Petugas media dihalang buat liputan
kosmo
PASIR PUTEH - Kad perakuan wartawan dirampas dan dihalang membuat liputan.
Itu yang berlaku kepada sekumpulan petugas media yang membuat liputan penamaan calon Parlimen Pasir Puteh di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dekat sini semalam.
Malah, lebih memalukan mereka diiringi keluar dari pusat tersebut dengan kawalan beberapa anggota polis ke kawasan luar pagar bangunan sehingga proses penamaan calon selesai tiga jam kemudian.
Dalam kejadian pukul 9.10 pagi itu, seorang pegawai tadbir yang ditugaskan SPR mendakwa kononnya ada petugas media memalsukan pengesahan tanda tangan pada kad perakuan yang dikeluarkan SPR Kelantan.
MUSTAPA (tiga dari kanan) melancarkan Majlis Sukan Institusi Swasta (MASISWA) di Kota Bharu semalam.
Beliau kemudiannya merampas kad perakuan milik wartawan Berita Harian, Ramli Hussin sebelum meminta semua petugas media keluar sambil disaksikan orang ramai termasuk calon yang bakal bertanding.
"Kad perakuan yang dirampas itu tidak dipulangkan semula walaupun proses penamaan calon selesai.
"Tindakan beliau itu bukan sahaja menyekat tugas media, malah tuduhan mengatakan meniru tanda tangan Setiausaha SPR menjatuhkan reputasi wartawan," ujar wartawan Utusan Malaysia, Torek Sulong, 43.
Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Melayu Malaysia, Datuk Yazid Othman ketika dihubungi kesal terhadap tindakan tidak profesional pegawai SPR tersebut.
Katanya, tindakan merampas kad perakuan itu menunjukkan pegawai berkenaan tidak mahir selok-belok pengurusan pilihan raya selain menghalang tugas wartawan bagi mendapat maklumat tepat proses pilihan raya.
"Saya anggap tindakan itu satu penghinaan kepada wartawan," katanya.
Feb 25, 2008
KALI INI SPR HINA WARTAWAN
Labels: Hina wartawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment