harakahdaily - Tindakan kerajaan memotong 10 peratus elaun keraian menteri kabinet serta melarang mereka melancong ke luar negara adalah merupakan usaha yang kurang berkesan berbanding beribu-ribu juta wang yang telah dibazirkan.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan, Dato' Husam Musa berkata, langkah itu tidak membawa banyak makna bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga bahan api itu yang begitu tinggi.
"Kita seolah-olah mahu berjimat 10 sen tetapi sedia biarkan hilang beribu juta, ia tak memberi kesan yang munasabah," katanya.
Tegasnya langkah penjimatan yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sesetengahnya seolah-olah hendak menunjuk-nunjuk.
"sesetengah daripada langkah penjimatan itu seakan mahu menunjuk-nunjuk dan mengada-ngada seperti pemotongan elaun keraian 10 peratus bagi anggota Kabinet," katanya semalam.
Beliau berpendapat, banyak lagi langkah yang lebih berkesan termasuk menghentikan pemberian tender secara runding terus melibatkan kos beribu-ribu juta yang sepatutnya dapat diselamatkan perlu dilaksanakan sebagai strategi kerajaan pusat.
"Contohnya, pembinaan landasan berkembar kereta api yang kosnya dahulu sekitar RM8 bilion sekarang melonjak kepada RM16 bilion," katanya.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment