KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 25, 2008

BN PERLUKAN BANTUAN !!!

Tiada peruntukan mencukupi, Umno Bandar Tasik Puteri kalut
Puteri BA
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Berdasarkan maklumat yang diterima setakat pagi ini, jentera pilihan raya Umno untuk DUN N15 Kuang, tidak bermaya untuk melakukan persiapan mantap bagi menghadapi pilihan raya yang akan berlangsung pada 8 Mac ini.

Ini kerana menurut seorang ahli Umno yang enggan untuk dikenali, beliau kecewa kerana jumlah peruntukan dari Umno Bahagian Selayang tidak seperti yang dijanji.

Katanya, di Bandar Tasik Puteri terdapat empat cawangan Umno, iaitu cawangan Lembah Hijau, Tasik Puteri, Medan Puteri dan Blom 6 (Balti) menghadapi masalah kerana setiap cawangan hanya diperuntukkan sebanyak RM2,000.

"Bagaimana kami nak buat kerja dengan peruntukan sebanyak itu, nak bagi upah budak-budak pasang poster atau menaikkan bendera pun jadi masalah," tegas beliau.


Menurutnya lagi, ini ditambah dengan masalah dalaman, di mana petugas-petugas yang berada di cawangan masing-masing tidak memberi kerjasama antara satu sama lain yang boleh merencatkan jentera parti.

Begitu juga katanya, terdapat ahli Umno sibuk dengan pentadbiran masjid di Bandar Tasik Puteri, yang hanya dianggotai oleh ahli-ahli Umno atas pagar.

Kalau dilihat kepada 'mood' pada pilihan raya kali ini katanya, macam petanda awal calon BN kecundang di Dun berkenaan yang akan berhadapan calon KeADILan, Dr Badrul Amin Bahron yang merupakan bekas pensyarah di UIA satu ketika dahulu. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive