paslabuan - [...] Siri-siri bantahan dan tunjuk perasaan oleh rakyat mengenai kenaikan mendadak bahan petrol dan diesel sudah mula menular ke seluruh negara.Rakyat sudah tidak boleh tunggu dan lihat sahaja apa yang yang dilakuakan oleh Kerajaan Barang Naik(BN) dengan mengikut sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesusahan dan kesengsaraan yang tanggung rakyat terhadap kenaikan yang mengila ini. Sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja.Kita perlu bertindak sesuatu bagi mengekang tindakan sesuka hati pihak kerajaan dalam perkara yang melibatkan kebajikan serta kepentingan rakyat.Kenaikan ini dianggap satu Penindasan terbesar oleh kerajaan Be End terhadap seluruh rakyat Malaysia khasnya yang golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.‘TURUNKAN HARGA MINYAK’.
Selain itu kenaikkan tersebut akan mengundang gejala-gejala yang negatif seterusnya boleh mengancam kesejahteraan rakyat.Sesungguhnya kerajaan Be End memang sudah tidak relevan sebagai kerajaan pemerintah.Sepanjang pemerintahan yang begitu lama segala sumber kekayaan negara telah diratah dan dibahagi-bahagikan oleh sanak-saudara dan kroni-kroni.
Penguasaan kerajaan Be End selama lebih 50 tahun dalam menguruskan sumber kekayaan telah disalahgunakan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.Oleh itu rakyat perlu bangkit terus membuat penentangan secara besar-besaran terhadap kerajaan Be End yang menaikkan harga minyak yang terbanyak dan mendadak itu.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment