KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 12, 2008

Tahi ayam yang sejuk selepas panas

Lama tajuk tu aku fikirkan. Angat angat tahi ayam, semua orang dah biasa dengar. Jadi nak bezakan sikit, tu la jadinya ...... nak cerita pasal NGV, korang baca kenyaataan Husam Musa ...... Ini kata bersopan seorang pemimpin. Yang ada ilmu dan akal,



Pakatan Rakyat boleh turunkan harga minyak

harakahdaily - Saya penuh yakin kita boleh menurunkannya sekali pun harga minyak dunia terus meningkat.

Satu dari strategi mudah dan praktikal ialah meluaskan penggunaan gas, baik LPG atau NGV untuk domestik, termasuk untuk kenderaan.

Bila lebih banyak gas digunakan, kita kurang menggunakan minyak. Lebih banyak pula minyak kita dapat di eksport dan kita mendapat lebih banyak wang. Wang minyak itu kita gunakan untuk mengekalkan harga minyak tempatan dan kita sendiri menggunakan lebih gas dari minyak.

Sebagai 'net exporter' minyak dan gas, Malaysia mendapat keuntungan yang banyak dari kenaikan harga minyak dari hasil penjualan lebihan hasil petroleum Negara.

Jika dicampurkan pengeluaran gas dan minyak negara jumlah keseluruhannya melebihi 1.7 juta tong sehari. Namun penggunaan Negara termasuk gas asli adalah kurang dari 1 juta tong sehari. Oleh itu subsidi yang diberikan masih boleh ditanggung oleh kerajaan.

Kenaikan harga minyak adalah kerana kegagalan pihak kerajaan BN merancang dan melaksana polisi tenaga Negara yang berkesan. Tidak ada satu forum untuk pakar-pakar terlibat sama merancang dasar tenaga negara kerana National Petroleum Advisory Council (NPAC) yang diwujudkan bersama lahirnya Petronas dulu mungkin telah menjadi arwah.... selanjutnya.
Kalau aku jadi pemimpin, mungkin aku susun ayat, tapi disebabkan aku ni susah, belajar pun tak tinggi, sekolah pun setingkat, cikgu pun tak ramai, Padang sekolah pun kecil, Guru besar pun miskin.... maka aku cakap tak guna otak. main belasah.

Soal NGV ni dah lama....kalau dihentikan semua pembangunan untuk sementara waktu dan tumpukan pada NGV, benda tak bermasalah seperti sekarang .... tapi korang tau la ...kita ni jenis hangat hangat tahi babi. Semua nya ada muslihat. Buat tu tak untung, buat ni tak untung. Sebenarnya ... sendiri yang tak untung. Jadi tak payah buat.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive