkasawan .... Terbang la lagi.
Jet Sukhoi: India beli USD$40juta, Malaysia beli USD$50juta
semua tu kerana negara kita miskin.
Labels: Belit Menteri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sidang Akhbar AMK Keadilan esok
Petaling jaya - Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin akan mengadakan sidang akhbar pada esok, jam 11.00 pagi [12/Jun/2008], bertempat di pejabat DS Anwar Ibrahim, di seksyen 16 Petaling Jaya.
Sumber memberitahu bahawa Sidang akhbar itu di adakan bagi memberitahu perkembangan terkini AMK Keadilan serta rancangan rancangan terkini berkaitan dengan Kenaikan Harga Minyak. Apa kah langkah langkah yang akan mereka ambil? Kita akan dapatkan perkembangannya esok .....
Labels: AMK Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mari berbalas pantun dengan UMNO
Berita penuh : klpos.com
Pantun berikut sempena perlancaran BLOG SAKA BANGSA .... tapi wak cilok untuk belajar berbalas pantun. maklumlah, kita melayu penuh budaya, jangan lupa hasil seni bangsa .....
Muatan sarat papan lapisno2umno
Kapal Inderapura bersalut gangsa
Pemuda UMNO barisan pelapis
Berani bersuara demi bangsa
Dari kecil gila kuasa
Pemuda UMNO sikayu lapis
Indah tutur indah bahasa
Di ugut ketua, semangat pun habis
Lepaskan lelah di Pekan Berano2umno
Makan sate bersulamkan nira
Pemuda UMNO perlu bersuara
Nusa bangsa terus terpelihara
Rock lama si Lipan Bara
Rupa tiada hanya suara
Semangat sungguh bila cerita
UMNO juga gadai negara
Hujan lebat sesekali halilintarno2umno
Perlu berhenti menunggu surut
Pemuda UMNO jangan gentar
Nanti kelak digelar pengecut
Lumba kereta merentas litar
Masa cornering, kecut perut
Berkata umpama halilintar
Bila berjuang UMNO takut
Air surut menjelang petangno2umno
Sauh naik kapal meluncur
Pemuda UMNO mesti lantang
Panas membara tidak melecur
Air surut pantai tak matang
Sauh naik besi di lebur
Bangsa asing datang menentang
Tak sempat perang UMNO terkubur
Berbaju Melayu siap bersampinno2umno
Nakhoda kapal kemas rapi
Pemuda UMNO hormat pemimpin
Jika lemah ditolak tepi
Guna C4, letup puteri
Hancur body tak tentu hala
Cakap memang berapi api
Disogok upah, angguk kepala
Kelasi muda hebat terbilangno2umno
Teguh menyokong suara sekata
Pemuda UMNO terus berjuang
Demi kepentingan Alif, Ba Ta
Pucat muka Razak Baginda
Apa nak jadi nasibnya malang
Memang mudah mulut berkata
Kerana politik, JAWI pun hilang
Labels: Pantun
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments