KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 12, 2008

SU Pemuda Pusat dan KP Wilayah dipanggil Polis

atranungkite - [...] Dalam pertemuan itu Sabki memaklumkan bahawa perhimpunan ini adalan perhimpunan aman sebagai manisfestasi rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan kerajaan yang membebankan rakyat.

Kamaruzaman pula menegaskan bahawa rakyat berhak untuk berhimpun sebagai menunaikan hak demokrasi dalam membahaskan keputusan kerajaan yang dianggap melampau dan drastik. Kenaikkan kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah industri minyak negara.

Pihak Polis walaubagaimana pun tidak memberikan apa-apa reaksi memandangkan kebanyakkan pegawai dan anggota mereka turut terkesan atas kenaikkan ini. Walaubagaimana pun, pihak Polis tetap akan menjalankan tugas mereka sekiranya perhimpunan itu bertukar ganas.

Oleh itu dinasihatkan agar peserta perhimpunan mengambil tempat secara aman dan tidak mencetuskan provokasi melampau. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tindakan provokatif atau mereka yang melanggar arahan.... selanjutnya.

sebelum itu Pakatan Rakyat menjangkakan ......20 ribu dijangka sertai Himpunan Membantah Kenaikkan Harga Minyak pada 13 Jun

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive