ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com
KEMPEN DI MASJID DAN SURAU ATAU TEMPAT AWAM..
Telah lama BN sebenarnya berkempen di surau, masjid, balai raya mahupun di mana sahaja bangunan awam. Contohnya saya sendiri yang berceramah atas nama Islam Hadhari juga direntangkan poster dacing –BN- terang-terang di perkarangan masjid dan surau.
Jika benar politik tidak boleh dibawa masuk ke surau dan masjid, bagaimana realiti kita? Jujurkah kita menetapkan peraturan ’politik tak boleh masuk di masjid’ dan kita mematuhinya. Jika kita sendiri membuat peraturan dan kita sendiri melanggarnya, bermakna kita tidak adil, tiak jujur dan tidak endah kepada peraturan yang kita buat sendiri.
Seperkara yang menarik, ingin saya bertanya jika sekiranya UMNO tewas dalam pilihanraya, di manakah tempat mereka akan duduk? Jika selama ini menggunakan sesuka hati kemudahan balai raya, tadika Kemas, surau dan masjid... bagaimana keadaannya jika UMNO tewas, di premis mana UMNO akan bermesyuarat dan bergerak. PAS dan pembangkang lain paling tidak mereka telah ada pejabat parti, ada tadika PASTI, ada permis tersendiri.. UMNO ada apa?
UMNO tidak ada tadikanya sendiri, yang ada tadika Kemas milik kerajaan, milik rakyat. UMNO tidak ada sekolah dan IPTS-nya, jika ada adalah milik kerajaan, milik rakyat juga. Kena fikir juga perkara ini jika mahu kelangsungan ummah dan bangsa Melayu di persada dunia. Kita sokong UMNO, namun ada benda yang perlu diperbetulkan kerana kita bukan malaikat!
Feb 25, 2008
KEMPEN DI MASJID
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment