tranungkite - [...] Kenapa tidak pakai sistem 'keluar minyak dari bumi dan terus guna'? kenapa minyak Malaysia dijual keluar dan minyak arab dibawa masuk? kita rakyat bukan minta minyak secara percuma, tetapi biarlah pembayaran setiap liter minyak yang dibeli itu hanya merangkumi harga kos, bukan untuk buat keuntungan. Itu sepatutnya menjadi dasar PETRONAS, iaitu dasar minyak dan gas negara.
Sepatutnya sejak merdeka, satu badan ditubuhkan untuk mengeluarkan minyak dengan satu kos, dan keuntungan itu ditukar menjadi subsidi. Badan itu ialah PETRONAS. Hasil bumi negara ini patut dibahagikan sama-rata, bukan untuk syarikat tertentu sahaja seperti pengeluar tenaga IPP. Diulangi, sepatutnya pengeluaran minyak negara menampung kos. Kos itu ditanggung oleh rakyat melalui kerajaan dan akhirnya minyak itu diberi semula kepada rakyat !!!
Apa yang berlaku ialah, PETRONAS untung bersih 70billion tetapi hanya diagihkan dengan kekeliruan. Bonus para pekerjanya juga melebihi orang lain, wajarkah? Katanya duit keuntungan minyak PETRONAS untuk pembangunan. Jadi, bagaimana pula dengan keuntungan getah negara, keuntungan minyak sawit, komoditi lain, cukai-cukai perbankan, cukai pendapatan, cukai syarikat, road tax, keuntungan export dan lain lagi. Kerajaan pandai pusing.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment