KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 19, 2008

Siapa Bebaskan Michael Chia?

malaysiatoday | ...Seorang warganegara Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap Hong Kong, Mr V @ Ngui yang dianggap sebagai 'Taiko Tai' (Abang Besar) bagi pembalak di Sabah memainkan peranan penting membayar jaminan dan mengemukakan dua orang penjamin tempatan setelah akaun bersama Michael Chia dan Musa Aman dibekukan serta merta dan wang yang diseludup keluar dirampas.

Mr V menjadi pakar rujuk bagi warganegara Malaysia di Hong Kong kerana sikapnya yang peramah dan banyak membantu pembalak (halal dan haram) mendapatkan pendahuluan tunai atau pinjaman tanpa cagaran dan hanya memotong pinjaman berkenaan setelah pembalak mengeksport kayu balak kepadanya.

Antara taukeh balak yang pernah mendapatkan pinjaman khas daripada Mr V termasuklah Datuk Admund Looi, Andrew Lim dan John Nip.

Pembebasan Michael Chia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan memberi kata kunci kepada BPR untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana pasport yang berada di dalam tangan BPR boleh terlepas kepada Michael Chia yang amat dikehendaki oleh polis Hong Kong dan Interpol?... selanjutnya.

India dan China nak sokong BN atau UMNO?

Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak made a plea to the Chinese and Indian communities in Permatang Pauh - come back to the Barisan Nasional’s fold. - malaysianindian
Hari ini dengan nama BN, Najib meminta bangsa Cina dan India memberikan sokongan untuk memenangi pilihanraya Permatang Pauh.

Cukup hebat ... bila cerita pasal isu bangsa Melayu, pemimpin UMNO akan menggunakan UMNO pula.

Sampai bila kita nak kena tipu?

Umno takut pada bayang bayangnya

http://www.harakahdaily.net/bm/images/stories/cover_lead/pic_nasir_sudin/pilihan%20raya_ijok1.jpg
[gambar samseng IJOK 2007]

Jika anda bersama sama berkempen di Ijok tahun lepas, pasti dapat menyaksikan betapa keganasan puak UMNO berdepan dengan pembangkang. Di sebabkan ketika itu terlalu ramai penyokong dan terlalu banyak dana yang melimpah, maka UMNO berubah dari manusia kepada haiwan.

Jalan di halang, penyokong Pakatan Rakyat di ugut malah .... ada yang di belasah. Banyak kenderaan turut menjadi korban. Dr Hatta turut menjadi mangsa dan banyak kampung yang disekat untuk di lalui. Dengan alasan, kampung itu milik UMNO. Jika anda masih ingat ......

Memandangkan Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR, maka UMNO bimbang berlaku perkara sebaliknya. Kerana itu maka, ada jentera puteri dan pemuda UMNO yang terpaksa bertukar baju dan lambang, demi untuk sampai ke Permatang Pauh dengan selamat.

Apa yang UMNO takut adalah bayang bayang keganasan mereka sendiri. Kalau lah guru kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari. Lebih baik jangan gi sekolah kalau takut kencing.

Rujuk berita ini.

Petugas jentera Pergerakan Pemuda Umno yang melakukan kerja memasang poster dan bendera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh terpaksa berdepan dengan risiko berikutan tindakan agresif penyokong parti lawan.

Antara cabaran yang terpaksa dilalui termasuk bendera dan poster yang sudah dipasang diturunkan serta dihalau.

Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Azmi Md Iman, berkata bagaimanapun petugas Pemuda diingatkan supaya tidak melayan kerenah parti lawan dan sentiasa menjaga tingkah laku. - Hmetro

Dari Permatang Pauh



Elizabeth Wong [dibetulkan] sedang mengedarkan phamplet kepada calun UMNO, Arif Shah Omar Shah..... saksikan galeri imej terbaru dari Pinkturtle.

Ramlang Porigi adalah Ahli UMNO

a

tranungkite | Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.

Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam.

a

Sila klik untuk pembesaran imej.

Awas provokasi UMNO

Baru dapat lapuran bahawa kaedah kaedah keselamatan terhadap DS Anwar Ibrahim akan di pertingkatkan di dalam masa terdekat. Ini dibuat berikutan khabar khabar angin yang kurang di senangi di perolehi dari peringkat bawahan.

Dalam pada itu, teman teman yang sedang berada di Permatang Pauh memberitahu bahawa provokasi provokasi kecil telah di buat oleh beberapa orang yang memakai t shirt Pakatan Rakyat dan bertopeng kertas 'anwar ibrahim'.

Di harap penduduk dan jentera Pakatan Rakyat yang berada di Permatang Pauh, lebih berwaspada dengan perkara ini dan lapurkan ke pondok Pakatan Rakyat yang terdekat sekiranya terdapat kemungkinan ancaman atau gangguan dari pihak yang tidak di kenal pasti.

Harap maklum.

Yong Teck Lee bantah guna wang Sabah untuk Permatang Pauh

Presiden SAPP membantah pembaziran wang negeri Sabah digunakan untuk pilihanraya Permatang pauh. Kenyataan bertulis ini di keluarkan berikutan lapuran yang diterimanya bahawa perbelanjaan tersebut melebihi jumlah RM50 juta yang akan digunakan untuk membenteras pendatang haram.

Katanya lagi, ribuan jentera dari Sabah telah di kerah untuk berkempen di Permatang pauh. Ikuti berita lanjut dari kamaltalksmalaysia

BN has sent in thousands of campaigners, according to Yong. He added that knowing the extent and extravagance of BN’s campaigning - especially since he was Sabah’s BN chief minister before - the total bill will rise to tens of millions of ringgit.
Sabah BN alone has pledged hundreds of campaigners for Permatang Pauh.

Umno Sabah's various wings and BN component parties like PBS are keen to impress federal leaders, Yong said.

For many Umno divisional delegates, a trip to Permatang Pauh is a joy trip associated with the on-going party divisional election, he suggested....readmore.

Helikopter polis ganggu ceramah Anwar

Berita ini di keluarkan oleh dinmerican. Gangguan helikopter ketika ceramah Anwar di Permatang Pauh.
Setiap kali kehadiran helikopter di tempat ceramah akan disambut dengan teriakan oleh mereka yang hadir. Ikuti lapuran dari blog dinmerican,

anwar ibrahim tengiri market permatang pauh by election 180808 01On Monday - for the third night straight - a police helicopter circled Taman Ciku in Bukit Mertajam where a Pakatan Rakyat rally was in progress. There were some 800 persons in the crowd that night.

Police have confirmed the one hour episode as routine surveillance patrol, but residents have said that they are not used to aerial incursions.

On Saturday night at a large rally in Permatang Pasir - in the midst of PKR candidate Anwar Ibrahim’s speech - a police helicopter showed up. Allaying fear in the crowd, Anwar asked the crowd to enjoy the chopper’s antics since “it’s not always we have a helicopter flying over us in Permatang Pasir.”

Each time helicopters have been passing over these rallies, crowds have cheered them on excitedly - somehow adding to the general ambience of evening events.

Yet PKR supporters are convinced this is a fear tactic, and consistent with Barisan Nasional’s intent to move votes by all means possible.... seterusnya.

Sampai kiamat pun tak der lompat parti?

Kerana tak tahan dengan cerita cerita pihak PKR tentang 13 adun yang akan lompat parti, Bung Mokhtar bercadang membuat laporan polis tentang perkara itu ...

"Saya minta Dr. Jeffrey berhenti meyebarkan desas-desus mengenai ahli parlimen dari Sabah akan menyertai pembangkang.

"Tidak ada seorang pun yang akan melompat parti. Sampai kiamat pun tidak ada," katanya.

Tambahnya, pembangkang hanya berbohong mengenai 13 orang ahli Parlimen yang akan melompat parti.

"13 orang? Satu orang pun tidak mempunyai keinginan untuk menyertai pembangkang," katanya. - MStar
Kenyataan 'sampai kiamat' yang di nyatakan oleh Bung Mokhtar dah sama macam sumpah Sayfool, "Keturunannya akan di lakhnat sampai hari kiamat".

Wartawan di belasah: SAH tektik PROVOKASI

029.jpg

Sebenaqnya ....aku pun dah jumpa kawan kawan yang pi ke Permatang pauh. Depa kata, wartawan tu baleh sorakan penyokong PKR dengan tunjuk isyarat lucah. Lepeh tu, depa pun naik angin la. Bila 4wd tu cuba nak lari, hamlau tu tersangkut kat jem di jalan depan.

Apa lagi ... mamat wartawan yang tunjuk isyarat lucah tu kena balun dek penyokong PKR. Bila budak tu kena balun, datang mai lak, kawan dia yang pakai topi keledaq. Penyokong PKR pun tarik mamat tu tughun, kena balasah jugak.

Kalau hamlau wartawan tu just tangkap gambaq, penyokong PKR tak kacau. Benda tu memang tektik provokasi wartawan ngan polis.

Itu kata kawan aku ... dan ini berita dari PerakExpress

Cerita pasai reporter kena pukui, hangpa toksah nak cong kat aku. Aku ada kat bawah Highway tu, tak larat nak jalan pasai sakit lutut. Lebih kurang jam 11.00, 4WD yang dikatakan bawa reporter tu dah ada kat bawah Highway. Sorang pegawai polis bagi tau kat sorang lelaki yang duduk kat belakang 4WD tu suruh standby dan boleh jalan bila dia bagi tau. Aku pun heran, pasai apa 4WD ni nak masuk, ketika orang lain semua nak keluaq? Bayangkan, bila orang semua bersesak nak keluaq, masa tu la pegawai polis tiga paku ni suruh 4WD ni masuk. Nak cari mati ka? Hujan pulak dah mula turun, masing-masing nak cari takut basah, dan masa tu jugak 4WD ni sebok-sebok nak bergerak masuk keIPTB. Bukan kerja gila ka? Ini semua provokasi BN nak bagi orang marah. Lepas tu salahkan PKR.- Selanjutnya.
Dan masalah lagi ... kita pun tak tau yang group tu penyokong PKR sebab masa tu ghamai sangat oghang. Cuma ...yang pelik, wartawan tu tak teruk kena pukui. Cuma berita macam la mamat tu kena teruk.

Hangpa yang nak pi ke Permatang Pauh kena hati hati sebab, mungkin trajedi yang lebih kurang sama akan berlaku lagi sekali. Awas dengan Provokasi. Jangan cepat latah tau.

Saifool tidak mahu di temubual

Mohd Saiful arrives at the Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi) Tuesday to give a statement on his sodomy allegation against Anwar.

Selepas Sayfool di soal oleh JAWI, dia tidak mahu di temubual
Baca lapuran berita berikut

Minutes later counsel Zamri emerged from the building but declined to give comments. He also refused to confirm or deny if the meeting was related to Anwar's case.

"I will comment later. Not sure yet. Let me speak to Saiful first," Zamri said, in the back seat of a Proton Perdana.

Jawi director-general Datuk Che Mat Che Ali could not be reached for comment. - Star

Saiful masuk JAWI

saiful bukhari azlan and anwar ibrahim 150808Saiful masuk ke pejabat JAWI sekitar jam 10 pagi .... baca berita lanjut,

malaysiakini | ...Dengan memakai baju kemeja berwarna biru dan berseluar hitam serta bersongkok, beliau tiba jaml 10 pagi dengan iringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idris.

Menurut Bernama, Mohd Saiful dipercayai dipanggil oleh JAWI bagi memberi keterangan mengenai dakwaan kononnya beliau diliwat pada 26 Jun lalu oleh Anwar yang juga bekas majikannya. ...seterusnya.

Bye bye Puteri UMNO

Penduduk kampung dah bising. Menteri di halau. Pertikaian tak kesudah .... akhirnya pondok gerakan dan sigboardnya di runtuhkan ...

baca di SINI

Sumpah Jembalang...Siapa Ramlang Porigi?

atranungkite | Sape pulak Ramlang Porigi?

Apa kene mengena Ramlang Porigi ni dengan "Sumpah Mubahalah"?

Betul ke Ramlang ni Imam macam yang akhbar laporkan masa Say Fool buat sumpah mubahalah?

Aku berminat nak selidik beberapa individu yang terlibat dalam majlis sumpah keramat Say-Fool tu bila aku perhatikan ada beberapa kemusykilan berlaku dalam majlis tersebut.

Keliru yang pertama - majlis diadakan secara tertutup sedangkan sedari awal dikhabarkan bahawa akan diadakan secara langsung.
Keliru ke-2 - majlis diadakan secara tergesa-gesa.pada awalnya dimaklumkan bahawa Say Fool akan memaklumkan tarikh majlis sumpah mubahalah akan diadakan tetapi sebaliknya pula berlaku dimana majlis mengumumkan tarikh sumpah mubahalah bertukar menjadi majlis sumpah mubahalah...kenapa tergesa-gesa?dah lah dari awal lagi ambil masa yang lama untuk umumkan tarikh, sampai masa saat akhir tiba-tiba terus sumpah mubahalah seolah tiada persediaan & juga seperti desperate.

Kalau nak ikutkan perbicaraan dimahkamah belum bermula, tekanan dari mana-mana pihak pun boleh dikatakan tak de pun.kalau yang ada tu cuma pertikaian biasa macam yang berlaku dalam mana-mana kes berprofile tinggi...kenapa desperate sangat?... selanjutnya.

berita yang berkaitan Ramlang Porigi di SINI

Datuk Ayub Yaakob tunjuk power kat Penang pulak



Dulu Ayub Yaakob adalah ketua polis Terengganu. Namanya jadi terkenal pada kejadian bakar bendera pada malam larangan ceramah BERSIH di Batu Burok. Kecoh satu Malaya. Selepas buat tahi disana, si Ayub ni berpindah ke Pulau Pinang.

Siapa tak bimbang kalau UMNO di lihat kehilangan sokongan? Bila melihat populariti UMNO di Permatang pauh sudah merosot, Si Ayub Yaakob mula berikan amaran kepada parti Pakatan Rakyat untuk memohon permit bagi setiap ceramah. Rujuk SINI

Tapi masa Ayub ni pegang Ketua polis Terengganu, berapa kali ceramah di halang sehingga sanggup menggunakan asap pemedih mata di dalam masjid.

Sedikit cerita pasal Ayub Tulakang ni... check SINI

Soal halang halang ceramah ni, dia cukup terror .... Pakatan Rakyat kena berhati hati.

Bukan penyokong PKR

029.jpg

Dr Syed Hussein Ali dan Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan pembabitan penyokong PKR membelasah jurukamera pada hari penamaan calun. Merujuk kepada berita berikut, kenyataan itu di buat selepas penyiasatan dalaman di lakukan oleh Parti Keadilan Rakyat.

Rujuk berita di SINI

Puteri Umno pantau blog 'nakal'


Mstar | Selain kempen dari rumah ke rumah, Pergerakan Puteri Umno turut mengambil pendekatan memantau beberapa blog yang boleh menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Naib Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Puteri Umno telah menubuhkan satu unit teknologi maklumat (IT) bagi memantau blog-blog yang disifatkan sebagai 'nakal' itu.

"Kami sedar blog-blog ini sudah wujud dan mereka cuba menjatuhkan kredibiliti BN dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan," katanya di sini hari ini.

Rosnah yang mengetuai jentera pilihan raya Puteri BN di Permatang Pauh berkata, pilihan raya umum Mac lepas membuktikan blog-blog seperti itu dapat menarik perhatian pembaca muda.

Katanya Puteri Umno menambah kekuatan jentera pilihan rayanya semasa tempoh berkempen sekarang.....seterusnya.

Konspirasi Sumpah Lakhnat Sayfool



Semakin hari semakin jelas konspirasi 'Sumpah Lakhnat Sayfool'. Ikuti persoalan terkini di PerakExpress.

Posting terkini

Blog Archive