jameswongwingon-online
Badrul Hisham (chegubard) bin Saharin of PKR (wearing red shirt and giving out Gong Xi Fa Cai Mandarin orange in pix) now contests against Khairy Jamaluddin in the parliamentary constituency of Rembau (P.131) in Negeri Sembilan. I know Badrul Hisham personally as a young, broad-minded and knowledgeable friend who is also multi-racial in outlook.
Feb 25, 2008
Badrul Hisham takes on Budak Itam
Labels: Badrul Hisham
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RM versus Perjuangan
Sebelum bermulanya penamaan calon, dua buah kapal terbang yang membawa bendera Umno dan BN berlegar-legar di udara berhampiran dengan bilik gerakan Cikgu Bad yang akan melawan menantu PM di Parlimen Rembau.
Entah berapa perbelanjaan yang sudah dihabiskan untuk membawa kapal terbang kecil ini tidak dapat dipastikan. Tetapi yang pastinya tidak kedengaran bantahan daripada mana-mana pihak baik dari parti pembangkang mahupun SPR.
Kapal terbang kecil ini terus berlegar-legar sehinggalah perarakan kedua-kedua kumpulan ke pusat penamaan calon selesai. Persoalannya sekarang, berapa banyak dibelanjakan untuk tujuan membawa dua kapal terbang kecil lengkap dengan bendera Umno dan BN ke Rembau?
Kalau di hari penamaan calon perbelanjaan yang tinggi sudah digunakan, bagaimana pula dengan perbelanjaan sepanjang hari berkempen yang akan berlangsung selama 13 hari? Apakah pilihanraya itu adil jika pihak yang mempunyai banyak wang dibenarkan membelanjakan wang untuk berkempen tanpa ada pantauan? Sedangkan disatu sisi lagi calon yang tidak mempunyai banyak wang dan hanya mempunyai semangat untuk berkhidmat.
Badrul, anak jati Negeri Sembilan yakin melangkah ke pusat penamaan calon bersama-sama Taufek dan penyokong-penyokong mereka.
Selain dari berpayung dibawah jentera kerajaan Bapa Mertuanya, menantu PM juga berpayung dibawah kekuasaan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Ibu menantu PM yang berasal dari Kedah tidak ketinggalan memberi sokongan kepada anak kesayangannya.
Perkahwinan bersama Nori Abdullah (berbaju kurung biru) telah mengubah hidup Khairy. Daripada seorang yang tidak dikenali sehingga menjadi seorang pemuda yang sedang memanjat puncak kekuasaan.
Labels: Belit Khairy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
NOW MANIFESTO, LATER MONEYFIESTA
Malaysian govt targets inflation anger in manifesto
Agence France-Presse - 2/25/2008 11:54 AM
Malaysia's ruling coalition touted its economic credentials in a policy manifesto launched Monday ahead of March 8 polls, in a bid to ease public anger over rising prices of food and fuel.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, whose leads the Barisan Nasional multi-ethnic coalition, acknowledged unhappiness over the government's plans to dismantle fuel subsidies that are draining state coffers.
"When oil prices go up, we must have an action plan to reduce the burden of the people," he told hundreds of cheering party faithful. "We want to ensure that the people do not suffer."
The manifesto, entitled "Security, peace and prosperity," also dealt with issues including rising crime rates and ethnic tensions, which are expected to reduce the government's thumping majority at the general elections.
Barisan Nasional claimed 90 percent of parliamentary seats in 2004 polls but the opposition is hoping the gripes will take the coalition's majority below two-thirds for the first time in the nation's history.
Abdullah derided a loose pact between the opposition parties, who will field just one candidate against the government in each seat, as an "alliance of convenience".
"They cannot convince the people, they have a sharp divergence in their ideologies. People do not believe they can bring development," he said.
Against charges that Abdullah has failed to eradicate corruption as he promised at the last polls, the manifesto said the government would "continue to enforce anti-corruption measures without fear or favour."
It also touched on complaints from Malaysia's ethnic Indians that the government dominated by Muslim Malays has displayed gross insensitivity by demolishing hundreds of Hindu temples.
The manifesto said the coalition would "ensure provision of reserved land for places of worship" in development areas where many of the shrines and temples have been torn down.
The coalition, which has a formidable election machinery developed over the half-century it has been in power, also Monday launched an advertising campaign to address voter gripes over rising costs.
Full-page newspapers said the government was spending 43.4 billion ringgit (13.5 billion dollars) annually to keep the cost of living low.
Against complaints over the rising cost of food, it said that subsidised staples like flour, sugar, cooking oil and petrol cost less in Malaysia than in other Southeast Asian countries.
Rising costs have triggered rare public protests in recent months, and the government is preparing the ground for an extremely unpopular overhaul of the fuel subsidies, which are costing more as the price of oil spirals.
Petrol prices are particularly sensitive in Malaysia, which has poor public transport and where most people are dependent on their cars to get to work and school.
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BOIKOT PILIHANRAYA - no2umno
APA TUNGGU LAGI?
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Tegas Dr Lo' Lo', tiga hari sebelum penamaan calon, beliau dipanggil oleh SPR berhubung peraturan baru yang mewajibkan mematikan setem pada borang Akuan Bersumpah calon.Dan rujuk berita berikut,
Bagaimanapun, pagi tadi, Dr Lo' Lo' sekali lagi menyuarakan kepada SPR berhubung peraturan tersebut apabila mendapati calon BN, Dato' Aziz Jamaluddin tidak berbuat demikian (mematikan setem). Namun, calon PAS berasa terkejut kerana pihak SPR memaklumkan mereka menerima arahan 'terbaru' bahawa syarat mematikan setem tidak lagi menjadi syarat wajib dalam borang Akuan Bersumpah calon.
"Semasa perjumpaan dengan kita pada 21 Februari lalu, SPR kata wajib matikan setem pada borang tersebut, kita jadi kelam kabut kerana tinggal tiga hari lagi penamaan calon, malah SPR mensyaratkan cop yang original, tetapi hari ini, sama ada matikan setem atau tidak, kedua-dua boleh. Bila saya tanya SPR, mereka jawab 'Ini arahan lisan terbaru'," ujar Dr Lo'Lo' ketika berucap sebaik sahaja keluar dari pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Aminuddin Baki.
Malaysiakini 25/2/2008 - Dihubungi di ibu pejabat SPR di Putrajaya, Kamaruzaman mengeluarkan kenyataan berbeza.
"Setahu saya, peraturan itu kekal. Saya tidak mengeluarkan arahan pemansuhan kerana saya tidaak diberi kuasa (berbuat demikian). Menurut peraturan 7 Peraturan-peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981, akuan bersumpah mesti ada pada borang pencalonan," jelasnya.
Apabila kenyataan Abdul Rashid disampaikan kepadanya, Kamaruzaman berkata, "itu (kenyataan) suruhanjaya. Saya hanya menjalankan arahan suruhanjaya. Mereka yang membuat peraturan.
Ditanya sama ada ketiadaan duti setem di akuan bersumpah calon boleh membatalkan kertas pencalonan, Kamaruzaman hanya diam.
"Tetapi jika suruhanjaya menerimanya, kami (urusetia) tidak boleh buat apa-apa."
SAH ! Memang SPR cuba untuk memperdayakan Barisan Pembangkang untuk entah berapa kali. Sekejap ada, sekejap tiada. "Kalau Suruhanjaya menerima, kami tidak boleh buat apa apa." Undang undang apa ini? Kalau dah SPR pun pembohong, jangan harap pilihanraya menjadi telus. Kalau bukan barua, sudah lama SPR terhapus. Siapa SPR? Sah barua sepanjang penguasaan Barisan Nasional. Apa tunggu lagi. Aku dah jemu dengan semua dolak dalik. Masih kah pemimpin pembangkang mahu terus diperdayakan dengan semua tipu helah SPR?
Angkat kaki. Buat kenyataan akhbar. Pulaukan pilihanraya. Habis cerita. Biar kecoh seluruh dunia tentang gila kuasa kepimpinan negara yang sanggup menggunakan SPR dan SPR sendiri sanggup dipergunakan untuk menipu rakyat. Nasihat No2umnO - BOIKOT PILIHANRAYA
Labels: Belit SPR Belit BN, SPR Bohong
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SPR MEMANG MAHU MENIPU
Duti setem: SPR sendiri keliru
Malaysiakini
kemaskini 9:45pm Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengeluarkan kenyataan bertentangan lagi - kenyataan pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bercanggah dengan arahan yang dikeluarkan oleh setiausahanya Datuk Kamaruzaman Mohd Noor.
Selepas tamat penamaan calon semalam, PAS mendakwa petugas-petugas SPR di Terengganu enggan menerima bantahan mereka bahawa calon-calon Umno tidak mempunyai duti setem di akuan bersumpah masing-masing.
Petugas suruhanjaya itu menjelaskan, mereka telah menerima arahan kelmarin untuk mengabaikan peraturan awal, yang diperkenalkan Khamis lalu, oleh Kamaruzaman. Apabila didesak untuk menunjukkan arahan pemansuhan duti setem, mereka gagal membuktikannya.
Disoal tentang isu ini, Abdul Rashid mengakui bahawa beberapa calon mengalami masalah membayar duti setem kerana notis yang diberikan terlalu pendek, hanya tiga hari sebelum penamaan calon.
"Dari segi teknikalnya, kita masih lagi menerima pencalonan mereka. Yang penting, orang harus sedar, yang menentukan pencalonan bukan SPR yang menentukan siapa yang akan menang, ini rakyat. Jadi, kita masih pentingkan kepada kehendak rakyat.
"Biar rakyat yang menentukan siapa harus jadi wakil mereka dan bukan pihak lain. Atas prinsip ini, kita tentukan bahawa tidak ada sebarang penolakan melainkan orang itu tidak mengikut kelayakan," beliau dilaporkan berkata.
Dihubungi di ibu pejabat SPR di Putrajaya, Kamaruzaman mengeluarkan kenyataan berbeza.
"Setahu saya, peraturan itu kekal. Saya tidak mengeluarkan arahan pemansuhan kerana saya tidaak diberi kuasa (berbuat demikian). Menurut peraturan 7 Peraturan-peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981, akuan bersumpah mesti ada pada borang pencalonan," jelasnya.
Apabila kenyataan Abdul Rashid disampaikan kepadanya, Kamaruzaman berkata, "itu (kenyataan) suruhanjaya. Saya hanya menjalankan arahan suruhanjaya. Mereka yang membuat peraturan.
Ditanya sama ada ketiadaan duti setem di akuan bersumpah calon boleh membatalkan kertas pencalonan, Kamaruzaman hanya diam.
"Tetapi jika suruhanjaya menerimanya, kami (urusetia) tidak boleh buat apa-apa."
Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil oleh PAS jika begitulah masalahnya, beliau menjelaskan parti itu boleh menfailkan petisyen di mahkamah pilihanraya.
Sebelum itu naib presiden PAS Mohammad Sabu mengetuai sekumpulan 25 penyokong untuk menyerahkan bantahan kepada SPR di Putrajaya.
Pegawai perhubungan awam SPR Sabri Said bersedia menerima memorandum PAS tetapi enggan disampaikan oleh Mohamad. Beliau kemudian mengoyak memorandum itu di lobi ibu pejabat SPR.
Sementara itu, di sidang media hari ini, Kamaruzaman turut menyatakan kini calon-calon boleh menghantar agen tempat mengundi bagi memantau proses pembuangan undi pos.
Langkah baru itu, tambahnya, diambil bagi membolehkan agen-agen calon pembangkang melihat sendiri proses tersebut bagi memastikan ketelusan.
Beliau juga mengingatkan calon-calon tentang peraturan berhubung bahan-bahan kempen. Parti-parti yang tidak bertanding di satu-satu kawasan dilarang menaikkan poster atau bendera daripada parti-part lain.
Peraturan ini pertama kali diperkenalkan pada 2004 selepas pilihanraya terdahulu menyaksikan pakatan tidak rasmi parti-parti utama pembangkang saling meletakkan lambang parti rakan kongsinya.
Beliau menjelas, walaupun calon-calon Barisan Nasional dibenarkan menaikkan bendera Umno di kawasan yang ditandingi calon MCA, pakatan pembangkang tidak diizinkan berbuat perkara yang sama.
Perbezaan ini, jelasnya, kerana pakatan pembangkang tidak berdaftar dengan SPR sedangkan BN sebuah gabungan rasmi yang diiktiraf suruhanjaya itu.
No2umnO - Apa di tunggu lagi? Buat kenyataan akhbar dan BOIKOT PILIHANRAYA. WANG CAGARAN KUTIP DARI PENYOKONG UNTUK GANTIRUGI.
Labels: Belit SPR, SPR Bohong
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ISU MATI SETEM: BERNAMA JELAS BERBOHONG
SPR Nafi Arahan Mengenai Akuan Berkanun Ditarik Balik
bernama.com
PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih mengguna pakai arahan bertulis yang memerlukan semua calon pilihan raya umum mengemukakan Akuan Berkanun dengan duti setem yang dimatikan.
Setiausahanya Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata arahan yang dikeluarkan oleh SRP pada Khamis lalu itu tidak pernah ditarik balik dan tiada juga arahan untuk memansuhkannya.
Semua calon yang bertanding perlu mengemukakan Borang 5 bagi kerusi Parlimen dan 5A bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Keputusan muktamad itu dibuat oleh panel yang terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli SPR," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan parti pembangkang Pas bahawa terdapat arahan baru SPR sehari sebelum hari penamaan calon semalam bahawa syarat duti setem yang dimatikan itu tidak diperlukan lagi.
Perkara itu membangkitkan kemarahan parti PAS yang mendakwa tidak menerima arahan tersebut menyebabkan pencalonan calon Barisan Nasional (BN) di Marang yang mengemukakan borang Akuan Berkanun tanpa duti setem yang dimatikan diterima.
Khamis lalu, SPR mengeluarkan arahan yang buat pertama kalinya calon perlu mengemukakan Akuan Berkanun tersebut seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 4(7) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 juga tidak mengecualikan bayaran duti setem bagi Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A).
Kamaruzaman berkata jika PAS tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh mencabarnya di mahkamah mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
Ditanya adakah calon yang mengemukakan Akuan Berkanun tanpa duti setem yang dimatikan boleh hilang kelayakannya, beliau berkata: "Jika SPR setuju maka ia dibenarkan, ia merupakan keputusan SPR."
Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bertanding, tetapi dari segi alasannya, perlu dirujuk kepada SPR.
Bagaimanapun, katanya tiada laporan diterima oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya berhubung perkara itu pada hari penamaan calon.
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata tiada calon yang ditolak pencalonan mereka selepas SPR melaksanakan buat pertama kalinya surat akuan berkanun yang perlu dimatikan setem.
No2umnO - Pembatalan mati SETEM di ketahui ketika sessi bantahan dan bukan sehari sebelum Penamaan Calun seperti yang didakwa oleh SPR. Pelawaan untuk mencabar di mahkamah bakal berkesudahan dengan lanjutan tempoh bicara dan ia lebih kepada permainan undang undang. Buang masa ...... BOIKOT PILIHANRAYA !!!
Labels: SPR Bohong
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UTUSAN MELOYA BODEK PUNYA LA KUAT
No2umnO - Ini namanya berita NGADA NGADA. Kapal layar boleh main, pagar sekuak ketiak tak boleh salam ke? Jangan nak ngarut. Bodek jangan lebih lebih beb....geli telinga aku nak dengar, geleman mata aku nak baca.
Labels: Media Bodek
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
GEMPAR !!! SPR tidak mansuhkan duti setem
Setiausaha: SPR tidak mansuh duti setem
malaysiakini.com
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini menafikan beliau memansuhkan peraturan melekatkan duti setem pada akuan bersumpah seperti didakwa oleh beberapa calon PAS.
Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, yang mengeluarkan arahan mewajibkan calon-calon berbuat demikian pada Khamis lepas, mengulas rungutan dan bantahan calon PAS di kawasan Marang, yang juga presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain terkejut, Abdul Hadi menyatakan rasa kesal dengan langkah suruhanjaya itu memansuhkan peraturan itu di saat-saat akhir hari penamaan calon semalam, hanya tiga hari selepas memperkenalkannya.
PAS juga merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR.
Beberapa pemimpin parti itu juga ke pejabat SPR di Putrajaya hari ini untuk menyampaikan bantahan mereka.
No2umnO - Apa lagi pembangkang. BUAT SIDANG AKHBAR dan PULAUKAN PILIHANRAYA !!!
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Abdullah lancarkan satu lagi MENIPUsto
KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan MENIPUsto Barisan Nasional bagi pilihan raya umum tahun ini yang mengandungi misi dan visi kabur untuk membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang, kononnya.
Sebanyak lapan perkara menjadi tunjang dan ikrar MENIPUsto kali ini, bertemakan Selamat, Aman dan Makmur.
Kelapan-lapan perkara berkenaan ialah ekonomi, pembangunan seimbang, pendidikan, undang-undang dan keselamatan awam, perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir, agama dan perpaduan dan dasar luar negara.
Di bawah tajuk ekonomi, BN berikrar untuk :
- meningkatkan produktiviti, pendapatan dan daya saing negara;
- menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu;
- memperkasa peranan sektor swasta sebagai enjin utama menjana pertumbuhan ekonomi negara;
- memupuk dan membantu satu juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa lima tahun;
- menjana lebih dua juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa lima tahun;
- mengurangkan defisit fiskal negara bagi membolehkan lebih banyak dana digunakan untuk tujuan pembangunan, tanpa meningkatkan cukai.
- melaksanakan pelan pembangunan kelima-lima koridor ekonomi bagi menjana pertumbuhan, pelaburan, serta peluang pekerjaan ke seluruh pelosok negara.
Dollah masih serupa. Cakap tergagap dan berulang ulang, rujuk berita TV3. Kebanyakan dari MENIPUsto ini sebenarnya sudah diulang ulang sejak dulu lagi. Cuma olahan bahasanya sahaja berubah rubah. Rakyat sudah tidak mahu janji dan janji setiap piliharnaya. Apa yang rakyat mahukan adalah realiti kejayaan berpandu kepada keadaan ekonomi dan keselamatan rakyat. Kalau asyik dengan MENIPUsto dan MENIPUsto ..... sampai bila pun takkan tercapai kecuali lapuran yang kabur setiap kali pilihanraya.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
WASPADA !! KHAIRY MAKHLUK PEROSAK
Khairy bukan orang Rembau
Oleh AMKNS
Kalau kita jumpa orang tua-tua di Rembau , terutamanya di Kg Gadong , Kg Tanjung , Kg Seberang Paya , Kg Mungkal , Kg Memperah dan lain-lain kampung yang berdekatan , mereka akan katakan Khairy sebenarnya bukan orang Rembau.
Menurut adat orang Rembau , keturunan adalah mengikut asal keturunan ibu. Dalam kes Khairy , orang tua-tua Rembau mengatakan Khairy bukan orang Rembau tetapi ialah orang Pulau Pinang , kerana ibu Khairy ialah orang Pulau Pinang , hanya arwah ayahnya saja orang Rembau.
Begitu juga dalam kes melantik Undang Rembau. Mestilah dilihat dari keturunan sebelah emak. Hanya dua suku yang layak menjadi Undang di Rembau ini , iaitu suku Dato Sedia Raja dan suku Lela Maharaja. Jika ayah suku Dato Sedia Raja dan emak adalah orang bukan dari dua suku tadi , maka secara otomatik , anak tidak layak untuk menjadi Undang.
Selamat Datang ke Rembau , Tanah Beradat
No2umnO - Di dalam politik UMNO, kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan. Perebutan kuasa boleh menyebabkan kawan jadi lawan dan akhirnya siapa yang kurang berkuasa akan jatuh terjelepok.
Isu pencalunan yang menjadi kecoh di kalangan pemimpin UMNO adalah usaha dan kerjasama Khairy dan beberapa ahli fikir Dollah Badawi termasuk Kalimullah dan Anuar Zaini. Merujuk kepada cita cita ingin menjadi Perdana Menteri pada umur 40 tahun, maka setiap pencalunan berpandu kepada keakraban Khairy dan bakal calun. Contoh terbaik adalah Datuk Rahman yang dahulunya berjasa kepada UMNO terengganu kerana berjaya menjatuhkan TG Hj Hadi, kini menjadi mangsa menantu ex Perdana Menteri itu.
Kekecohan tidak berlaku di Terengganu sahaja malah beberapa buah negeri. Sehinggakan pihak berkuasa menjadikan lokasi lokasi tertentu sebagai kawasan panas. Ada yang berpiket sehingga 3 hari, ada yang berkunjung ke rumah Menteri Besar dan Pedana Menteri untuk merayu, tetapi kuasa Khairy melebihi segala galanya. Semua rayuan ditolak dan keputusan adalah muktamad.
Kini Khairy bakal bertanding sebagai Ahli Parlimen Rembau. Kononnya ia kampung halaman. Merujuk kepada artikel di atas, beliau bukan lah rakyat jati negeri sembilan. Mungkin kenyataan ini benar. Kulit nya tidak sawo matang, tetapi lebih kepada ular sawa. Gelap ala mamak. Macam Zainuddin Mydin. Mungkin ada bau bau bacang tapi itu bukan tajuk cerita.
Percaturan politik lebih kepada nafsu dan cita citanya menggusarkan semua pihak. Najib Razak sudah membisu, Hisammuddin Hussin pun sudah terdiam, ini kan pula Ahli Parlimen atau wakil rakyat.
Kuasanya ada pada Abdullah Badawi. Raja kepada raja di negara kita. Kuasanya melebihi adat Negeri Sembilan, termasuk 'UNDANG'. Ia sudah mampu merubah sesuatu, kalau ia mahu. Tambahan lagi dengan kuasa yang ada. Umpama sang Qarun yang cuba menjadi tuhan kerana kaya dan kuasa dunianya.
Kini UNDANG di dalam bahaya. Raja sekian alam sudah berada di Rembau. Tunggu waktu untuk berkuasa dan mempunyai hulubalang. Sejauh mana kebalnya sistem UNDANG dan adat PEPATIH boleh bertahan dengan kuasa manusia yang mampu memetik jari untuk mencari hulubalang. Duit jadi bicara. Budak bisu dan bodoh pun boleh jadi raja asalkan dia kaya. Ini kan pula menantu bekas Perdana Menteri yang mampu merubah struktur UMNO sebelum pilihanraya di dalam sekelip mata. Yakinnya beliau sehingga tidak bimbang kalau kalau UMNO kecundang akibat rakyat yang berpatah arang.
Berwaspada dan ubahlah sebelum parah. Sedikit luka, bawa bencana. Anak muda mampu mengarah. Khairy adalah manusia gila kuasa. Merbahaya kepada rakyat jelata serta pemimpin yang ada. Tanah Negeri Sembilan amat berharga. Ianya serupa, tapi adat mengawal segala. Ianya boleh menjadi punca. Undang dan raja raja, tunggu masa. Bila kuasa ada ditangan, lintah boleh menjadi naga, Bilis boleh menjadi jerung.
Ubah Sebelum PARAH !!!
Labels: Belit Khairy
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Anak-anak Bangsa Malaysia Penang, do not forget Pak Lah’s snub!
Malaysiatoday
In November last year, I wrote to Big Ears to request a dialogue with Penangites who had attended our Bangsa Malaysia Pulau Pinang and who wanted to meet up with him to share their concerns. I sent a reminder in December.
I f you don’t recall or are in this blog for the first time, you can read the posts relating to this HERE and HERE..
Until today, there has been no response to your request. From this man who claims to want to know our concerns!
Remember your resolutions at the Bangsa Malaysia forum?
* No more race-based political parties
* No more incompetence in Parliament
* Civil society taking ownership of governance of the nation
* No more racial delineation
Pak Lah isn’t interested in any of these! Why do I say this? Because he has been a ‘cakap tak serupa bikin’ PM these 4 years.
Look at his 2004 pre-election promises to us.
READ MORE HERE
Labels: Dollah dengkur
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SEJAUH MANA RAKYAT MAMPU BERFIKIR?
Idris, yang juga Pengerusi BN negeri, berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ahmad Ramzi, yang bertanding kerusi Parlimen Marang menentang Abdul Hadi, kepadanya.
"Kita boleh cakap dia angkuh dan ego. Menjawab salam (berjabat tangan) itu fardu bukan budaya dan dia sebagai seorang pemimpin Islam tidak patut berbuat demikian...tetapi inilah PAS.
"Sebagai orang Islam kita menghulur tangan untuk bersalam dan juga sebagai tanda hormat kepada beliau yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu.
"Tapi semasa Ramzi hendak bersalam, dia kata "dok payoh" (tidak payah)," katanya semasa menghadiri program makan pagi bersama Menteri Besar di Rhu Muda di sini Isnin. - Mstar
Kesempatan dan berita ini akan digunakan sebagai modal pilihanraya tahun ini. Pasti .... dimana mana pun, modal yang sama digunakan. Ini adalah kerana PAS tidak lama memerintah di Terengganu dan sepanjang pemerintahan PAS, tidak terdapat penyelewengan kuasa. Walaupun juak juak UMNO yang cuba menimbulkan pelbagai isu, tetapi berjaya diperjelaskan dengan pengadilan dan undang undang. Apabila tiada modal, maka isu 'tidak bersalam' ini adalah merupakan satu satunya isu yang akan digunakan.
Tak mustahil ramai yang akan tertawan dengan berita seperti ini. Ia berpandu kepada sejauh mana bijak nya rakyat Malaysia menilai sesuatu isu itu.
Bagaimana kalau seorang pemimpin itu, bersalam,
- kemudian beliau belasah wang rakyat tanpa memikirkan tentang tanggung jawab sebagai pemimpin ...... bagaimana?
- tapi buat projek beratus juta tanpa membantu rakyat Terengganu yang miskin .... bagaimana?
- tapi pada masa yang sama bina projek masjid KRISTAL yang membazir dengan kerjasama dengan Patrick Lim ...... bagaimana?
Namun terserah kepada rakyat. Kalau dah bodoh tidak apa, asalkan mahu belajar. Kalau bodoh sombong.....tu susah sikit lah. Belajar pun tak guna.
No2umnO - Kalau Idris Jusoh datang jumpa wak nak bersalam pun takut......Tak ikhlas dan ada muslihat. Mesti dia suruh undi BN......Tak payyyyaaaahhhhhh !!!!
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RASHID BOHONG TAPI BACUL
Gara-gara batal duti setem, Rashid 'takut' jumpa calon PAS
Salmiyah Harun
harakahdaily.net
PUTRAJAYA, 25 Feb (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman enggan berdepan dengan calon-calon PAS ketika menyerahkan memorandum bantahan berhubung pembatalan 'duti setem' tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon.
Dalam rombongan itu, Calon Parlimen Kuala Terengganu, Mohamad Sabu; Calon Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali; calon Parlimen Tanjung Karang, Hanipa Maidin dan calon Parlimen Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad yang tiba di lobi SPR meminta Pegawai Perhubungan Awam (PR) SPR membawa mereka untuk bertemu dengan Abdul Rashid.
Bagaimanapun PR SPR Sabri Said memberitahu beliau hanya dibenarkan menerima memo bantahan daripada PAS di lobi sahaja.
Kata-kata Sabri itu, membuatkan Mohamad Sabu, Hanifa, Lo'Lo' tidak berpuas hati dan mendesak Sabri untuk memanggil Abdul Rashid turun bertemu mereka atau mereka bertemu Abdul Rashid.
Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila Sabri terus menegaskan beliau menerima arahan untuk menerima memo di lobi sahaja selepas beliau menghubungi Rashid melalui telefon bimbitnya.
"Sila panggil dia turun, atau kami yang naik, apa..SPR ni..biadap, pilihan raya kali ini lebih teruk dan kotor daripada tahun 2004," kata Mohamad Sabu dengan nada marah.
"Tak ada, tak ada... kami nak jumpa dia sekarang! Telefon dia sekarang atau biar kami bercakap dengan dia," tegas Hanipa Maidin.
"Sekejap cakap nak duti setem, kejap cakap tak perlu duti setem, bila Umno tidak mampu buat duti setem, SPR terus batalkan arahan itu," tambah Hanipa yang mahukan penjelasan daripada Abdul Rashid sendiri berhubung perkara itu.
"Kalau dia tak mahu jumpa kami boleh kami bercakap dengan dia atau ada mana-mana 'line' telefon di sini boleh sambungkan kepada dia, kami nak bercakap dengan dia juga," celah Dr Lo' Lo'.
"Kenapa beliau tidak mahu jumpa dengan kami, atau SPR takut untuk berdepan dengan kami, kami nak jumpa orang yang mengeluarkan arahan kepada kita, dia (Rashid) yang keluarkan surat itu jadi dia berhak untuk memberi penjelasan," kata Dr Lo'Lo'.
Keadaan bertambah tegang, apabila Sabri memaklumkan kepada rombongan PAS mereka tidak akan menerima memo itu jika PAS berkeras untuk berjumpa dengan Abdul Rashid.
Bahkan Sabri turut mengarahkan beberapa pegawai keselamatan untuk menghalau rombongan PAS kira-kira 30 orang.
Atas sikap Pengerusi SPR yang enggan bertemu dengan PAS itu, Mohamad Sabu bertindak mengoyak kertas memo yang hendak disampaikan kepada Abdul Rashid di depan lobi kemudian melempar cebisan kertas itu di situ.
Sebelum ini, SPR mengarahkan calon yang bertanding mendapatkan pengesahan duti setem, arahan itu dikeluarkan pada jam 3 petang hari Khamis (21 Februari 2008).
Bagaimanapun, SPR juga membatalkan arahan tersebut pada tengah malam hari Sabtu iaitu beberapa jam sebelum penamaan calon.
Arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada calon-calon pembangkang di kalangan PAS menyebabkan PAS membuat bantahan di lima kerusi Dun Marang dan Parlimen Titiwangsa kerana tidak mengetahui arahan memansuhkan 'duti setem' itu.
PAS terkejut bantahan mereka ditolak kerana 'duti setem' itu terus dimansuhkan melalui surat yang ditunjukkan oleh wakil SPR ketika penamaan calon di Marang. - mks.
Labels: Belit Rashit/SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Reduce the impact not the price ......
Government to find new ways to reduce oil price impact: PM
nst.com.my
BUTTERWORTH, Mon:
The government will find new ways to reduce the impact of the rise in world oil prices, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today.
Abdullah said he was pledged to lighten the burden on the people of the fuel price increase, which was beyond the government’s control.
“That is why we have been providing various kinds of subsidies and will continue to do so,” he said to 300 taxi and limousine drivers who gathered at Seberang Jaya here to show support for the BN. “This includes subsidies to fishermen, free education, text books for students and cheap electricity and water rates and even medical facilities.”
Abdullah admitted the pinch in people’s pockets caused by rising fuel prices and their knock-on effects.
“The government is well aware of it and has been doing its best to keep fuel prices under control,” he said. “Despite having to bear the high cost, we do it because the Barisan Nasional government is public-spirited and concerned about the welfare of the people.”
The Prime Minister, however, warned that the government could not indefinitely maintain the enormous subsidies required to hold prices down.
“If all the money goes to subsidising fuel prices, what is going to happen to other sectors?” he said.
Abdullah said the government spent about RM43.4 billion in various subsidies, which is more than the RM40 billion provided for development.
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Get us water, get our vote!
By YEOW POOI LING
thestar.com.my
PETALING JAYA: Resolve the water issue once and for all if you want my vote, said Au Jin Hing, a resident of Taman Sungai Besi Indah.
The 66-year old, who have been living in the area for about 10 years, said he and other residents have consistently complained about water interruptions to the water distributor as well as state assemblymen, but their problem had not been solved thus far.
“Our water supply is interrupted, on average, every two months without any prior notice. When water finally comes, it's dirty and can’t be used for washing or drinking,” he said.
The most recent was last Saturday when water supply was disrupted for almost a day.
Labels: Rakyat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Media must be independent in reporting the elections
MStar
THE Centre for Independent Journalism (CIJ) and Writers' Alliance for Independence (WAMI) note with concern developments that will create an unfair environment for media coverage that would certainly benefit the incumbent candidates and caretaker government.
Subtle as it may be for the members of the public, media professionals should recognize them immediately as compromising fair access to media, which is a very important pre-requisite for voters to make informed decisions.
Two developments in the recent week warrant alert. A media centre was opened since 19 February at the compound of the outgoing Kedah Chief Minister, Mahadzir Khalid in Alor Star.
The centre provides for journalists desktop PCs, WIFI connection, a fax machine, meeting rooms and even meals three times a day.
When contacted, the officer in charge of the centre Zahari Murad said the purpose of the centre was to make it convenient for journalists covering Barisan Nasional (BN) functions as they could use the facilities to file their stories immediately after the functions. But a source said journalists can come to the centre anytime within the opening hours.
This so-called convenient arrangement only raises doubts over the independence of the media personnel who are based at this media centre. We hope that the editors will use their wise judgement and ensure that all their reporters operate from their own offices.
We take note also similar concerns raised by Terence Fernandez in his 19 February column (Down to Earth) that the election season is a time when individuals try to offer goodies to journalists.
We reiterate that journalists should abide by their ethical codes to protect their integrity and credibility. We call upon journalists who have been approached by individuals to expose any attempts to bribe the media or to compromise the ethical standards in the newsrooms.
The second development concerns the access of all contesting parties to political advertisement in the media. On 20 February, Sabah's Daily Express, New Sabah Times and The Borneo Post reportedly started carrying advertisements for the Sabah Progressive Party (SAPP), a component party of BN.
CIJ and WAMI urge the media to fulfill its role in a fair manner and we encourage non-BN parties and candidates to take advantage of the willingness of the media for their publicity.
We are also concerned about the recent warning by the outgoing Youth and Sport Minister Azalina Othman concerning bloggers and the use of the Internet technology by non-BN parties.
We wish to remind Azalina that non-BN parties and candidates have been given unfair coverage by the mainstream media and especially the state media, which should provide space to all candidates. As such, the opposition candidates need to exploit any resources they have for the campaigns to explain to voters their positions, issues and pledges.
CIJ and WAMI urge the media to practice fairness at all times, especially during elections. Access to the mainstream media is not the monopoly of the BN, as such, we urge the caretaker government to respect the democratic rights of all Malaysians in getting and disseminating information.
CIJ and WAMI are monitoring elections coverage together with Charter2000-Aliran and a group of citizen volunteers.
GAYATHRY VENKITESWARAN
Executive Director, CIJ
Labels: Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ustaz sepak tong mai lagi !!!
Laungan 'ustaz sepak tong mai lagi' bergema di Permatang Pauh
Mohd Sabri Said
harakahdaily.net
PERMATANG PAUH, 25 Feb (Hrkh) - "Ustaz sepak tong mai lagi," itulah laung yang paling menarik kedengaran ketika penamaan calon di Parlimen Permatang Pauh yang diadakan di Maktab Perguruan Tungku Bainun, Bukit Mertajam semalam.
Semalam orang ramai berpusu datang memberikan sokongan pada Barisan Alternatif (BA) dengan memenuhi ruang padang yang menempatkan pembangkang manakala sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) nyata jelas kurang memberangsangkan apabila hanya sekitar 2,000 orang sahaja berbanding BA sehingga mencecah hampir 8,000 orang.
Bendera hijau putih bulan pernama dan biru muda berlambangkan mata kelihatan tegak mengibar berbanding bendera kati atau keris lebih sugul dan layu bagaikan sudah tergambar kekalahan.
Suara laungan Allahuakbar, reformasi, selawat Nabi, jatuhkan BN, dan sebagainya mengatasi nyanyian lagu Umno, lagu tema hari kebangsaan, hidup BN, Umno serta melayu mahupun sesekali terdengar pekikan Allahuakbar di celah-celah kumpulan berbaju putih berkain dan bertudung merah terang.
Namun apa pun, pekikan 'kami tak mahu Ustaz sepak tong' begitu menarik perhatian sekali kerana ia dilagukan dengan seorang tok dalang.
Omar Khalid, 47, berkata, kali ini pertandingan pasti sengit kerana BN mahukan kemenangan dan tidak mustahil mereka mempergunakan berbagai cara untuk menang.
Ujarnya, namun begitu BN dan Umno kena bekerja keras kerana sokongan pada BA sukar digugat tambahan lagi kemunculan semula Dato' Seri Anwar sendiri.
"Saya kira ia satu fenomena biasa ketika hari penamaan calon. Apa yang penting ia satu perbuatan yang kurang sopan kepada seseorang yang bergelar 'Ustaz' dan pernah berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara, " ujarnya.
Nurul Fatihah Kamaruddin, 27, pula berpendapat, penyertaan Dato' Pirdaus Ismail menentang penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh sekarang merupakan satu perbuatan untuk membalas dendam walaupun tahu ia satu perkara yang sukar.
Pilihan raya umum yang bakal diadakan pada 8 Mac nanti menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Parti KeAdiLan Rakyat Malaysia (KeADILan), PAS dan BN.
Di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dua Dun milik KeADILan iaitu Seberang Jaya berlaku pertandingan antara Ramli Bulat menentang penyandangnya, Arif Shah Omar Shah. Di Penanti pula muka baru KeAdiLan, Mohamad Fairuz Khairudin menentang Dato' Jalil Abdul Majid manakala Dun Permatang Pasir, Mohd Hamdan ditentang oleh orang baru calon BN, Sahar Shuib. - mks.
Labels: Imam Hadhari, Penamaan calun
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KeADILan Bantah Perompakan Wang Petronas
keadilanrakyat.org
Parti Keadilan Rakyat dengan sekeras-kerasnya membantan perbuatan kerajaan UMNO-BN menggunakan wang PETRONAS tanpa batas dan tanpa kawalan untuk projek-projek yang tidak mendatangkan kebajikan kepada rakyat.
Mulai dari pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, wang PETRONAS digunakan untuk projek-projek mega yang membazir dan memberi keuntungan serta faedah terutama bagi pemimpin-pemimpin besar UMNO-BN dan segelintir golongan keluarga dan kroni mereka. Akibatnya korupsi meluas berlaku.
Amalan ini diteruskan di bawah pemerintahan yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah Badawi. Ini bertentangan dengan ikrar Abdullah hendak menghentikan projek-projek besar yang tidak berfaedah kepada rakyat dan menghapuskan korupsi.
Dalam beberapa tahun ini untung yang diperolehi oleh PETRONAS bertambah besar. Tahun lalu untung bersih PETRONAS mencapai kira-kira RM 40 bilion. Dengan kenaikan tinggi harga minyak dunia hingga mencapai hampir USD 100 setong, tentulah keuntungan ini akan naik lebih tinggi lagi.
Sejak minyak petrol dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 1975, PETRONAS dianggarkan seharusnya mempunyai simpanan sebanyak lebih dari RM 300 bilion. Tetapi yang diketahui umum, jumlah simpanan ini dianggarkan tinggal sebanyak RM 50 bilion sahaja. Ke manakah perginya baki yang melebihi RM 250 bilion itu?
PETRONAS tidak pernah mengumumkan penyata kira-kiranya kepada umum. Bahkan tidak juga dibentang kepada Parlimen. Hanya Perdana Menteri yang mengawalnya. Ini mengakibatkan mereka berani menggunakan wang PETRONAS tanpa kelulusan. Ketelusan wang PETRONAS, yang merupakan sumber kekayaan negara sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat bagi menyediakan pendidikan, perumahan dan kesihatan percuma. Sebaliknya, ia dirompak oleh pemimpin-pemimpin negara yang korup dan rakus untuk membesarkan tembolok sendiri.
Parti Keadilan Rakyat menuntut supaya Datuk Seri Abdullah Badawi menjelaskan kepada rakyat apakah yang telah mereka lakukan dengan wang PETRONAS yang telah mereka rompak selama ini.
Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden,
Parti Keadilan Rakyat.
Labels: Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Selangor semakin bermasalah buat BN
n32.blogspot
Sebelum ini Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo dengan sombong menolak mentah-mentah pandangan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menyatakan Selangor adalah salah sebuah negeri "hot spot" bagi BN selain Pulau Pinang dan Kedah.
Pernah Khir mengatakan kalau pun ada masalah bagi BN di Selangor, ia hanya tertumpu di kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara iaitu kawasan parlimen yang lebih 83% pengundinya terdiri dari masyarakat bukan Melayu. Bermakna cuma 1 kerusi parlimen (dari 22) dan 2 DUN (dari 56) iaitu Kg Tunku dan Damansara Utama yang menjadi masalah kepada BN yang selebihnya termasuklah semua kerusi-kerusi Umno selamat belaka. Malah kedua-dua kerusi DUN milik DAP iaitu Sekinchan dan Sg Pinang pun akan BN sapu bersih kata beliau. Hebat sungguh BN dan Umno Selangor.
Tiba-tiba selepas penamaan calon semalam senarai Khir itu bertambah. Menurut NST Khir berkata selain DUN Sekinchan dan Sg Pinang (dulu kata sapu bersih) BN menganggap 6 buah kersui lagi bermasalah baginya itu di Batu Caves (ditandingi calon PKR Amirudin Shari), Teratai ( ditandingi tokoh muda DAP Cik Janice Lee), Chempaka (ditandingi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad), Gombak Setia (ditandingi Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali), Bangi (ditandingi Dr Shafie dari PAS) dan Bukit Gasing (ditandingi Edward Lee dari DAP).
Nampaknya makin banyak pula kerusi yang goyang bagi BN dan Umno bermakna semakin sahihlah pendapat Tun Daim itu.
Saya rasa bukan hanya kerusi-kerusi yang Khir sebutkan itu malahan seluruh Selangor dirasakan bergegar setelah rakyat melihat barisan calon-calon yang mantap dan berwibawa yang dikemukakan oleh PAS, PKR dan DAP di Selangor. Terpulanglah kepada rakyat samada mahu terus setia membuta kepada calon-calon BN tanpa memperdulikan rekod atau kelayakkan peribadi mereka atau rakyat sudah mahu menuntut perubahan, dan mahukan calon-calon yang berkualiti, bersih dan cekap.
Semoga Selangor terus mengorak langkah membawa perubahan total yang diperlukan oleh rakyat. Selangor Terus Maju bawah BA!
Labels: PRU 12
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PENAMAAN CALON PRU12 PEKAN
fadhilnormenulis
Penamaan Calon PRU12 Parlimen Pekan dan 4 Dun menyaksikan pertembungan musuh tradisi PAS dan UMNO diperingkat DUN dan PKR dan UMNO diperingkat PARLIMEN.
Penyokong PAS dianggarkan hampir 1,000 orang namun TV3 yang jahat dan penipu itu melaporkan didalam berita terkini jam 11pagi bahawa penyokong PAS hanya sekitar 200 orang sahaja. Sokongan kepada calon PAS dan PKR digamatkan lagi apabila penyokong sempat membawa bendera besar berukuran 15' X 30' yang terus menenggelamkan bendera dacing yang biru karat itu.
Berikut adalah nama penuh calon yang bertanding di Parlimen dan 4 Dun di Pekan ;
P085 PEKAN - Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (PKR)
Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)
N20 Pulau Manis - Ustaz Othman Bakar (PAS)
Khairudin Mahmud (BN)
N21 Peramu Jaya - Ustaz Abu Kassim Abdul Manaf (PAS)
Ibrahim Awang Ismail (BN)
N22 Bebar - Kepten (b) Ahiatuddin bin Daud (PAS)
Dato' Ishak Muhammad (BN)
N23 Chini - Mohd Fadhil Noor Abd Karim (PAS)
Abu Bakar Harun (BN)
More...
Labels: Penamaan calun
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin vs Najib Razak
Jonah contests against BN' s No. 2 in Pekan
jameswongwingon-online
31-year old trade unionist and former student leader who was once detained without trial under the Internal Security Act (ISA), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin is now a candidate of Parti Keadilan Rakyat,, contesting against BN's deputy chairman and Umno's deputy president Najib Razak in Pekan in Pahang. Khairul is also affectionately known as 'Jonah' among many young activists of all races in the Klang Valley.
BN's trustworthiness to come under spotlight
Labels: Pekan, Penamaan calun
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DIPAKSA AKUR ARAHAN PUTRAJAYA
Perang senyap dalam Umno Perlis
Malaysiakini
Umno Perlis terus bergolak dan keadaan ini diramalkan mencerahkan harapan PAS untuk memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.
PAS kini mempunyai satu kerusi DUN di Sanglang.
Semuanya gara-gara pertembungan dua tokoh utama Umno Perlis - Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dengan setiausaha agung Umno Datuk Radzi Shah Ahmad - berhubung pemilihan calon Umno untuk pilihanraya kali ini.
Perlis mempunyai tiga kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN.
Malaysiakini difahamkan, melalui rundingan yang penuh ketegangan berhubung senarai tersebut, penyelesaian akhir dicapai melalui apa yang dikenali sebagai 'formula Putrajaya'.
Difahamkan, melalui formula tersebut, pengagihan calon-calon di Perlis dipersetujui berasaskan nisbah lima penyokong Shahidan dan 10 orang Radzi bagi peringkat DUN.
Manakala Shahidan pula kekal bertanding di kerusi lamanya di Tambun Tulang. Radzi dan Datuk Azmi Khalid pula kekal di kerusi parlimen masing-masing di Kangar dan Padang Besar.
Walaupun persetujuan telah dicapai tetapi ia tetap mencetuskan rasa tidak berpuas hati dan bantahan di kalangan calon-calon awal yang terpaksa digugurkan.
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ORANG TAMAK SELALU RUGI, MACAM ANJING
Awang Adek dianggap tamak tanding dua kerusi di Bachok
Lanjusoh, Md Yusri Amin
BACHOK, 24 Feb (Hrkh) – Kawasan parlimen Bachok menjadi tumpuan utama di Kelantan memandangkan Datuk Dr Awang Adek Hussin sudah menganggap dirinya sebagai calon Menteri Besar.
Beliau kali ini cuba mempertahankan kerusi parlimen Bachok dan mencuba nasib di Dun Perupuk yang merupakan kubu kuat PAS.
Malah wartawan asing dan media tempatan juga menjadikan Bachok sebagai lokasi pilihan selain Pengkalan Chepa, tempat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding.
Ramai penduduk menganggap Awang Adek tamak kerana merebut dua tempat pada pilihan raya kali ini, sehingga peluang kepada orang lain tertutup rapat.
Impian Umno mahu merampas Kelantan sebenarnya sudah terencat sejak semalam lagi apabila dua calon BN iaitu Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Abdullah Sudin dan calon Pasir Mas, Datuk Abdul Halim Ahmad menarik diri.
Apa yang menghairankan Abdullah difahamkan tidak pernah memberi persetujuan untuk bertanding mewakili BN, biar pun cuba dipujuk untuk berbuat demikian.
Perarakan calon PAS di Bachok dimulakan dengan solat hajat di Masjid Haji Zain Kampung Kemudi pada jam 8 pagi. Solat hajat diimamkan Ketua Urusan Ulamak PAS Bachok, Ustaz Idris Mohd Noor.
Turut menunaikan solat hajat calon-calon PAS yang bertanding iatu Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Parlimen Bachok), Datuk Omar Mohamed (Perupok), Ustaz Hassan Mohamood (Tawang) dan Abdul Aziz Kadir (Jelawat).
Perarakan calon PAS menuju ke tempat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok sejauh kira-kira satu kilometer diiringi lebih 5,000 penyokong PAS dan KeADIlan.
Turut hadir memberi sokongan Ketua Bahagian KeADIlan Bachok, Mohd Yatim Ismail.
Laungan takbir dan selawat mengiringi perarakan calon dalam keadaan langit mendung dan sekali sekala turun titisan hujan.
Selepas kemarau hampir sebulan malam tadi bumi Kelantan dibasahi air hujan seakan-akan merestui perjuangan gerakan Islam.Image
Sebelum perarakan calon, Umno yang diketuai Awang, Datuk Dr Ilias Hussin dan Datuk Ibrahim Mat Din. Calon Umno hanya tiga orang memandangkan Awang Adek bertanding di dua kerusi kerusi.
Ada pihak berhujah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa lebih lincah berbanding Awang Adek apabila dihulur tempat yang menjadi kubu tradisi PAS.
Calon-calon Umno mengemukakan lebih awal borang penamaan calon kemudian diikuti calon PAS.
Ustaz Nasharuddin mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.30 pagi, diikuti Hassan jam 9.35 pagi. Sebelum itu Abdul Aziz mengemukakan borang pencalonan jam 9.28 dan Omar jam 9.29 pagi.
Biar pun terdapat tiga bantahan borang pencalonan namun pihak pengurus pilihan raya Bachok, Haji Adnan Hussin menolak bantahan tersebut.
Pengumuman rasmi calon-calon yang bertanding dibuat jam 11.52 pagi di hadapan ribuan penyokong kedua-dua parti yang menunggu di luar pagar.
Suasana tidak tegang sepanjang perarakan calon sehinggalah nama calon diumumkan.
Bilangan penyokong PAS yang hadir mengatasi jumlah penyokong BN. Seorang anggota polis memberitahu penyokong PAS lebih berdisiplin dan mereka agak terkawal.
Ketika menunggu pengumuman nama-nama calon bertanding penyokong Umno melaungkan irama dikir wau bulan, sedangkan penyokong PAS bertakbir dan selawat.
Ustaz Nasharuddin berkata, semangat rakyat di Bachok sekarang kelihatan mahu kembali kepada PAS selepas mereka kecewa dengan janji-janji Awang Adek.
“Rakyat tidak mahu kerajaan yang ada sekarang ditumbangkan dan mereka mahu terus mengekalkan kerajaan di bawah ulama,” katanya.
Aziz pula berkata, ramai ahli dan penyokong Umno melahirkan komitmen bagi membantu PAS biar pun secara tidak terang-terangan.
Malah katanya malam esok seorang pemimpin Umno di Gunung bersama kira-kira 70 pengikut akan menyerah borang menyertai PAS.
Berdasar kepada perkembangan itu sudah cukup menggambarkan Awang Adek kini semakin lemas biar pun beliau sudah menjaja sebagai calon Menteri Besar.
Sementara itu di KOTA BHARU, Pegawai Pengurus Pilihan raya, Haji Shafie Ismail mengesahkan calon yang bertanding bagi Parlimen Kota Bharu terdiri iaitu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS) berdepan dengan Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (BN).
Bagi Dun Tanjong Mas, Rohani Ibrahim (PAS) dan berdepan dengan Khazuni Othman (BN). Dun Kota Lama pula Datuk Anuar Tan Abdullah (PAS) berlawan dengan Ten Ken Ten (BN).
Manakala Bunut Payong, Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) melawan Rosmadi Ismail (BN). Terdapat empat bantahan diterima, namun ditolak Pengawai Pengurus Pilihan Raya.
Wan Abdul Rahim dicadang Mat Deris Yusoff dan disokong Mohd Saiba Yaacob. Rohani, 43 dicadang Yaacob Awang dan disokong Abdullah Mansor. Anuar Tan pula dicadang Mohammad Ibrahim dan disokong Wan Mamat Ali.
Takiyuddin dicadang Abdul Ghani Abdul Rahman dan disokong Ezani Che Ismail. Proses penamaan calon tersebut memperlihatkan semangat yang tinggi ditunjukkan kedua-dua penyokong PAS dan BN.
Penyokong PAS memulakan langkah seawal jam 8 pagi dengan menunaikan sembahyang hajat di Dataran Ilmu, Jalan Datuk Pati diimam Ketua Urusan Ulama PAS Kota Bharu, Ustaz Mat Deris Yusoff.
Sepanjang jalan menuju ke Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) penyokong PAS bertasbih dan membaca ayat-ayat al Quran. - mj
Labels: Awang adek
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Shah Alam Umno buries the hatchet
SHAH Alam Umno has finally buried the hatchet and the only direction for them now is to move forward.
Incumbent Shah Alam MP Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin described the demonstration, reportedly staged by a group of 50 people — believed to be disgruntled Umno division members in Shah Alam last Thursday, questioning his capability — as a temporary emotional state. Abdul Aziz admitted that he would also feel hurt if an outsider walked into his territory.
“There’s no grudge. Yes, there was a bit of a upset but I’ve been here for four years now and Datuk Salamon (pix) and I are still talking to each other.
“This is because it was only a temporary emotional state. And today, we’re sitting together and agree to the (Umno) party’s needs.
“So, don’t think that what the group did was wrong. It wasn’t. He (Salamon) was merely satisfying his people and that was why he had to voice it out.”
The demonstration, it was learnt, was by Salamon’s supporters who wanted him to replace Abdul Aziz to contest the parliamentary seat.
Salamon, who is Shah Alam Barisan Nasional chairman and former Shah Alam Mayor, is the incumbent Batu Tiga State assemblyman. Abdul Aziz also said no matter what happened in the party, they are still a family.
“As a party, be it from Perlis to Sabah, we are a big family. Sooner or later, it would get calm and today, we have a ‘war’ to deal with that is to determine our victory on March 8,” he told a Press conference in Shah Alam yesterday.
Salamon, who was also present, said there was a resolution by the Umno division before this.
“As a division chief with the resolution on my shoulder, that was why we had to come out with a memorandum based on a conclusion made by the representatives in 2006 and 2007.
“This happens anywhere else. But most importantly, the candidacy problem is settled. It’s over,” he said.
Salamon also said the division’s main concern now is to focus on winning.
No2umnO - Dilapurkan oleh penduduk Shah Alam bahawa sehingga tika ini pun pondok pondok gerakan mereka banyak yang kosong. Khir Toyo sebelum ini menyatakan bahawa beliau telah memohon bantuan Salamon untuk meredakan kemarahan penyokong UMNO.
Berikutan itu di Shah Alam, tiada kelihatan usaha usaha penggantungan sepanduk seperti tahun 2004 dahulu. Manakala sumber kewang yang lewat diterima antara penyebab usaha berkempen agak lembab. Maklumlah, UMNO.....tanpa wang, tiada perjuangan.
Labels: UMNO bergolak, UMNO shah Alam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
AZIZ SHAMSUDDIN: UPAYA TIADA , NAFSU ADA
Aziz Shamsuddin hanya angan-angan kosong
Jamin
harakahdaily.net
Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,
Saya nak bercerita mengenai Aziz Shamsuddin di kementeriannya. Tak 'perform' langsung. Dia 'blur' dan tak tau nak cakap apa. Dia akan tunggu orang suap, kalau dia cakap pun hal yang sama. Beliau tidak seperti Tan Sri Muhyiddin. Tegas, berwawasan dan ada kesungguhan untuk memajukan pertanian.
Kalau jemput hadir ke majlis kementerian susah sangat nak pergi. Sampai KSU kena pujuk dia. Kalau majlis KEMAS dan agensi FELCRA, RISDA dia pergi.
Kalau pergi majlis kementerian perkara sama yang dia cakap. Bangun pagi gerak-gerakkan tangan. Ucapkan syukur, kerjalah dengan baik. Tiada ketegasan langsung. Seperti pakcik-pakcik yang sedang memberi nasihat kepada anak-anak secara umum, tapi beliau tidak fokus mengenai kerja.
Kalau kita siapkan sampai berhari-hari teks ucapan yang penuh dengan fakta dan maklumat dan beri kepada dia untuk dibacakan, dia tidak pernah baca. Beliau asyik cakap mengenai Kempen Mari Belajar 2 Jam 3 Jam yang dia buat saja. Tak relevan langsung dengan kementeriannya. Itu bidang Kementerian Pendidikan. Letihlah orang tua tu.
Wartawan pun bosan dengan dia. Tidak ada apa-apa nak diceritakan. Asyik cakap benda sama. Nak masuk akhbar pun isu yang sama saja.
Bersopanlah sikit ketika di pejabat
Anda pergilah pulang ke rumah dan jaga baik-baik isteri muda anda. Jangan leka bermesra dengan pekerja di pejabat. Anda perlu sedar diri dengan usia anda, tapi selalunya anda pantang melihat pekerja yang cantik-cantik. Siap salam lama-lama.
148 buah kawasan Parlimen, adalah di luar bandar dan mereka ini perlu dijaga dengan baik oleh kerajaan. Perdana Menteri amat mengharapkan anda wahai Aziz untuk menjaga hati mereka sahaja.
Ini kerana, anda orang tua yang pandai beri nasihat dan pujuk orang luar bandar. Tapi, dari segi apa yang kena dibuat dia tidak boleh buat. Aziz tidak tegas, sehingga KSU boleh pijak kepala dia.
Apa dasar yang dia boleh buat? Hanya mengharapkan orang Kementerian buatkan untuk dia. Cuba lihat dalam 60 minit Bersama Menteri di RTM, banyak benda yang dia boleh cakap. Tapi, Aziz hanya bercakap hal yang sama dan tiada fakta-fakta yang meyakinkan dan kukuh.
SUSK dia pun diam, tidak pandai bercakap apa-apa. Harapkan pengampu yang buat kerja. Anda makan gaji buta sajalah. Sepatutnya dia beritahu menteri apa dasar-dasar baru yang kementerian sudah lakukan untuk membantu orang luar bandar. Selepas itu umumkan kepada akhbar, barulah nampak beliau itu bekerja dan ambil berat tentang peranan dia.
Itu sajalah. Saya nak cakap banyak lagi. Aziz ini orang tua yang kuat merajuk, letih kami mahu jaga hati dia saja. --- aba.
Labels: Aziz Shamsuddin
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
N2: Gara gara WARNO DOGOL, pondok BN di bakar.
N.2 Sabak (18,655)
1. Datuk Warno Dogol (BN-Umno)
2. Sallehen Mukhyi (PAS)
Selepas pengistiharan calun oleh Menteri Besar Selangor beberapa hari yang lalu, rombongan penyokong UMNO Sabak Bernam telah berkunjung bertemu Khir Toyo. Mereka berharap agar En. Halim dijadikan calun di sana. Namun mereka hampa apabila diberitahu oleh bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa keputusan yang dibuat adalah muktamad.
Merujuk kepada penyokong UMNO yang ditemui. Mereka tidak bersetuju dengan kehadiran Warno Dogol kerana rekod beliau teruk di bandingkan dengan calun yang mereka minta.
Kerana tidak dilayan, pondok urusetia Barisan Nasional di Parit 7, Sungai Besar telah dibakar. Sejauh mana teruknya keadaan pondok tersebut, tidak diketahui kerana ia berdasarkan cerita penduduk disana.
Manakala banyak pondok gerakan yang tidak berpenghuni kerana penyokong BN yang kecewa memboikot keputusan BN pusat itu. Sekarang keputusan memang benar benar muktamad dan penyokong BN bercadang untuk memberikan kemenangan kepada Pembangkang, yakni Ustaz Sallehen Mukhyi yang sudah terbukti jauh lebih bagus dari Warno Dogol.
Selain dari itu, Warno Dogol juga dikhabarkan sebagai pilihan Khairy Jamaluddin dan bukannya Khir Toyo. Akibat terpaksa tunduk dengan menantu Abdullah Badawi, Khir Toyo terpaksa menurut perintah seorang menantu yang luarbiasa kuasanya.
Sabak Bernam bakal menyaksikan satu perlawanan yang berat sebelah. Merujuk kepada lapuran yang diterima, persiapan berkempen sudah dilakukan terlebih dahulu oleh parti pas sementara UMNO masih terkial kial dengan kemelut dalam UMNO sementara bajet berkempen masih belum diterima lagi.
Semuga dengan doa dan usaha, PAS akan mengulangi kemenangannya pada tahun 1999 bersama Ustaz Salehin.
Takbir !!!!
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BA terima sambutan luar biasa di Perak
Johari Jaafar
IPOH, 25 Feb (Hrkh) - Calon-calon Barisan Alternatif (BA) yang bertanding di kerusi Dun dan Parlimen di Negeri Perak mendapat sambutan di luar dugaan dengan kehadiran orang ramai termasuk dari kalangan kaum Cina dan India.
Ini memberi petanda yang cukup baik kepada calon-calon BA di negeri ini terutama di kawasan 'panas'.
PAS Perak menyenaraikan dua Timbalan Pesuruhjayanya bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 ini. Timbalan Pesuruhjaya I, Ustaz Abu Bakar Hussein bertanding di Dun Pengkalan Baharu menentang calon BN, Dato' Hamdi Abu Bakar.
Manakala seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuudin Dato' Abdul Malik menentang Dato' Seri Rafidah Aziz di Parlimen Kuala Kangsar.
Manakala Setiausaha PAS Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, ditentang oleh calon BN dari MIC, untuk merebut kerusi Pasir Panjang.
Mohamad Nizar yang juga Setiausaha PAS negeri Perak telah menyerahkan kertas pencalonannya pada jam 9.10 pagi, lima bantahan telah dikemukakan tetapi piihak Pengurus SPR mengumumkan dan mengesahkan tidak ada borang pencalonan yang ditolak.
Di kawasan Perak Tengah pula, Ahli Jawatankuasa Dewan MUslimat PAS Pusat yang juga Ketua Muslimat PAS Parit, Dr. Najihatussalehah Ahmad ditentang oleh muka baru dari BN, iaitu Mohd Nizar Zakaria untuk merebut kerusi Parlimen Parit.
Manakala Ketua Pemuda PAS Parit, Ustaz Mohamad Isme Mat Taib ditentang oleh Ketua Umno Bahagian Parit, Dato' Zaim Abu Hassan.
Di kawasan Bukit Gantang, calon PAS Haji Roslan Shaharum ditentang oleh Dato' Azim Zabidi bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Ali Musa ditentang oleh calon BN, Dato' Rusli Husin untuk merebut kerusi Trong.
Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki bertanding di Dun Rungkup menentang calon BN, Shaarani Mohamed.
Di kawasan Parlimen Parit Buntar, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa akan berhadapan dengan calon BN, Dato' Abdul Raman Suliman. Manakala calon PAS bagi kerusi Dun Titi Serong, Drs Khalil Idham Abdullah berhadapan dengan calon BN, Abu Bakar Mat Ali.
Tinjauan Harakahdaily di beberapa tempat penamaan calon saperti di Tapah, Bandar Sri Iskandar, bandar Sri Manjong dan Teluk Intan , ramai dari kalangan bukan Melayu terutama kaum India hadir sama.
Menurut Yang Di Pertua PAS kawasan Tapah, Othman Meseri, kehadiran kaum India mengiring calon-calon PAS, KeADILan dan DAP di luar jangkaan.
"Saya tidak pernah melihat suasana seperti ini di Tapah pada penamaan calon sebelum ini, ini satu petanda yang baik kepada BA," ujarnya. - mks. Search
Labels: Penamaan calun
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BN PERLUKAN BANTUAN !!!
Tiada peruntukan mencukupi, Umno Bandar Tasik Puteri kalut
Puteri BA
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Berdasarkan maklumat yang diterima setakat pagi ini, jentera pilihan raya Umno untuk DUN N15 Kuang, tidak bermaya untuk melakukan persiapan mantap bagi menghadapi pilihan raya yang akan berlangsung pada 8 Mac ini.
Ini kerana menurut seorang ahli Umno yang enggan untuk dikenali, beliau kecewa kerana jumlah peruntukan dari Umno Bahagian Selayang tidak seperti yang dijanji.
Katanya, di Bandar Tasik Puteri terdapat empat cawangan Umno, iaitu cawangan Lembah Hijau, Tasik Puteri, Medan Puteri dan Blom 6 (Balti) menghadapi masalah kerana setiap cawangan hanya diperuntukkan sebanyak RM2,000.
"Bagaimana kami nak buat kerja dengan peruntukan sebanyak itu, nak bagi upah budak-budak pasang poster atau menaikkan bendera pun jadi masalah," tegas beliau.
Menurutnya lagi, ini ditambah dengan masalah dalaman, di mana petugas-petugas yang berada di cawangan masing-masing tidak memberi kerjasama antara satu sama lain yang boleh merencatkan jentera parti.
Begitu juga katanya, terdapat ahli Umno sibuk dengan pentadbiran masjid di Bandar Tasik Puteri, yang hanya dianggotai oleh ahli-ahli Umno atas pagar.
Kalau dilihat kepada 'mood' pada pilihan raya kali ini katanya, macam petanda awal calon BN kecundang di Dun berkenaan yang akan berhadapan calon KeADILan, Dr Badrul Amin Bahron yang merupakan bekas pensyarah di UIA satu ketika dahulu. - mks.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kota Shah Alam
M. Manoharan, HINDRAF leader currently detained under the Internal Security Act, will contest the Kota Alam Shah state seat against Barisan Nasional’s incumbent Ching Su Chen. Seat code is N48.
His wife Pushpaneela said he was pleased to have been given an opportunity by the DAP to stand in the general election.
He will be facing Ching Su Chen of Gerakan, who won with a 2,000 majority last time.Kota Alam Shah seat consist of the following racial breakdown.
Malay: 16.8%, Chinese: 58.4%, Indian: 24.1%, Others: 0.7%
If DAP can bring in the big guns of their party to campaign here, you can have 60% of Chinese votes, coupled with 80% of the Indian voters and a small portion of PAS/PKR support, Mr Mano can pull it through.
Those who believes that ISA is a draconian law, you should vote for this guy. It will send a clear message to the government that ISA is not supported by the people.
Labels: Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KJ BOLEH BLAH !!!
Boleh Blah dari Kelantan lah KJ
keampunanallah.blogspot.com
Pade doh 18 tahun kata khairy, kali ni BN akan menang di kelantan...itu tekad beliau dan pemuda UMNO sekalian.
Apa yang PADE DOH ? Pade doh dengan segala usaha pencegahan kemungkaran dan usaha menegakkan syariat Islam ? Kalau begitu, apa yang khairy nak cuba bawa di kelantan untuk bawa perubahan ? Pembangunan ?
Adakah si khairy nak mematikan usaha menegakkan syariat ALlah di atas muka bumi ini dan membawa agenda parti nasionalis sekularisnya itu. Nauzubillah....
Agaknya mata pemimpin UMNO ini buta bila mengatakan Kelantan tiada pembangunan. Mungkin agak kasar perkataan buta yang digunakan, tapi memang logiklah jikaa seorang yang Tuhan kurniakan pancaindera yang baik dan jelas lagii terang, tapi jahil tentang apa itu pembangunan. Apa tak cukup dengan pembangunan yang ada di kelantan sekarang, nak pembangunan yang bagaimana ?
Nak pembangunan macam Kuala Lumpur yang didalamnya sarat dengan noda dan dosa, pub, disko, pusat dangdut, pusat judi dan kedai arak. Nak pembangunan begitu ? Nampaknya orang umno ini memang suka dengan hiburan yang berleluasa dan suka anak-anak mereka rosak dengan pelbagai gaya hidup hedonisme akibat pembangunan yang tidak seimbang. Membangunkan fizikal tetapi pada masa yang sama meruntuhkan nilai-nilai kerohanian.
Hadhari ? Manhaj Islam Hadhari ? Perkampungan Hadhari ? Ini semua adalah kerja-kerja hipokrit dan munafik bagi menipu masyarakat untuk memperlihatkan Kerajaaan yang ada sekarang ialah Kerajaan yang memartabatkan Islam, walhal ia tidak lebih dari slogan, sudahlah istilah pun bercanggah, amalannya begitulah.
Apakah kita nak harapkan si khairy yang suka menggelarkan orang sebagai beruk ini untuk membawa kesejahteraan dan keselamatan pada rakyat Kelantan. Atau kita nak khairy ini menjadikan wanita-wanita di kelantan ini seumpama isterinya ini.
Bapak Islam Hadhari bersama anak dan menantunya, adakah ini model keluarga Islam Hadhari yang Pak Lah bawa ?
UMNO tak pernah kisah soal keruntuhan akhlak kerana merekalah penaja kemungkaran. Mereka boleh bersalaman lelaki perempuan, mereka boleh mendedah aurat, mereka boleh menganjurkan konsert-konsert maksiat, mereka boleh menolak enakmen hudud di parlimen, mereka boleh menolak sistem jinayah dan perundangan Islam, tapi mereka masih bercakap merekalah membawa Islam yang betul.....
Boleh blah khairy.....
Labels: Belit Khairy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KEMPEN DI MASJID
ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com
KEMPEN DI MASJID DAN SURAU ATAU TEMPAT AWAM..
Telah lama BN sebenarnya berkempen di surau, masjid, balai raya mahupun di mana sahaja bangunan awam. Contohnya saya sendiri yang berceramah atas nama Islam Hadhari juga direntangkan poster dacing –BN- terang-terang di perkarangan masjid dan surau.
Jika benar politik tidak boleh dibawa masuk ke surau dan masjid, bagaimana realiti kita? Jujurkah kita menetapkan peraturan ’politik tak boleh masuk di masjid’ dan kita mematuhinya. Jika kita sendiri membuat peraturan dan kita sendiri melanggarnya, bermakna kita tidak adil, tiak jujur dan tidak endah kepada peraturan yang kita buat sendiri.
Seperkara yang menarik, ingin saya bertanya jika sekiranya UMNO tewas dalam pilihanraya, di manakah tempat mereka akan duduk? Jika selama ini menggunakan sesuka hati kemudahan balai raya, tadika Kemas, surau dan masjid... bagaimana keadaannya jika UMNO tewas, di premis mana UMNO akan bermesyuarat dan bergerak. PAS dan pembangkang lain paling tidak mereka telah ada pejabat parti, ada tadika PASTI, ada permis tersendiri.. UMNO ada apa?
UMNO tidak ada tadikanya sendiri, yang ada tadika Kemas milik kerajaan, milik rakyat. UMNO tidak ada sekolah dan IPTS-nya, jika ada adalah milik kerajaan, milik rakyat juga. Kena fikir juga perkara ini jika mahu kelangsungan ummah dan bangsa Melayu di persada dunia. Kita sokong UMNO, namun ada benda yang perlu diperbetulkan kerana kita bukan malaikat!
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nomination Day In Pasir Mas
Annonymous asked me to blog about the election scene in Pasir Mas which I declined since this is not a political blog. Since politics is now part of our life, and I owe some readers who are not able to see or experience for themselves the scenes on sight in Pasir Mas by the virtue of them being away from home or people who are not from Pasir Mas but are interested in the happenings here. So Anonymous, from today onwards you will be seeing me making almost daily reports on the happenings here. Any other postings will be done after the election.
Though 24th February is the nomination day which was yesterday, BN (UMNO really) Pasir Mas announced their candidates only yesterday 23rd February 2008 at about 5 PM. The announcements were made at Sekolah Rendah Kebangsaan Mekasar about 500 meters from my home. About 500 youth on motorbikes attended the function and were entertained by a dikir barat performance before the speeches by the UMNO candidates. The Azan for Asar was heard from the mosque but the show went on unimpeded. Time selection was definitely poor. Datuk Rahim Ab. Rahman made his speech announcing the line up infront of youth on motorbikes who were gathered there at the school fileds. They were from all the constituencies in the Pasir Mas Parliament. Tomorrow all these youth on motorbikes will be riding in convoy to the Nomination Center at the Land Office in town some 5 km from the present location.
The motorcyclists gathered for the announcement.
The Nomination Day 24th.February 2008.
The sight at the front of the nomination place was a sight to be experienced. Inspite of the animosity, there was no untoward taunting which could lead to trouble. The UMNO supporters were just shouting among themselves by one side shouting "Lapan Belas" and the other group replying "Pade Dah"(Eighteen Is Enough) referring to the 18 years of PAS rule in Kelantan.
The 8.00 PM News announced that Dr. Nik Mohd Zin will be contesting the Chempaka State seat. The Star of the 25th confirmed that TGNA and Dr. Nik Zin reached an amicable compromise since BN too protested against TGNA and Nik Amar Abdullah had used their honorific titles "Datuk" in their nomination papers. Now we know that honorific titles can be a nuisance sometimes beside making it difficult for Emcees to remember when addressing them in a function. The loss could have denied Dr. Nik Zin access to massive election fund. Thus the contest also provide much needed entertaiment in this laid back constituency of Cempaka
Labels: Penamaan calun
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments