Mstar - Sempena 100 hari penubuhan kerajaan Selangor yang baru, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa lagi langkah untuk memenuhi falsafah berkongsi pendapatan negeri dengan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
Antara yang telah dikenal pasti ialah penubuhan Tabung Warisan Bayi Selangor dan lembaga kebajikannya sendiri untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada yang memerlukan, termasuk pelajar.
Menurut Setiausaha Politik kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad, langkah-langkah baru bagi menyokong pemberian rebat air untuk membantu penduduk Selangor menghadapi cabaran baru berikutan kenaikan harga minyak akan diumumkan Menteri Besar pada 20 Jun ini.
Melalui Tabung Warisan Bayi Selangor, kerajaan negeri bercadang menyediakan peruntukan dan bantuan kepada semua bayi yang berdaftar dan ia dibuka untuk semua bayi yang dilahirkan pada atau selepas Jan tahun ini.
"Maklumat lanjut dan program-program lain akan kita perkenalkan untuk berkongsi pendapatan dengan rakyat akan dibuat sempena kemuncak perayaan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, yang akan kita adakan di Stadium Malawati di sini.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment